Anda di halaman 1dari 7

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah rahmat kurniaanNya saya
telah berjaya menyiapkan tugasan kerja kursus subjek Falsafah dan Perkembangan Pendidikan
di Malaysia ini dengan jayanya. Pertamanya, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih
kepada pensyarah subjek iaitu Dr Badruddin bin Hassan yang telah banyak memberi tunjuk ajar
serta penerangan yang sempurna kepada saya sejak tugasan ini telah diedarkan sehinggalah
dalam proses menyiapkan tugasan ini.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada suami saya yang secara langsung atau
tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini, serta seluruh individu yang terlibat. Tanpa
sokongan dan dorongan kalian juga mungkin saya tidak dapat untuk menghasilkan tugasan ini
dengan sempurna seperti rakan-rakan yang lain. Malah, jutaan terima kasih juga ditujukan
kepada rakan-rakan seperjuangan yang bersama-sama bertungkus-lumus untuk menyiapkan
tugasan ini dan juga saling bertukar idea dan pendapat dalam menyiapkan kerja kursus ini.

Akhir sekali, harapan saya agar segala tugasan yang telah dihasilkan ini dapat
menambahkan ilmu pengetahuan disamping dapat menjadikan saya seorang bakal guru yang
bertanggungjawab bagi melahirkan modal insan yang cemerlang kelak serta juga menjadikan
saya seorang bakal pendidik yang berpengetahuan luas dalam menyampaikan maklumat bukan
sahaja dalam proses pembelajaran malah kepada masyarakat setempat khususnya

1
1.0 Pengenalan

Umat Islam umumnya mengetahui bahawa Al-Quran ialah wahyu terakhir yang
diturunkan kepada Nabi Allah Subhanahu Taala iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Al-Quran
sebagai pedoman dan pandangan hidup dalam mencapai kebahagiaan dan keredhaan Allah
Subhanahu Taala di dunia dan di akhirat. Penerapan nilai-nilai Al-Quran adalah amat penting di
dalam diri masyarakat Islam. Membaca Al-Quran dituntut kerana di antara hikmat Al-Quran
diturunkan adalah untuk dibaca, di tadabbur, dihayati dan di amalkan.diturunkan penuh dengan
hikmah dan keadilan Allah Subhanahu Taala kepada umat manusia.

Disini dapatlah kita merungkai salah satu ilmu dari ilmu Al-Quran yang telah dikumpul
oleh ulama’ masyhur iaitu ilmu Ulum Al-Quran. Perkataan Ulum adalah dalam lafaz jamak
daripada perkataan ‘ilm. Ia boleh ditakrifkan sebagai kefahaman muktamad yang menepati
fakta sebenar. Sementara pengertian al-Quran pula ditakrifkan sebagai kalam Allah yang mu’jiz
yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad Salallahu alaihi wassalam, ditulis pada mashaf,
yang disampaikan secara mutawatir dan membacanya suatu ibadat. Penurunan Al-Quran telah
dibincangkan oleh para ulama yang merumuskan bahawa terdapat dua peringkat penurunan Al-
Quran. Pertama, penurunan dari Luh Mahfuz ke Bait al-Izzah. Yang kedua, dari Bait al-Izzah
kepada Nabi Muhammad Salallahu alaihi wassalam .Penurunan dari Luh Mahfuz ke Bait al-
Izzah adalah secara sekaligus. Manakala, penurunan dari Bait al-Izzah atau langit dunia yang
pertama kepada Nabi Muhammad Salallahu alaihi wassalam pula adalah secara beransur-
ansur melalui perantaraan malaikat Jibrail a.s.yang juga merupakan penghulu segala malaikat.
Kemudian wahyu pertama yang turun kepada Nabi Muhammad Salallahu alaihi wassalam
dikenali sebagai malam Nuzul Al-Quran (penurunan al-quran). Perkara ini berlaku ketika Nabi
Muhammad Salallahu alaihi wassalam pertama kali bertemu Jibril a.s. pada Jabal Nur (Cahaya

2
Gunung) di gua Hira di mana malaikat meminta baginda membaca lima ayat pertama Surah
Al-'Alaq:

‫ق اِ ْق َرْأ َو َربُّكَ ااْل َ ْك َر ۙ ُم الَّ ِذيْ َعلَّ َم بِ ْالقَلَ ۙ ِم َعلَّ َم ااْل ِ ْن َسانَ َما لَ ْم يَ ْعلَ ۗ ْم‬
ٍ ۚ َ‫ق ااْل ِ ْن َسانَ ِم ْن َعل‬ َ ِّ‫اِ ْق َرْأ بِاس ِْم َرب‬
َ ۚ َ‫ك الَّ ِذيْ خَ ل‬
َ َ‫ق خَ ل‬

Terjemah Kemenag 2002

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari
segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Mahamulia, Yang mengajar (manusia) dengan pena.
Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.

