Anda di halaman 1dari 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN 14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG

KERTAS KERJA PERTANDINGAN BOLA SEPAK ANTARA KELAS

TEMPAT: PADANG INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN

TARIKH: 15-16 OKTOBER 2011

ANJURAN : GERKO PERMAINAN BOLA SEPAK INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN

SEMAKAN

PENGESAHAN KELULUSAN

1.0 PENDAHULUAN Pertandingan ini adalah satu aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh GERKO permainan bola sepak, Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun (IPGKTB). Peserta-peserta adalah dalam kalangan pelajar IPGKTB. Setiap kelas semester satu wajib menghantar dua buah wakil kumpulan. Pertandingan ini akan diadakan di padang bola sepak di IPGKTB. Aktiviti ini diadakan selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi melalui penyertaan dalam kokorikulum.

2.0 MATLAMAT Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan kepimpinan dan disiplin dalam sukan yang perlu ada dalam setiap bakal guru. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Aktiviti ini diadakan juga agar sifat kerjasama dalam setiap peserta dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran yang mendatang. Program ini juga dapat melatih setiap individu merancang strategi bagi memperoleh sebuah piala kemenangan.

3.0 OBJEKTIF 3.1 Memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman dalam menyertai sesebuah pertandingan. Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu menyesuaikan diri dalam sesebuah kumpulan. Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dalam esebuah pasukan. Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti ini. Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan strategi-strategi yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan. Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri. 3.7 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, sukan. emosi dan sosial.

3.2

3.3

3.4 3.5

3.6

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN 4.1 Tarikh yang dirancang ialah 15-16 Oktober 2011 iaitu pada hari Sabtu sehingga hari Ahad. 4.2 4.3 4.4 Dilaksanakan selama 2 hari Masa pelaksanaan melibatkan waktu pagi dan petang. Tentatif program adalah seperti dalam Lampiran 1

5.0 TEMPAT (RASIONAL MEMILIH TEMPAT) Rasional pemilihan tempat ini adalah kerana padang IPGKTB ; 5.1 5.2 5.3 Kawasan padang yang lapang,luas dan sesuai dengan aktiviti bola sepak. Tidak perlu mengenakan sebarang bayaran. Bebas dari sebarang gangguan luar dan memberikan tumpuan sepenuhnya pada peserta dalam aktiviti mereka. 5.4 Berdekatan dengan kolej kediaman pelajar

6.0 PERASMIAN Pertandingan ini dirasmikan oleh Tn Hj Daud bin Md Saman, Timbalan Pengarah IPGKTB yang akan berlangsung di padang institut. Upacara ini akan dilangsungkan sekitar 20 minit kerana beliau akan diberi peluang memberi ucapan ringkas sekaligus merasmikan pertandingan ini.

7.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN 7.1 7.2 Jumlah peserta :140 orang Jumlah ajk pertandingan :20 orang

8.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN Penasihat : :Tn Hj Daud bin Md Saman Penasihat Kelab : En Abdul Salis bin Abdul Halim

Jawatankuasa pelaksana

Pengerusi : Nadiatul Amirah binti Khaldi Naib pengerusi : NorFatin Azlina binti Hamzah Setiausaha : Nur Amira binti Md Arif Bendahari : Noorartika binti Roslan Whims

AHLI JAWATANKUASA AJK Makanan : Noor Syamimi binti Roslan AJK Hadiah dan Sijil : Nor Haniza binti Mohamad AJK Pertandingan : Habibah Nabihah binti Mustafa

9.0 FORMAT PERTANDINGAN Pertandingan yang diadakan ialah pertandingan 7 sebelah dimana setiap pasukan perlu mendaftarkan 10 pemain yakni tujuh pemain akan bermain dan tiga lagi akan menjadi pemain simpanan. Setiap kelas perlu menghantar dua pasukan iaitu pasukan lelaki dan permpuan. Andai sesebuah kelas itu tidak mencukupi, mereka barulah dibenarkan meminjam pemain dari kelas lain. Masa dalam satu perlawanan adalah selama 10 minit. Format pertandingan adalah setiap kelas akan bermain dalam peringkat kumpulan dahulu. Juara dan naib juara akan meneruskan ke peringkat seterusnya. Piala akan diberikan kepada juara kategori perempuan dan lelaki.

10.0 SYARAT PERMAINAN 10.1 Setiap kumpulan perlu mengikut masa perlawanan yang ditetapkan. Kumpulan yang tidak hadir akan dikira kalah dengan jaringan tiga gol. Pemain yang bermain dalam pasukan adalah pemain yang didaftarkan. Pemain yang dikenakan kad merah akan digantung satu perlawanan. Amalan jual permainan akan menyebabkan pasukan akan disingkirkan terus dari pertandingan. Keputusan pengadil adalah muktamad. Sebarang bentuk rayuan dan bantahan tidak akan dilayan melainkan atas ihsan pengadil.

10.2 10.3 10.4

10.5

11.0 PERBELANJAAN Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini: Bil 1 2 3 4 5 6 7 Perkara Baju AJK Cenderamata Hadiah Minuman Makanan Lain-lain Kuantiti 20 orang X RM 20 35 orang X RM 3 5 buah X RM 15 2 bekas besar 160 X 0.60 JUMLAH Jumlah (RM) 400.00 105.00 75.00 50.00 96.00 150.00 876.00

Jumlah keseluruhan yang perlu dibayar oleh setiap pasukan untuk program ini ialah sebanyak RM15.00. Jumlah wang yang diperlukan mungkin tidak sama dengan anggaran bajet yang disenaraikan kerana terdapat individu yang akan memberi tajaan dalam melaksanakan Pertandingn Bola Sepak ini.

12.0 PENUTUP Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang kami perolehi dapat dipraktikkan dalam tugasan seharian selaku pendidik satu hari kelak. Oleh itu, kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh, . (Nur Amira binti Md Arif) Setiausaha, Gerko Permainan Bola Sepak, Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

LAMPIRAN 1

JADUAL PERTANDINGAN BOLA SEPAK ANJURAN GERKO PERMAINAN BOLA SEPAK INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN

Hari/masa sabtu

9am-9.30am Perasmian

9.45am-12pm Perlawanan kategori perempuan

12pm-3pm rehat

3pm-6pm Perlawanan kategori lelaki

6pm-6.40pm Perlawanan persembahan wakil institut dengan pilihan semester satu.

Hari/masa ahad

9.am-9.30am Perlawanan akhir kategori lelaki

9.35am-10am Perlawanan akhir kategori perempuan

10am-11am Penyampaian hadiah dan perasmian penutup

11am-12am jamuan

12pm bersurai