Anda di halaman 1dari 40

1.

PENGENALAN

Pendidikan adalah proses dan aktiviti bertujuan untuk menghasilkan perubahan yang dikehendaki di dalam diri seseorang. Sistem pendidikan negara memberikan penekanan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu (Wan Zahid, 2000). Oleh itu mata pelajaran Kemahiran Hidup telah diperkenalkan di peringkat sekolah rendah. Pendidikan Kemahiran Hidup adalah mata pelajaran wajib di peringkat sekolah rendah dan ditawarkan kepada semua murid dari tahun 4 hingga tahun 6. Kemahiran Hidup ini merupakan Mata Pelajaran amali yang berunsurkan teknologi iaitu bertujuan untuk memberi murid pengetahuan asas ketukangan, perkebunan, jahitan dan perniagaan serta memberi murid pengalaman menghasilkan projek yang mudah (KBSR KH, 2000).

Pembelajaran Kemahiran Hidup secara jelas melatih pelajar mempertingkatkan kemahiran kognitif, psikomotor dan efektif secara bersepadu, dan ini sangat penting demi menjayakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjurus kepada pembinaan insan yang harmoni dan dapat memberikan sumbangan kepada negara, masyarakat dan keluarga. Dato Seri Dr. Abdul Shukor bin Abdullah (2000) menyatakan bahawa pendidikan Kemahiran Hidup yang dijalankan di sekolah memberi penekanan kepada nilai murni dan semangat patriotik bagi menyedarkan murid akan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara maju dan masyarakat berilmu. Murid dididik untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas, bertata etika tinggi, bijaksana, serta dapat menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara berkesan.

Bagi menjayakan Falsafah Pendidikan kebangsaan tugas guru semakin mencabar dan sebagai seorang pendidik adalah menjadi tanggungjawab untuk membantu setiap pelajar untuk meningkatkan prestasi mereka dalam pelajaran. Perancangan pengajaran yang baik dan menarik serta pelbagai pendekatan yang digunakan adalah faktor untuk menjadikan suasana pembelajaran lebih kondusif dan bermotivasi kepada pelajar. Pelajar juga digalakkan untuk membina jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah dengan menggunakan idea dan hipotesis yang telah dibina (Mohd.Fazli, 2001).

Salah satu pendekatan yang sesuai adalah pembelajaran koperatif. Pendekatan ini mempunyai kelebihan kerana mereka lebih berpeluang untuk memberikan idea, berbincang dan berinteraksi satu sama lain dan belajar melalui pengalaman mereka sendiri. Pendekatan ini merupakan satu inovasi dalam strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar. Pembelajaran koperatif membolehkan guru membimbing pelajar mengikut kebolehan di samping menjalankan aktiviti-aktiviti pengayaan dan pemulihan mengikut keperluan masing-masing. Di samping itu, ia memberi peluang mengamalkan pengajaran rakan sebaya, memupuk semangat kerjasama dan bertimbangrasa, perkembangan sahsiah dan kemahiran sosial.

Strategi Pengajaran Koperatif merupakan satu proses pembelajaran yang berlaku secara berkumpulan dalam menguasai bahan pengajaran yang diberikan oleh guru (Slavin, 1990). Cohen (1994) menakrifkan Pengajaran Koperatif sebagai kerjasama yang dilakukan oleh pelajar dalam satu kumpulan kecil yang melibatkan semua ahli di dalam tugas yang diberikan tanpa penyeliaan guru secara langsung. Menurut Coelho (1994), selain daripada pencapaian akademik, kaedah ini dikatakan memberi penekanan kepada
2

pembangunan kemahiran sosial dan diasaskan mengikut pandangan humanistik yang berpendapat pendidikan sepatutnya berpusatkan pelajar dan di bawah kawalan pelajar. Manakala guru hanya sebagai pembimbing dan pemudah cara. Manakala Johnson, Johnson et al (1976) telah mendefinisikan Pengajaran Koperatif di dalam kajian mereka sebagai satu kaedah yang mengkehendaki pelajar belajar bersama-sama dalam menyiapkan satu tugasan bagi setiap kumpulan. Ahli kumpulan akan saling bantumembantu memberi penerangan sesama mereka dan tidak bergantung kepada guru. Guru akan memberikan pujian ke atas kumpulan yang menunjukkan hasil kerja yang memuaskan.

Di dalam kajian yang lain pula, Johnson, et al. (1978) menakrifkan Pengajaran Koperatif dengan membezakannya dengan kaedah pembelajaran individu. Pengajaran Koperatif berlaku apabila pencapaian seorang pelajar bergantung kepada pencapaian rakan sekumpulan. Sebaliknya di dalam pembelajaran individu, pencapaian seorang pelajar tidak bergantung kepada pencapaian pelajar lain. Di dalam Pengajaran Koperatif, interaksi sesama pelajar diberi tumpuan di dalam proses pembelajaran (Sharan, 1980; Slavin, 1987;). Secara umumnya para sarjana melihat Pengajaran Koperatif sebagai satu strategi pembelajaran berkumpulan yang mana di dalamnya pelajar berinteraksi sesama mereka dan saling bantu-membantu di dalam proses pembelajaran.

Di bawah Pengajaran Koperatif, keupayaan pelajar yang berkebolehan tinggi dan sederhana boleh dimanfaatkan untuk membantu pelajar yang berkebolehan rendah di dalam Kemahiran hidup. Kajian-kajian di luar negara menunjukkan Pengajaran

Koperatif berupaya meningkatkan pencapaian pelajar di dalam berbagai mata pelajaran untuk semua peringkat pendidikan (Johnson, et al. 1981).

Di bawah Pengajaran Koperatif, interaksi sesama pelajar penting di dalam proses pembelajaran. Menurut Slavin (1987), berlakunya interaksi sesama ahli kumpulan yang membezakan Pengajaran Koperatif dengan kumpulan kontigensi. Di dalam kumpulan kontigensi, ahli kumpulan akan menggunakan hukuman sosial sesama mereka tanpa memerlukan interaksi untuk memastikan ahli kumpulan bertingkah laku seperti yang dikehendaki. Manakala Pengajaran Koperatif menekankan interaksi pelajar perlu berlaku bagi meningkatkan pencapaian. Dapatan beberapa kajian menunjukkan terdapat hubungan antara interaksi pelajar di dalam kumpulan dengan pencapaian mereka (Ross dan Raphael, 1990 ; King, 1990; Peterson dan Swing, 1985). Bagi mendorong pelajar berinteraksi sesama ahli kumpulan, terdapat dua teori yang dikemukakan iaitu toeri kohesif sosial dan teori perkembangan kognitif.

Teori kohesif sosial mencadangkan pelajar akan berinteraksi apabila mereka mengenali rakan sekumpulan dan mengambil berat antara satu sama lain. Penekanan yang diberi adalah mewujudkan hubungan yang rapat sesama ahli kumpulan. Maka aktiviti bagi mengeratkan hubungan ahli kumpulan dan penilaian diri dalam kumpulan dititikberatkan. Bagi teori kohesif sosial, tugasan yang mencabar sudah cukup untuk menarik minat pelajar menyelesaikan tugasan secara berkumpulan. Maka ganjaran kumpulan dan tanggungjawab individu tidak dipentingkan.Sebaliknya, teori tingkah laku mencadangkan ganjaran adalah perlu sebagai motivasi untuk pelajar berinteraksi sesama mereka. Bahkan, ganjaran juga perlu untuk mendorong pelajar mengambil berat antara
4

ahli kumpulan. Struktur ganjaran yang berbentuk koperatif akan mendorong pelajar merasa penting untuk membantu ahli kumpulan dan memberi sokongan sesama mereka bagi mencapai matlamat kumpulan. Tanpa adanya ganjaran, pelajar kurang berminat untuk melibatkan diri di dalam aktiviti kumpulan kerana tidak merasakan kepentingan untuk berbuat demikian (Slavin, 1995).

Teori perkembangan kognitif menyarankan apabila pelajar berbincang berkaitan dengan bahan pembelajaran, mereka berupaya menguasai konsep-konsep yang sukar. Melalui bimbingan rakan sebaya, pencapaian pelajar yang berkebolehan rendah dapat ditingkatkan sehingga berupaya mencapai zon proximal mereka. Menurut Vygotsky, zon tersebut merupakan tahap pencapaian pelajar yang hanya boleh dicapai dengan bantuan orang dewasa atau rakan mereka yang lebih berkebolehan (Dalam Tudge, 1990). Piaget (Dalam Slavin, 1990) berpendapat konsep-konsep sosial yang abstrak hanya dapat difahami melalui perbincangan. Apabila berlaku pertentangan pendapat, timbul ketidak seimbangan di dalam kognitif pelajar. Berdasarkan maklum balas yang diterima daripada rakan-rakan, pelajar tersebut dapat menguasai sesuatu lojik dengan alasan yang lebih kukuh. Manakala teori penerangan kognitif berpendapat pelajar yang memberi penerangan berupaya mengekalkan maklumat di dalam ingatan mereka dalam jangka masa yang lebih panjang dengan berlakunya proses pengajaran kepada rakan-rakan (Slavin, 1995). Pelajar yang memberi penerangan melihat diri mereka sebagai guru dan bertujuan untuk membantu rakan memahami pelajaran. Pelajar tersebut cenderung untuk memikirkan cara yang sesuai bagi memahamkan rakan mereka. Maka, berlaku proses penstrukturan semula di dalam kognitif pelajar tersebut ketika membuat persediaan untuk member penerangan dan ketika sedang memberi penerangan. Pada masa yang
5

sama, pelajar yang menerima pertolongan, bertindak sebagai pemproses maklumat dan bukan penerima yang pasif (Webb, 1982). Keempat-empat teori pembelajaran yang telah dinyatakan lebih merupakan pelengkap dalam menerangkan kesan Pengajaran Koperatif ke atas pencapaian murid.

Melalui interaksi sesama pelajar, berlaku peningkatan di dalam proses kognitif pelajar yang membantu proses pembelajaran. Bagi mewujudkan suasana berinteraksi, pelajar perlu saling kenal-mengenali dan perlu ada sesuatu yang mendorong mereka untuk bekerja di dalam kumpulan, sama ada melalui aktiviti mengeratkan hubungan mereka atau pun dengan adanya insentif untuk tujuan itu.

1.1

Refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lalu

Saya menjalani praktikum Fasa Tiga yang di laksanakan selama 12 minggu bermula pada 31 Januari 2011 sehingga 29 April 2011 di Sekolah Kebangsaan Patikang Laut Keningau. Saya di berikan 8 waktu mengajar iaitu 6 waktu untuk pengajaran subjek Kemahiran Hidup dan 2 waktu bagi pengajaran subjek Bahasa inggeris. Untuk subjek Kemahiran Hidup saya telah mengajar bagi kelas tahun 4 intelek, kelas tahun 5 cemerlang dan kelas tahun 6 cemerlang.

Bagi kelas tahun 5 cemerlang , kelas ini mengandungi 17 orang murid yang terdiri daripada 8 orang pelajar lelaki dan 9 orang pelajar perempuan. Kesemua murid ini di masukkan ke kelas ini di pilih berdasarkan keputusan peperiksaan semasa berada di tahun empat.
6

Minggu pertama praktikum iaitu 31 Januari hingga 4 Februari 2011 merupakan cuti sekolah bagi SK Patikang Laut. Oleh itu, kami mula mengajar pada minggu kedua. Setelah mendapat jadual waktu daripada Guru Besar sekolah. Saya telah berjumpa dengan guru pembimbing praktikum En. Fazrul @ Paul Amat untuk mendapatkan maklumat tentang latar belakang kelas yang saya ajar dalam subjek kemahiran hidup. Oleh kerana En. Sahril Saburahim telah mengambil kelas Tahun 4 sebagai responden dan kelas Tahun 6 akan menduduki UPSR tahun ini, saya telah membuat keputusan untuk mengambil tahun 5 sebagai responden kajian.

Dalam kelas Tahun 5 Cemerlang di kategorikan sebagai kelas harapan berdasarkan dengan keputusan peperiksaan hujung tahun bagi tahun lepas. Dalam kelas ini terdiri daripada pelbagai etnik. Jadual 1 merupakan komposisi murid mengikut etnik:

Jadual 1: Bilangan murid mengikut Etnik di Tahun 5 Cemerlang

Etnik Dusun Bugis Murut Lain-lain Jumlah

Jumlah(orang) 6 5 4 2 17

Peratus 35.3 % 29.4 % 23.5 % 11.8 % 100%

Pada 14 Februari (Isnin), saya telah memulakan pengajaran di kelas tahun 5 Cemerlang dengan tajuk kreativiti rekacipta. Sebelum itu saya telah meminta dari guru kelas Tahun 5 cemerlang analisis keputusan peperiksaan hujung tahun bagi kelas tersebut dan mendapati keputusan keseluruhannya 73% (gred B) (Sumber SK Patikang Laut) sahaja yang lulus dalam matapelajaran kemahiran hidup. Oleh itu saya beranggapan bahawa secara keseluruhannaya keputusan tersebut adalah baik.

Sebaik sahaja saya melangkah ke kelas tersebut saya mendapati bahawa kedudukan meja di kelas tersebut berbentuk bersegi dan bukan dalam bentuk kumpulan. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran di jalankan saya mendapati ada 6 murid yang kurang memberi perhatian semasa saya mengajar. Mungkin ini di sebabkan masa yang di peruntukan untuk kelas ini adalah dari jam 11.30-12.30 tengahari.

Pada hari tersebut juga, saya telah mengajar murid tentang mengenal pasti masalah dan menjana idea kreatif bagi menyelesaikan masalah. saya telah menerangkan secara jelas bagaimana proses mengenal pasti masalah dan cara-cara menjana idea kreatif bagi menyelesaikan masalah boleh di lakukan. Dalam pelaksanaan aktiviti pula, murid di kehendaki untuk membuat peta minda secara individu tentang pelajaran yang mereka pelajari hari ini. Saya mendapati bahawa hanya 6 daripada 17 murid sahaja dapat melakukannya dengan baik iaitu dapat membuat peta minda dengan betul dan kemas. Selepas sahaja selesai pengajaran dan pembelajaran saya telah membuat refleksi tentang kelemahan dan cara mengatasi kelemahan tersebut. Setelah berbincang dengan guru pembimbing, beliau telah mencadangkan kepada saya untuk mencuba aktiviti yang melibatkan aktiviti kumpulan.
8

Pada minggu berikutnya ( 21 Februari 2011) saya telah memberikan murid satu projek iaitu projek membina model meja menggunakan penyedut minuman. Projek ini di buat secara berkumpulan dengan bantuan daripada guru. Walaubagaimanapun projek tersebut tidak dapat disiapakan pada masa yang di tentukan manakala mutu hasil kerja tersebut tidak memenuhi kreteria yang di tetapkan.

Selepas itu, saya telah melihat secara ringkas tentang sukatan pelajaran kemahiran hidup tahun 5, saya telah mendapati bahawa kebanyakan tajuk melibatkan aktiviti amali yang memerlukan peralatan. Walau bagaimanapun sekolah ini tidak

mempunyai bengkel kemahiran hidup dan peralatan yang mencukupi dan saya mendapati bahawa sekiranya aktiviti amali ini di lakukan secara individu ia akan memerlukan kos yang tinggi. Oleh itu pengajaran secara koperatif boleh di aplikasikan semasa mengajar Mata Pelajaran Kemahiran Hidup khususnya yang melibatkan kerja amali.

Oleh kerana kelas tersebut mempunyai pelbagai kebolehan dan tahap pemikiran yang berbeza-beza saya telah membahagikan kelas tersebut kepada 4 kumpulan kecil yang setiap kumpulan hendaklah mempunyai ahli yang pandai, sedarhana pandai serta kurang pandai. Pembahagian kumpulan ini di ambil berdasarkan keputusan peperiksaan hujung tahun bagi Kemahiran hidup. Saya beranggapan bahawa kepelbagaian tahap kebolehan dalam kumpulan dapat membantu murid dalam meningkatkan penguasaan dan meningkatkan tahap kefahaman mereka tentang sesuatu tajuk.

Hasil daripada refleksi yang di perolehi saya telah bercadang untuk mengubah teknik pengajaran kepada teknik pembelajaran secara koperatif di mana satu strategi pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kumpulan-kumpulan kecil pelajar bagi memberi peluang pelajar berinteraksi sesama mereka di dalam proses pembelajaran. Pembelajaran koperatif secara keseluruhannhya mampu menilai kebestarian seseorang individu. Struktur pembelajaran koperatif yang berkesan dapat memastikan pelajarpelajar yang aktif terlibat dalam menstrukturkan pengetahuan mereka dan pada masa yang sama memberi semangat antara satu sama lain dalam mencapai matlamat pembelajaran masing-masing.

1.2

Masalah kajian

Semasa mengajar murid kelas Tahun 5 Cemerlang terdapat beberapa masalah yang di kenal pasti. Antaranya adalah : a. Hasil kerja amali tidak memenuhi kreteria yang telah di tetapkan. b. Kerja amali yang di berikan tidak dapat di siapkan pada masa yang di tentukan. c. Bahan dan peralatan Kemahiran Hidup tidak ada. d. Kurang kerjasama antara murid ketika membuat tugasan yang di berikan. e. Murid-murid lebih suka bergerak ke kumpulan lain ketika aktiviti kumpulan. f. Murid membuat kerja amali yang di berikan dengan beranggapan asalkan siap

10

2.0

TINJAUAN LITERATUR

2.1

Konsep Pembelajaran Koperatif

Secara umumnya, Pengajaran Koperatif merupakan satu strategi pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kumpulan-kumpulan kecil pelajar bagi memberi peluang pelajar berinteraksi sesama mereka di dalam proses pembelajaran. Slavin (1990) berpendapat rasional di sebalik Pengajaran Koperatif adalah pelajar akan bersedia membantu rakan sekumpulan sekiranya mereka ingin kumpulan mereka berjaya. Selain daripada itu, rakan sebaya dikatakan berupaya menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh pelajar semasa menerangkan konsep yang sukar.

Menurut pandangan Slavin (1990)

juga, kumpulan perbincangan, kumpulan

projek, kumpulan makmal dan pengajaran oleh rakan sebaya merupakan contoh-contoh Pengajaran Koperatif yang sedia ada. Walau bagaimanapun, Slavin (1990) berpendapat Pengajaran Koperatif hanya berkesan apabila ia mempunyai tiga ciri berikut: ganjaran kumpulan, tanggungjawab individu dan peluang yang sama untuk berjaya. Pelajar akan diberikan ganjaran apabila kumpulan mereka mencapai sesuatu kriteria tertentu tanpa ada sebarang persaingan antara sesama kumpulan. Ganjaran kumpulan menjadikan pelajar lebih bermotivasi untuk melibatkan diri di dalam aktiviti kumpulan. Tanggungjawab individu bermaksud semua ahli kumpulan bertanggungjawab

menentukan kejayaan sesuatu kumpulan. Dengan kata lain, sesuatu kumpulan tidak dapat berjaya dengan usaha individu tertentu sahaja. Ini akan mendorong pelajar membimbing rakan-rakan sekumpulan dan semua ahli bertanggungjawab menguasai pelajaran. Ciri peluang yang sama untuk berjaya merujuk kepada pencapaian pelajar
11

diukur berdasarkan peningkatan prestasi masing-masing. Ini bermakna semua pelajar tanpa mengira tahap kebolehan berpeluang meningkatkan pencapaian kumpulan mereka. Ketiga-tiga ciri ini merujuk kepada teknik Pembelajaran Pasukan Pelajar yang diperkenalkan oleh Slavin dan rakan-rakan.

Sebaliknya Johnson dan Johnson (1994) menegaskan bahawa kumpulan belajar, kumpulan projek, kumpulan makmal dan kumpulan-kumpulan kecil yang lain tidak semestinya berbentuk koperatif. Ini kerana kumpulan koperatif perlu menepati lima ciri yang digariskan. Ciri pertama adalah saling bergantung yang positif, iaitu pelajar mesti bekerjasama di dalam satu kumpulan untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Tanpa kerjasama antara ahli, sesuatu kumpulan tidak dapat mencapai matlamat tersebut. Ciri kedua adalah tanggungjawab individu dan kumpulan, iaitu sesuatu kumpulan bertanggungjawab mencapai matlamatnya dan setiap individu bertanggungjawab memberi sumbangan kerja yang sepatutnya. Oleh itu perlu ada satu pengukuran untuk menentukan kemajuan sesuatu kumpulan dan mengenal pasti usaha setiap ahli. Ciri ketiga adalah Pengajaran Koperatif seharusnya menggalakkan interaksi, sebaik-baiknya secara bersemuka. Pelajar melakukan kerja secara bersama melalui perkongsian bahan, saling tolong-menolong dan memberi galakan antara satu sama lain.

Ciri keempat adalah Pengajaran Koperatif perlu menyediakan pelajar dengan kemahiran bersosial dan kemahiran untuk bekerja secara berkumpulan. Kedua-dua kemahiran ini perlu bagi membolehkan sesuatu kumpulan berfungsi dengan baik. Sebagai contoh, perlunya ada kepemimpinan yang berkesan, kemahiran membuat keputusan, mewujudkan kepercayaan sesama ahli, komunikasi yang berkesan dan
12

kemahiran menguruskan sebarang konflik yang timbul di dalam kumpulan. Ciri kelima adalah berkaitan dengan penilaian kumpulan, iaitu ahli kumpulan berbincang dan menganalisis setakat mana kumpulan mereka mencapai matlamat yang dikehendaki. Pelajar mengenal pasti tindakan dan tingkah laku yang perlu diperbaiki atau dihentikan. Ciri-ciri yang disenaraikan itu merujuk kepada teknik Belajar Bersama yang diperkenalkan oleh Johnson dan Johnson. Kelima-lima ciri ini dianggap penting bagi memastikan kelancaran kerja berkumpulan.

Di dalam membincangkan penggunaan Pengajaran Koperatif di dalam kelas yang mempunyai berbagai etnik, Coelho (1994) menyenaraikan ciri-ciri yang diperlukan untuk menjayakan kerja berkumpulan. Ciri pertama adalah dari segi pembentukan dan pengurusan kumpulan. Berbanding dengan kerja berkumpulan tradisional yang tidak mempunyai struktur yang khusus, Pengajaran Koperatif mempunyai panduan tertentu bagi penentuan saiz kumpulan, pemilihan ahli kumpulan dan aspek teknikal yang lain berkaitan dengan menguruskan kumpulan kecil. Ciri kedua adalah berkaitan dengan reka bentuk tugas iaitu adanya struktur tugas yang tertentu bagi memastikan penglibatan kesemua pelajar dan proses pembelajaran berlaku. Lanjutan daripada itu Pengajaran Koperatif perlu mempunyai penilaian bagi hasil kerja setiap ahli kumpulan. Ciri ketiga adalah komponen sosial juga diberi penekanan iaitu dari segi kemahiran bekerja di dalam kumpulan, cara berinteraksi secara lisan dan bukan lisan dan penilaian untuk keberkesanan bekerja di dalam kumpulan. Ciri keempat adalah perlunya perbincangan diwujudkan di dalam Pengajaran Koperatif. Ini adalah kerana melalui perbincangan sesama pelajar, mereka berpeluang menjelaskan lagi kefahaman dan pandangan mereka secara lisan.
13

Abrami et al. (1995) membezakan Pengajaran Koperatif dengan pembelajaran tradisional dari segi saling bergantung yang positif antara pelajar, kerjasama untuk mencapai matlamat yang sama, wujud interaksi dua hala antara pelajar dan peranan guru sebagai pemudah cara ketika kerja berkumpulan. Berdasarkan pandangan-pandangan yang diberikan itu, dapat dirumuskan bahawa antara ciri-ciri Pengajaran Koperatif adalah penggunaan kumpulan kecil di dalam suasana pembelajaran yang terancang, wujudnya ciri-ciri yang menggalakkan pelajar bekerjasama, berinteraksi dan mempunyai sifat bertanggungjawab. Namun begitu, terdapat juga perbezaan antara ciri-ciri yang ditekankan seperti ganjaran kumpulan dan kepentingan kemahiran sosial. Ini disebabkan perlaksanaan sesuatu teknik Pengajaran Koperatif yang digunakan diasaskan mengikut teori yang berbeza.

2.1.1

Teknik-Teknik Pembelajaran Koperatif

Para sarjana telah memperkenalkan berbagai teknik untuk mengendalikan Pengajaran Koperatif yang menggunakan pendekatan dan penekanan yang berbeza-beza. Di antara teknik-teknik yang kerap disenaraikan di dalam literatur ialah Belajar Bersama (Learning Together) oleh Johnson dan rakan-rakan di University of Minnesota,

Pembelajaran Pasukan Pelajar (Student Team Learning) oleh Slavin dan rakan-rakan di Johns Hopkins University, Jigsaw oleh Aronson dan rakan-rakan di University of Texas, Penyiasatan Kumpulan (Group Investigation) oleh Sharan dan rakan-rakan di Tel Aviv University dan Pendekatan Berstruktur oleh Kagan di University of California, Riverside.

14

2.1.1.1

Belajar Bersama

Belajar Bersama diperkenalkan berdasarkan prinsip koperatif yang dinyatakan oleh Deutsch (1949) iaitu matlamat seorang pelajar hanya dapat dicapai apabila matlamat pelajar yang lain juga tercapai. Johnson, et al. (1986) mengemukakan lima unsur utama di dalam Belajar Bersama yang diberi penekanan iaitu saling bergantung yang positif, tanggungjawab individu dan kumpulan, interaksi secara bersemuka, kemahiran bersosial dan kemahiran bekerja di dalam kumpulan kecil serta pemprosesan secara berkumpulan.

Sebelum Pengajaran Koperatif dilaksanakan, pelajar diberi beberapa latihan untuk mengeratkan hubungan sesama ahli kumpulan di samping melatih pelajar cara berkomunikasi di dalam kumpulan. Di bawah teknik ini, guru akan memberi tugasan yang mesti disiapkan secara kumpulan dan penilaian diberikan berdasarkan satu hasil tugasan bagi setiap kumpulan. Setiap ahli kumpulan mempunyai peranan masing-masing yang akan ditukar ganti. Peranan-peranan tersebut adalah membuat rumusan, mendapatkan bahan pembelajaran, merekodkan keputusan kumpulan dan membuat laporan, menggalakkan ahli-ahli memberi sumbangan dan pemerhati dalam kumpulan.

Pada akhir sesi kelas, pelajar akan berbincang di dalam kumpulan mengenai kekuatan dan kelemahan kumpulan mereka. Kelebihan teknik ini adalah dalam aspek penyelesaian konflik dan pemprosesan secara berkumpulan. Apabila pelajar didedahkan dengan kemahiran penyelesaian konflik, ini menggalakan interaksi berlaku sesama mereka dan membantu proses pembelajaran secara kognitif (Webb, 1982). Kemahiran tersebut menjadikan pelajar bersifat lebih terbuka dan bersedia menerima pandangan

15

orang lain. Dengan adanya penilaian secara berkumpulan menggalakkan pelajar mengenal pasti kekuatan dan kelemahan kumpulan mereka.

Walau bagaimanapun, Cohen (1994) berpendapat ciri saling bergantung dalam bentuk bahan pembelajaran dan matlamat kurang berjaya meningkatkan pencapaian pelajar di bawah teknik ini. Ciri ganjaran perlu dimasukkan untuk menjadikan teknik ini berkesan dari segi pencapaian. Manakala di dalam kajian Ross dan Raphael (1990), didapati kelas yang tidak menetapkan peranan tertentu bagi setiap ahli kumpulan lebih tinggi pencapaian mereka berbanding dengan kelas yang menetapkan peranan yang khusus. Peranan yang khusus di dalam kajian tersebut adalah mengedarkan tugasan dalam kumpulan, menggalakkan ahli yang pendiam supaya turut serta memberi pendapat, mengumpulkan kertas maklum balas dan memastikan semua ahli membuat kerja dengan betul. Dengan kata lain, pelajar yang diberi kebebasan untuk mengendalikan kumpulan mereka lebih berkesan berbanding dengan kumpulan yang berstruktur.

2.1.1.2

Pembelajaran Pasukan Pelajar

Teknik Pembelajaran Pasukan Pelajar dibentuk oleh pengkaji dari Universiti Johns Hopkins. Konsep utama di dalam teknik ini adalah ganjaran kumpulan, tanggungjawab individu dan peluang yang sama untuk berjaya (Slavin,1989). Ganjaran kumpulan merujuk kepada ganjaran yang akan diberikan kepada kumpulan yang berjaya memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh guru. Ia diberikan berdasarkan pencapaian semua ahli di dalam sesuatu kumpulan. Tanggungjawab individu bermakna semua ahli bertanggungjawab untuk meningkatkan pencapaian mereka bagi membolehkan
16

kumpulan mereka menerima ganjaran. Ini mendorong ahli yang berkebolehan membantu mengajar rakan kumpulan mereka dan ahli yang berkebolehan rendah mempunyai inisiatif untuk meminta pertolongan daripada rakan kumpulan.

Kriteria yang ditetapkan oleh guru berdasarkan peningkatan prestasi lepas individu. Semua pelajar berpeluang untuk berjaya kerana mata diberikan bergantung kepada setakat mana mereka dapat meningkatkan prestasi lepas mereka. Berdasarkan ketiga-tiga konsep di atas, antara teknik-teknik Pembelajaran Pasukan Pelajar yang diperkenalkan adalah Bahagian Pencapaian Pasukan Pelajar atau Student TeamsAchievement Divisions (STAD), Pasukan-Permainan-Pertandingan atau Teams-GamesTournaments (TGT), Pembelajaran Individu dengan Bantuan Pasukan atau Team Assisted Individualizations (TAI) dan Integrasi Bacaan dan Karangan Koperatif atau Cooperative Integrated Reading and Composition (CIRC) (Slavin, 1990).

2.1.1.3

Bahagian Pencapaian Pasukan Pelajar (STAD)

Di bawah teknik STAD setiap kumpulan pelajar mengandungi empat hingga lima orang ahli yang berbeza tahap kebolehan, bangsa dan jantina. Struktur aktiviti STAD bermula dengan penyampaian guru secara kelas dan diikuti pelajar membuat latihan secara berkumpulan berdasarkan tugasan yang diberi. Kemudian pelajar akan menjawab kuiz secara individu. Setiap pelajar mempunyai skor asas yang dikira berdasarkan pencapaian mereka yang lepas. Sebanyak mana pencapaian mereka di dalam kuiz meningkat dibandingkan dengan skor asas akan diberikan mata tertentu. Mata yang diperolehi oleh setiap ahli kumpulan akan dijumlahkan menjadi skor kumpulan.

17

Skor kumpulan yang mencapai jumlah tertentu akan diiktiraf sama ada sebagai kumpulan yang baik, hebat atau kumpulan juara. Skor asas yang baru akan dikira selepas setiap kali skor kuiz diperolehi. Slavin (1990) berpendapat STAD sesuai digunakan untuk mata pelajaran yang mempunyai satu jawapan yang tepat seperti pengiraan matematik, nahu bahasa, konsep dan fakta sains. Kajian-kajian yang menggunakan STAD menunjukkan teknik tersebut berupaya meningkatkan pencapaian pelajar (Allen dan VanSickle, 1984; Sherman dan Thomas, 1986; Peterson, 1992).

2.1.1.4

Jigsaw

Teknik Jigsaw yang asal diperkenalkan oleh Aronson (Dlm Slavin, 1990). Teknik ini mengandungi dua jenis kumpulan iaitu kumpulan pembelajaran dan kumpulan pakar. Di dalam kumpulan pembelajaran, setiap ahli dipertanggungjawabkan untuk menguasai satu tajuk kecil yang berbeza antara ahli. Ahli yang menerima tajuk kecil yang sama daripada kumpulan pembelajaran yang berbeza akan bertemu di dalam kumpulan pakar. Di dalam kumpulan pakar mereka akan belajar sama-sama untuk menguasai tajuk tersebut. Setelah itu setiap ahli akan kembali kepada kumpulan pembelajaran masingmasing untuk mengajar kepada rakan sekumpulan.

Cohen (1994) berpendapat teknik ini kurang berkesan kerana unsur yang ditekankan terhad kepada pelajar saling bergantung untuk mendapatkan sumber bahan. Untuk meningkatkan keberkesanan Pengajaran Koperatif, Cohen (1994) mencadangkan unsur saling bergantung untuk mendapatkan sumber bahan dan unsur saling bergantung mencapai matlamat yang satu ditekankan serentak. Slavin (1990) telah mengubahsuai format Jigsaw dengan memasukkan elemen kuiz dan ganjaran, yang dikenali sebagai
18

Jigsaw II. Melalui kuiz dan ganjaran kumpulan mendorong pelajar untuk benar-benar menguasai tajuk yang dipertanggungjawabkan kepada mereka dan mengajarkannya kepada rakan sekumpulan. Manakala rakan-rakan akan memberi perhatian kepada pengajaran ahli mereka.

2.1.1.5

Penyiasatan Kumpulan

Teknik Penyiasatan Kumpulan adalah berdasarkan falsafah yang dikemukakan oleh John Dewey (Slavin, 1990) yang mana beliau berpendapat kerjasama di dalam kelas merupakan syarat asas bagi menghadapi masalah hidup yang kompleks di bawah demokrasi. Teknik ini dimulakan oleh Shlomo dan Yael Sharan serta Rachel HertzLazarowitz di Israel. Perlaksanaan Penyiasatan Kumpulan bergantung kepada latihan dalam kemahiran berkomunikasi dan bersosial. Ia sesuai untuk projek yang bersepadu yang berkait dengan proses mendapatkan maklumat, menganalisis dan mensintesisnya untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Maka, teknik ini sesuai untuk tugasan akademik yang melibatkan sumbangan yang meluas dari ahli kumpulan dan menggunakan banyak sumber di dalam dan di luar kelas.

Walau bagaimanapun teknik ini tidak sesuai untuk tugasan yang mengkehendaki hanya satu jawapan atau fakta. Terdapat enam tahap di dalam perlaksanaan Penyiasatan Kumpulan (Sharan dan Sharan, 1989/1990). Melalui perbincangan kelas, pelajar akan mengenal pasti tajuk tajuk yang berkaitan dan menyusun kumpulan mengikut tajuk yang setiap ahli berminat. Kemudian mereka akan merancang tugas pembelajaran, diikuti dengan membuat penyiasatan. Selesai penyiasatan, pelajar akan menyediakan laporan akhir dan membentangkannya di dalam kelas. Seterusnya, penilaian dibuat ke atas
19

mereka. Teknik Penyiasatan Kumpulan boleh digambarkan sebagai kelas yang merupakan satu kumpulan yang mempunyai banyak kumpulan kecil.