Baginda menerima ayat tersebut ketika baginda Salallahu alaihi wassalam sedang
berkhalwat atau bersendirian di Gua Hira. Dengan penurunan ayat ini, maka bermulalah
perjalanan baginda Salallahu alaihi wassalam sebagai nabi dan rasul untuk umat akhir zaman.
Segala kebenaran yang dibawa oleh baginda Salallahu alaihi wassalam bertujuan untuk
membimbing manusia agar mendapat hidayah di sebalik kehidupan dunia yang sementara dan
penuh dengan tipu daya ini. Sesungguhnya Baginda Salallahu alaihi wassalam membaca Al-
Quran sebagaimana baginda Salallahu alaihi wassalam mendengarnya daripada malaikat Jibril
a.s. Kemudian para sahabat membacanya sebagaimana mereka mendengar daripada Nabi
Muhammad Salallahu alaihi wassalam. Ilmu yang agung ini sentiasa diwarisi daripada generasi
kepada generasi sehinggalah sampai kepada kita. Ia akan terus kekal dijaga dengan izin Allah
Subhanu Ta’ala sehingga ke Hari Kiamat.”

Mukjizat Al-Quran adalah mukjizat yang berkekalan sehingga Hari Kiamat. Mukjizat
adalah perkataan Arab yang telah dimelayukan. Perkataan mukjizat diambil daripada perkataan
Arab iaitu a’jaza-I’jaza yang bermaksud melemahkan. Mukjizat adalah perkara luarbiasa yang
berhubungkait dengan unsur cabaran dan kejadian yang menyalahi adat. Ianya biasanya
terjadi pada tangan para nabi atau rasul yang dimana tiada manusia lain yang boleh
melakukannya. Kemukjizatan Al-Quran tidak mempunyai pengkhususan zaman tertentu.
Berdasarkan firman Allah Subhanu Ta’ala;

ُ ُ‫َو َرسُوْ اًل اِ ٰلى بَنِ ْٓي اِس َْر ۤا ِءي َْل ەۙ اَنِّ ْي قَ ْد ِجْئتُ ُك ْم بِ ٰايَ ٍة ِّم ْن َّربِّ ُك ْم ۙاَنِّ ْٓي اَ ْخل‬
ُ‫ق لَ ُك ْم ِّمنَ الطِّي ِْن َكهَ ْيـَٔ ِة الطَّي ِْر فَا َ ْنفُ ُخ فِ ْي ِه فَيَ ُك وْ ن‬
‫ص َواُحْ ِي ْال َموْ ٰتى بِاِ ْذ ِن هّٰللا ِ َۚواُنَبُِّئ ُك ْم بِ َما تَْأ ُكلُوْ نَ َو َما تَ َّد ِخرُوْ نَ ۙفِ ْي بُيُ وْ تِ ُك ْم ۗاِ َّن‬ ‫هّٰللا‬
َ ‫طَ ْير ًۢا بِاِ ْذ ِن ِ ۚ َواُب ِْرُئ ااْل َ ْك َمهَ َوااْل َب َْر‬
َ ِ‫فِ ْي ٰذل‬
َ‫ك اَل ٰ يَةً لَّ ُك ْم اِ ْن ُك ْنتُ ْم ُّمْؤ ِمنِ ْي ۚن‬

Terjemah Kemenag 2002

3
49. Dan sebagai Rasul kepada Bani Israil (dia berkata), “Aku telah datang kepada kamu dengan
sebuah tanda (mukjizat) dari Tuhanmu, yaitu aku membuatkan bagimu (sesuatu) dari tanah berbentuk
seperti burung, lalu aku meniupnya, maka ia menjadi seekor burung dengan izin Allah. Dan aku
menyembuhkan orang yang buta sejak dari lahir dan orang yang berpenyakit kusta. Dan aku
menghidupkan orang mati dengan izin Allah, dan aku beritahukan kepadamu apa yang kamu makan dan
apa yang kamu simpan di rumahmu. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat suatu tanda
(kebenaran kerasulanku) bagimu, jika kamu orang beriman.

Dari sekian banyak cerita tentang kemukjizatan para nabi dan rasul, hanya ada satu
mukjizat yang rasional iaitu isinya mampu dicerna oleh akal manusia, boleh dibuktikan akan
kebenarannya bahkan kekal sehingga ke akhir zaman. Itulah Al-Quran yang dikurniakan oleh
Allah Subhanu Ta’ala kepada umat manusia dimana di antara ciri-ciri kemukjizatannya terdapat
kejadian yang sangat luar biasa. Selain itu, kejadiannya tidak dapat dicabar dengan akal
manusia semata-mata dan ianya berguna untuk melemahkan hujjah, mahupun peringatan
kepada orang kafir yang mengingkari akan Allah Subhanu Ta’ala. Terdapat kekeliruan tentang
kemukjizatan dan sarfah yang disebut oleh sesetengah golongan sesat yang mendakwa orang-
orang dari golongan biasa mampu menandingi kehebatan nabi dan rasul. Mereka juga
menganggap pendapat tersebut tidak mustahil bagi mereka. Al-Quran juga adalah pembawa
tanda atau petunjuk ilmu sains dan teknologi. Namun begitu, ia bukanlah buku sains (Zakir,
2000). Lagi pula bahasanya yang sangat indah boleh dinilai oleh akal logik manusia bahawa
ahli sains pun sukar berbahasa puitis sebagaimana ayat al-Quran.

Allah Subhanu Ta’ala menceritakan kebesaran-Nya yang memberi rahmat hamba-Nya


dalam beberapa kisah yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan manusia seperti kisah
Nabi Zakaria a.s yang berdoa dengan bersuara lembut memohon kepada Allah Subhanu Ta’ala
agar dikurniakan zuriat dikala umur baginda yang semakin berumur ketika itu. Sebelum
menyampaikan hajatnya, Nabi Zakaria dengan kerendahan hati menyebut bahawa keuzuran
tubuh badannya yang lemah dan rambut dipenuhi uban, namun tidak pernah berputus asa
untuk terus berdoa kepada Allah Subhanu Ta’ala . Dalam doa tersebut, Nabi Zakaria
melahirkan rasa kebimbangan tentang siapakah yang akan meneruskan legasi dakwah baginda
sedangkan isterinya mandul. Oleh itu, baginda Alaihissalam memohon dikurniakan anak lelaki
yang diredai Allah Subhanu Ta’ala . Dengan rahmat dan kekuasaan Allah Subhanu Ta’ala, Nabi
Zakaria dianugerahkan anak bernama Nabi Yahya Alaihissalam. Ini menunjukkan kuasa doa itu

4
amat penting dalam kehidupan manusia. Allah mendengar doa hamba-NYA secara perlahan
atau secara kuat. Selain itu, di dalam A-Quran Allah Subhanu Ta’ala banyak menyebut kaum
bani israel yang dikenali sebagai Israilliyat. Allah SWT telah banyak mengistilahkan mereka
sebagai Bani Israil dalam Al-Quran kerana hendak memperingatkan mereka kepada bapa
mereka iaitu nabi yang soleh supaya mereka menjadikannya sebagai ikutan dan berakhlk
adengan akhlaknya.

Yang seterusnya, para ulama’ membahagikan mukjizat Al-Quran kepada beberapa


bahagian iaitu mukjizat yang paling besar di dalam Al-Quran adalah Mukjizat Bayani atau
Lughawi ( Mukjizat Seni Bahasa), kerana mukjizat ini bukan sahaja terdapat pada setiap ayat,
bahkan ada pada setiap kalimah. Terdapat beberapa orang ulama’ seperti Abdul Qahir Al-
Jurjani, Al-Zamakhsyari, Al-Khattabi dan ramai lagi yang mengkaji berkenaan balaghah serta
seni bahasa di dalam Al-Quran. Hari ini sains sekali lagi merungkaikan kebenaran Al-Quran
seperti bagaimana tiga peringkat pembentukan hujan, bermula dengan pengumpulan awan,
pengstabilan suhu ke sesuatu darjah dan penebalan wap. Selepas berlakunya tiga peringkat ini,
barulah hujan akan turun membasahi bumi.

