Anda di halaman 1dari 3

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis.

Guru Besar, guru-guru


serta rakan-rakan sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini
ialah ‘Faedah Menabung’.

Hadirin sekalian,

Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang


perbelanjaan untuk keperluan pada masa hadapan. Sebagai
contoh, kita boleh mengumpul lebihan wang perbelanjaan
seharian untuk disimpan di bank sebagai tabungan kita. Wang
tabungan yang kita simpan itu bolehlah kita gunakan untuk
pelbagai perkara yang penting pada masa hadapan.

Hadirin sekalian,

Antara faedah menabung ialah dapat membantu kita pada


masa diperlukan. Contohnya menggunakan wang tabungan
tersebut untuk membeli barang keperluan sekolah. Ini tentu
dapat mengembirakan ibu bapa kita terutamanya jika waktu
itu mereka kekurangan wang dan sebagainya. 

Selain itu, menabung juga akan memupuk amalan berjimat-


cermat. Kita akan merancang perbelanjaan agar sebahagian
wang perbelanjaan dapat disimpan. Ini akan menjadikan kita
berjimat-cermat dan sentiasa berwaspada agar wang tidak
dibelanjakan sesuka hati.  
Di samping itu, menabung boleh mengelakkan kita daripada
terlepas sesuatu peluang baik yang muncul tanpa diduga.
Contohnya, kita dapat membeli buku idaman yang jarang-
jarang ditemui dengan menggunakan wang simpanan. Ini
tentu mengembirakan kita kerana memperoleh apa yang
sudah lama diidamkan sedangkan pada masa itu ibu bapa kita
mungkin kurang mampu untuk membelinya. 

Hadiri yang dihormati sekalian,

Amalan menabung juga dapat mengelakkan pembaziran.


Orang yang menabung akan lebih berhati-hati ketika
berbelanja kerana mereka telah membuat perancangan awal
menguruskan wang perbelanjaan. Ini sudah pasti
mengelakkan pembaziran kerana mereka hanya berbelanja
untuk perkara-perkara yang betul-betul perlu sahaja. 

Seterusnya, menabung juga membolehkan kita membantu


orang lain. Contohnya, kita boleh meminjamkan sebahagian
wang simpanan kita untuk bayaran yuran sekolah adik jika
pada masa itu ibu bapa kita memerlukannya.  Ini akan
mengeratkan tali persaudaraan kerana membantu mereka
ketika dalam kesusahan.  

Setakat ini sahajalah syarahan saya pada pagi ini. Akhir kata,
saya menyeru kepada rakan-rakan supaya menjadikan
amalan menabung sebagai amalan hidup kerana banyak
faedah yang boleh kita diperolehi daripada amalan ini. 

Sekian, Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai