Anda di halaman 1dari 6

KURSUS:

SKMB2143 SEMANTIK BAHASA MELAYU

SEMESTER 1 2020/2021 SET 1

TAJUK:

TUGASAN VIDEO SEMANTIK (PENABIRAN)

KUMPULAN:

10

PENSYARAH:

PROF. MADYA DR. MASLIDA BINTI YUSOF

AHLI KUMPULAN:

MUHAMMAD ALHAKIM BIN MUSTAFA (A176729)


MUHAMMAD FAUZAN ISWADI BIN RAMLI (A176181)
NUR FATIN FARHANA BINTI ADNAN (A176602)
NUR BALQISH BINTI ABDULLAH (A176605)
ALIA NUR SYAIRAH BINTI MAT NASIR (178666)
1) Penabiran (Entailment).

Penabiran atau Entailment adalah merujuk kepada istilah yang sering digunakan sebagai
bahagian dalam kajian semantik. Berikut merupakan pengenalan kepada teori mengenai definisi
entailmen yang merupakan teknik dalam merujuk hubungan kebenaran yang secara logiknya
terkandung dalam ayat atau ucapan. Menurut Yule (35:1996) “An entailment is something that
logically follows from what is asserted in the uterence.”. Pernyataan Yule ini bermaksud
bahawa entailmen adalah sesuatu yang ada secara logiknya atau mengikuti apa yang ditekankan
dalam ayat. Perkara ini dianggap sebagai maklumat yang dapat dikenal pasti dengan tepat untuk
dikaitkan dengan ayatnya.

Manakala menurut Crystal (136: 1998) "A term refers to a relation between a pair of
sentences such that the truth of the second sentence necessarily follows from the truth of the first,
e.g. I can see a dog entails 4 'I can see an animal'. One can not both assert the first and deny the
second". Crystal mendefinisikan penabiran sebagai istilah yang merujuk kepada hubungan
antara sepasang ayat sehingga kebenaran ayat kedua yang sepatutnya mengikuti kebenaran yang
pertama. Sebagai contohnya, Saya dapat melihat seekor anjing 'Saya dapat melihat binatang'.
Dalam hal ini, jelas menunjukkan bahawa kita tidak boleh menegaskan yang pertama dan
menolak kedua. Menurut Lyons (1977: 85) "A relation that holds between P and Q where P and
Q are variables standing for propositions such that if the truth of Q necessarily follows from the
truth of P (and the falsity of Q necessarily follows from the falsity of P), then P entails Q".
Dalam hal ini Lyons menunjukkan bahawa penabiran adalah hubungan yang berlaku antara P
dan Q di mana P dan Q adalah pemboleh ubah yang bermaksud cadangan sehingga jika
kebenaran Q semestinya mengikuti kebenaran P dan beliau turut menyatakan bahawa kepalsuan
Q semestinya berpunca dari kepalsuan P, maka P melibatkan Q. Oleh hal yang demikian, Lyons
turut memberikan gambaran memperlakukan hubungan penabiran ini dari sudut pandangan
logiknya. Contohnya, hukuman John sebagai bujang merangkumi tiga ayat lain seperti berikut:

a. John belum berkahwin.

b. John adalah lelaki.

c. John sudah dewasa.


Dalam hal ini, Lyons menunjukkan bahawa hubungan antara kata-kata seperti bujang dan
belum berkahwin, lelaki, dewasa boleh ditangani dengan syarat-syarat kebenaran. Keadaan
kebenaran dalam John adalah bujang termasuk dalam syarat John tidak berkahwin, John lelaki
dan John dewasa.

Secara kesimpulannya, penabiran adalah hubungan antara makna kalimat, atau proposisi.
Oleh hal yang demikian juga, banyak masalah semantik dapat diselesaikan. Sekiranya
mengetahui bahawa satu ayat itu benar memberi kita pengetahuan pasti akan kebenaran ayat
kedua, maka ayat pertama memerlukan kedua. Penabiran atau Entailment berkaitan dengan
makna ayat. Ia tidak bergantung pada konteks di mana ayat digunakan. Secara amnya, penabiran
atau entailment bukanlah konsep pragmatik iaitu mempunyai kaitan dengan makna penutur akan
tetapi ia dianggap sebagai konsep logik semata-mata. Penabiran juga ditakrifkan sebagai apa
yang secara logik mengikuti apa yang ditegaskan dalam ujaran.
2) Proses-Proses Penabiran

p q p→q

B B B

P B/P P

q p q→p

B B/P P

P P P

Berdasarkan jadual kebenaran di atas, dapat disimpulkan bahawa apabila p benar, q benar, maka
p menabirkan q adalah benar. Kemudian, jika p palsu, q boleh menjadi benar atau palsu, maka p
menabirkan q adalah palsu. Selain itu, jika q benar, p boleh menjadi benar atau palsu, maka q
menabirkan p adalah palsu. Akhir sekali, jika q palsu, p juga palsu, maka q menabirkan p adalah
palsu.

Di samping itu, terdapat beberapa proses dalam menentukan sama ada sesuatu penabiran itu
benar atau palsu.

1) Nyatakan p
2) Bina ayat bagi q
3) Jadikan ayat q sebagai bukan q atau ¬q (negatif)
4) Menyambungkan ayat p dan bukan q serta lihat keputusannya.

Sebagai contoh daripada proses tersebut ialah:

1) p - Semua anjing berwarna ungu.


2) q - Anjing saya berwarna ungu.
3) ¬q - Anjing saya bukan bewarna ungu
4) p^¬q - Semua anjing bewarna ungu dan/tetapi anjing saya bukan bewarna ungu.
3) Hubungan Penabiran

Parafrasa

Parafrasa boleh ditakrifkan sebagai hubungan penabiran menyaling antara dua proposisi yang
secara logiknya dapat dinyatakan dengan kata hubung. Secara ringkasnya, perkaitan penabiran
membenarkan kita mendefinisikan parafrasa. Parafrasa juga disebutkan sebagai penyataan
semula teks dalam bentuk lain atau kata-kata lain, selalunya hanya untuk menjelaskan makna.
Parafrasa melibatkan hubungan kesamaan semantik antara frasa atau ayat yang berbeza secara
sintaksis. Hubungannya boleh digambarkan seperti berikut:

(a) p → q , (b) q → p

Hubungan di atas menunjukkan (a) p menabirkan q dan (b) q menabirkan p.

Contoh Parafrasa:

1) p = Polis mengejar pencuri

q = Pencuri dikejar oleh polis

Ayat di atas menunjukkan hubungan aktif dan pasif di mana p adalah parafrasa bagi q dan q
adalah parafrasa bagi p. Versi aktif dan pasif bagi ayat yang sama akan menabirkan satu sama
lain. Ayat di atas disebut sebagai penabiran menyaling (mutual entailment) iaitu ayat yang
mempunyai set ikatan yang sama, atau dengan kata lain, saling mempengaruhi.

Pertentangan (Contradiction)

Pertentangan merupakan gabungan kata-kata , idea atau pernyataan yang menunjukkan makna
yang bertentangan. Ayat-ayat atau idea yang terhasil ini membawa maksud yang jelas.

Contoh ayat yang menunjukkan pertentangan :

1. p = Nabil sudah berkahwin


q = Nabil adalah bujang

Ayat di atas menunjukkan pertentangan yang jelas antara p dan q. Ayat p bertentangan dengan
ayat q walaupun ayat p adalah benar dan q adalah palsu.

Kemasukan (Inclusion)

Kemasukan atau inclusion ialah satu hubungan penabiran yang standard atau tidak sehala antara
dua proposisi. Kemasukan atau “inclusion” dikaitkan dengan hiponim di mana memasukkan
hubungan hiponim. Hubungan yang serupa diberikan oleh makna hiponim. Hiponim antara item
leksikal adalah sumber yang regular bagi penabiran antara ayat. Contohnya,
p → (menabirkan) q (but not vice versa)

1. Alvin membeli anjing semalam (included in)

2. Alvin membeli haiwan semalam (but not vice versa)

Ayat di atas menunjukkan anjing adalah hiponim bagi haiwan, maka ayat 1 di bawah menabirkan
ayat 2.

Rujukan

John Saeed. 2009. Blackwell Publishing.

Aziz Teke. 2013. Paraphase Contradiction Entailment.


https://prezi.com/6xu0af88axoq/paraphrase-contradiction-entailment/[15 Jan 2021].

Crystal, D. 1998. A Dictionary of Linguistics and Phonetics. Oxford: Blackwell Publisher Ltd.
[21 Jan 2021].

Areej As'ad Ja'far. Babylon University. Entailment and Presupposition.


http://humanities.uobabylon.edu.iq/fileshare/articles/Entailment%20&%20Presupposition.pdf
[21 Jan 2021]

Anda mungkin juga menyukai