Anda di halaman 1dari 11

PENGURUSAN TINGKAH LAKU TAJUK 1 Pengenalan dan konsep 1.

1 Definisi dan konsep

Bermula dari tahun 1920-an, kajian-kajian berkaitan tingkah laku menunjukkan faktor-faktor luaran atau persekitaran yang berlaku sebelum atau selepas sesuatu peristiwa akan merangsang sesorang individu mempamerkan sesuatu tingkah laku yang khusus. Pada umumnya hasil kajian saintifik pengurusan tingkah laku mencadangkan bahawa; Kebanyakan tingkah laku adalah dipelajari. Ini bermakna tingkah laku baru atau alternatif boleh dipelajari pada bila-bila masa. Tingkah laku yang negatif seperti agresif, suka merosakkan harta benda boleh diubah kepada tingkah laku baru yang lebih positf jika individu itu diberi intervensi yang dirancang dengan teliti, iaitu sesuai dan sistematik. Pengurusan tingkah laku adalah program tingkah laku yang berbentuk saintifik yang dibuat secara analisis untuk menghasilkan perubahan tingkah laku sosial yang positif bagi seorang individu (Bear, Wolf and Risley, 1968) Tingkah laku adalah berbagai ragam dan berbagai laku. (Kamus Dewan, 1979)

Manakala modifikasi atau pengubahsuaian pula adalah satu pendekatan berstruktur dan bersistematik bagi meningkatkan tingkah laku diingini, mengurangkan tingkah laku yang buruk, dan mengekalkan tingkah laku sasaran. Pendekatan ini banyak mengamalkan peneguhan bagi mencapai matlamat pengubahsuaian tingkah laku diingini.

Konsep asas pengurusan tingkah laku meliputi perkara-perkara berikut; perancangan yang rapi tentukan individu atau kumpulan teknik intervensi yang berkesan penilaian secara objektif

Beberapa perkara perlu diambil kira dengan teliti tentang murid khas sebelum program pengurusan tingkah laku dilaksanakan, iaitu; setiap murid adalah unik tiada satu cara yang berkesan dalam semua keadaan bagi semua murid proses intervensi akan dihadkan kecuali ianya berkaitan dengan keperluan dan kehendak murid (aspek kognitif, afektif, dan psikomotor murid saling berkait).

Model tingkah laku Model tingkah laku berteraskan kepada tiga elemen penting iaitu; rangsangan (stimulus)

Tindak balas (response) Kesan/akibat (consequences) Rangsangan adalah sebarang bentuk keadaan persekitaran atau benda/objek yang boleh menyebabkan tindak balas perlakuan berlaku. Tindak balas merupakan tingkah laku yang terhasil daripada kewujudan rangsangan tertentu. Kesan/akibat adalah kejadian (event) yang terjadi ke atas murid selepas tindakan balas berlaku.

Rangsangan Tindak balas Akibat Murid A menampar kepala murid B tanpa sebab Guru mengarah murid Pandang cikgu Murid B membaling buku kepada murid A Murid memandang guru Guru menegur murid tersebut Guru memujinya Guru memberi gula-gula sebagai ganjaran

Model lain yang seakan-akan sama seperti di atas adalah Model A-B-C Antrecedent -------- Behaviour ---------- Consequences A ----- peristiwa sebelum B ----- Tingkah laku yang ditunjukkan (response) C ----- Akibat/kesan

TAJUK 2 LANGKAH-LANGKAH MENGENAL PASTI TINGKAH LAKU

Untuk memulakan program pengurusan tingkah laku, guru perlu menjalankan beberapa langkah untuk mengenal pasti tingkah laku bermasalah. Antara langkah yang perlu dilakukan adalah; Mengesan tingkah laku-tingkah laku bermasalah Memerhati dan merekod - hasil tugasan (out-come of a given task) - time sample recording - interval (sela) - peristiwa semasa (event) - self-recording (merekod tingkah laku sendiri) Mengenal pasti tingkah laku yang perlu diubah suai (berdasarkan keutamaan) Mengkaji punca tingkah laku yang telah dikenal pasti Merancang program intervensi yang sesuai

