Anda di halaman 1dari 12

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/359226821

Pengintegrasian Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK) dalam


Pengajaran dan Pembelajaran Matematik: Sebuah Tinjauan Literatur

Article · March 2022

CITATIONS READS

0 549

2 authors, including:

Muhammad Sofwan Mahmud


Universiti Kebangsaan Malaysia
37 PUBLICATIONS   56 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Oral Questioning in Teaching mathematics View project

Kemahiran Penyelesaian Masalah Matematik Berayat dalam Pembelajaran Matematik di Sekolah Rendah: Sebuah Tinjauan Literatur View project

All content following this page was uploaded by Muhammad Sofwan Mahmud on 15 March 2022.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


5th International Conference on Teacher Learning and Development (ICTLD) 2021
03 - 05 August 2021

Pengintegrasian Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK)


dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik:
Sebuah Tinjauan Literatur
Law, M. L. 1, Muhammad Sofwan Mahmud 2*
1,2
Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
*sofwanmahmud@ukm.edu.my

ABSTRAK
Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK) merupakan salah satu elemen penting
dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran matematik. Justeru, kertas ini akan
membincangkan tujuh komponen utama yang terdapat dalam kerangka PTPK iaituPengetahuan
Teknologi (PT), Pengetahuan Pedagogi (PP), Pengetahuan Kandungan (PK), Pengetahuan
Teknologi Kandungan (PTK), Pengetahuan Teknologi Pedagogi (PTP),Pengetahuan Pedagogi
Kandungan (PPK) dan Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK) bagi memastikan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran Matematik dapat dijalankan dengan lebih berkesan dan
bermakna. Selain itu, perkembangan kerangka PTPK turut dibincangkan dalam kertas ini.
Sebagai tambahan, kertas ini juga akan membincangkan kepentingan kerangka PTPK serta
pelbagai isu pengintegrasian elemen PTPK dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik.
Makalah ini disimpulkan dengan perbincangan penyelidik berkaitan pelbagai isu yang telah
dilontarkan dalam kertas ini. Implikasi hasil daripada kertas ini adalah guru perlu sentiasa
melengkapkan diri dengan kesemua elemen yang terdapat dalam kerangka PTPK bagi
memastikan proses pengajaran dan pembelajaran Matematik yang dilaksanakan benar-benar
dapat membantu dan memudahkan pelajar mempelajari Matematik serta memahami pelbagai
konsep Matematik yang abstrak.

Kata kunci: TPACK, PTPK, Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan, pengajaran dan
pembelajaran matematik.

1. Pengenalan
Pada abad ke-21, dengan perkembangan teknologi yang berterusan, semakin banyak teknologi
baru seperti aplikasi dan perisian atas talian telah diintegrasikan ke dalam pengajaran dan
pembelajaran Matematik. Hal ini secara tidak langsung menjadikan pengintegrasian elemen
teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik sebagai salah satu bahagian yang
ditekankan dalam kurikulum Pendidikan Matematik [1]. Di samping itu, Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menekankan aspek teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK) bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. National Council of
Teachers of Mathematics [2] juga turut menekankan bahawa kehadiran teknologi dalam PdPc
dapat meningkatkan kekuatan pembelajaran Matematik, menyokong keberkesanan pengajaran
Matematik dan mempengaruhi Matematik yang diajar. Menurut [3], pengintegrasian
pengetahuan teknologi, pedagogi dan kandungan dalam pengajaran akan menghasilkan sebuah
instruksi yang efektif dan sempurna bagi seorang guru atau pengajar.
Pengetahuan teknologi yang dimiliki oleh guru dapat diaplikasikan sebagai alat
pengajaran yang berkesan, membina pengetahuan kandungan subjek yang dapat diserap oleh
pelajar dengan lebih mudah, pengajaran berpusatkan murid serta memupuk kemahiran berfikir
aras tinggi (KBAT) dalam pengajaran Matematik [4]. Teknologi yang diintegrasikan dalam
kelas dengan sendirinya tidak dapat membantu pelajar untuk belajar secara langsung, ia
bergantung kepada bagaimana pengetahuan teknologi itu diaplikasikan. Justeru, kerangka

995
Proceedings ICTLD 2021/e-ISBN 978-967-
25529
5th International Conference on Teacher Learning and Development (ICTLD) 2021
03 - 05 August 2021

TPACK (Technological Pedagogical and Content Knowledge) yang dicadangkan oleh Mishra
dan Koehler [5] dipercayai dapat menjelaskan sejauh mana pengintegrasian teknologi dalam
pengajaran bagi meningkatkan profesionalisme guru.

