Anda di halaman 1dari 11

KERTAS KERJA PERKHEMAHAN PENGAKAP 2008

SMK (BESTARI PERDANA) KUALA KUBU BHARU


DI PADANG SEKOLAH SMK KKB

PENGENALAN

Pengakap merupakan unit beruniform yang tertua di Malaysia serta ditubuhkan sebelum
kemerdekaan Tanah Melayu lagi. Ilmu-ilmu kepengakapan diperturunkan dari generasi
ke genarasi secara tersusun dan mempunyai struktur pentadbirannya yang tersendiri.
Slogan ‘Sekali Berpengakap Terus Berpengakap’ menjadi slogan keramat bagi ahli-ahli
pengakap.

Sehubungan dengan itu, pihak Unit Pengakap SMK Kuala Kubu Bharu berhasrat
mengadakat perkhemahan dua hari satu malam di sekolah. Ahli pengakap akan
didedahkan dengan ilmu asas perkhemahan dan sekaligus mereka berpeluang menambah
koleksi Lencana Kepandaian dan Lencana Kemahiran mengikut bidang masing-masing.

Ahli Pengakap juga dilatih agar hidup bersosial secara sihat dan pada masa yang
sama tidak meminggirkan keperluan rohani melalui aktiviti-aktiviti yang disusun padat
dan kemas. Adalah diharapkan ahli pengakap akan terus berdidiplin dan bijak mengurus
masa seterusnya menjadi warganegara Malaysia yang berketrampilan serta berhemah
mulia.

OBJEKTIF

1. Memantapkan kemahiran mendiri, melipat dan menyimpan khemah dengan


betul.
2. Membaharui Persetiaan Pengakap untuk semua ahli.
3. Menggunakan kemahiran ikatan dalam kehidupan seharian.
4. Menjadikan ahli pengakap yang berdisiplin tinggi dan sentiasa patuh akan
arahan.
5. Merealisasikan Persetiaan dan Undang-undang pengakap pada setiap masa.
6. Melatih ahli pengakap kemahiran asas kebombaan dan pencegahan kebakaran.

TEMA

Sekali Berpengakap Terus Berpengakap

SASARAN

Semua 80 ahli pengakap Muda, Pengakap remaja dan Pengakap Kelana.

TARIKH

27 hingga 28 Jun 2008 (Jumaat dan Sabtu)

1
BAYARAN

RM10 seorang

SENARAI JAWATANKUASA

Pengerusi : Tn. Hj. Manap bin Jarkasi


Naib Pengerusi 1 : Tn. Hj. Rohaizad bin Moktar
Naib Pengerusi 2 : En. Zolkarnain bin Zainuddin
Naib Pengerusi 3 : En. Abu Mansor bin Santhri
Ketua Perkhemahan : Cikgu Roslah Makh Hassan

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

BIL Bidang Tugas Nama Guru Catatan


Cikgu Azura - mencatat kehadiran ahli
Deraman - memungut yuran pendaftaran
1 Pendaftaran
- bekerjasama dengan AJK
penempatan
Penempatan - menguruskan penempatan
2
Perkhemahan khemah pelajar
- memastikan proses
Cikgu Suhaini penempatan pelajar lancar.
Keselamatan dan Samsudin - menguruskan disiplin dari
3
disiplin awal hingga akhir dalam
keadaan baik.

4. Makanan - memastikan pengagihan


makanan berjalan lancer
Cikgu Zulfakar bin - melantik di kalangan ahli
Zainal Abidin menyediakan makanan
5 Kebersihan 5 orang Pengakap - memastikan kebersihan surau,
Kelana tapak perkhemahan dan
sekitarnya dalam keadaan baik
di sepanjang perkhemahan.

2
6 Sijil - memastikan nama pelajar
mengikut kad pengenalan.
- Menaip nama pelajar dengan
betul.
- Menguruskan majlis
penyampaian sijil di akhir
Cikgu Siti Roha
Buku program / perkhemahan.
7 Haris
dokumentasi - Memastikan dokumentasi
disediakan di akhir
perkhemahan.
- Menyediakan ‘pamplet’
mudah berkaitan
perkhemahan.
- Menyediakan kain rentang
Cikgu Roslah Makh sebagai publisiti selewat-
8 Kain rentang
Hassan lewatnya sehari sebelum
perkhemahan.
Cikgu Suhaini bin - Melantik jurulatih
Samsudin - Memastikan setiap stesen ada
Cikgu Shakiran jurulatih atau pegawai
Ismail bertugas
Cikgu Balan Semut - Memastikan semua aktiviti
Cikgu Noriyah Md. berjalan lancar.
Nor
9 Aktiviti
Nor Nazwir Hj.
Hayon
Cikgu
Muhammadul Alim
Mat
5 orang pengakap
kelana
Cikgu Wesley - Memastikan perkhemahan
Chooi Kim Wai berjalan dengan suasana
10 Keselamatan harmoni.
- Membuat rondaan malam
- Melantik AJK berkaitan

