Fikah Korban

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 16

FIKAH ‫ض� ة‬

KORBAN
Oleh: Maulana Ahmad Lutfi Bin Muharam ‫حفظه الله‬
�ِ ‫ال ْ ح ِ َّ�ي‬
BAHAGIAN 1
ُ‫فِق ْ ُه � أ‬

1- Hukum korban ialah sunat muakkadah dan sunat kifayah. Maksud ia adalah sunat
muakkadah ialah sekiranya seseorang itu mempunyai lebihan harta dari keperluan dirinya
dan keluarga yang ditanggungnya pada Hari Raya Haji dan malamnya dan hari-hari
Tasyriq maka makruh hukumnya jika dia tidak melakukan korban.

2- Maksud ia adalah sunat kifayah ialah sekiranya isi rumah lebih dari seorang dan mereka
adalah di bawah tanggungan wajib salah seorang dari mereka maka jika korban dilakukan
oleh salah seorang dari mereka yang mukallaf maka gugur tuntutan dari yang lain dan
gugur hukum makruhnya.

Contohnya isteri sahaja melakukan korban maka gugur tuntutan ke atas suami. Namun
kenyataan di atas tidak bermakna kesemua isi rumah akan mendapat pahala. Yang akan
mendapat pahala hanyalah pengamal korban sahaja. Sekiranya yang lain mahu mendapat
pahala mereka perlu melakukannya sendiri.

3- Sekiranya isi rumah itu seorang sahaja atau lebih seorang tetapi masing-masing bukan
di bawah tanggungan salah seorang dari mereka seperti rumah bujang atau rumah kongsi
maka tuntutan korban bagi mereka ialah sunat ‘ain iaitu dituntut secara sunat muakkadah
melakukan korban ke atas setiap isi rumah.

4- Tidak boleh menggunakan duit anak untuk korban walaupun dibuat atas nama anak
tersebut. Disunatkan bagi bapa yang mampu untuk melakukan korban bagi anaknya.

5- Korban atas nama orang mati tidak sah melainkan dia telah berwasiat supaya dibuat
korban bagi pihaknya. Adapun jika korban atas nama kita dan diniatkan kongsi pahalanya
untuk si mati maka hukumnya adalah harus.

6- Boleh diniatkan pahala korban untuk orang lain sama ada orang hidup atau mati
walaupun niat itu berlaku selepas selesai penyembelihan.

7- Tidak sah korban bagi pihak orang yang hidup melainkan setelah mendapat keizinan
daripadanya.

PERTUBUHAN AMAL
DARUL ULUM
http://darululum.my
FIKAH ‫ض� ة‬
KORBAN
Oleh: Maulana Ahmad Lutfi Bin Muharam ‫حفظه الله‬
�ِ ‫ال ْ ح ِ َّ�ي‬
BAHAGIAN 2
ُ‫فِق ْ ُه � أ‬

8- Syarat sah korban ialah Islam maka tidak sah korban yang dilakukan oleh orang kafir.
Sekiranya haiwan korban datang dari seorang kafir dan dia telah memilikkannya kepada
seorang muslim dan si muslim melakukan korban dengannya maka hukumnya sah.

9. Jika seseorang ingin mengeluarkan zakat dengan cara membeli binatang korban maka
hukum pengeluaran zakatnya itu tidak sah dan korbannya sah.

10- Boleh menggunakan duit baitulmal untuk membeli haiwan korban dan disembelih
bagi pihak kaum muslimin dengan syarat ada keluasan pada simpanan duit baitulmal.

11- Tajaan haiwan korban untuk orang lain perlulah mendapat keizinannya.

12- Pihak masjid tidak boleh menggunakan wang masjid untuk membeli binatang korban
dan diniatkan bagi pihak ahli kariah.