2. Kerangka Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK)


Pada tahun 2005, Punya Mishra dan Matthew J. Koehler mencadangkan kerangka TPCK
(Technological Pedagogical Content Knowledge) secara rasminya penting untuk pengajaran
yang berkesan dengan pengintegrasian elemen teknologi [6]. Kemudian, [7] menambah “And”
untuk memudahkan ingatan serta lebih senang disebutkan (“tee-pack”), maka menjadi TPACK
atau dalam Bahasa Melayu adalah PTPK (Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan).
Sebenarnya, PTPK adalah kerangka baru yang dibentuk dengan mengintegrasikan
komponen pengetahuan teknologi pada kerangka PCK (Pedagogical Content Knowledge) oleh
[8]. PTPK adalah kerangka pengajaran baru yang menggabungkan pengetahuan kandungan,
kaedah pengajaran dan teknologi dan sejauh mana hubungan dan percaturan ketiga-tiga elemen
mempengaruhi profesionalisme guru [9]. Guru haruslah memahami elemen-elemen yang
terkandung dalam PCK agar dapat mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran secara
berkesan [5,10,11,12,13]. Menurut [14], kerangka PTPK mencadangkan satu panduan kepada
warga pendidik tentang “apa yang hendak diajar”, “bagaimana untuk mengajar”, dan “apakah
jenis teknologi” yang dapat diintegrasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Idea teras kerangka PTPK adalah interaksi antara tiga jenis pengetahuan: (a)
pengetahuan teknologi; (b) pengetahuan pedagogi; and (c) pengetahuan kandungan.
Kemudiannya, ketiga-tiga pengetahuan bertindih untuk menjadi empat jenis pengetahuan yang
berkaitan (Rajah 2.1). Tujuh komponen dalam kerangka PTPK adalah seperti rajah 2.2 yang
ditemui dari kajian [15].

Rajah 1: Kerangka PTPK


(Sumber: [15])

Technological Knowledge (TK) atau Pengetahuan Teknologi merujuk kepada


pengetahuan tentang pelbagai teknologi, mulai dari kertas dan pensel hingga teknologi digital
seperti Internet, video digital, papan tulis interaktif dan perisian komputer [16]. Guru yang
berpengetahuan teknologi merujuk kepada bagaimana untuk mengendalikan komputer,
projektor dan perisian yang bersesuaian untuk menayang video.
Content Knowledge (CK) atau Pengetahuan Kandungan (PK) merujuk kepada
pengetahuan tentang isi kandungan pelajaran yang dipelajari atau diajar. PK merupakan satu

996
Proceedings ICTLD 2021/e-ISBN 978-967-
25529
5th International Conference on Teacher Learning and Development (ICTLD) 2021
03 - 05 August 2021

keperluan untuk menguasai pengajarannya, guru hendaklah mempunyai pengetahuan subjek


kepakaran mata pelajaran Matematik misalnya topik Wang, Nombor & Operasi, dan
Pengurusan Data dan lain-lain (pengurusan wang secara berhemah dan nilai menghargai alam
sekitar). Dengan pengetahuan kandungan matematik yang mencukupi, guru akan dapat
membimbing murid menggunakan cara penyelesaian yang senang difahami oleh merekauntuk
mendapat jawapan yang tepat.
Pedagogical Knowledge (PK) atau Pengetahuan Pedagogi (PP) merujuk kepada
pengetahuan berkaitan kaedah atau proses pengajaran termasuk pengurusan kelas, penilaian
tugasan, rancangan pengajaran dan pengajaran dalam kelas [16]. Sebagai contoh, selepas
mengajar tajuk Masa dan Waktu, guru boleh membimbing murid membuat jadual belajar
sendiri sebagai projek mini, dengan pengetahuan pedagogi, guru akan mampu menguruskan
aktiviti tersebut dengan jayanya.
Pedagogical Content Knowledge (PCK) atau Pengetahuan Pedagogi Kandungan
merujuk kepada pengetahuan mentransformasikan kandungan pelajaran sesuai kepada
pendekatan pengajaran. Menurut [16], PCK merangkumi pengajaran, pembelajaran, kurikulum,
pentaksiran, dan laporan yang melatari cara penyampaian pengajaran kepada para pelajar.
Selain itu, guru yang mengajar tanpa mengetahui aspek-aspek seperti kurikulum dan
pentaksiran tidak mampu memenuhi keperluan pembelajaran oleh para pelajar [16]. Sebagai
contoh, guru boleh memberikan tugasan untuk membina Tabung Harimau, sepanjang
bimbingan dan pantauan aktiviti, murid haruslah menilai tabung tersebut berdasarkan rubric.
Ini dapat dilihat bahawa, dalam PdPc ini, pembelajaran berpusatkan murid dan guru sebagai
fasilitator.
Technological Content Knowledge (TCK) atau Pengetahuan Teknologi Kandungan
(PTK) merujuk kepada pengetahuan tentang bagaimana kandungan pelajaran boleh diwakili
oleh aplikasi teknologi tertentu [3]. Technological Pedagogical Knowledge (TPK) atau
Pengetahuan Teknologi Pedagogi (PTP) merujuk kepada pengetahuan berkaitan bagaimana
pengajaran dan pembelajaran boleh berubah oleh teknologi dan cara teknologi itu digunakan
bagi mempelbagaikan teknik pengajaran. [3] menyatakan bahawa seorang pengajar mestilah
mengetahui bagaimana PdPc perlu dilaksanakan mengikut kesesuaian teknologi masa kini yang
menyokong proses dan amalan pengajaran semasa. Sebagai contoh, guru boleh menggalakkan
pembentangan projek dengan menggunakan perisian Microsoft Power Point dan seterusnya
dapat mendokumentasikan projek tersebut sebagai rujukan pada masa kelak.
Technological Pedagogical Content Knowledge (TPACK) atau Pengetahuan Teknologi
Pedagogi Kandungan (PTPK) merujuk kepada pengetahuan tentang penggunaan teknologi bagi
mengupayakan strategi pengajaran untuk menyampaikan kandungan pelajaran secara berkesan.
Menurut [3], integrasi pengetahuan teknologi, pedagogi dan kandungandalam pengajaran akan
menghasilkan PdPc yang efektif dan sempurna bagi seseorang guru atau pengajar. Justeru,
dengan kerangka PTPK, guru Matematik dapat merancang PdPc mengikut minat dan tahap
penguasaan murid serta mengaplikasikan alat teknologi yang dapat mengurangkan kekeliruan
konsep dalam pendidikan Matematik.