ANGGARAN PERBELANJAAN PERKHEMAHAN

Sumber Kewangan

1. Pendaftaran Peserta RM10.00 x 80 = RM800


2. Sumbangan sekolah RM200 = RM200
========
JUMLAH RM1,000

3
Anggaran Kos

1. Makan malam/tgh RM3 x 90 x 2 kali = RM540


Sarapan pagi RM2 x 90 x 1 kali = RM180
Minum petang RM1 x 90 x 1 kali = RM90
2. Sijil dan hadiah RM1 x 90 = RM90
3. Perbelanjaan runcit RM100 = RM100
===========
JUMLAH PERBELANJAAN RM1,000
TENTATIF PROGRAM

HARI/MASA AKTIVITI CATATAN


Pembahagian
Pendaftaran Patrol mengikut
JUMAAT
Taklimat perkhemahan jantina.
Mendirikan khemah
1400
Pembahagian patrol

Solat Asar berjemaah


1645
Perhimpunan Patrol
Upacara Naik Bendera
- Negaraku
1700 - Lagu Negeri selangor
- Doa
- Taklimat Kem Komandan

1900 Makan Malam


Persiapan diri Kuliah bertajuk
Solat Maghrib berjemaah / Kuliah Moral “Tanggungjawab
Tazkirah Kepengakapan Mendidik Jiwa Murni Seorang Ahli
1920 – 2100 Solat Isyak berjemaah pengakap” oleh
Cikgu Nor
Nazwir Hj.
Hayon
Kembara Malam
- lagu pengakap
2100
- tepuk pengakap

Selamat Malam Bestari


2300

SABTU
Persiapan diri
Solat Subuh berjemaah
0500
0700 Selamat pagi Bestari

4
- senamrobik
- lawatan ke tapak perkhemahan
Sarapan pagi
- Upacara naik bendera
- Negaraku
0800 - Negeri Selangor
- Doa

Ceramah pencegahan kebakaran oleh Bomba dan


0930 – 1230 Penyelamat, Kula Kubu Bharu.

Makan tengah hari Solat di surau


1230 - Solat Zohor berjemaah

AKTIVITI Setiap stesen


dihadkan kepada
Base 1 : Permainan Kecil 20 minit sahaja.
Wisel akan
Base 2 : Lagu-lagu Pengakap dibunyikan untuk
Patrol bergerak
1400 - 1600 Base 3 : Simpulan dan Ikatan ke stesen
berikutnya.
Base 4 : Pertolongan Cemas

Base 5 : Kawad Tongkat

Base 6 : Undang-undang Pengakap

Minum petang
- Istiadat turun bendera Patrol bertugas
- Lipat khemah
1600 – 1630
- Khidmat masyarakat AJK Sijil
- Upacara penutup / penyerahan sijil

BERSURAI
1630

5
Peralatan / Keperluan yang perlu dibawa semasa perkhemahan

1. Khemah (jika ada)


2. Sepasang uniform pengakap lengkap
3. Pakaian Solat (muslim)
4. Baju T
5. Tali pengakap (belajar ikatan dan simpulan)
6. Berus gigi
7. Sabun mandi
8. Tuala mandi
9. Lampu suluh (pastikan berfungsi dengan baik)
10. Seluar sukan
11. Stokin
12. Buku log
13. Alatulis
14. Pinggan
15. Cawan
16. Kain lap (untuk lap khemah)
17. Telur ayam 2 biji
18. Beras satu cawan
19. Sardin Cap Ayam saiz kecil
20. Lain-lain peralatan yang difikirkan perlu

CATATAN : Perlu diingatkan bahawa, ahli pengakap tidak membawa terlalu banyak
pakaian kerana perkhemahan hanya dijalankan di sekolah sahaja. Cuma dua hari satu
malam sahaja. Peralatan berharga seperti telefon bimbit, dan barang kemas diLARANG
sama sekali.