13- Jika korban dikeluarkan menggunakan wang syarikat dan di atas nama syarikat maka
syarat sahnya ialah:-

i. Mendapat keizinan dari pemilik wang seperti rakan kongsi. Jika sebahagian rakan
kongsi tidak mengizinkan maka korban itu sah bagi pihak yang mahu terlibat dan
bahagiannya sahaja yang akan ditolak dari wang syarikat.
ii. Islam pihak terlibat.
iii. Wang tersebut mencukupi harga satu bahagian mengikut bilangan pihak terlibat.

14- Namun jika sebuah syarikat ingin menaja haiwan korban kepada seseorang individu
iaitu menyerahkan wang atau binatang kepadanya dan disembelih sebagai korban atas
nama individu tersebut maka tidak perlu kepada syarat Islam.

PERTUBUHAN AMAL
DARUL ULUM
http://darululum.my
FIKAH ‫ض� ة‬
KORBAN
Oleh: Maulana Ahmad Lutfi Bin Muharam ‫حفظه الله‬
�ِ ‫ال ْ ح ِ َّ�ي‬
BAHAGIAN 3
ُ‫فِق ْ ُه � أ‬

15- Korban ialah satu ibadah. Ia lebih afdal dari sedekah sunat. Oleh kerana korban ialah
ibadah maka disyaratkan Niat di dalamnya.

16- Niat korban: “Aku berqasad binatang ini sebagai korban” atau “Aku serahkan binatang
ini untuk korban” atau “Aku sembelih binatang ini sebagai korban” dan seumpamanya.

17- Ini antara sebab tidak sah korban bagi pihak orang lain tanpa izinnya. Kerana pada
ketika itu tiada niat dari penama. Izin dari seseorang mewakili niatnya. Wasiat dari si mati
adalah mewakili izinnya.

18- Apabila seseorang mewakafkan hartanya dan mensyaratkan sebahagian hasil wakafnya
digunakan untuk korban maka sah wakafnya dan wajib perlaksanaan korban dibuat dari
hasil wakaf tadi. Kaedah ini sah berlaku walaupun setelah kematian pewakaf.

19- Penting : Waktu niat korban


Peserta korban perlu tahu bilakah waktu niat bagi ibadah korban. Waktu niatnya adalah
ketika salah satu dari keadaan berikut

Peserta sendiri berniat:-


i. Ketika mengasingkan haiwan dari haiwan miliknya di kandang. Maka dia berniat
“yang aku asingkan ini untuk korban”;
ii. Ketika menyerahkan haiwan korban kepada pihak pengurusan atau tukang sembelih;
iii. Ketika dia menyembelih haiwan korban (sembelih sendiri);
iv. Ketika haiwan korban sedang disembelih (sembelih berwakil);
v. Ketika bernazar dengan menentukan secara khusus haiwan miliknya yang akan
dikorbankan;
vi. Ketika pembelian baucer korban dan diserahkan kepada pihak pengurusan (fatwa
timur tengah).

PERTUBUHAN AMAL
DARUL ULUM
http://darululum.my
FIKAH ‫ض� ة‬
KORBAN
Oleh: Maulana Ahmad Lutfi Bin Muharam ‫حفظه الله‬
�ِ ‫ال ْ ح ِ َّ�ي‬
BAHAGIAN 4
ُ‫فِق ْ ُه � أ‬

20- Oleh kerana korban adalah ibadah maliyyah (ibadah jenis harta), maka harus peserta
mewakilkan orang lain berniat bagi pihaknya.

Tawkil niat (mewakilkan niat) berlaku seperti berikut:-


i. Peserta mewakilkan tukang sembelih berniat bagi pihaknya ketika sembelih;
ii. Peserta mewakilkan seseorang untuk berniat bagi pihaknya ketika wakilnya itu
menyerahkan haiwan kepada tukang sembelih;

21- Jika tidak berlaku langsung niat dalam mana-mana keadaan yang dinyatakan di atas
maka ibadah korban tidak sah dan sembelihan serta agihan daging berstatus sedekah biasa.

22- Sheikh Zaini Dahlan pernah ditanya berkaitan adat sebahagian orang yang menghantar
wang ke negara lain untuk dibeli haiwan dan disembelih di sana.

Jawaban Sheikh :
(Beliau menukilkan jawapan oleh Sheikh Muhammad bin Sulaiman al-Kurdi)
“Harus mewakilkan orang lain membeli haiwan untuk sembelihan korban dan aqiqah
di negeri luar sepertimana yang disebut secara umum oleh ulama Syafi’i dan mereka
menyatakan secara jelas bahwa boleh mewakilkan sesiapa yang sah sembelihannya untuk
menyembelih bagi pihak kita dan sah berwasiat supaya dibeli binatang dan disembelih
sebagai korban atau akikah. Menyaksikan binatang disembelih hukumnya sunat bukanlah
wajib.”

23- Sekiranya ibadah korban dibuat di luar negara dan mengakibatkan syiar korban tiada
di negara sendiri maka melakukan korban di negara sendiri lebih afdal dan utama.

PERTUBUHAN AMAL
DARUL ULUM
http://darululum.my
FIKAH ‫ض� ة‬
KORBAN
Oleh: Maulana Ahmad Lutfi Bin Muharam ‫حفظه الله‬
�ِ ‫ال ْ ح ِ َّ�ي‬
BAHAGIAN 5
ُ‫فِق ْ ُه � أ‬

24- Terdapat pendapat dho’if di dalam mazhab Maliki yang mengharuskan korban diganti
dengan memberi wang sahaja kepada fakir miskin. Pendapat ini tidak disarankan untuk
diamalkan kerana ia akan melenyapkan syiar ibadah ini sepertimana yang difatwakan oleh
Sheikh Hasanain Makhluf.

25- Jika berlaku pertembungan antara mendahulukan korban untuk sendiri atau aqiqah
maka mendahulukan korban lebih afdal. Kerana dalam ibadah korban terdapat pendapat
yang menghukumnya sebagai wajib.

26- Jika bertembung sama ada hendak melakukan korban untuk anak atau akikah maka
yang afdalnya mendahulukan akikah.

27- Di sisi Sheikh Ibnu Hajar tidak sah menggabungkan antara ibadah korban dan ibadah
akikah.

28- Haram melakukan ibadah korban sekiranya sehingga membawa kepada tiada wang
untuk membayar nafkah wajib terhadap tanggungan wajib.

PERTUBUHAN AMAL
DARUL ULUM
http://darululum.my
FIKAH ‫ض� ة‬
KORBAN
Oleh: Maulana Ahmad Lutfi Bin Muharam ‫حفظه الله‬
�ِ ‫ال ْ ح ِ َّ�ي‬
BAHAGIAN 6
ُ‫فِق ْ ُه � أ‬

25- Ibadah korban konsepnya ta’abbudi maka perlu dipatuhi segala peraturan waktu, jenis
binatang, sifat dan usianya. Maksud ta’abbudi ialah, perlu dipatuhi bulat-bulat dan tidak
bebas diqiaskan.

26- Hanya tiga jenis binatang yang sah korbannya:-


i. Unta.
ii. Lembu.
iii. Kambing.

27- Ketiga-tiga jenis binatang di atas sah korbannya walaupun apa jua jenis dan grednya.
Syaratnya adalah jenis yang dibela.

28- Kerbau termasuk famili lembu, sah korban dengannya.

29- Haiwan kacukan antara haiwan korban dan haiwan bukan korban tidak sah dijadikan
korban seperti kacukan kijang dan kambing.

30- Haiwan kacukan antara jenis-jenis haiwan korban seperti kambing dan lembu atau
biri-biri dan kambing biasa dan seumpamanya hukumnya sah dibuat korban.

31- Umur binatang korban:


i. Unta - 5 tahun
ii. Lembu dan kambing biasa - 2 tahun
iii. Biri-biri - 1 tahun
iv. Kacukan biri dan kambing biasa - 2 tahun
v. Kacukan unta dan lembu - 5 tahun
Kaedahnya umur haiwan kacuk ialah berdasarkan umur korban yang paling tinggi antara
ibu dan penjantannya.