20

3.0

FOKUS KAJIAN

3.1

Fokus keperihatinan

Kemahiran hidup merupakan satu mata pelajaran bercorak amali yang di ajar dalam Tahap II Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Selain mata pelajaran bercorak amali, pendidikan kemahiran hidup juga merupakan satu mata pelajaran yang berbentuk

penyelesaian masalah. Oleh kerana mata pelajaran ini bercorak amali dan berbentuk penyelesaian masalah, kualiti hasil kerja amali perlu dititikberatkan dan ditekankan semasa proses kerja amali dilakukan.

Walaubagaimanapun dalam amali mata pelajaran Kemahiran Hidup, bukan semua murid sekolah rendah mampu menghasilkan kerja amali dengan baik dan

berkualiti. Oleh itu, pelbagai usaha yang di lakukan oleh guru untuk menangani masalah ini. Contohnya pembelajaran amali Kemahiran Hidup ini biasanya dilakukan secara berkumpulan tetapi hasil yang diperolehi tidak semestinya mempunyai kualiti yang baik. Selain mata pelajaran bercorak amali, pendidikan kemahiran hidup juga merupakan satu mata pelajaran yang berbentuk penyelesaian masalah.

3.2

Tinjauan masalah

Selepas dua minggu menjalani sesi pengajaran, Kemahiran Hidup Tahun 5 Cemerlang, saya telah mengajar murid tentang membina projek model meja. Projek ini merupakan salah satu projek yang melibatkan amali. Murid dikehendaki untuk membina model meja mengunakan penyedut minuman dalam kumpulan. Memandangkan masa yang di

21

peruntukan untuk Mata Pelajaran ini cuma dua masa dalam seminggu (satu jam) projek membina model meja ini memakan masa selama dua minggu untuk disiapkan.

Pembahagian kumpulan dibuat oleh murid sendiri dan bukannya di tentukan oleh guru. Dalam pemerhatian saya, semasa pembentukan kumpulan murid masing-masing memilih kawan mengikut kesesuaian mereka. Selain itu murid membuat kumpulan berdasarkan faktor jantina di mana satu kumpulan terdiri daripada semua murid perempuan. Murid membuat kumpulan mengikut faktor jantina di sebabkan murid perempuan tidak dapat bekerjasama dengan murid lelaki. Manakala di sebelah lelaki pula mereka menyatakan murid perempuan lambat membuat kerja dan mementingkan diri sendiri. Oleh itu, saya telah membuat keputusan untuk memisah-misahkan agar setiap kumpulan mempunyai murid lelaki dan murid perempuan.

Semasa proses pembinaan model meja, murid di kehendaki untuk membuat projek tersebut secara berpasukan. 30 minit masa yang di peruntukan untuk menyiapkan projek model meja tersebut. Selama 30 minit masa berjalan, saya memerhatikan penglibatan murid dalam kumpulan dan mendapati bahawa ada sebahagian murid dalam kumpulan masing-masing ingin menjadi ketua iaitu mengarah ahli kumpulan yang lain untuk membuat keja lain. Selain itu ada di antara ahli kumpulan yang tidak mahu dibantu dan ingin menunjukkan dirinya hebat. Ini menyebabkan ada murid yang gemar untuk beralih ke kumpulan lain untuk melihat hasil kerja kumpulan yang lain. Selain itu ada murid yang bermain-main dengan sisa penyedut miniuman yang tidak digunakan dan menjadikan ia sebagai wisel.

22

Oleh kerana projek model meja ini tidak disiapkan pada hari itu juga, projek ini di bawa ke pengajaran minggu hadapan. Sebelum menyambung semula projek model meja itu, saya telah menekankan tentang kerjasama dan penglibatan murid dalam kumpulan. Selain itu saya telah menetap masa untuk menyiapkan projek ini iaitu selama 30 minit. Selama 30 minit berjalan saya memerhati sekali lagi pergerakan muri-murid. Dalam pemerhatian, saya melihat murid-murid meniru hasil kerja kumpulan lain iaitu seolah-olah kumpulan tersebut tidak ada keyakinan dalam melaksanakan tugas. saya melihat murid melakukan model meja ini semata-mata untuk siap kerana saya sempat bertanya kepada satu kumpulan dan kumpulan tersebut mengatakan asalkan siap dan boleh balik.

Setelah projek model meja itu telah siap, murid di kehendaki untuk menulis nama setiap ahli kumpulan di atas kad yang di sediakan oleh guru. Hasil kerja murid tersebut di ambil markah mengikut kriteria yang telah ditetapkan.

Saya mendapati pengajaran kadeah kumpulan dalam melibatkan amali kurang berkesan untuk menambah baik amalan pengajaran saya. Oleh itu, saya bercadang untuk menggunakan pembelajaran koperatif dalam aktiviti yang melibatkan amali. Pemilihan pembelajaran koperatif bertujuan untuk untuk meningkatkan kualiti hasil kerja amali seterusnya meningkatkan perhubungan social antara murid.

23

3.3

Analisis tinjauan masalah

Berdasarkan hasil model meja yang sudah siap, saya telah menilai hasil akhir murid berdasarkan kreteria yang terdapat dalam seperti di bawah : 1. Kemasan akhir projek 20% 2. Ketepatan hasil projek 20% 3. Hasil persembahan projek 20% 4. Kreativiti kumpulan 20% 5. Ciri-ciri keselamatan projek 20% Berikut adalah hasil dapatan yang di perolehi setiap kumpulan :

PERATUS HASIL MUTU KERJA AMALI PROJEK MODEL MEJA


30% KUMPULAN 1 25% 28% KUMPULAN 2 KUMPULAN 3 KUMPULAN 4

47%

Rajah 1 : Peratus hasil mutu kerja amali projek model meja

Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, saya mendapati murid-murid ini boleh menyiapkan projek amali yang diberikan dan menghantarnya mengikut masa yang ditetapkan. Walaubagimanapun hasil projek tersebut tidak mempunyai kualiti yang baik.
24

Ketika murid membina model meja di dapati murid-murid tidak melibatkan diri sepenuhnya dan kurang bekerjasama antara satu sama dengan yang lain. Mereka lebih banyak memerhatikan rakan kumpulan meyelesaikan projek yang diberikan atau melakukan kerja lain. Murid-murid ini juga jarang mengemukakan pertanyaan atau perbincangan dengan rakain lain jika menghadapi masalah dalam meyelesaikan projek model meja yang diberikan.

3.4

Obejktif kajian

Objekitf kajian ini adalah seperti berikut 1. Mengenalpasti keberkesanan pembelajaran koperatif ke atas mutu hasil kerja amali dalam mata pelajaran kemahiran hidup. 2. Mengenalpasti tahap penglibatan murid semasa pembelajaran koperatif dalam kelas. 3. Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap pembelajaran koperatif dalam kerja amali Kemahiran Hidup.

3.5

Persoalan kajian

Kajian ini menjawab soalan-soalan kajian : 1. Adakah pembelajaran koperatif berkesan ke atas mutu hasil kerja amali dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. 2. Adakah murid melibatkan secara aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran melalui pembelajaran koperatif? 3. Apakah persepsi murid terhadap pembelajaran koperatif dalam kerja amali

Kemahiran Hidup.
25

3.6

Kumpulan sasaran

Kajian ini di laksanakan terhadap 17 orang murid Tahun Lima Cemerlang yang terdiri daripada 8 orang murid lelaki dan 9 murid perempuan yang berumur 11 tahun di Sekolah Kebangsaan Patikang Laut Keningau. Jadual 2 di bawah menunjukkan bilangan responden kajian tindakan ini. Manakala jadual 3 menunjukkan bilangan murid mengikut etnik.