3. Perkembangan Kerangka PTPK


Perkembangan kerangka PTPK jelas merupakan bidang penyelidikan yang penting kerana
implikasinya yang signifikan terhadap pendidikan guru dan perkembangan profesional guru.
Walau bagaimanapun, kajian mengenai model yang sesuai untuk mengembangkan PTPK
pada guru jurang ditemui [17]. Beberapa kaedah profesional yang dapat membantu guru pra-
perkhidmatan dan guru dalam perkhidmatan mengembangkan kerangka PTPK. Kaedah ini
telah dibahagi kepada tiga kategori utama seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2 [17].

997
Proceedings ICTLD 2021/e-ISBN 978-967-
25529
5th International Conference on Teacher Learning and Development (ICTLD) 2021
03 - 05 August 2021

Rajah 2: Tiga kaedah untuk mengembangkan Kerangka PTPK


(Sumber: [17])

3.1 Dari Pedagogical Content Knowledge (PCK) atau PPK kepada PTPK
Merujuk kepada [17], dalam pendekatan ini, teknologi digunakan untuk menyokong strategi
yang telah diaplikasikan dalam proses pengajaran. Kaedah ini sering digunakan oleh guru dalam
perkhidmatan yang telah mempunyai pengalaman mengajar. Walau bagaimanapun, para
penyelidik mendapati bahawa kekangan kaedah ini adalah pengetahuan sedia ada terhadap
falsafah pengajaran, ini membatasi kesediaan dan keinginan guru untuk mencuba
mengintegrasikan teknologi baru dalam PdPc Matematik. Dengan menggunakan kaedah ini,
guru akan mementingkan perkembangan pengetahuan pedagogi kandungan terlebih dahulu.
Kemudiannya, guru belajar pengintegrasian teknologi demi meningkatkan strategi pengajaran.
Peralihan dari PPK kepada PTPK adalah menggunakan jenis aktiviti yang bukan sahaja
berpandukan buku teks. Misalnya, guru boleh menjalankan aktiviti seperti perbincangan
kumpulan atau main peranan semasa mengajar penyelesaian masalah Matematik berayat dan
seterusnya membentangkan dengan menggunakan Microsoft Power Point.

3.2 Dari Technological Pedagogical Knowledge (TPK) atau PTP kepada PTPK
Kursus yang didedahkan mengenai pengetahuan teknologi pedagogi mungkin melibatkan
semua mata pelajaran. Oleh kerana guru belum memahami strategi pedagogi khusus untuk
pengajaran sains, matematik, seni bahasa, kajian sosial, atau subjek lain, kursus pengintegrasian
teknologi cenderung memberikan tumpuan kepada bagaimana teknologi dapat menyokong
produktiviti guru dan strategi pedagogi umum. Setelah guru lebih berpengalaman, dia akan
mampu menggabungkan PTP dan PPK untuk mengembangkan PTPK dalam pengajaran
Matematik [17].

3.3 Pedagogical Content Knowledge (PCK) atau PPK dan PTPK secara serentak Merujuk
kepada [17], bagi perkembangan PPK dan PTPK guru secara serentak, perkembangannya
terutamanya fokus kepada guru pelatih yang menggantikan kursusteknologi pendidikan
dengan membimbing pengintegrasian teknologi dalam latihan praktikum di sekolah secara
sistematik. Dengan kaedah ini, guru mengembangkan PTPKmelalui perbincangan dalam
kumpulan dan pengajaran secara praktikal. Guru-guru hendaklah menyelesaikan masalah
pengajaran serta membuat refleksi selepas PdPc Matematik.Pendekatan ini tidak mengajar
pengetahuan teknologi secara langsung, ia lebih mendorong guru mempertimbangkan
penggunaan teknologi yang berbeza bagi menyelesaikan masalahpengajaran.