PERTUBUHAN AMAL
DARUL ULUM
http://darululum.my
FIKAH ‫ض� ة‬
KORBAN
Oleh: Maulana Ahmad Lutfi Bin Muharam ‫حفظه الله‬
�ِ ‫ال ْ ح ِ َّ�ي‬
BAHAGIAN 7
ُ‫فِق ْ ُه � أ‬

32- Umur di atas ialah waktu baligh bagi haiwan. Ia juga boleh ditentukan dengan melihat
giginya iaitu apabila gigi susunya telah tanggal atau diistilahkan ‘salin gigi.’

34- Haiwan yang gigi susunya sudah tertanggal boleh dibuat korban walaupun belum
mencapai usia 1 tahun bagi biri-biri.

35- Jika tidak pasti adakah haiwan tersebut sudah cukup umur ataupun tidak maka tidak
sah korban dengannya.

36- Penjual haiwan perlu amanah ketika menyatakan umur haiwan jualannya.

37- Sekiranya pembeli meletakkan syarat umur yang sah pada haiwan yang ditempahnya
dan dia mendapati penjual tidak menyerahkan haiwan yang cukup umur maka pembeli
ada pilihan untuk meneruskan jual beli ataupun tidak.

38- Wajib penjual menukar haiwan yang tidak menepati umur korban itu jika diminta
oleh pembeli.

39- Haram menipu umur haiwan korban.

40- Wajib ke atas pihak yang diwakilkan membeli haiwan korban seperti AJK masjid,
NGO dan seumpamanya memastikan umur haiwan menepati umur sah.

41- Tidak sah haiwan yang tidak cukup umur walaupun saiznya besar dan berat.

PERTUBUHAN AMAL
DARUL ULUM
http://darululum.my
FIKAH ‫ض� ة‬
KORBAN
Oleh: Maulana Ahmad Lutfi Bin Muharam ‫حفظه الله‬
�ِ ‫ال ْ ح ِ َّ�ي‬
BAHAGIAN 8
ُ‫فِق ْ ُه � أ‬

42- Sifat asas binatang korban selain cukup umurnya ialah selamat dari kecacatan.

43- Secara umumnya kecacatan yang mengurangkan daging atau merosakkannya akan
menjejaskan kesahihan ibadah korban.

44- Syarat sifat haiwan korban:-

i. Tidak berkudis walaupun sedikit kerana ia merosakkan daging dan lemak.


ii. Tidak tempang yang ketara sehingga menyulitkannya bergerak, begitu juga patah
mana-mana anggota walaupun ketika proses penyembelihan.
iii. Tidak buta kedua belah mata atau sebelah sahaja. Adapun yang rabun serta berair
mata atau rabun malam sah dijadikan korban.
iv. Tidak gila.
v. Tidak kurus sehingga hilang sum-sum tulang.
vi. Tidak berpenyakit dengan penyakit yang boleh merosakkan daging.
vii. Tidak berkurangan walaupun sedikit daripada bahagian telinga, seperti itu juga yang
dilahirkan tanpa telinga. Sekiranya bahagian telinga terpotong tanpa tertanggal,
berlubang tanpa menghilangkan daging maka masih sah dibuat korban.
viii. Tidak berkurangan walaupun sedikit daripada lidahnya atau kantung susunya atau
punggungnya atau ekornya. Sekiranya haiwan korban dilahirkan tanpa kantung
susu atau ekor atau punggung maka hukumnya sah korban.
ix. Tidak tertanggal semua giginya. Dan jika sebahagian sahaja tertanggal sah dibuat
korban.
x. Tidak tertanggal kadar yang zahir dan nampak dari anggota besar haiwan seperti
peha. Kadar yang zahir ditakrifkan dengan bahawa ia boleh dilihat dari jauh.
xi. Tidak mengapa dan sah korban haiwan yang dibuang telur (kasi), dibuang tanduk
kerana ia tidak mengurangkan daging. Adapun jika tercabut tanduk mengakibatkan
daging tertanggal maka ia memudaratkan kesahihan korban.