Jadual 2: Bilangan responden kajian Jantina Lelaki Perempuan Jumlah 8 9 Jumlah Jumlah / Peratus (47.06 %) (52.94%) 17 (100%)

Jadual 3 : Bilangan responden mengikut Etnik Etnik Dusun Bugis Murut Lain-lain Jumlah Jumlah(orang) 6 5 4 2 17 Peratus 35.3 % 29.4 % 23.5 % 11.8 % 100%

26

Jadual 4 : Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 4 Cemerlang bagi tahun 2010 bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup. Nama Markah %

Arnold Joseph Dexter Bin Mojinis Lewi Piter Mohd Akmal Arinin Ruzaini Rafiudin Rasmet Supardin Samsudin Zachary Andyrib Zulhakim Rahmansyah Arnie Lauji Christy Jaharin Elvyency Riska Morenual Herma Bt Amir Jeficca Ng Jenifer Bt Joanese Junainie Junin Malannia Kuloi Siti Nurhafiza Senong

68 58 80 76 38 43 60 54 87 40 78 70 62 84 54 48 79

27

4.0

PELAN TINDAKAN

Pelan tindakan kajian ini berasaskan model dan kerangka konsep yang di utarakan dalam model Kemmis & Mc Taggart, 1988. Proses kajian tindakan melibatkan refleksi ke atas isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani. Kemudian saya menyediakan satu pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Seterusnya saya melaksanakan pelan yang dihasilkan dan dalam proses pelaksanaannya guru terpaksa memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan itu. Keseluruhan pelaksanaan itu disifatkan sebagai Gelungan Pertama dan jika masalah itu tidak dapat diatasi, maka guru bolehlah memulakan proses semula ke Gelungan Kedua sehinggalah masalah itu diselesaikan.

28

Rajah 2 : Model Kemmis & Mc Taggart, 1988 4.1 Kerangka Operasi

Buat pemerhatian (Merancang)

Temu bual guru kemahiran hidup (Merancang)

Ujian pengesanan (amali projek model meja)

Mengenalpasti masalah pembelajaran (bertindak)

Melaksanakan kajian tindakan (bertindak) (pengajaran koperatif-mutu hasil kerja amali)

Penilaian (Merancang)

Ada peningkatan (mereflek)

Tiada peningkatan (Merancang) Ulang semula kajian

Rajah 3: Kerangka Operasi (Carta Alir)


29

Pelan tindakan yang dirancang adalah mengikut Model Kimmis dan Mc Taggart (1988) dalam Rajah 2. Terdapat empat langkah yang dilakukan iaitu merancang (planning), bertindak (acting), memerhati (observing) dan mereflek (reflect). Secara terperinci tindakan ini di laksanakan mengikut kerangka konsep dalam rajah 3.

Merancang (Planning) Pada peringkat perancangan, saya membuat pemerhatian dan mengenal pasti masalah yang mengganggu amalan pengajaran, menemu bual guru Kemahiran hidup tahun 5 Cemerlang untuk mengetahui tahap pencapaian akademik murid. Selain itu saya juga telah melihat serba sedikit sukatan pelajaran kemahiran hidup tahun 5 di mana saya mendapati banyak aktiviti amali yang boleh di laksanakan. Oleh itu, bagi menghasilkan mutu kerja amali yang baik saya telah merancang untuk mengaplikasikan pembelajaran koperatif (PK) dalam aktiviti amali.

Dalam perancangan ini saya telah membuat borang penilaan untuk menilai mutu hasil kerja amali murid, borang pemerhatian penglibatan murid serta soalan temu bual bagi melihat sejauh mana persepsi pelajar terhadap pembelajaran koperatif dalam kerja amali. Saya merancang membuat lima tugasan kerja amali iaitu projek model meja, dokumentasi model meja, jahitan asas, jahitan butang dan projek elektrik dan elektronik.

Bertindak (acting) Setelah melaksanakan melaksanakan projek model meja saya telah mendapati mutu model meja tidak memenuhi kreteria yang di tetapkan. Selepas membuat 2 sesi pengajaran, saya mendapati bahawa teknik pengajaran berpusatkan guru dan teknik
30

berkumpulan yang di gunakan kurang berkesan dalam menghasilkan hasil kerja amali yang bermutu. Saya mula melaksankan kajian pembelajaran koperatif dalam menghasilkan hasil kerja amali yang bermutu di samping melihat penglibatan murid dalam kumpulan.

Dalam kajian ini, saya telah membahagikan murid kepada 4 kumpulan kecil mengikut keputusan peperiksaan akhir tahun semasa mereka berada di tahun 4. Setiap kumpulan mempunyai ahli yang pandai, sedarhana dan kurang pandai. Ini kerana di bawah Pengajaran Koperatif, keupayaan pelajar yang berkebolehan tinggi dan sederhana boleh dimanfaatkan untuk membantu pelajar yang berkebolehan rendah di dalam Kemahiran hidup. Dalam proses kajian saya telah menamakan kumpulan tersebut sebagai kumpulan ikan tiger barb, ikan guppy, ikan koi dan ikan pelaga. 4 kumpulan tersebut di bahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan yang mengaplikasikan pembelajaran koperatif (PK) (Ikan Koi dan ikan guppy) dan 2 kumpulan lagi pembelajaran kumpulan biasa (PB) (ikan tiger barb dan ikan pelaga). Kerja amali yang di berikan kepada setiap kumpulan adalah sama.

Memerhati (observing) Kajian ini di jalankan selama 10 minggu dan melibatkan 1 jam seminggu. Ini kerana peruntukan untuk mata pelajaran kemahiran hidup di sekolah rendah adalah 1 jam seminngu. Setiap kali pengajaran (10 pengajaran) setiap kumpulan akan di nilai dari segi penglibatan murid dalam kumpulan masing-masing dan 5 hasil projek amali. Borang pemerhatian di sediakan untuk menilai tahap penglibatan murid semasa pembelajaran

31

koperatif di laksanakan dalam kelas. Manakala borang mutu hasil kerja amali di sediakan untuk melihat kualiti hasil amali yang di hasilkan.

Mereflek (reflect) Setelah menjalankan menjalankan pembelajaran koperatif dalam 10 minggu, saya membuat refleksi keberkesanan tindakan berdasarkan data (borang pemerhatian dan borang mutu hasil kerja) yang di perolehi. Saya membandingkan hasil kerja amali yang mengaplikasikan PK dan PB. Sekiranya PB tidak menunjukkan peningkatan, saya akan melaksanakan semula kajian tindakan pada kitaran yang kedua.

32

5.0

PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN

5.1

Prosedur pelaksanaan pelan tindakan

Dalam kajian tindakan ini, PK di gunakan untuk membantu murid dalam menghasilkan mutu kerja amali yang baik serta meningkatan tahap penglibatan murid dalam setiap aktiviti yang di jalankan. Reka bentuk kajian tindakan yang di gunakan ialah model Spiral Kemmis dan Mc Taggart (1988). Model ini menyarankan empat langkah berdasarkan gelungan iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek.