998
Proceedings ICTLD 2021/e-ISBN 978-967-
25529
5th International Conference on Teacher Learning and Development (ICTLD) 2021
03 - 05 August 2021

4. Kepentingan Kerangka PTPK dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik


Peranan guru Matematik bukan sahaja menyampaikan ilmu pengetahuan dalam buku teks
sahaja tetapi seharusnya lebih daripada itu [18]. Merujuk kepada Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) pendidikan Matematik, tujuan pendidikan di Malaysia
adalah membangunkan potensi individu melalui pendidikan berpusatkan murid. Tambahan
pula, melalui pendidikan, generasi yang bersifat dinamik dan berkemahiran berfikir aras
tinggi dapat dipupuk secara tidak langsung. Penyaluran ilmu bukan sahaja dapat disampaikan
dengan proses pengajaran dan pembelajaran, bahkan juga di luar bilik darjah. Justeru,
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran
Matematik dipercayai dapat menghasilkan pembelajaran yang berkesan [19,20]. Di samping
itu, pengintegrasian teknologi juga dapat menghasilkan generasi yang memiliki kemahiran
dan kompetensi yang sempurna untuk menangani cabaran abad ke-21 ke arah Revolusi
Perindustrian 4.0 [21].
Menurut [22], terdapat banyak manfaat pengintegrasian teknologi dalam pembelajaran,
beliau menjelaskan bahawa pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer dapat
meningkatkan perhatian, tumpuan dan motivasi pelajar. Kuiz atau latihan dalam talian dapat
menggalakkan murid mengulangi latihan tersebut sehingga mendapatkan jawapan yang tepat.
Secara tidak langsung, kaedah sebegini juga meningkatkan minat dan motivasi murid untuk
terus mencuba. Tambahan pula, penerapan teknologi seperti perisian Matematik memudahkan
lagi murid melakukan pembelajaran secara inkuiri penemuan menggunakan kemudahan
Internet untuk memahami konsep Matematik yang dipelajari [23].
Sebagai tambahan, trend pendidikan masa kini memerlukan murid lebih cenderung
menggunakan peralatan telekomunikasi moden sebagai alat bantu belajar dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Matematik. Ini boleh dibuktikan melalui kajian yang telah
dijalankan oleh [24] yang telah mendapati bahawa penggunaan multimedia interaktif berjaya
meningkatkan pemahaman, minat dan motivasi murid untuk mempelajari Matematik dengan
lebih bermakna. Oleh sebab itu, guru haruslah mempersiapkan diri ke arah pengintegrasian
kerangka PTPK dalam PdPc Matematik demi membangkit naluri ingin tahu murid untuk
belajar, meningkatkan kualiti dan keberkesanan PdPc.

5. Isu Pengintegrasian Kerangka PTPK dalam Pengajaran dan Pembelajaran


Matematik
5.1 Efikasi Kendiri
Efikasi kendiri guru merujuk kepada keyakinan guru terhadap kecekapan dan kebolehannya
bagi mencapai sesuatu jangkaan yang telah ditentukan [25]. Seorang guru yang mempunyai
efikasi tinggi dalam diri maka individu tersebut dapat menyahut cabaran yang diberikan [26].
Hal ini juga disokong oleh [27] yang menyatakan bahawa tahap efikasi kendiri guru Matematik
yang tinggi dapat menerima sebarang perubahan dengan lebih yakin.
Guru yang bermotivasi dan mempunyai kesediaan yang tinggi akan cenderung untuk
menerima tugasan yang lebih mencabar [28]. Kesediaan guru dalam pengintegrasiankerangka
PTPK dalam subjek Matematik amat diperlukan. Namun begitu, dapatan kajian [29]
menunjukkan bahawa kebanyakan guru mempunyai tahap penerimaan perubahan yang
rendah. Keadaan ini amat membimbangkan kerana walaupun guru mempunyai tahap
pengetahuan kandungan, pedagogi dan teknologi yang memuaskan, tetapi guru masih tidak
yakin mengintegrasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik.

5.2 Pembangunan Profesionalisme Keguruan


Perkembangan profesional tidak seharusnya dihentikan selepas tamat pengajian dari kursus
perguruan. Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggariskan latihan dalam perkhidmatan
(LDP) dan program Profesional Learning Communities (PLC) agar dapat meningkatkan

999
Proceedings ICTLD 2021/e-ISBN 978-967-
25529
5th International Conference on Teacher Learning and Development (ICTLD) 2021
03 - 05 August 2021