TAJUK 3 LANGKAH-LANGKAH PEMBENTUKAN PROGRAM PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Program pengurusan tingkah laku merupakan dokumen bertulis yang telah dirancang, dibina, dilaksana , dan direkod bagi meningkatkan atau mengurangkan satu-satu tingkah laku bermasalah atau luar biasa. Langkah-langkah yang disarankan dalam program pengurusan tingkah laku ini boleh diubah suai bergantung kepada kesesuaian individu atau kumpulan murid tersebut. Langkah-langkah pembentukan program pengurusan tingkah laku; memilih tingkah laku yang perlu diubah berdasarkan keutamaan membuat pemerhatian dan merekodkan tingkah laku tersebut menentukan tingkah laku sasaran yang hendak dicapai (target behaviour) mengenal pasti masa pelaksanaan bagi tiap peringkat memilih strategi dan kaedah yang perlu diguna pakai menentukan ganjaran dan dendaan (reinforcer and punishment) menjalankan program melakukan penilaian secara berterusan atau secara berkala (periodical evaluation) tindakan/intervensi susulan (berhenti apabila tingkah laku sasaran dicapai) memastikan supaya tingkah laku negatif tidak berulang dan tingkah laku yang telah dipulih (positif) dikekalkan atau ditingkatkan Sebelum sesuatu tingkah laku dapat diurus, beberapa perkara perlu diambil perhatian terlebih dahulu,iaitu; Apakah jenis tingkah laku yang dapat diperhati? Tingkah laku yang mana satu harus diberi keutamaan? Bila tingkah laku itu berlaku? Kekerapan tingkah itu berlaku. Apakah punca/sebab tingkah laku itu berlaku?

Bagaimana hendak mengurus tingkah laklu tersebut?

TAJUK 4 STRATEGI DAN PROSEDUR PENGURUSAN TINGKAH LAKU

4.1 Pelupusan dan peningkatan tingkah laku Strategi pengurusan tingkah laku yang dipilih hendaklah sesuai dengan mengambil kira faktor-faktor murid tersebut seperti fizikal, emosi, mental, tahap keterukan, dan juga faktor pengaruh persekitaran, dan jangka masa pelaksanaan yang tertentu. Strategi pengurusan tingkah laku melibatkan teknik-teknik berikut; ganjaran (reinforcers) Terdapat 3 jenis ganjaran iaitu; i. ganjaran primer makanan, minuman dll ii. ganjaran social- senyuman, pujian dll iii. ganjaran sekunder token, kupon, mainan, bintang dll dendaan (punishment) - tahanan kelas (lambat balik) , dendaan fizikal, ambil balik token/hak pengasingan (isolation) - mengasingkan peneguh daripada tingkah laku yang dipilih - asingkan murid daripada aktiviti yang disukainya pembentukan (shaping)

- pemberian pengukuhan kepada perlakuan-perlakuan yang dilakukan oleh murid yang menjurus kepada pementukan perlakuan yang dikehendaki. prompting - digunakan untuk mendapatkan rangsangan tertentu yang dipilih sebagai tanda atau klu kepada murid untuk melaksanakan tingkah laku yang dikehendaki secara lisan, gerak badan (gesture) dan fizikal. fading (pelunturan) - mengurangkan tingkah laku atau ganjaran secara perlahan-lahan modeling - menggunakan watak-watak (murid,guru ) yang disukai dan dihormati untuk diteladani oleh murid kejelakan (satiation) - membiarkan murid melakukan tingkah laku itu hingga dia jemu melakukannya dan berhenti sendiri - Over Correction adalah satu teknik kejelakan. desensitization - tindakan-tindakan secara beransur-ansur untuk menghilangkan rasa gugup atau takut yang berlebihan ( takut bercakap di depan kelas, fobia) bimbingan dan kaunseling - pendekatan-pendekatan kaunseling untuk membimbjng murid menghadapi atau menangani masalah tingkah laku terapi muzik/seni - menggunakan muzik atau seni untuk mententeramkan emosi, anxiety, dan melepaskan perasaan yang tertekan

