Anda di halaman 1dari 3

1.

NAMA PROGRAM: PROGRAM PENINGKATAN SUKAN (HOKI)

2.0

PENGENALAN PROGRAM Program Peningkatan Sukan (Hoki) ini merupakan satu projek yang akan dikelolakan oleh guru-guru Pendidikan Jasmani khususnya yang mana ia dijadualkan berlangsung selama seminggu, iaitu bermula pada 8 hingga 12 November 2010. Kewujudan program ini dapat memupuk semangat kesukan yang tinggi di kalangan murid selain dari memberi mereka peluang untuk berehat setelah mereka penat memerah otak menghadapi peperiksaan akhir tahun. Secara tidak langsung, program ini merupakan latihan awal pasukan hoki sekolah dalam menghadapi kejohanan peringkat sekolah pada tahun hadapan.

3.0

OBJEKTIF PROGRAM 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 Menerapkan amalan gaya hidup sihat ke arah kecerdasan di kalangan murid-murid sekolah. Sebagai salah satu aktiviti untuk murid mengisi masa lapang selepas tamat peperiksaan akhir tahun. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam permainan hoki. Menerapkan nilai-nilai murni di kalangan murid dan guru. Mencungkil bakat murid dan menjadi landasan untuk mengenalpasti dan memilih pemain khususnya bagi mewakili sekolah ke sebarang kejohanan yang dianjurkan pada tahun hadapan.

4.0

TEMPAT, TARIKH DAN MASA PELAKSANAAN PROGRAM Tempat Tarikh Masa : Padang sekolah SK Seafield 3 : 8 12 November 2010 : 4.00 hingga 6.00 petang

5.0

PERANCANGAN PROGRAM Dalam program ini, murid akan diberi latihan secara amali bermula dari: i ii iii iv v Pengenalan padang dan alatan, Kemahiran asas individu, Kemahiran-kemahiran berkumpulan, Kemahiran menjaga gol, dan Kemahiran strategi asas di dalam sesuatu perlawanan.

6.0

KUMPULAN SASARAN 15 murid lelaki dan 15 murid perempuan, termasuk mereka yang pernah mewakili sekolah dalam permainan hoki sebelum ini.

7.0

ANGGARAN KOS PERBELANJAAN Makan/minuman peserta : Jumlah JUMLAH BESAR : : RM 3.00 x 30 orang peserta RM 90.00 (satu hari) RM 90.00 x 5 hari RM 450.00

8.0

PENUTUP Program Peningkatan Sukan (HOKI) ini diharap dapat menjadi aktiviti yang membentuk keperibadian positif murid termasuk semangat kerjasama, perpaduan, saling tolong-menolong, komitmen dan tanggungjawab. Melalui dari program ini juga diharapkan dapat membantu guru dalam mencari bakat-bakat baru untuk dilatih untuk kejohanan pada tahun hadapan.

Disediakan oleh:

................................................................ (RAJA FIRDAUS BIN RAJA SULAIMAN) JURULATIH PASUKAN HOKI SEKOLAH KEBANGSAAN SEAFIELD 3