kualiti guru dan mengembangkan profesionalisme guru dari semasa ke semasa. Tambahan pula,
School Improvement Specialist Coach (SISC+), iaitu pembimbing pakar peningkatan sekolah
bagi subjek Matematik dapat bekerjasama dengan kementerian dan pegawai PPD, untuk
menyediakan latihan yang amat diperlukan oleh guru. Justeru, guru mestilah bersifat dinamik,
proaktif dan sedia berubah mengikut keadaan semasa dari segi teknologi dan peka kepada
perkembangan teknologi semasa supaya dapat menyesuaikan diri dalam sistem pendidikan
abad ke-21.
Namun begitu, dalam kajian [30], menunjukkan bahawa walaupun guru mempunyai
kemahiran TMK asas, misalnya, guru mengaplikasikan perisian Microsoft PowerPoint dan
projektor semasa menjalankan pembentangan, tetapi mereka jarang menyesuaikan diri dengan
pengintegrasian teknologi dalam pengajaran mata pelajaran Matematik. Kekurangan latihan
profesional memaksa guru menggunakan pengajaran tradisional dan berpusatkan guru serta
menjalankan cara pentaksiran yang hanya menumpukan penghafalan rumus penting dalam
matematik.
Menurut [31], program latihan pembangunan profesional yang berkesan haruslah
meliputi tiga elemen, iaitu stabilisasi, peningkatan dan inovasi. Penyelidikan terhadap PTPK
dalam kalangan guru Matematik baru dan berpengalaman dalam kajian [32] pula menunjukkan
bahawa perlunya satu program sokongan dan pemantauan berterusan diberikan kepada guru-
guru yang baru keluar dari pusat latihan perguruan, sama ada dari universiti ataupun institusi
pendidikan guru. Latihan profesional dengan matlamat yang jelas akan meningkatkan
penglibatan guru. Secara tidak langsung, guru akan lebih yakin mengaplikasikan pengetahuan
dari latihan tersebut ke dalam kelas secara praktikal. Bengkel atau kursus mengenai
pengintegrasian kerangka PTPK dalam pengajaran matematik sangat jarang dijumpai.
Ketiadaan kesinambungan antara kandungan latihan dengan situasi sebenar sekolah merupakan
punca kepada kegagalan pengintegrasian pengetahuan yang telah dipelajari dari program
latihan [33]. Walaupun guru mempunyai pengetahuan pedagogi, strategi pengajaran dan
kaedah pengajaran, namun penerapannya dalam proses pengajarandan pembelajaran dalam
Matematik masih merupakan satu cabaran yang besar. Hal inibercanggah dengan [34] yang
berpendapat bahawa implikasi yang berkesan selepas guru berkhidmat dalam sekolah rendah
masih kurang, tahap pengetahuan pedagogi adalah kurang memuaskan.

5.3 Pengalaman Mengajar


Pengintegrasian teknologi dalam pengajaran matematik dapat mendorong pengetahuan tentang
pedagogi dan kandungan matematik, maka kerangka PTPK menjadi elemen utama dalam
penerapan literasi TMK di bilik darjah [35]. Namun begitu, dapatan kajian menunjukkan
bahawa, guru yang telah mengajar lebih daripada sepuluh tahun hanya menggunakan literasi
TMK di dalam kelas untuk menghantar tugasan kepada pelajar, tetapi tidak menggunakannya
dalam pengajaran konsep kepada pelajar [36,37].
Tahap pengetahuan dan kemahiran bagi guru berpengalaman adalah lebih tinggi
berbanding dengan guru novis [8]. Dapatan kajian ini selari dengan [38] yang melaporkan
bahawa pengalaman mengajar guru telah memberi peluang kepada guru bagimenyempurnakan
pengetahuan yang lebih mendalam, terutamanya dalam pengajaranMatematik. Guru novis yang
mengajar selepas tiga tahun, berkeyakinan mengaplikasikan pengetahuan teknologi dalam
pengajaran matematik mereka [39]. Justeru, guru yang berpengalaman haruslah bersikap
terbuka untuk belajar kemahiran teknologi daripada guru yang lebih mahir atau guru yang lebih
muda.
5.4 Sokongan Sekolah
Sokongan dari pihak sekolah juga merupakan salah satu isu dalam pengintegrasian kerangka
PTPK dalam proses pengajaran dan pembelajaran [40,41]. Hal ini selaras dengan [42,43] yang
menyatakan bahawa sokongan sekolah mempunyai kesan positif kepada guru, di mana pihak
sekolah memberikan bantuan teknologi dan dorongan berterusan daripada guru yang lebih
1000
Proceedings ICTLD 2021/e-ISBN 978-967-
25529
5th International Conference on Teacher Learning and Development (ICTLD) 2021
03 - 05 August 2021

berpengalaman dalam penggunaan teknologi.


Dapatan kajian [39] menunjukkan bahawa kekangan yang dihadapi oleh guru dalam
pengintegrasian kerangka PTPK dalam pengajaran adalah kurangnya sokongan teknikal dari
pihak sekolah. Infrastruktur sekolah yang sempurna dan capaian Internet perlulah disediakan
untuk memudahkan pengintegrasian teknologi dalam PdPc Matematik [44].
Justeru, isu-isu pengintegrasian PTPK dalam PdPc matematik haruslah dititiberatkan
dengan mengambil tindakan yang sewajar untuk meningkatkan prestasi PdP dari aspek
motivasi pembelajaran murid serta kualiti pengajaran dan pembelajaran. Kelengkapan
pengetahuan elemen PTPK dapat meningkatkan professionalisme dan keyakinan diri guru
dalam pengintegrasiannya dalam PdPc Matematik. Kolaborasi antara guru dan sokongan pihak
sekolah dalam pengintegrasian PTPK perlu diambil berat supaya program PTPK dapat
dijalankan dengan berjaya demi kepentingan semua murid.