penamatan/pelupusan (extinction) - memberhentikan atau menyekat murid murid daripada terus melakukan tingkah laku negatif secara beransur-ansur dengan menggantikan dengan tingkah laku baru yang positif pengasingan (time-out, suspension) - menempatkan murid berasingan daripada kumpulan (penjuru bilik, bilik khas) - mengeluarkan murid daripada aktiviti kumpulan kontrak perjanjian (contigency contracting) - persetujuan di antara dua pihak atau lebih (guru dan murid) secara lisan atau bertulis. Murid dipertanggungjawabkan terhadap perkara atau aktiviti yang dipilih. Kontrak akan berjaya jika murid faham akan tingkah laku yang hendak diubah dan murid faham akan kesan yang akan berlaku.

4.2 Isu, polisi, dan etika dalam pengurusan program pendidkan khas

Dalam melaksanakan program pengrusan tingkah laku, terdapat banyak isu yang mungkin timbul. Di antara isu yang Sulit (confidential) Semua maklumat dan rekod murid dan ibu bapa adalah sulit Zero reject (education for all) Semua murid behak endapat pendidikan yang sesuai secara prcuma

Penilaian tanpa diskriminasi (non-discriminatory evaluation) Setiap murid perlu mendapat penilaian yang sesuai dengan latar belakang budaya dan bahasa sebelum diditempatkan dalam program pendidikan khas Rancangan Pendidikan Individu (Individualized Educational Plan) Setiap murid yang berkeperluan khas perlu ada rancangan pendidikan secara individu yang mencatatkan pencapaiain semasa, matlamat, perkhidmatan khusus, prosedur, dan hasil (out-come) Persekitaran yang kurang terhad (least restricted environment) Seboleh-bolehnya murid perlu diberikan pendidikan dalam kelas yang paling tidak terhad Due process Satu set prosedur untuk memastikan keadilan dalam membuat keputusan yang berkaitan pendidikan murid dan tanggungjawab dipikul bersama sama oleh pihak profesional (pakar) dan ibu bapa Penglibatan dan persetujuan ibu bapa Ibu bapa bukan hanya terlibat dalam perancangan tetapi terlibat juga dalam membina program dan berhak mendapat rekod berkaitan pendidikan anaknya.

4.3 Penglibatan ibu bapa dalam program pengurusan tingkah laku Peranan ibu bapa - Ibu bapa boleh terlibat dalam pengesanan, pengujian (assessment), membina program, mengajar, dan penilaian (evaluation)( e.g. keberkesanan program) - harapan ibu bapa dan juga harapan profesional Bentuk penglibatan - mengenal pasti dan merujuk - diberitahu dan mendapat kebenaran daripada ibu bapa untuk membina program - temu duga sejarah hidup murid

- pengujian secara formal - memerhati dan membuat carta/rekod - melibatkan murid dalam pengujian (asssessment) Perjumpaan dan perbincangan dengan ibu bapa (conferencing) - persediaan untuk perjumpaan - cara komunikasi - melapor keputusan - membentuk matlamat (goals) program - kelulusan untk penempatan Due process Dalam due proses hak dan tanggungjawab ibu bapa diperjelaskan Memantau pelaksanaan program Merupakan proses yang berterusan Kerjasama ibu bapa Kerjasama ibu bapa dengan profesional dapat menjamin kejayaan program Pendidikan ibu bapa - Pendidikan kepada ibu bapa tentang pendidkan khas, keperluan anak - Latihan cara berkomunikasi, terapi , kaunseling, perundangan - membina rangkaian (net working) kelab sokongan ibu bapa Guru mengarah murid Pandang cikgu Murid B membaling buku kepada murid A

Murid memandang guru Guru menegur murid tersebut Guru memujinya Guru memberi gula-gula sebagai ganjaran

Model lain yang seakan-akan sama seperti di atas adalah Model A-B-C Antrecedent -------- Behaviour ---------- Consequences A ----- peristiwa sebelum B ----- Tingkah laku yang ditunjukkan (response) C ----- Akibat/kesan Dicatat oleh ABDUL NASIR HJ PAISAL di Monday, February 09, 2009

http://asengonek.blogspot.com/2009/02/pengurusan-tingkah-laku.html

Anda mungkin juga menyukai