Salah satu cabang ilmu Al-Quran yang lain ialah termasuk ilmu berkaitan dengan
sejarah al-Quran iaitu ilmu tentang Makki dan Madani. Ilmu ini adalah ilmu yang
membincangkan pengetahuan tentang yang mana satu ayat yang awal dan yang akhir secara
berturutan. Dari segi bahasa Makki adalah perkataan yang berasal daripada Arab. Pendapat
yang paling masyhur menyatakan bahawa al-Makki adalah surah atau ayat yang diturunkan
sebelum hijrah Nabi Muhammad Salallahu alaihi wassalam ke Madinah. Antara ciri-ciri ayat
Makki adalah melalui gaya bahasa surah Makkiyah seperti ringkasnya ayat dan banyaknya
sumpah manakala ayat surah Madaniyyah kebiasaannya lebih panjang dan kurang
bersumpah (Subhi Salleh, 2000). Antara ciri-ciri lain surah makkiyyah adalah keberadaan ayat
sejadah di dalamnya (al-Suyuti, 1974). Manakala al-Madani adalah apa yang diturunkan
selepas penghijrahan, sama ada ianya diturunkan di Madinah mahupun di Mekah, pada tahun
pembukaan Kota Mekah dan walaupun ianya diturunkan pada pada bila-bila permusafiran
baginda Nabi Muhammad Salallahu alaihi wassalam. Seperti ilmu-ilmu yang lainnya,
mengetahui ilmu Makki dan Madani juga terdapat kelebihannya tersendiri. Antaranya ialah
dapat menyematkan hati kita bahawa Al-Quran yang sampai pada hari ini adalah asli dan

5
terselamat daripada penyelewengan. Selain itu, dapat mengetahui dan mempelajari bagaimana
melaksanakan misi dakwah seperti yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.

Di samping itu, terdapat perbahasan oleh para ulama’ terdahulu mengenai ayat Al-
Quran diturunkan dalam tujuh huruf. Huruf menurut bahasa adalah al-janib iaitu sisi manakala
menurut istilah pula adalah tujuh bentuk cara bacaan. Antara pendapat ulama bagi
menghuraikan pengertian tujuh huruf ialah bukan menunjukkan kepada sesuatu yang perkara
yang tertentu yang mempunyai bilangan sehingga tujuh perkara. Ianya adalah angka tujuh atau
tujuh puluh itu kebiasaan digunakan oleh masyarakat Arab bagi menunjukkan satu jumlah yang
banyak. Hikmah dari diturunkannya Al-Quran dengan tujuh huruf adalah agar mudah untuk
membacanya serta menghafalnya. Umat Nabi pada ketika itu merupakan buta huruf dan setiap
suku memiliki bahasa dan dialek tersendiri.Maka dengan itu, bermacam-macam cara
membacanya, meliputi semua cabang bahasa dan dialek bangsa dimana dapat menguatkan
lagi kemukjizatan al-Quran.

Seterusnya ilmu disiplin Al-Quran antaranya ialah Nasakh dan Mansukh. Ilmu ini adalah
ilmu yang penting dan telah dibahaskan secara sistematik oleh para ulama’.Dari segi bahasa
bermaksud menghapuskan atau mengubah. Nasakh paling sedikit mempunyai empat makna
iaitu yang pertama menghilang sesuatu benda. Yang kedua, memindahkan sesuatu benda
dan mengubahnya tetapi masih mengekalkan keadaannya. Yang ketiga, mengubah dan
membatalkan sesuatu dan menempatkan sesuatu yang lain sebagai gantinya. Nasakh telah
terbahagi kepada dua bahagian iaitu nasakh yang berganti ialah mansukhkan hukum yang lama
dengan menggantikan dengan hukum yang baru samada hukuman ganti lebih ringan,atau lebih
berat pada hukum lama yang telah dimansuhkan contohnya perubahan arah kiblat dari baitul
maqdis kearah masjidil haram.

Kesimpulan

Kesimpulannya, ungkapan Ulum Al-Quran membawa makna kefahaman sebenar berhubung


dengan Al-Quran yang meliputi Asbab al-Nuzul, Ayat Makki dan Madani, Al-Nasakh dan Al-
Mansukh, cara bacaan, pengumpulan, penulisan dan berbagai aspek yang berkaitan dengan
Al-Quran. Ulum al-Qur’an juga yang terdiri dari berbagai macam dan cabangnya melalui proses

6
pelbagai peringkat iaitu peringkat periwayatan mulai zaman Nabi Muhammad Salallahu alaihi
wassalam hingga peringkat lahirnya cabang-cabang Ulum Al-Quran .

Anda mungkin juga menyukai