Anda di halaman 1dari 1

KENAPA PERLU UCAP TERIMA KASIH ?

1- Islam adalah agama yg mendidik umatnya kaya dgn akhlak mulia, manakala utk mengekalkan
peribadi yg mulia ini ia perlu kpd adab yg tinggi. Salah satu adab yg diajarkan oleh Rasulullah
SAW adalah ucapan Terima Kasih terhadap sesama manusia atas bantuan atau khidmat yg
diberikan. Dlm hadis Nabi SAW bersabda : “Tidaklah bersyukur kepada Allah SWT sesiapa yang
tidak berterima kasih kepada manusia!” (HR Bukhari)

2- Mengucapkan terima kasih ini sangat berkait rapat dgn tanda bersyukur kerana itu orang yang
sukar mengucapkan terima kasih dia umpama orang yg tidak tahu bersyukur atas kurnia kebaikan
yg diperolehi dan segala nikmat yg dikecapi. Dari Usamah bin Zaid r.a berkata Nabi SAW
bersabda : “Sesiapa yang diberikan kepadanya satu perbuatan kebaikan lalu dia membalasnya
dengan mengatakan ‘Jazaakallahu Khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka
sungguh hal itu telah mencukupi dalam menyatakan rasa syukurnya.” (HR Tirmizi dan Nasaa’i)

3- Walaupun bersyukur itu mempunyai makna yg lebih besar berbanding terima kasih, namun
sekurang2nya amalan membalas kebaikan orang lain kepada kita melalui tanda terima kasih akan
membawa kepada tergolong dalam golongan orang yg ditambah nikmat sebagaimana firman Allah
SWT : Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur,
pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka
sesungguhnya azab-Ku sangat pedih” (Ibrahim : 7)

4- Ucapan yang paling minima terhadap kebaikan orang lain kepada kita adalah 'TERIMA
KASIH'/Syukran dan ucapan yang paling baik diajarkan oleh Baginda SAW adalah
'JAZAAKALLAHU KHAIRAN' yg bererti (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan). ucapa
kpd perempuan 'Jazakillahu khairan' dan pd org ramai 'Jazakumullahu khairan'. Manakala ucapan
balas pula spt berikut 'SAMA2'/Afwan dan 'WA IYAAKUM' atau amiin.

5- Dalam Al-Quran Allah SWT banyak menyebut tentang kalimat bersyukur ini dan supaya
manusia ingat kurnia nikmat dari Allah SWT serta berbuat baik kpd ibu bapa dgn ucapan terima
kasih kepada mereka, hal ini dirakam dlm firman Allah SWT : "..(dengan yang demikian)
bersyukurlah kepadaKu dan berterima kasihlah kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada
Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)." (Lukman:14)

6- Membalas perbuatan baik dgn ucapan terima kasih adalah adab yg sangat baik, ia menyemai
semangat ukhuwah(persaudaraan) disamping membentuk kpd akhlak yg sempurna, sebaliknya
tanpa ucapan terima kasih maka lahirlah adab yg buruk ia menunjukkan sikap angkuh dan
pentingkan diri sendiri secara tidak langsung akan hilang kasih sayang dan saling menghormati
sesama kita.

Kesimpulan :

- Mudah sangat utk ucap terima kasih maka jangan diberatkan, besar kesannya ucapan ini baik pd
diri juga pd sesama kita oleh itu sentiasalah 'ringan mulut' utk melafazkan atau 'ringan tangan'
utk memberi serta 'ringan muka' utk mengukir senyuman.

- Mulai sekarang kita perlu mengambil perhatian tentang perkataan terima kasih ini kerana pada
hakikatnya ia amat mudah untuk diucapkan/dituliskan. Jangan lagi kita menganggap ia tidak
penting, serta sering tidak kisah untuk mengucapkannya.

Anda mungkin juga menyukai