6. Perbincangan
Penularan wabak Covid-19 yang semakin serius telah memaksa negara kita
mengimplementasikan pengajaran dan pembelajaran matematik di rumah (PdPR). Walaupun
PdPR matematik secara dalam talian mempunyai banyak kelemahan, namun kajian lepas
menunjukkan bahawa kerangka PTPK yang dicadangkan oleh [5] telah banyak membantu para
pendidik untuk menggunakan kemudahan teknologi dengan lebih fleksibel dan
memperkayakan pedagogi pengajaran khususnya dalam pengajaran matematik. Pengajaran
matematik secara dalam talian tidak semestinya perlu berpandukan buku teks elektronik dan
latihan bertulis, tetapi juga perlu meningkatkan minat murid untuk belajar dan murid berupaya
belajar secara berdikari. Di samping itu, pentaksiran dalam talian yang menarik dan
menyeronokkan dapat menguji tahap penguasaan murid dan memahami kelemahan
pembelajaran pelajar supaya guru dapat memperbaiki kaedah pengajaran [45]. Hal ini dapat
dibuktikan dari kajian [46] yang menyatakan bahawa kebayakan guru bersetuju aplikasi
Quizizz merupakan satu alternatif untuk menjalankan pentaksiran matematik.
Di samping itu, kerangka PTPK juga bukan hanya memfokuskan kepada unsur
pengetahuan teknologi, tetapi ia menekankan penyatuan pengetahuan kandungan, kaedah
pengajaran dan teknologi. Seperti yang dibincangkan sebelum ini, tidak banyak kursus atau
contoh pengajaran yang mengintegrasikan kerangka PTPK bagi subjek Matematik secara
praktikal. Justeru, guru masih mempunyai banyak keraguan tentang bagaimana
mengintegrasikan ketiga-tiga elemen iaitu pengetahuan kandungan, pedagogi dan teknologi
dalam PdPc Matematik. Warga pendidik hendaklah sentiasa memperkayakan pengetahuan
diri sendiri dan bersikap mencari ilmu dengan aktif.
Pengintegrasian kerangka PTPK dalam pengajaran Matematik bukan sahaja
memerlukan motivasi guru, tetapi juga latihan profesional yang relevan. Oleh sebab itu, selain
daripada sokongan sekolah, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia juga haruslah
menyediakan kursus pengintegrasian kerangka PTPK yang berfokus kepada subjek Matematik
[32]. Dengan ini, tidak kira guru baharu, guru bukan opsyen matematik atau guru yang telah
berpengalaman akan dapat meningkatkan tahap PTPK mereka sendiri agar memaksimumkan
pengajaran.
Kini, penyelidikan tentang tahap PTPK semakin diberi penekanan [47], dengan hasil
kajian berkaitan dengan tahap PTPK guru Matematik serta faktor-faktor yang

1001
Proceedings ICTLD 2021/e-ISBN 978-967-
25529
5th International Conference on Teacher Learning and Development (ICTLD) 2021
03 - 05 August 2021

mempengaruhinya, cadangan perbincangan masa depan boleh ditujukan kepada cara


pengintegrasian yang praktikal dan berkesan bagi mengatasi masalah dalam PdPc Matematik.

7. Kesimpulan
Secara keseluruhannya, guru perlulah bersikap lebih positif dan sentiasa mempersiapkan diri
dengan pengetahuan teknologi agar dapat memberi impak yang maksimum dalam
pengintegrasian elemen PTPK dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Matematik. Ilmu
pengetahuan teknologi yang kukuh dipercayai akan membolehkan proses penyampaian konsep
matematik yang abstrak dengan lebih bermakna dan efektif [48]. Tanpa kompetensi dan
pengetahuan yang secukupnya, guru mungkin tidak dapat melahirkan murid yang mampu
berdaya saing secara kognitif dengan murid-murid lain di arena antarabangsa [49].

Penghargaan
Pertama sekali, penghargaan yang tinggi kepada penyelia kajian atas segala ilmu pengetahuan
yang telah dicurahkan sepanjang pengajian. Seterusnya, ribuan terima kasih diucapkan kepada
ibu bapa dan rakan sekelas atas sokongan dari segi mental. Semoga hasil kajian ini dapat
memberi kesan positif kepada para pendidik dan penyelidik.