PERTUBUHAN AMAL
DARUL ULUM
http://darululum.my
FIKAH ‫ض� ة‬
KORBAN
Oleh: Maulana Ahmad Lutfi Bin Muharam ‫حفظه الله‬
�ِ ‫ال ْ ح ِ َّ�ي‬
BAHAGIAN 9
ُ‫فِق ْ ُه � أ‬

45- Kadar yang paling rendah untuk korban ialah seekor kambing atau satu pertujuh dari
unta atau lembu.

46- Maka tidak sah seekor kambing dikongsi dua atau seekor lembu atau unta dikongsi
lapan dan lebih.

47- Jika seekor unta dikongsi lapan misalnya maka tiada seorang pun dikalangan mereka
yang mendapat ibadah korban.

48- Perkongsian 7 orang pada seekor lembu boleh walaupun niat masing-masing berbeza.

Misalnya
• Bahagian 1 - Korban
• Bahagian 2 - Akikah
• Bahagian 3 - Kegunaan sendiri
• Bahagian 4 - Nazar
• Bahagian 5 - Dam
• Bahagian 6 - Jual
• Bahagian 7 - Walimah

49- Perkongsian ini akan dibuat agihan secara (‫ ) اف ـراز‬iaitu ditentukan bahagian masing-
masing semasa agihan.

PERTUBUHAN AMAL
DARUL ULUM
http://darululum.my
FIKAH ‫ض� ة‬
KORBAN
Oleh: Maulana Ahmad Lutfi Bin Muharam ‫حفظه الله‬
�ِ ‫ال ْ ح ِ َّ�ي‬
BAHAGIAN 10
ُ‫فِق ْ ُه � أ‬

50- Jika ada rakan bahagian yang tidak membenarkan haiwan disembelih dan rakan
bahagian lain khuatir waktu korban akan habis maka hendaklah mereka merujuk kepada
pihak berwajib dan mereka boleh menyembelih haiwan korban tersebut.

51- Kos jagaan haiwan sebelum sembelih, upah tukang sembelih ditanggung secara
berkongsi oleh kesemua rakan bahagian.

52- Jika salah seorang rakan bahagian korban meninggal dunia maka urusan bahagiannya
mengikut keputusan waris.

53- Boleh salah seorang rakan bahagian ialah orang bukan Islam untuk kegunaan
peribadinya.

54- Seseorang yang telah membeli satu bahagian dari tujuh boleh memindah milik
bahagiannya kepada orang lain secara jual atau secara hibah.

55- Seseorang yang telah membeli bahagian korban boleh menukar niatnya dari korban
kepada sebab lain seperti akikah atau sedekah dan lain-lain.

56- Pertukaran itu boleh dan sah selagi dia tidak bernazar korban.

57- Sekiranya terbukti bahawa haiwan yang telah dibeli itu diambil secara haram oleh
penjualnya seperti dengan mencuri sedangkan haiwan belum disembelih maka mereka
tidak boleh meneruskan sembelihan dan boleh meminta wang mereka dikembalikan oleh
penjual.

58- Sekiranya haiwan itu sudah disembelih dan sudah dimakan maka peserta perlu
mengganti semula bayarannya kepada pemilik asal dan boleh membuat tuntutan bayaran
mereka dari penjual.

PERTUBUHAN AMAL
DARUL ULUM
http://darululum.my
FIKAH ‫ض� ة‬
KORBAN
Oleh: Maulana Ahmad Lutfi Bin Muharam ‫حفظه الله‬
�ِ ‫ال ْ ح ِ َّ�ي‬
BAHAGIAN 11
ُ‫فِق ْ ُه � أ‬

59 - Urutan binatang korban dari segi yang lebih afdal. Ia diukur dengan melihat kepada
yang dibuat bersendirian lebih afdal dari yang berkongsi, yang lebih gemuk lebih afdal
dari yang kurang gemuk. Warna tertentu lebih afdal dari warna yang lain.

