Anda di halaman 1dari 5

PERTANDINGAN MARI

BERCERITA
CERITA RAKYAT MALAYSIA
2021

SKRIP CERITA
BATU BELAH BATU
BERTANGKUP

(KATEGORI A)
AISYAH NORHUDA BINTI AHMAD
FIRDAUS
Tahun 6
SK DATO',SAGOR,
36800 KG GAJAH, PERAK.

1
BATU BELAH BATU BERTANGKUP

Assalamualaikum dan Salam Malaysia Prihatin. Kisah Batu Belah Batu Bertangkup judul

cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini.

Bermulanya kisah satu cerita,

Batu Bertangkup diberi nama,

Menelan ibu dirundung duka,

Ayuhai anakanda menanggung hiba.

Di dalam sebuah kampung tinggal seorang perempuan bernama Mak Tanjung .

Mak Tanjung tinggal bersama dua orang anaknya yang bernama Melur dan Pekan di kaki

Bukit Berapit. Mak Tanjung bekerja mencari kayu-kayu di hutan untuk menyara kehidupan

mereka. Melur dan Pekan sering juga membantu ibunya mencari kayu di hutan. Kayu-

kayu itu akan dijual di pasar.

Pada suatu hari, Mak Tanjung teringin sekali hendak makan telur ikan tembakul.

Dia pun pergi ke sebatang sungai lalu cuba menangguk ikan tembakul. Nasib Mak

Tanjung sangat baik pada hari itu. Dia berjaya memperoleh seekor ikan tembakul yang

sangat besar. Dengan perasaan gembira, Mak Tanjung membawa ikan tembakul itu

pulang ke rumah.

Apabila sampai di rumah, Mak Tanjung terus menyiang ikan itu . Dia pun

memberikan kepada Melur untuk digulai. “Masaklah ikan dan telur tembakul ini. Emak

ingin makan telurnya,” kata Mak Tanjung. Sementara menunggu Melur memasak, Mak

Tanjung masuk ke hutan untuk menghabiskan kerja-kerjanya.

2
Aroma gulai telur ikan tembakul yang enak telah menyebabkan Pekan berasa tidak

sabar untuk makan. Dia tidak sabar untuk menunggu ibunya pulang untuk makan

bersama-sama. Pekan lalu merengek-rengek kepada kakaknya untuk makan terlebih

dahulu.

Melur tidak berjaya memujuk Pekan. Melur membahagikan gulai ikan tembakul itu

kepada dua bahagian. Sebahagian untuk Pekan dan sebahagian lagi untuk ibunya.

Pekan berasa sangat gembira dan makan bahagiannya dengan penuh berselera.

Walau bagaimanapun, semangkuk gulai ikan tembakul itu tidak cukup untuk

Pekan. Sekali lagi Pekan merayu-rayu kepada kakaknya untuk makan gulai ikan tembakul

bahagian ibunya. Melur memarahi Pekan dan tidak memberikannya.Tangisan Pekan

yang tidak berhenti-henti menyebabkan Melur berasa sangat kasihan. Dengan berat hati

dia memujuk Pekan dengan memberi gulai ikan tembakul bahagian Mak Tanjung kepada

Pekan. Wahh…. bukan kepalang gembiranya Pekan. Bahagian ibunya pun dimakan

hingga licin.

Ha, kawan-kawan! Sebagai seorang adik, kita hendaklah mendengar nasihat

daripada seorang kakak. Kita tidak boleh mementingkan diri sendiri.

Tidak berapa lama kemudian, Mak Tanjung pulang ke rumah. Selepas mandi dan

bersiap dia turun ke dapur untuk makan tengah hari. Melur dengan berat hati memberitahu

ibunya apa yang berlaku. Mak Tanjung berasa sangat terkilan dan kecewa. Dengan

pantas dia pun turun ke tanah dan berlari masuk ke dalam hutan. Mak Tanjung berlari ke

arah batu belah batu bertangkup. Melur dan adiknya pekan mengejar dari belakang.

Sambil berlari Mak Tanjung menyeru-nyeru. “ Batu Belah batu Bertangkup, telanlah

aku, makanlah aku. Aku kempunan telur tembakul”. Makin lama makin hampir. Apabila

3
tiba di hadapan batu belah, Mak Tanjung sekali lagi menyeru – nyeru menyuruh batu

belah menelannya.

Kawan-kawan nak tahu apa yang berlaku?

Tiba-tiba batu belah membuka mulutnya dengan luas. “Aummmm….. batu belah

berbunyi . Bergegar kawasan hutan tersebut dengan ngauman batu belah. Tanpa

berlengah, Mak Tanjung terus melompat masuk ke dalam mulut batu belah yang sedang

ternganga. Setelah itu, mulut batu tersebut tertutup semula.

Melur dan Pekan baru tiba di situ. Suasana hutan ketika itu begitu hening. Sunyi

dan sepi. Melur kecewa. Mereka tidak sempat untuk menghalang Mak Tanjung daripada

melompat ke dalam mulut batu belah. Pekan mula menangis-nangis sambil memanggil –

manggil menyeru nama ibu mereka.

“Ibu, ibuuu… maafkan Melur, ampunkan Pekan ibu,” rayu mereka. Apakan daya,

nasi sudah menjadi bubur. Mereka terduduk lama di situ. Akhirnya Melur dan Pekan

pulang dengan hati yang sangat sedih dan menyesal.

Haa…. Kawan-kawan. Lihat… nasi sudah menjadi bubur. Apa lagi hendak dikata.

Pengajaran daripada kisah ini ialah kita hendaklah menjaga hati ibu kita. Jangan sekali-

kali mengecewakan mereka. Ingattt….. syurga di bawah telapak kaki ibu. Sayangilah

mereka sementara mereka masih ada. Kita juga hendaklah patuh akan perintah orang tua

serta berusaha untuk menepati janji yang telah dilakukan.

Ibu mithali ibu yang sejati,

Kasih sayangmu kasih yang suci,

Pengorbananmu disanjung tinggi,

Jasamu tetap di sanubari


4
Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai