Anda di halaman 1dari 2

Bagaimana Menghilangkan Marah

Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang
lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi
kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya,
maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya.
Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang
jugalah pemarahnya.

Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Kenapa
kita mesti marah ? Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair "Takdir Allah
telah putus dan putusan Allah telah terjadi. Istirehatkan hati dari kata-kata
"Barangkali" dan "Kalau".

Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah mahu
melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan
mengucapkan " Inna lillahi wainna lillahi raji'un.". Pernah ditanya Ahnaf bin Qais,
bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf
menjawab : " Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang berehat-
rehat, masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang
yang masih panas. Belum sempat daging itu diletakkan dihadapan Qias, tanpa
sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais. Menjerit-
jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang
melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat
dan menunggu hukuman " Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi muali
hari ini aku akan membebaskan kamu." Begitulah sopan santunn! ya dan pemaafnya
Qais bin Asim" Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.

Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian
itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya
dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada
di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia "
tuan" kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai
ketikanya Allah akan ambil kembali. Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti
membuangkan rasa rasa "ketuanan" kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah
dengan melakukan mujahadatun nafsi. Di antara langkah yang perlu kita hadapi
untuk menghilangkan marah ialah :

a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita.
Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.

b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manus! ia yang hina.

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita
daripada sifat marah.

d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada
permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih
buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang
marah.
f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas
Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu keranawudhu dapat


menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur.
Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali
kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.

Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain
yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut
dan kasih sayang. Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri,
maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah kemarahan akan
mulai reda. Dengan cara demikian, seperti ulasan saudara fansuri, keegoan akan
berkurangan. Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan
mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak
dapat dikawal.

Marah ertinya gerakan nafsu diri, seketika meluap darah jantung dari suruhan
syahwat utk mempertahankan diri dan utk melepaskan dendam. Cuma kemarahan
itu tidak boleh timbul kalau tidak pada tempat dan waktunya. Bila kemarahan telah
timbul tidak ditahan dgn fikiran dan akal sebelum! dia menjalar, tidak ubahnya dia
dengan api yg membakar, darah naik laksana wap, memenuhi otak, sehingga gelap
menyelubungi hati sehingga tidak sanggup berfikir. Menyelimuti seluruh urat saraf,
penglihatan nampak kecil bila memandang orang, ketika itu pertimbangan hilang,
akal tertutup, fikir tersentak, angan-angan habis. Orang yg marah adalah laksana
gua batu yg terbakar api terkurung di dalamnya dan angin masuk juga mengipasnya
sehinggalah terkumpullah di dalam gua asap dan wap yang menambahkan panas..
Kedengaran api memakan kelilingnya habis menjadi bara Meskipun diusahakan
menyiram.. maka air penyiram itu akhirnya akan menjadi minyak tanah menambah
kerasnya api. berbanyak-kanlah.. beristighfar itulah senjata orang2 mukmin

Anda mungkin juga menyukai