60- Urutan afdal - Jenis binatang:


i. Unta.
ii. Lembu.
iii. Biri-biri.
iv. Kambing biasa.
v. Satu bahagian unta.
vi. Satu bahagian lembu.

61- Urutan afdal - Warna:


i. Putih.
ii. Kuning.
iii. Coklat/Perang.
iv. Merah.
v. Tompok hitam putih.
vi. Hitam.

62- Urutan afdal - Jantina:


i. Jantan (kecuali yang banyak mengawan maka betina lebih afdal darinya).
ii. Betina.

63- Yang paling afdal ialah jantan yang putih dan gemuk. Betina yang berisi dan gemuk
lebih afdal dari jantan yang kurus.

PERTUBUHAN AMAL
DARUL ULUM
http://darululum.my
FIKAH ‫ض� ة‬
KORBAN
Oleh: Maulana Ahmad Lutfi Bin Muharam ‫حفظه الله‬
�ِ ‫ال ْ ح ِ َّ�ي‬
BAHAGIAN 12
ُ‫فِق ْ ُه � أ‬

64- Jika membuat akad salam (tempahan) dengan penjual maka perlu diperinci warna
yang dikehendaki dengan syarat warna itu bukan susah didapati.

65- Walaupun peserta ada hak meminta warna tertentu dari wakil pembelian namun
dinasihatkan dalam tempahan diberi pilihan kedua seperti jika warna yang diminta tiada
pihak pembelian boleh membeli warna yang lain.

66- Peserta boleh mewakilkan tanpa menyebut warna. Memadai dengan menyebut haiwan
yang cukup syarat korban.

67- Pihak pembeli berhak memulangkan haiwan kepada penjual jika warna tidak menepati
seperti tempahan.

68- Waktu ibadah korban

Waktu sah melakukan ibadah korban bermula selepas terbit matahari 10 Zulhijjah dan
berlalu masa yang mencukupi untuk solat dua rakaat yang ringkas dan dua khutbah yang
ringkas.

Sekiranya haiwan disembelih sebelum waktu ini maka ia tidak dianggap haiwan korban
tetapi sebagai sedekah semata-mata.

Waktu korban berakhir dengan tenggelam matahari hari terakhir dari hari-hari tasyriq
iaitu 13 Zulhijjah.

69- Di sisi Imam Azraie kiraan waktu mula ialah selepas matahari naik sepergalahan pada
10 Zulhijjah dan berlalu masa yang mencukupi untuk dua rakaat solat dan dua khutbah
yang ringkas.

70- Oleh kerana itu hukumnya afdal melewatkan sembelihan sehinggalah melepasi waktu
ini. Bahkan lebih afdhal tidak menyembelih melainkan setelah selesai solat.

PERTUBUHAN AMAL
DARUL ULUM
http://darululum.my
FIKAH ‫ض� ة‬
KORBAN
Oleh: Maulana Ahmad Lutfi Bin Muharam ‫حفظه الله‬
�ِ ‫ال ْ ح ِ َّ�ي‬
BAHAGIAN 13
ُ‫فِق ْ ُه � أ‬

71- Waktu menyembelih merangkumi siang dan malam tetapi hukum menyembelih pada
waktu malam adalah makruh kecuali ketika terdapat halangan pada waktu siang ataupun
ada maslahat dan kebaikan buat pada waktu malam.

72- Contohnya haiwan terlalu banyak ataupun pembantu hanya berkelapangan pada
waktu malam.

73- Haiwan yang diniatkan sebagai korban tetapi tidak sempat disembelih sehinggalah
habis waktu maka pemilik bahagiannya boleh menunda sehingga tahun hadapan atau
menjualnya dan hasil jualan disimpan untuk tahun hadapan atau disembelih juga dan
disedekah kepada yang memerlukan.

74- Korban nazar wajib dibuat dalam tempoh ini. Dan jika berlalu waktu sedangkan ia
masih belum disembelih maka hukumnya haram dan berdosa sekiranya sengaja perbuatan
menangguhkan tadi dan sekiranya kerana lupa atau ada halangan maka tidak berdosa.

