Anda di halaman 1dari 1

PUKULAN LOB

Pukulan lob dilakukan di belakang gelanggang dengan memukul bulu tangkis yang tinggi dari
belakang gelanggang secara pukulan pepat atau kilas. Pada amnya, pemain menggunakan
pukulan ini supaya mempunyai masa untuk bersedia semula di tengah-tengah gelanggang.
Pukulan lob juga digunakan sebagai membalas servis tinggi dan memaksa pihak lawan bergerak
ke belakang gelanggang. Terdapat dua jenis pukulan lob, iaitu pukulan lob defensif atau
pertahanan dan pukulan lob ofensif atau attacking lob.

Pukulan Lob Defensif


Rajah 8.22 menunjukkan penerbangan bulu tangkis dalam pukulan defensif. Pukulan ini adalah
sama seperti aksi membaling sesuatu benda yang tinggi ke hadapan. Bulu tangkis dipukul tinggi
ke arah belakang gelanggang. Dalam permainan perseorangan, pukulan ini memaksa pihak lawan
bergerak jauh ke belakang gelanggang dan menyebabkan pihak lawan sukar untuk membuat
serangan.

Pukulan Lob Ofensif


Pukulan ini digunakan sebagai serangan di mana pemain akan memastikan bulu tangkis
dimainkan dari garisan belakang gelanggang dipukul kuat dan tinggi sedikit ke belakang
gelanggang pihak lawan. Pukulan ini digunakan dalam semua permainan sebagai gentian kepada
pukulan lob, drop ataupun smesy apabila pihak lawan berada jauh di hadapan gelanggang dan
pukulan ini baik sebagai pukulan untuk memerangkap pihak lawan.
          Secara asasnya, pukulan lob yang baik dilakukan seperti berikut:
1.    Pemain perlu bersedia seperti hendak melakukan pukulan atas kepala (overhead stroke). Raket
diayun ke belakang seperti persediaan awal untuk pukulan junam dan smesy.
2.    Kilaskan badan supaya 90° dan berat badan dipindah ke kaki belakang.
3.    Raket diayun ke belakang bahu dan siku tangan yang memegang raket mengarah ke garisan
belakang.
4.    Bahagian bahu dan lengan yang bebas menunjuk ke arah lob.
5.    Kilaskan badan sambil mengayun raket ke hadapan. Pastikan raket tidak digenggam dengan kuat
(loose grip). Poin konteks atau sentuhan bulu tangkis adalah pada jangkauan yang tertinggi
sebelah tangan yang memegang raket.
6.    Permukaan raket perlu diarahkan ke sasaran yang ditujukan.
7.    Setelah memukul bulu tangkis, tangan raket terus bergerak ke sebelah kiri menyilang badan
pemain. Ikut lajak dan berat badan berpindah ke kaki hadapan.

Anda mungkin juga menyukai