Rujukan
[1] Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). KSSR Matematik Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran Tahun 1. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
[2] NCTM. (2000). Principles and Standards for School Mathematics. Reston: National
Council of Teachers of Mathematics.
[3] Koehler, M. J., & Mishra, P. (2008). Handbook of Technological Pedagogical Content
Knowledge (TPCK) for educators. New York: Routledge.
[4] Muhammad Fariduddin bin Wajdi Anthony, Azidah binti Abu Ziden, Aziah binti Ismail,
& Rizaman bin Yahya. (2018). Tahap pengetahuan kandungan, pedagogi dan teknologi
dalam kalangan guru sekolah rendah. International Postgraduate Conference on
Research in Education, 25–38.
[5] Koehler, M. J., & Mishra, P. (2006). Technological Pedagogical Content Knowledge:
A framework for teacher knowledge. Teachers College Record, 108(6), 1017–1054.
[6] Koehler, M. J., & Mishra, P. (2005). What happens when teachers design educational
technology? The development of Technological Pedagogical Content Knowledge.
Journal of Educational Computing Research, 32(2), 131–152.
[7] Thompson, A. D., & Mishra, P. (2008). Breaking news: TPCK becomes TPACK!
Journal of Computing in Teacher Education, 24(2), 38–64.
[8] Shulman, L. (1987). Knowledge and teaching: Foundations of the new reform.
Harvard Educational Review, 57(1), 1–22.
[9] Koehler, M. J., & Mishra, P. (2009). What is technological pedagogical content
knowledge? Contemporary Issues in Technology and Teacher Education, 9(1), 60–70.
[10] Brantley-Dias, L., Kinuthia, W., Shoffner, M. B., Castro, C. De, & Rigole, N. J. (2007).
Developing pedagogical technology integration content knowledge in preservice
teachers: A case study approach. Journal of Computing in Teacher Education, 23(4),
143–150.
[11] Cox, S., & Graham, C. R. (2009). Diagramming TPACK in practice: Using an
elaborated model of the TPACK framework to amalyze and depict teacher knowledge.
TechTrends, 53(5), 60–69.
[12] Niess, M. L. (2005). Preparing teachers to teach Science and Mathematics with
technology: Developing a technology pedagogical content knowledge. Teaching and
Teacher Education, 21(5), 509–523.

1002
Proceedings ICTLD 2021/e-ISBN 978-967-
25529
5th International Conference on Teacher Learning and Development (ICTLD) 2021
03 - 05 August 2021

[13] Pierson, M. E. (2001). Technology integration practice as a function of pedagogical


expertise. Journal of Research on Computing in Education, 33(4), 413–430.
[14] Maszuraini Miswan & Hamedi Adenan. (2018). Penggunaan kerangka TPACK dalam
pembangunan papan cerita aplikasi lilin. E-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi, 5(2), 293–
325.
[15] Ai Peng, C., & Shaffee Mohd Daud. (2017). Pengetahuan Teknologi Pedagogi
Kandungan (PTPK) dalam kalangan guru Pendidikan Khas bermasalah pendengaran.
International Journal of Education and Training (InjET), 3(2), 1–11.
[16] Shulman, L. S. (1986). Those who understand: Knowledge growth in teaching.
Educational Researcher, 15(2), 4–14.
[17] Koehler, M. J., Mishra, P., Kereluik, K., Shin, T. S., & Graham, C. R. (2014). The
Technological Pedagogical Content Knowledge framework. In J.M. Spector et al. (eds.),
Handbook of research on educational communications and technology, (pp. 101–111).
[18] Suhaila, I., Mohd Yusof, A., & Faridah Hanim, I. (2019). Pengaruh penguasaan
pengetahuan, pedagogi dan isi kandungan guru terhadap kemerosotan skor Matematik
TIMSS di Melaka. Jurnal Kesidang, 4, 23–37.
[19] Ismail, N. A., Abd Wahid, N., Norsuhada, D., & Hasan, M. (2019). Meningkatkan
efikasi kendiri guru di Malaysia terhadap kecenderungan pembelajaran generasi Z dan
alpha. Journal of Management and Operation Research, 1(13).
[20] Ismail, N. A., & Wahid, N. A. (2018). Empowering the self-efficacy of teachers in
Malaysia through the academic revolution 4.0. International Journal of Academic
Research in Business and Social Sciences, 8(11).
[21] Zakaria, N. A., & Khalid, F. (2016). Manfaat penerapan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) dalam pembelajaran Matematik serta kekangannya. In N. Othman,
C. W. Luan, & N. S. M. Zuki (Eds.), Pendidikan Abad ke-21: Peranan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi serta Cabarannya (pp. 88–101). Fakulti Pendidikan UKM.
[22] Nasution, S. H. (2018). Pentingnya literasi teknologi bagi mahasiswa calon guru
Matematika. Jurnal Kajian Pembelajaran Matematika, 2(1), 14–18.
[23] Abdullah, N. A., Mukhtar, N. E. H., & Nurzarina Amran. (2020). Students’ perceptions
towards mathematical softwares based learning. Sains Humanika, 3, 1–8.
[24] Wandani, N., dan Nasution, S. (2017). Pengembangan multimedia interaktif dengan
autoplay media studio pada materi kedudukan relatif dua lingkaran. Jurnal Kajian
Pembelajaran Matematika, 2(2), 90 – 95.
[25] Bandura, A. (1986). Social foundations of thought and action: A social cognitive theory.
Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.
[26] Puspanathan, M., & Mahaliza, M. (2020). Hubungan antara amalan kepimpinan
distributif dengan efikasi kendiri dan komuniti pembelajaran profesional guru di Kuala
Lumpur. Management Research Journal, 9(2), 70–83.
[27] Nor Hazizah Julaihi, Liew C, Y, Voon Lili, & Syah Runniza Ahmad Bakri. (2020).
Confidence level and self-efficacy beliefs of mathematics teachers: Evidence from
Sarawak. International Journal of Service Management and Sustainability, 4(2), 1–23.
[28] Boset, S. A., & Asmawi, A. (2020). Mediating effect of work motivation on the
relationship between competency and professional performance of EFL Teachers.
Akademika, 90(1), 63–75.
[29] Mei Kin, T., & Kareem, O. A. (2017). Measuring teacher attitudes towards change: An
empirical validation. International Journal of Management in Education, 11(4), 437–
469.