6
UNDANG-UNDANG PERKHEMAHAN

1. Dilarang berkelakuan sumbang, berjudi atau bergaduh.

2. Tidak dibenarkan keluar dari tapak perkhemahan selepas 12.00 malam kecuali

jika terdapat aktiviti yang dilakukan selepas waktu tersebut atas arahan pegawai

bertugas pada waktu tersebut.

3. Tidak dibenarkan memasuki kawasan perkhemahan wanita bagi lelaki dan

sebaliknya kecuali kepada pegawai / guru bertugas.

4. Ahli pengakap hendaklah sentiasa mematuhi arahan ketua dan mengikuti prinsip

yang terkandung dalam undang-undang pengakap.

5. Tidak dibenarkan menyalakan sebarang api di dalam khemah kerana dikhuatiri

akan mengakibatkan kebakaran.

6. Jangan sesekali memasang ubat nyamuk di dalam khemah untuk mengelakkan

kebakaran dan pelajar lemas dengan asap ubat nyamuk.

7. Sentiasa menjaga keselamatan diri dan laporkan kepada guru bertugas sekiranya

terdapat masalah yang tidak dapat diselesaikan sendiri.

8. Ahli pengakap dikehendaki memakai pakaian seragam lengkap setiap kali

melakukan aktiviti kecuali senaman pagi.

9. Beratur ketika ingin mengambil makanan dan buangkan sisa makanan ke dalam

tong sampah yang disediakan.

10. Hendaklah sentiasa bersabar dan menyedari bahawa perkhemahan tidak sama

seperti di rumah, jadi segala kekurangan hendaklah dihadapi dengan hati yang

tabah dan anggaplah kepayahan itu sebahagian daripada proses pembelajaran!

7
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
KUALA KUBU BHARU
JALAN KOLAM AIR
44000 KUALA KUBU BHARU TEL: 03-60641162

Ruj. Kami : SMKKKB /


Ruj. Tuan :
Tarikh : 18 JUN 2008

Kepada :
Semua ibu/bapa/penjaga,
Ahli Pengakap Kumpulan 10 SMK Kuala Kubu Bharu

Tuan / Puan,

PERKHEMAHAN KEPANDAIAN PENGAKAP

Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Pengakap Kumpulan 10, SMK Kuala Kubu Bharu bercadang
mengadakan Perkhemahan Kepandaian Pengakap mengikut maklumat berikut :

2.1 Tarikh : 27 & 28 Jun 2008 (Jumaat & Sabtu)


2.2 Tempat : SMK Kuala Kubu Bharu
2.3 Pedaftaran : 3.00 petang 27 Jun 2008 (Jumaat)
2.4 Waktu balik : 5.00 petang 28 Jun 2008 (Sabtu)
2.5 Bayaran : RM10 seorang

3. Tujuan perkhemahan tersebut diadakan untuk membantu ahli pengakap melengkapkan lencana
kemahiran yang patut mereka perolehi disamping memberi pendedahan aktiviti kokurikulum di luar bilik
darjah yang dirancang.

4. Tuan/Puan boleh mengembalikan surat persetujuan ibu/bapa/penjaga yang telah lengkap diisi serta
kembalikan kepada Cikgu Roslah bt. Makh Hassan pada atau sebelum 25 Jun 2008. Segala pertanyaan sila
hubungi beliau di talian 019-266 4635.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

--------------------------------------
(HJ. MANAP BIN JARKASI)
Pengetua Kanan,
SMK Kuala Kubu Bharu.

s.k.,

1. Yang di-Pertua, PIBG


2. Penolong Kanan Kokurikulum
3. Fail

8
Lampiran B

SURAT KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA

Bahawa saya bernama ___________________________________________________


(Nama Bapa / Penjaga)
beralamat

_______________________________________________________________________
(Alamat)
memberi kebenaran kepada anak saya bernama _________________________________
(Nama Anak .)