Dalam kedua-dua keadaan wajib disembelih juga selepas waktu itu dan ia dikira sebagai
mengqadha korban nazar yang tertangguh.

75- Menurut pendapat sahih dalam mazhab, binatang yang Hadyi yang dibawa untuk
disembelih di Mekah waktu sembelihannya sama seperti waktu sembelihan korban.

76- Seseorang yang bernazar korban haiwan yang cacat atau tidak cukup umur wajib
menyembelihnya pada waktu ini juga walaupun ia tidak dikira sebagai korban.

PERTUBUHAN AMAL
DARUL ULUM
http://darululum.my
FIKAH ‫ض� ة‬
KORBAN
Oleh: Maulana Ahmad Lutfi Bin Muharam ‫حفظه الله‬
�ِ ‫ال ْ ح ِ َّ�ي‬
BAHAGIAN 14
ُ‫فِق ْ ُه � أ‬

77- Perkara-perkara yang disunatkan dalam masalah korban dan sembelihan.

78- Disunatkan bagi peserta korban untuk tidak memotong kuku dan bulu bermula 1
Zulhijjah sehingga haiwan korbannya disembelih. Jika dipotong bulu dan kuku juga maka
hukumnya makruh.

79- Sekiranya seseorang itu mempunyai lebih dari seekor haiwan untuk dikorban, makruh
memotong kuku dan bulu terangkat dengan salah satu darinya telah disembelih.

80- Disunatkan memberi makan haiwan korban sehingga gemuk.

81- Disunatkan bertakbir Allahu Akbar ketika melihat haiwan korban pada hari Raya Haji
dan hari-hari Tasyriq.

82- Jika haiwan korban perlu ditanda maka tidak mengapa menandanya dengan cat dan
seumpamanya.

83- Disunatkan menjadikan daging korban makanan pertama yang masuk di dalam perut
pada hari pertama korban.

84- Hukum-hakam sembelihan.

Sembelihan tidak sah melainkan dengan memenuhi beberapa syarat dan rukun:-
i. Penyembelih hendaklah beragama Islam atau ahli kitab;
ii. Memutuskan halkum dan urat merih;
iii. Masih ada ‘hayat mustaqirrah’ ketika sembelih;
iv. Peralatan sembelih bukan dibuat dari tulang atau kuku.

85- Syarat memutuskan halkum dan urat merih hanya untuk haiwan yang kita mampu
dan menguasainya.

PERTUBUHAN AMAL
DARUL ULUM
http://darululum.my
FIKAH ‫ض� ة‬
KORBAN
Oleh: Maulana Ahmad Lutfi Bin Muharam ‫حفظه الله‬
�ِ ‫ال ْ ح ِ َّ�ي‬
BAHAGIAN 15
ُ‫فِق ْ ُه � أ‬

86- Sekiranya haiwan korban terlepas dan tidak mampu ditangkap, sah membunuhnya
dengan cara mensasarkan benda tajam pada mana-mana bahagian anggota tubuhnya
seperti menggunakan lembing, anak panah, parang dan seumpamanya.

87- Adapun menembak dengan peluru hukumnya boleh sekiranya peluru itu jenis tajam.

88- Membunuh dengan lemparan benda tajam kepada mana-mana bahagian tubuh
memadai sekiranya ia terus membunuh atau mengakibatkan haiwan nyawa-nyawa
ikan. Tetapi sekiranya ia hanya melumpuhkan dan melemahkan maka wajib selepas itu
memutuskan halkum dan urat merih.

89- Perkara sunat ketika sembelihan:-


• Mengasah pisau sehingga tajam.
• Tidak mengasah pisau di hadapan haiwan.
• Tidak menyembelih di hadapan haiwan yang lain.
• Tidak menyembelih di atas simen, batu atau tanah keras.
• Menyembelih unta hal keadaan unta itu berdiri dan lutut kaki kiri depan diikat.
• Tidak mengikat semua kaki haiwan.
• Tidak memijak haiwan.
• Memotong di tengah tengkuk bagi haiwan berleher biasa.
• Memotong di pangkal tengkuk bagi haiwan berlehar panjang sepert unta, angsa dan
seumpamanya.
• Mengarahkan bahagian tengkuk yang akan disembelih ke arah kiblat.
• Penyembelih menghadap kiblat.
• Membaca Bismillah.
• Berselawat kepada Nabi ‫صلى هللا عليه وسلم‬.
• Mengucapkan ‫اللهم هذا منك وإليك فتقبل مني‬.
• (Ya Allah, haiwan ini dariMu dan kembali kepadaMu maka terimalah ia daripada ku/
daripada mereka).
• Tidak melapah sebelum haiwan mati.

PERTUBUHAN AMAL
DARUL ULUM
http://darululum.my
FIKAH ‫ض� ة‬
KORBAN
Oleh: Maulana Ahmad Lutfi Bin Muharam ‫حفظه الله‬
�ِ ‫ال ْ ح ِ َّ�ي‬
BAHAGIAN 16
ُ‫فِق ْ ُه � أ‬

90- Berkata Sheikh Jamaluddin Muhammad bin Abdurrahman bin Hasan bin Abdul Bari
al-Ahdal 1277-1352H,
Menjadi adat sebahagian tempat bahawa penduduknya akan mengucapkan takbir Raya
ketika menyembelih binatang korban. Ianya mempunyai dalil dan sandaran daripada al-
Quran iaitu firman Allah ‫ســبحانه و تعالــى‬‎
ُ َ ٰ َ َ ‫ٱلل‬
ۗ ‫ع َما ه َدىٰك ْم‬ َ َّ ْ ‫بوا‬ َ ُ ْ ُ َ َ َ َّ َ َ َ َ
ُّ‫ك‬
ِ ِ‫كذٰل ِك سخرها لكم ل‬
Maksudnya, “Demikianlah Dia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya
kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjuk-Nya…” (al-Hajj: 37)
(Ini adalah kerana) mengucapkan takbir dengan sighah takbir Raya termasuk di dalam
mutlak Takbir. Sighah takbir yang dinaskan oleh para fuqaha pula ialah,
ْ
‫ل ال َ ْم ُد‬ ِ َ
‫و‬ ُ َ ‫هلل أَ ْك‬
‫ب‬ ُ َ ‫هلل أَ ْك‬
ُ َ‫ب ا‬ ُ َ‫ا‬
ِ
sama ada ianya diucapkan sebelum membaca Bismillah atau pun selepas membaca
Bismillah.
Imam Muslim ‫ رحمه هللا‬meriwayatkan bahawa Nabi ‫ صلى هللا عليه وسلم‬membaca
‫ب‬ُ َ ‫اهلل أَ ْك‬ ْ
ُ ‫اسم اهلل َو‬
ِ ِ ِ‫ب‬
Padanya terdapat himpunan antara dua ayat al-Quran,
َ ْ َ َ ْ ْ ُ َ َ َ َ َ َ َّ َ ْ
ِ ‫يمةِ النْ َع‬
ۗ ‫ام‬ ٰ ِ‫ِلَ ْذ ُك ُروا اسم الل‬
‫ع ما رزقهم مِن ب ِه‬
Maksudnya, “…supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaan-
Nya kepada mereka iaitu binatang-binatang ternak yang disembelih itu…” (al-Hajj: 34)
ُ َ ٰ َ َ ‫الل‬
ۗ ‫ع َما ه َداك ْم‬ َ َّ ‫بوا‬ َ ُ
ُّ‫ك‬
ِ ِ‫ل‬
Maksudnya, “…kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat
petunjuk-Nya…” (al-Hajj: 37)
(Umdatul Mufti wal Mustafti, Jilid 2, m/s 408)

PERTUBUHAN AMAL
DARUL ULUM
http://darululum.my

Anda mungkin juga menyukai