1003
Proceedings ICTLD 2021/e-ISBN 978-967-
25529
5th International Conference on Teacher Learning and Development (ICTLD) 2021
03 - 05 August 2021

[30] Aslan, A. & Zhu, C. (2016). Influencing factors and integration of ICT into teaching
practices of pre-service and starting teachers. International Journal of Research in
Education and Science (IJRES), 2(2), 359–370.
[31] Bradley, H. (1991). Staff Development. London: The Falmer Press.
[32] Zolkefli bin Bahador, Nordin bin Othman, & Mohd Kasri bin Saidon. (2017). Faktor-
faktor yang mempengaruhi pengintegrasian teknologi pengajaran berdasarkan model
TPACK dalam kalangan guru matematik. Proceeding of the ICECRS, 1(2), 66–73.
[33] Yahaya, R., Samsuddin, N., Mat Jizat, J. E., & Krishnan, H. (2017). Hubungan antara
latihan dalam pekhidmatan dan efikasi kendiri guru. International Journal of Education,
2(6), 34–45.
[34] Ozdemir, B. G., Sahin, O., Basibuyuk, K., Erdem, E., & Soylu, Y. (2017). Development
of pedagogical content knowledge of classroom teachers on the numbers in terms of
two components. International Journal of Research in Education and Science, 3(2),
409–423.
[35] Muhtadi, D., Wahyudin, Kartasasmita, B. G., & Prahmana, R. C. I. (2017). The
Integration of technology in teaching mathematics. Journal of Physics: Conference
Series, 943(1).
[36] Dockendorff, M., & Solar, H. (2018). ICT integration in mathematics initial teacher
training and its impact on visualization: the case of GeoGebra. International Journal of
Mathematical Education in Science and Technology, 49(1), 66–84.
[37] Soysal, F., Coşkun, E., & Alma, B. (2017). Proposal of a framework for the assessment
of ICT literacy and examining the structure of high school students’ ICT literacy: A
case of Turkey. Proceedings of the 9th International Conference on Computer
Supported Education (CSEDU 2017), 1, 276–283.
[38] Berliner, D.C. (1986). In pursuit of the expert pedagogue. Educational Researcher
15(7), 5–13.
[39] Stein, H., Gurevich, I., & Gorev, D. (2019). Integration of technology by novice
mathematics teachers – what facilitates such integration and what makes it difficult?
Education and Information Technologies.
[40] Drossel, K., Eickelmann, B., & Gerick, J. (2017). Predictors of teachers’ use of ICT in
school - the relevance of school characteristics, teachers’ attitudes and teacher
collaboration. Education & Information Technologies, 22(2), 551–573.
[41] Eickelmann, B., Gerick, J., & Koop, C. (2017). ICT use in mathematics lessons and the
mathematics achievement of secondary school students by international comparison:
Which role do school level factors play? Education & Information Technologies, 22,
1527–1551.
[42] Blonder, R., & Rap, S. (2017). I like Facebook: Exploring Israeli high school chemistry
teachers’ TPACK and self-efficacy beliefs. Education and InformationTechnologies,
22(2), 697–724.
[43] Dong, Y., Xu, C., Chai, C. S., & Zhai, X. (2019). Exploring the structural relationship
among teachers’ technostress, Technological Pedagogical Content Knowledge
(TPACK), computer self-efficacy and school support. The Asia-Pacific Education
Researcher.
[44] Porter, W. W., & Graham, C. R. (2016). Institutional drivers and barriers to faculty
adoption of blended learning in higher education. British Journal of Educational
Technology, 47(4), 748–762.
[45] John Kerrigan (2018) Active learning strategies for the mathematics classroom.
College Teaching, 66(1), 35–36.

1004
Proceedings ICTLD 2021/e-ISBN 978-967-
25529
5th International Conference on Teacher Learning and Development (ICTLD) 2021
03 - 05 August 2021

[46] Syahilah Md Saleh, & Hajar Sulaiman. (2019). Gamification in T&L of mathematics:
Teacher’ s willingness in using Quizizz as an additional assessment tool. AIP
Conference Proceedings 2184, 030005, 1–9.
[47] You Eng, C., & Choon Keong, T. (2019). Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan
di Malaysia: Satu kajian meta analisis. Journal of ICT in Education(JICTIE), 6, 86–95.
[48] Ismail, N. A., & Wahid, N. A. (2018). Empowering the self-efficacy of teachers in
Malaysia through the academic revolution 4.0. International Journal of Academic
Research in Business and Social Sciences, 8(11), 894–901.
[49] Akun, J. C. A., & Fitri Suraya Mohamad. (2018). Ke arah keberkesanan penggunaan
teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran Sains: Peranan guru sebagai penguasa
pengetahuan. Konvensyen Kebangsaan Kali Ke-2: Program Transformasi Sekolah 2025
[TS25] Tahun 2018.

1005
Proceedings ICTLD 2021/e-ISBN 978-967-
25529

View publication stats

Anda mungkin juga menyukai