___________________________ Nombor Kad Pengenalan _______________________


Perkhemahan Kepandaian Pengakap
dalam Tingkatan __________ untuk menyertai
(Nama tempat)

Di SMK Kuala Kubu Bharu 27 & 28 Jun 2008


____________________ bertarikh ____________________________

menambah ilmu dan kemahiran kepandaian pengakap


bertujuan _________________________________________________________ yang
dianjurkan

SMK KUALA KUBU BHARU, HULU SELANGOR.


oleh pihak

Saya faham segala peraturan yang telah ditetapkan oleh penganjur seperti yang tercatat di
atas dan berjanji tidak akan menuntut, mendakwa pihak penganjur sekolah, Jabatan dan
Kementerian Pelajaran jika berlaku sebarang kemalangan atau kecederaan yang menimpa
ke atas diri anak saya semasa mengikuti aktiviti perkhemahan atau semasa perjalanan
pergi dan balik dari aktiviti tersebut.
Saya juga maklum bahawa pihak sekolah telah mengambil langkah-langkah perlu untuk
menjamin keselamatan anak saya.

Pengakuan dibuat oleh: Saksi

........................................
(Tanda tangan) (Tanda tangan)

........................................
(Nama)
.......................................
(Nama)
.

Tarikh : _______________ No. telefon : __________________

9
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
KUALA KUBU BHARU
JALAN KOLAM AIR
44000 KUALA KUBU BHARU. TEL: 03-
60641162

Ruj. Kami : SMKKKB /


Ruj. Tuan :
Tarikh : 17 JUN 2008

Kepada :
Pegawai Penjaga Balai,
Akademi Bomba dan Penyelamat,
44000 Kuala Kubu Bharu.

Tuan,

Permohonan Mengadakan Kursus Asas Bomba

Dengan hormatnya saya ingin menarik perhatian tuan kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa Pasukan Pengakap Kumpulan 10, SMK Kuala Kubu Bharu bercadang
mengadakan Kursus Asas Bomba mengikut maklumat berikut :

Tarikh : 28 Jun 2008 (Sabtu)


Tempat : Akademi Bomba dan Penyelamat, KKB.
Masa : 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.
Peserta : 80 orang ahli pengakap

3. Sehubungan dengan itu, kami memohon kerjasama dan jasa baik Tuan supaya dapat menerima
kunjungan kami seterusnya memberikan sedikit sebanyak tunjuk ajar berkaitan pencegahan kebakaran atau apa-
apa yang difikirkan sesuai oleh pihak Tuan.

4. Guru yang bertanggung jawab menguruskan aktiviti tersebut ialah Cikgu Suhaini bin Samsudin. Jika
terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi beliau di talian 019-576 0787.

Sekian, terima kasih,

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang menjalankan tugas,

--------------------------------------
(HJ. MANAP BIN JARKASI)
Pengetua Kanan,
SMK Kuala Kubu Bharu.

s.k.,
4. Yang di-Pertua, PIBG
5. Penolong Kanan Kokurikulum
6. Fail

10
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
KUALA KUBU BHARU
JALAN KOLAM AIR
44000 KUALA KUBU BHARU. TEL: 03-
60641162

Ruj. Kami : SMKKKB /


Ruj. Tuan :
Tarikh : 17 JUN 2008

Kepada :
Pegawai Kesihatan Daerah,
Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor,
44000 Kuala Kubu Bharu.

Tuan,

Permohonan Semburan ” Fogging ” Sempena Perkhemahan Kepandaian Pengakap

Dengan hormatnya saya ingin menarik perhatian tuan kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa Pasukan Pengakap Kumpulan 10, SMK Kuala Kubu Bharu akan mengadakan
perkhemahan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 27 & 28 Jun 2008 (Jumaat – Sabtu).


Tempat : SMK Kuala Kubu Bharu.
Masa : Sepenuh Masa.
Peserta : 80 orang dan 20 orang guru/pembantu.

3. Sehubungan dengan itu, kami memohon kerjasama dan jasa baik Tuan supaya dapat membuat semburan ”
Fogging ” di kawasan sekolah sebelum perkhemahan tersebut berlangsung.

4. Guru yang bertanggung jawab menguruskan perkhemahan tersebut ialah Cikgu Suhaini bin Samsudin. Jika
terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi beliau di talian 019-576 0787.

Sekian, terima kasih,

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang menjalankan tugas,

--------------------------------------
(HJ. MANAP BIN JARKASI)
Pengetua Kanan,
SMK Kuala Kubu Bharu.

s.k.,
7. Yang di-Pertua, PIBG
8. Penolong Kanan Kokurikulum
9. Fail

11