Anda di halaman 1dari 4

PUSAT PROGRAM LUAR

BML 3043 :
FONETIK & FONOLOGI
BAHASA MELAYU

T U G A S A N

Kriteria Tugasan:

i) Kerja kursus - 45%


ii) Forum - 15%
Tempoh tugasan - 9 minggu (mula 10/09/12 – 05/11/12)
Tarikh akhir tugasan - 11/11/12

Soalan Tugasan:

i) Kerja kursus (45%) :

1. Bincangkan perkara berikut dengan jelas dan sertakan contoh-contoh


yang sesuai:

a. Fonetik dan fonologi bahasa Melayu. (15 markah)


- Jawapan anda harus mencakupi beberapa definisi mengenai
fonetik dan fonologi yang diberikan oleh tokoh-tokoh bahasa seperti
Harimurti Kridalaksana, Abdul Hamid Mahmood, Abdullah Hassan,
Nor Hashimah Jalaluddin, Indirawati, K. L. Pike, David Crystal dan
Gleason.
- Anda juga harus membincangkan jenis-jenis fonetik seperti (i)
fonetik artikulasi, (ii) fonetik akustik dan (iii) fonetik auditori.
- Jawapan anda juga harus menyentuh matlamat akhir ilmu fonetik
dan fonologi, khususnya bahasa Melayu.
b. Bunyi vokal dan konsonan bahasa Melayu. (15 markah)
- Anda perlu membincangkan maksud bunyi vokal. Dengan
memberikan (i) vokal depan, (ii) vokal belakang dan (iii) vokal
tengah, anda perlu sertakan contoh-contoh bunyi tersebut dalam
bahasa Melayu.
- Sila lukis gambar rajah bagaimana proses bunyi-bunyi vokal
tersebut dihasilkan.
- Anda juga perlu menghuraikan bunyi-bunyi konsonan bahasa
Melayu. Lukiskan gambar rajah bagaimana proses bunyi konsonan
tersebut dihasilkan. Sertakan contoh-contoh bunyi dalam
perkataan bahasa Melayu.

c. Sistem ejaan Rumi bahasa Melayu (15 markah)


- Bagi soalan ini, Jawapan anda perlu menjelaskan hal tentang ejaan
bersama Malaysia-Indonesia yang telah dipersetujui bersama pada
tahun 1972. Bincangkan juga huruf fonem yang digunakan dalam
ejaan bersama tersebut.
- Anda juga perlu membincangkan hal tentang Keselarasan Vokal
dan sertakan contoh-contohnya sekali.
- Anda perlu memasukkan aspek bunyi-bunyi perkataan pinjaman
daripada bahasa Inggeris, bahasa Jawa dan lain-lain, dan sertakan
contoh cara-cara mengejanya.

PERHATIAN:

Bagi membantu anda yang akan menjawab tiga jenis soalan yang
dicantumkan dalam kerja kursus ini, anda dinasihatkan merujuk dan
meneliti buku-buku berikut:

1. Linguistik, Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu (2007) oleh Abdul


Hamid Mahmood dan Nur Farah Lo Abdullah.
- Jawapan bagi soalan (a) dan (b).
2. Menguasai Bahasa Melayu Tinggi (2007) oleh Prof. Dr. Abdul Hamid
Mahmood.
- Jawapan bagi soalan (c).

 Anda boleh hubungi telefon no. 019 - 3870 383


ii) Forum (15%) – access dalam MyGuru3 :
- Penyelaras akan memuatnaik soalan Forum dalam MyGuru3.
- Terdapat lima soalan yang akan dimuatnaik dan setiap satunya
bernilai 3 markah.
- Anda dinasihatkan agar tidak ketinggalan melibatkan diri secara
aktif dalam Forum tersebut.

Format Penulisan (kerja kursus):

1. Kulit hadapan : tajuk, nama, no. matrik, semester, dan program


2. Format :
a) Bil. halaman : mengikut keperluan
b) Jenis tulisan : Arial
c) Saiz tulisan : 11pt
d) Langkau 1.15, santak kiri dan kanan (justify)
3. Kerja kursus (penulisan) anda perlu mengandungi:
a) Kandungan
b) Pengenalan
c) Aspek yang dibincangkan dengan contoh yang sesuai, gambar rajah secara
grafik/ peta minda (mengikut kreativiti, keperluan dan kesesuaian)
d) Kesimpulan
e) Bibliografi (sekurang-kurangnya lima daripada pelbagai sumber rujukan)
4. Penulisan petikan mengikut sistem APA @ Gaya Dewan dan harus konsisten
5. Bentuk serahan tugasan :
i) Hantar dalam bentuk soft copy melalui sistem elektronik yang telah
ditetapkan oleh PPL.
ii) Hantar salinan bercetak (hard copy) ke alamat berikut:
Prof. Dr. Abdul Hamid Mahmood,
Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan,
Fakulti Bahasa dan Komunikasi,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim,
Perak.
Pemarkahan (kerja kursus) :

a) Isi : 30 markah
b) Bahasa : 20 markah
c) Persembahan : 10 markah
d) Format : 10 markah
e) Grafik & kreativiti : 10 markah
f) Bibliografi : 10 markah
g) Teknik petikan : 10 markah
Jumlah : 100 markah
Pemberatan : 45%

Rubrik Penilaian (kerja kursus) :

Peringkat Kriteria Penulisan Markah (100)

 Format : sangat kemas, tersusun dan tepat 80 – 100


Cemerlang  Isi : cukup dan sangat relevan
 Grafik : sangat sesuai, kreatif dan jelas
 Penulisan bibliografi dan petikan betul dan tepat sekali
 Format : kemas, tersusun dan tepat 70 – 79
Baik  Isi : cukup dan relevan
 Grafik : sesuai, kreatif dan jelas
 Penulisan bibliografi dan petikan betul dan tepat
 Format : betul dan tepat 60 – 69
Memuaskan  Isi : cukup
 Grafik : sesuai dan jelas
 Penulisan bibliografi dan petikan betul
 Format : kurang kemas, kurang tersusun dan kurang tepat 40 – 59
Kurang  Isi : kurang cukup dan kurang relevan
memuaskan  Grafik : kurang sesuai
 Penulisan bibliografi dan petikan kurang betul
 Format :tidak kemas, tidak tersusun dan tidak tepat 0 – 39
Tidak  Isi : tidak cukup dan tidak relevan
memuaskan  Grafik : tidak sesuai
 Penulisan bibliografi dan petikan banyak kesalahan

Anda mungkin juga menyukai