Anda di halaman 1dari 1

NUR NAJIHAH BINTI MOHD MAZLAN

2 PISMP BM 2

Huraikan isu kontemporari Tamadun Islam iaitu aspek krisis alam sekitar yang berlaku
pada masa kini.

Dalam meniti arus globalisasi negara, keadaan alam sekitar di Malaysia semakin
tercemar akibat daripada pencemaran alam yang berlaku daripada tangan-tangan yang tidak
bertanggungjawab. Umumnya, pencemaran dapat ditakrifkan sebagai pembuangan sisa-sisa
hasil daripada aktiviti manusia terhadap alam persekitaran sehingga menyebabkan
ketidakselesaan dan menjejaskan kualiti kehidupan. Seperti yang kita sedia maklum,
pencemaran alam sentiasa berlaku di segenap pelosok negara tidak kira di desa-desa
terpencil, daratan, lautan hinggalah ke atmosfera yang tidak terjangkau.

Semakin banyak projek pembangunan yang dilaksanakan, semakin menurun kualiti alam
yang menjadi panduan penting alam sekita. Kini, Malaysia semakin kritikal dengan menjadi
pusat pembuangan dan pengangkutan sisa toksik. Tambahan pula, sungai-sungai juga
semakin tercemar teruk, tanah tinggi ditarah untuk pembangunan dan hutan telah
dieksploitasi. Kesannya, negara telah menghadapi krisis perubahan iklim global iaitu cuaca
dunia semakin panas, pencemaran udara dan jerebu yang teruk seperti yang berlaku pada
tahun 2015. Krisis alam sekitar ini juga telah menyebabkan banjir kilat dan krisis tenaga
nuklear.

Rentetan itu, langkah pencegahan haruslah dilakukan dengan segera bagi menangani
masalah ini agar dapat memberikan keselesaan dan kebahagiaan kepada semua makhluk.
Antara langkah alternatif yang boleh dilaksanakan adalah mengitar semula sampah sarap
bagi menjadikan bahan api untuk menghasilkan tenaga elektrik. Selain itu, media massa juga
perlu menyebarkan tentang pendidikan berkaitan alam sekitar supaya masyarakat umum
sedar tentang pentingnya menjaga keindahan dan kesempurnaan alam sekitar.
Penguatkuasaan undang-undang juga hendaklah dilakukan dengan mengenakan hukuman
berat terhadap pesalah seperti denda RM 10,000, hukuman penjara atau kedua-duanya.

Anda mungkin juga menyukai