Anda di halaman 1dari 11

KHUTBAH HARI RAYA AIDILADHA 1444H

@ @

aĆ†àŞ z
fl ߎ
†ñ àŞ z
fl ߎ
@4@”
2 t ?s @ #Œs $Βt @ö à
Ý Ρ$$ ùs @7
y tç 2
r Œø &r @’
þ ΤoÎ &r @Θ
Ï $Ζu ϑ
y 9ø #$ @’ûÎ @“ þ ΤoÎ )Î @
3 ‘u &r @’ ¢ _o 6ç ≈ƒt @tΑ$%s @
z ë÷ ¡
¡ 9#$ @µç èy Βt @
x =n /t @ $Η¬ >s ùs

∩⊇⊃⊄∪@t ŽÎ 9É ≈Á
¢ 9#$ @
z ΒÏ @! x @β)Î @’
ª #$ @u $! © þ ΤÎ ‰
ß f
É Ft ™
y @(@ã Βt σ÷ ?è @$Βt @≅
ö èy ùø #$ @M
Ï /t 'r ≈‾ ƒt @Α
t $%s
Ertinya: “Apabila anak itu sampai ke peringkat umur yang
membolehkan dia berusaha bersamanya, Nabi Ibrahim berkata:
Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya ayahanda melihat
dalam mimpi bahawa ayahanda menyembelih anakanda. Oleh
itu fikirkanlah apa pendapat anakanda. Anak itu menjawab:
Wahai ayahandaku, laksanakanlah apa yang telah diperintahkan
kepada ayahanda, insya Allah ayahanda akan dapati anakanda
dari kalangan orang-orang yang sabar.”
(Surah al-Soffat: 102)

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah!

Dengan gema takbir, tahmid dan tasbih kita rayakan


Aidiladha atau Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji.

Dengan kalimah-kalimah takbir yang sangat dinamik, yang


sangat hidup, yang menggetarkan jiwa, mendebarkan hati,
membasahkan lidah, kita lafaz dan ucapkan bersama,
menyatakan keagungan Allah S.W.T.. Kita menyerahkan segala
pujian kepadaNya. “Allahu Akbar” Allah Maha Agung, Tiada
Tolok Bandingnya. Segala puji dan syukur “Alhamdulillah” tiada
habis-habisnya. “Subhanallah” Maha Suci bagi Allah selama-
lamanya. “La ilaha illallahu wahdah” Tiada Tuhan Yang Sebenar
dan Layak disembah, hanyalah Allah. “Sodaqo wa’dah” Yang
Maha Benar segala janjiNya. “Wa nasoro ‘abdah” Yang
Menolong setiap hambaNya. “Waa’azzajundah” Yang Memulia
dan Yang Menggagah Perkasakan para pejuangNya.
“Wahazamal ahzaba wahdah” Yang Menghancur Leburkan
sendiri segenap kekuatan lawanNya. “Lailaha illallah” Tiada
Tuhan Yang Sebenar dan Layak Disembah melainkan Allah Yang
Tunggal.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil Hamd!


Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah!

Pada masa ini di Mekah al-Mukarramah, jutaan umat Islam


yang datang dari segenap penjuru dunia mengadakan
perhimpunan raya, berpakaian seragam putih, mengucapkan
Talbiyah “Labbaikalla humma labbaik, labbaika la syarika laka
labbaik, innal hamda wanni’mata, laka walmulk, la syariika lak”

“Ya Allah hambaMu kini datang menghadapMu, memenuhi


undanganMu, kami datang memenuhi undanganMu, tiada
sekutu bagiMu, kami datang menyahut undanganMu,
sesungguhnya segala pujian, kenikmatan, kerajaan dan
pemerintahan semuanya milikMu, tiada sekutu bagiMu.”

Para Jemaah haji telah berkorban masa dan harta, keringat


dan tenaga, ribuan ringgit dibelanja. Mereka tinggalkan anak-
anak dan keluarga tercinta. Mereka berhimpit-himpit semasa
bertawaf, bersa’i, mereka berkhemah di Arafah, Muzdalifah dan
di Mina dengan segala kepayahan dan kesulitan. Namun, dalam
lubuk hati terukir rasa kepuasan, ketenangan, kegembiraan,
kerelaan, penuh keikhlasan, kerana dapat menjadi tetamu Allah,
kerana dapat melaksanakan rukun Islam yang digerakkan oleh
aqidah keimanan untuk membina kehidupan selaku Muslim,
Mukmin yang mendapat keampunan, dan keredaan Tuhan.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Wa lillahil Hamd!


Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah!

Mereka yang berkunjung ke Mekah al-Mukarramah dan


Madinah al-Munawwarah adalah mereka yang sangat bertuah
kerana mereka menjadi tetamu Allah Yang Maha Penyayang
Lagi Maha Pemurah (Dhuyuf al-Rahman). Allah yang sifatNya
Maha Pemurah, Maha Penyayang, sudah tentu sangat
memuliakan tetamuNya. Tidak dapat diberi gambaran dengan
tulisan ataupun ucapan betapa Allah memuliakan dan
menghormati tetamuNya.
Berkunjung dan menjadi tetamu Allah pasti mendapat
penghormatan dan kemuliaan. Rasulullah S.A.W. bersabda:
@ @B B
Hadis riwayat Ibnu Majah
Maksudnya: “Orang yang menunaikan haji dan umrah
merupakan tetamu Allah, jika mereka mohon doa kepadaNya
nescaya Dia makbulkannya. Jika dia memohon keampunan
kepadaNya, nescaya Dia mengampuninya.”

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Wa lillahil Hamd!


Muslimin dan Muslimat yang berbahagia!

Merayakan Aidiladha sekaligus mengingatkan kita kepada


model keluarga agung yang ditunjukkan oleh insan-insan agung
iaitu Nabi Ibrahim A.S., Siti Hajar dan Nabi Ismail A.S. untuk kita
contohi dan teladani. Allah S.W.T. berfirman:

ÿ…µç èy Βt  Ï !© #$ ρu Ο
t % Ï ≡t /ö )Î ’
z Šδ þ ûÎ π× Ζu ¡ y οî θu ™
| m ó &é Ν
ö 3
ä 9s M
ô Ρt %.x ‰
ô %s
Ertinya: “Sesungguhnya terdapat contoh teladan yang baik
bagimu pada bawaan Nabi Ibrahim dan orang yang bersama-
dengannya.”
(Surah al-Mumtahinah: 4)

Disebabkan contoh teladan yang luar biasa, maka


gambaran wajah keluarga Nabi Ibrahim A.S. semakin kita pelajari
dan mengkajinya, semakin kita dapat merasakan hebatnya
peribadi insan agung, semakin kita menemui kebaikan untuk
dihayati dalam kehidupan kita sekarang dan masa-masa akan
datang.

Salah satu pelajaran penting yang kita peroleh adalah


betapa besar semangat pengorbanan yang ditunjukkan oleh
Nabi Ibrahim A.S., isterinya Siti Hajar dan anaknya, Ismail A.S.
Semangat pengorbanan yang ditunjukkan oleh keluarga Nabi
Ibrahim A.S. perlu kita contohi. Ibadah korban yang berlangsung
pada Hari Raya Aidiladha adalah sebagai memperingati
pengorbanan Nabi Ibrahim A.S. dan anakandanya Ismail A.S.
yang merupakan peristiwa agung, peristiwa luar biasa, peristiwa
luhur yang melambangkan puncak hakikat keimanan,
kecemerlangan, kepatuhan dan keagungan, penyerahan diri
kepada Allah S.W.T. Ia menjadi contoh, model untuk dijadikan
rujukan umat Islam di sepanjang zaman.

Nabi Ibrahim A.S. dan keluarganya telah mempamerkan


contoh adab sopan yang sangat tinggi, keimanan yang sangat
cemerlang, ketaatan yang sangat luhur.

Keluhuran ketaatan, keagungan keimanan, ketenteraman


hati yang reda, itulah hakikat Islam, iaitu yakin dan percaya, taat
dan patuh, tenang dan reda, bertawakkal menyerah diri kepada
Allah S.W.T. sepenuhnya beserta berusaha dan bertindak dengan
betul dan tepat, semuanya itu adalah cerminan keimanan yang
kuat, mantap dan agung.

Aqidah dan tabiatnya perlu menjadi tapak asas tegaknya


pendirian dan pegangan seorang mukmin, iaitu menyerah diri
kepada takdir Allah dengan penuh kepatuhan, kerelaan,
kepercayaan tanpa menyoal mengapa dan kenapa?.
Fahamilah, bahawa Allah tidak bertujuan menzalimi dan
menyiksa hamba-hambaNya dengan ujian, tetapi Allah
menghendaki hamba-hambaNya menjunjung ujian dengan
penuh ketaatan dan kepatuhan, menerima, menyerah tanpa
perbahasan, tanpa mencari alasan, berdolak dalih.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Wa lillahil Hamd!


Muslimin dan Muslimat yang berbahagia!

Hari Raya Aidiladha adalah hari raya yang bersifat Rabbani,


yang berkaitan dengan ibadah ketuhanan, hari yang
bersambungan dengan aqidah, hari yang tidak terputus dengan
syariat, kerana itu hari raya, bukan upacara, sebab itu ia tidak
boleh disambut dan dirayakan sesuka hati, mengikut selera dan
nafsu, mengikut adat tradisi yang berlawanan dengan syariat
dan akhlak.

Hari raya dalam Islam bersifat kemanusiaan. Semasa Aidilfitri


kita diwajibkan zakat fitrah, bagi menangani dan memperlihatkan
rasa kepedulian terhadap golongan asnaf, terutama fakir dan
miskin, supaya mereka dapat bergembira bersama-sama dengan
golongan kaya, berada. Ketika menyambut Aidiladha pula kita
dituntut melakukan ibadah korban. Daging korban hendaklah
dapat diagih-agihkan kepada keluarga, kaum kerabat, jiran
tetangga. Keutamaan hendaknya diberikan kepada fakir miskin.
Ini juga satu gambaran tentang kemanusiaan.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Wa lillahil Hamd!


Muslimin dan Muslimat yang berbahagia!

Konsep pengorbanan yang begitu luas perlu benar-benar


difahami dan dihayati, hendaknya pengorbanan itu tidak
terbatas setakat sembelihan haiwan korban semata-mata, untuk
bidang sosial sahaja, tetapi sangat penting semangat berkorban
itu ditumpu dan ditujukan kepada bidang-bidang yang lain
seperti bidang pembangunan, tempat-tempat peribadatan,
institusi pendidikan, hospital dan lain-lain.

Perhatikan firman Allah SWT.:


׎ö z ö 3
y Ν ä 9Ï ≡Œs 4 ! È ‹6Î ™
« #$ ≅ y ’ûÎ Ν
ö 3
ä ¡
Å !
à Ρ&r ρu Ν
ö 6
à 9Ï ≡θu Βø 'r /Î #( ρ‰
ß γ
Î ≈_ Z $)
y ρu ω s OÏ ρu $ù] $! Å #( ρã !
x z Ï Ρ#$

š
∩⊆⊇∪ χ ß =n è÷ ?s Ο
θϑ ó Fç Ζ.ä β)Î Ν
ö 3
ä 9©
Ertinya: “Berangkatlah beramai-ramai (untuk berjuang pada jalan
Allah) samaada dalam keadaan merasa ringan (mudah
bergerak) ataupun keadaan berat (disebabkan pelbagai
tanggungjawab) berjihad dan berjuanglah dengan harta benda
dan jiwa raga kamu pada jalan Allah (untuk membangun Islam)
yang demikian itu adalah lebih baik bagi kamu jika kamu
mengetahuinya”
(Surah al-Taubah: 41)

Perjuangan dan pengorbanan membangun agama, bukan


sahaja setakat penyembelihan haiwan korban, tetapi
memerlukan pengorbanan harta benda, pengorbanan diri, jiwa
raga, yang melibatkan tenaga, fikiran dan perasaan.

Pengorbanan yang kita lakukan sekarang kalau hanya


berputar sekitar sembelihan haiwan korban diikuti dengan agihan
daging korban semata-mata, sudah tentu tidak dapat memberi
kesan besar kepada perubahan dan kemajuan Islam dan
umatnya.

Dalam bidang politik kepartian, kalau pengorbanan


dilakukan hanya berputar dalam perbalahan, perebutan antara
kerusi dengan kerusi untuk masing-masing mendapat jawatan, ia
juga tidak memberi makna kepada perjuangan mendaulatkan
Islam.

Dalam bidang ekonomi, pengorbanan dilakukan begitu


rupa namun bertujuan untuk mendapatkan projek demi projek
yang di sebalik projek ada udang di sebalik batu. Ketirisan dan
penyelewengan terus berlaku dan dilakukan. Maka kedudukan
Islam dan umatnya tetap ketinggalan.

Dalam bidang ibadah dan hukum hakam, pengorbanan


dilakukan begitu besar untuk menyuburkan pertengkaran,
perbalahan di sekitar antara sunnah dan bidaah, membidaah
perkara-perkara yang khilafiyah, seolah-olah tidak ada noktah
penamatan, tidak ada hujung kesudahan.

Keadaan sebegini tidak mampu membawa umat Islam


maju ke depan padahal kita sepatutnya sanggup berkorban
untuk berhadapan, melawan fahaman-fahaman yang cuba
menggugat aqidah umat Islam seperti fahaman pluralisme,
marxis, komunis, liberalisme dan lain-lain yang boleh
mengakibatkan kehancuran nilai-nilai kemanusiaan dan
pegangan agama.

Pengorbanan dan perjuangan umat Islam sepatutnya


tertumpu kepada menuntut hak untuk hidup dalam sistem Islam
yang syumul. Keberadaan golongan lain, kepelbagaian kaum
dan etnik bukan boleh dijadikan alasan untuk kita mengurangi
atau meninggalkan atau untuk tidak mengamalkan ajaran Islam
dengan alasan bagi menjaga keharmonian dan perpaduan.

Dalam usaha menjaga keharmonian dan perpaduan


masyarakat dan umat, kita janganlah sampai dianggap seperti
orang yang berada di rumah sakit mental. Seorang mencangkul
tanah dan menanam pokok, manakala yang lain pula
mencabutnya. Seorang mengikat batu bata untuk membina
bangunan, yang lain pula merobohkannya kemudian semuanya
gelak ketawa dan bertepuk tangan melihat pokok yang dicabut,
bangunan yang runtuh.
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Wa lillahil Hamd!
Muslimin dan Muslimat yang berbahagia!

Seperkara yang amat menyedihkan, di tengah-tengah


lautan umat Islam berhimpun di Padang Arafah yang menjadi
simbol yang dapat memperlihatkan penyatuan, persatuan dan
perpaduan umat Islam, namun dalam masa dan ketika yang
sama, umat Islam di banyak negara umat Islam terus dilanda
perpecahan, malah menyalakan api peperangan sesama sendiri
yang sangat mengerikan seperti di Syria, di Pakistan, di Yaman, di
Sudan dan banyak lagi. Manakala musuh-musuh umat Islam
tersenyum lebar, bertepuk tangan.

Perpecahan, perbalahan, peperangan sesama sendiri di


kalangan umat Islam adalah aib besar yang telah mencacatkan
keindahan Islam, menghilangkan kekuatan umat Islam. Keadaan
ini menjadi satu cabaran kepada umat Islam terutama di
kalangan para pemimpin.

Tugas menyatupadukan umat Islam adalah tugas besar dan


mulia. Tugas ini hanya mampu dipikul oleh pemimpin yang
berjiwa besar yang sanggup berkorban dan berjuang menjadikan
agenda perpaduan umat Islam dalam senarai keutamaan.
Mengatasi segala kepentingan lain, seperti kepentingan ego diri,
kepentingan puak, kelompok sendiri.

Perjuangan apa pun memerlukan adanya pengorbanan


apa lagi perjuangan untuk menegak dan membangun agama
Islam, untuk memperbaiki peningkatan kualiti dan kuantiti umat
Islam.
4 πs Ψ¨ f
y 9ø #$ Ο
Þ γ
ß 9s χ
€ 'r /Î Νλç ;m ≡θu Βø &r ρu Ο
ó γ
ß ¡ à Ρ&r 
| ! š ΖÏ ΒÏ σ÷ ϑ
ß 9ø #$ ∅
š ΒÏ “ ô #$ !
3 Žu It © ¨ )Î *
© #$ β

Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang mukmin


jiwa raga mereka, harta benda mereka dengan menjanjikan
ganjaran syurga untuk mereka.
(Surah al-Taubah: 111)
∩⊂∪ Žç It /ö { è 
F #$ θu δ š ∞t ΡÏ $© ā
x χ )Î ∩⊄∪ ö tp Υ
ù #$ ρu 7
y /nÎ t 9Ï ≅
eÈ Á
| ùs ∩⊇∪ t Or θö 3
s 9ø #$ 
š ≈Ψo ‹ø Ü ô &r $! Ρ‾ )Î
s ã
bîÜß@bèàÌí@ïÛë…@êëbj×

 

@ @³äÜ×@ìíýß@ñ…bÈng@ñ…bÇ@æa…@âýa@âb™a@Ü©
sila layari: www.e-maik.myI

Anda mungkin juga menyukai