Anda di halaman 1dari 5

1.

0 PENDAHULUAN
Program Santapan Kasih merupakan program pemberian makanan yang berkhasiat
secara percuma di sekolah kepada murid-murid yang kurang bernasib baik dengan
harapan mereka dapat hadir ke sekolah dan seterusnya memberikan tumpuan
kepada pembelajaran di dalam kelas. Program ini merupakan inisiatif pihak sekolah
sendiri bagi membantu murid-murid di sekolah masing- masing. Ini kerana pihak
sekolah mendapati murid-murid ini datang dari keluarga yang miskin dan tinggal di
kawasan kampung dan rumah flat. Murid- murid ini perlu dibantu kerana
mendapati punca mereka tidak hadir ke sekolah kerana tiada wang saku dan ada
yang melakukan kerja sambilan. Ini kerana ada juga murid-murid yang memperolehi
bantuan kewangan sama ada KWAPM (Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin)
atau Zakat Selangor  tetapi biasanya digunakan untuk peralatan persekolahan dan
keperluan mendesak ahli keluarga lain dan pelajar akan berkira untuk makanan dan
berpuas hati jika hanya sekadar mengalas perut atau minum air.

2.0 MATLAMAT
Pihak sekolah ingin memastikan bahawa pelajar miskin memperolehi makanan yang
berkhasiat di sekolah dengan menyediakan makanan percuma dan memastikan
pelajar mengambil makanan dengan pemantauan pihak sekolah bagi membantu
murid-murid memberi tumpuan kepada pembelajaran dalam kelas.
Oleh itu projek Santapan Kasih atau pemberian makanan secara percuma di
sekolah menengah perlu dijalankan berdasarkan kesinambungan projek RMT di
sekolah rendah melalui usahasama dengan pihak swasta dan komuniti yang boleh
membantu pihak sekolah bagi memastikan murid mengambil nutrisi makanan yang
mencukupi semasa berada di sekolah menengah. 

3.0       OBJEKTIF

3.1       Membantu murid yang kurang berkemampuan (miskin)- Urban Poor


3.2       Menggalakkan murid untuk datang ke sekolah.
3.3       Mewujudkan perasaaan dihargai dalam diri murid.
3.4       Memastikan murid sentiasa bertenaga untuk mengikuti proses pembelajaran
           di dalam kelas.
4.0       TARIKH PELAKSANAAN
Hari Persekolahan Sepanjang Tahun

5.0       SASARAN
Murid yang terpilih dan memerlukan bantuan makanan dan keperluan asas
Persekolahan.

6.0       KEWANGAN
Sumber: Dana Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SMKTAJ
Memohon Sumbangan Agensi Luar, Syarikat Swasta Dan Korporat.

7.0       CARA PELAKSANAAN

7.1       Pengesanan
            7.1.1  Melalui Guru Tingkatan
            7.1.2  Melalui pemerhatian warga sekolah
            7.1.3  Melalui pemerhatian pengusaha kantin
            7.1.4  Melalui sesi kaunseling murid.

7.2       Pelaksanaan
8.2.1 Bilangan murid dikenalpasti (RUJUK LAMPIRAN)
8.2.2 Murid yang terpilih diberikan taklimat.

7.2.1   Pihak   PIBG sekolah (Dana Masih Ada Yang Sayang) membuat bayaran
kepada kantin berdasarkan bilangan kehadiran murid terlibat ke sekolah setiap
hujung bulan.

8.0    PENUTUP

Melalui projek Santapan Kasih ini, konsep sekolah penyayang diterapkan agar
penerimaan dan penghargaan kepada murid dapat mewujudkan perasaaan diterima
dan dialu-alukan untuk hadir ke sekolah. Dengan adanya program ini diharapkan ia
dapat membantu mengurangkan beban ibu bapa. Masalah murid lesu kerana tidak
makan juga dapat dikurangkan dan hadirnya murid ke sekolah dengan perasaan
gembira dan dapat memberikan tumpuan di dalam kelas.
DISEDIAKAN OLEH :

-------------------------------------------
(NORHASHIMAH MD NUSI)
GURU KEBAJIKAN SMKTAJ

DISEMAK OLEH :

-----------------------------------------

DISAHKAN DAN DISOKONG OLEH:

-----------------------------------------
SMK TENGKU AMPUAN JEMAAH
JALAN PANDAMARAN
42000 PELABUHAN KLANG

KERTAS CADANGAN
PROGRAM
SANTAPAN KASIH

DISEDIAKAN OLEH:

UNIT KEBAJIKAN
SMKTAJ
PROFIL DIRI MURID

Nama Sekolah :
LATAR BELAKANG  MURID

Nama Murid :

No.Kad Pengenalan :

Umur:

Tingkatan : Aliran :

Alamat:
No.Telefon:

Jenis Kediaman :
Bilangan Adik beradik Anak ke:

Nama  Bapa: Pekerjaan:

Nama  Ibu: Pekerjaan:
Bilangan Penghuni
Rumah :
BAHASA MELAYU:
BAHASA INGGERIS:
MATEMATIK:
SAINS:
SEJARAH:
PENDIDIKAN ISLAM:
Pencapaian KEMAHIRAN HIDUP:
Akademik Terkini: GEOGRAFI:
Sukan:
Penglibatan Ko-
Kurikulum:

Kelab/Persatuan:

Anda mungkin juga menyukai