Rajah 4 : Model Kemmis & Mc Taggart, 1988

33

5.2

Jadual pelaksanaan

MINGGU

5 1

6 2

7 3

8 4

9 5

10 6

11 7

12 8

13 9

14 10

15 11

16 12

PERKARA

Kuliah Mencari maklumat Berjumpa dengan pensyarah penyelian Mengenalpasti masalah Tinjauan masalah Menganalisis tinjauan masalah Rawatan Menganalisis Membuat proposal Menghantar proposal

X X

X X

X X

X X X X X X X X X X X X X X

X X

X x X X

34

5.3

Cara pelaksanaan

Kajian ini di laksanakan di kelas Tahun 5 Cemerlang di mana murid di bahagian kepada 4 kumpulan kecil. Setiap kumpulan terdiri daripada 4 ke hingga 5 orang murid. 2 kumpulan akan mengaplikasikan PK dan 2 kumpulan lagi (PB). Jadual 5 di bawah menunjukkan nama kumpulan dan cara pembelajaran yang di laksanakan. Jadual 5: Nama kumpulan dan jenis cara pembelajaran Nama Kumpulan Ikan Koi Ikan Guppy Ikan Pelaga Ikan Tiger Barb Cara pembelajaran Pembelajaran Koperatif Pembelajaran Koperatif Pembelajaran Kumplan Pembelajaran Kumpulan

Kajian ini di lakukan selama 10 minggu dan 1 jam setiap minggu. Kerja amali yang di berikan kepada setiap kumpulan adalah sama, tetapi cara pendekatan pembelajaran yang berbeza. Sebelum memulakan kerja amali kumpulan PB akan di berikan penerangan berkenaan tugasan yang perlu mereka selesaikan berdasarkan PB. Manakala 2 kumpulan yang lain akan melaksanakan tugasan amali dengan PB. Jadual 5: senarai amali yang dijalankan AMALI 1 2 3 4 5 AKTIVITI Model Meja Dokumentasi Model Meja Jahitan Asas Jahitan Butang Elektrik dan Elektronik

35

Semasa proses membuat kerja amali penglibatan setiap murid dalam kumpulan akan di perhatikan oleh 3 orang pemerhati luar. Manakala hasil kerja amali pula akan di nilai selepas setiap kumpulan menghantar hasil akhir projek.

6.0

PENGUMPULAN DATA

Dalam kajian ini, pengumpulan data di lakukan dengan menggunakan borang hasil kerja amali ( 5 hasil kerja amali ), borang pemerhatian (10 borang pemerhatian) dan temu bual (5 item ).

6.1 6.1.1

Instrumen pengumpulan data Borang hasil kerja amali

Saya menggunakan borang hasil kerja amali bagi menilai kualiti kerja amali. Borang ini mengandungi 5 kreteria yang perlu dinilai dalam hasil kerja yang telah siap. Borang yang digunakan dalam kumpulan yang mengaplikasikan PK adalah sama seperti borang yang di gunakan dalam kumpulan PB. Rujuk lampiran 1. a. Kemasan akhir projek b. Ketepatan hasil projek c. Hasil persembahan projek d. Kretiviti kumpulan e. Ciri-ciri keselamatan projek

36

6.1.2

Borang pemerhatian

Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk mengukur persoalan penyelidikan. Melalui pemerhatian, penyelidik dapat mengamati sesuatu tingkah laku subjek berpandukan persoalan-persoalan yang telah dikenal pasti. Terdapat kebaikan untuk menggunaan kaedah pemerhatian bagi mengumpul data. Pemerhatian terhadap sampel-sampel kajian adalah lebih terperinci, jelas,teliti dan tepat dan ini akan menyumbang kepada dapatan kajian yang lebih sah serta boleh dipercayai. Borang pemerhatian ini digunakan untuk melihat berbandingan tahap penglibatan murid dalam kumpulan yang mengaplikasikan pembelajaran koperatif dengan pembelajaran kumpulan biasa. Rujuk lampiran 2 untuk megetahui item-item yang di uji. Untuk mengelakkan daripada bias berlaku terdapat 3 pemerhati yang di lantik pada setiap kali pemerhatian di jalankan.

6.1.3

Temubual tidak berstruktur

Temu bual melibatkan perbualan antara guru dengan murid bagi tujuan mendapatkan maklumat yang relevan dengan kajian. Dalam penyelidikan tindakan dimana sebagai guru dan juga penyelidik, kita mungkin akan temu bual murid tentang sikap, minat, perasaan, konsepsi, pengetahuan, pendapat atau pemahaman mereka tentang pengajaran yang dilalui.

Temu bual ini di laksanakan selepas kajian ini selesai. Temu bual ini di lakukan untuk mengenal pasti persepsi murid terhadap pembelajaran koperatif dalam kerja amali. Temu bual yang di gunakan adalah jenis tidak berstruktur di mana terdapat 5 soalan

37

yang yang akan di tanya kepada murid. Rujuk lampiran 3 untuk soalan-soalan yang di kemukakan dalam temu bual. 6.1.4 Borang hasil kerja amali

Kaedah menganalisis data yang digunakan dalam menganalisis hasil kerja amali murid adalah kaedah manual. Analisis ini dinyatakan dalam bentuk peratus dan mod dan median keseluruhan bagi hasil pembelajaran biasa dengan pembelajaran koperatif. Min merupakan purata data adalah berperanan sebagi pusat taburan. Pada paksi data, min menentukan lokasi sesuatu taburan data. Mod pula merupakan sukatan pada paksi data di mana ia mempunyai kekerapan paling tinggi. Median ialah sukatan pada paksi data di mana sebanyak 50% data berada pada lokasi di bawah median, dan 50% lagi berada pada lokasi di atas median . Hasil keputusan akhir akan di tunjukkan dalam bentuk graf.

6.1.5

Borang pemerhatian

Manakala hasil pemerhatian pula dianalisis menggunakaan Kekerapan. Set data, sama ada dari jenis kualitatif atau kuantitatif , boleh dipaparkan dalam bentuk jadual taburan kekerapan.

38

6.2 6.2.1 Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Kos kajian Kos bahan Nama peralatan Peneyedut minuman Gam plastic Fabrik Jarum tangan Jarum peniti Benang Set elektronik Polistren Kertas A4 Jumlah keseluruhan Kuantiti 5 plastik 5 buah 5 meter 1 pek 1 pek 5 buah 10 buah 1 buah 1 rim Harga seunit (RM) Rm3.00 Rm1.80 Rm6.00 Rm3.00 Rm4.00 Rm0.80 Rm15.00 Rm4.50 Rm10.00 Jumlah (RM) RM15.00 RM9.00 RM30 RM3.00 RM4.00 RM4.00 RM150.00 RM4.50 RM10.00 RM239.00

6.2.2 Bil 1. 2. 3. 4. 5.

Kos peralatan Nama bahan Gunting kertas Gunting kain Playar Test pen Kamera Kuantiti Harga seunit (RM) Jumlah (RM) Di pinjam Di pinjam Di pinjam Di pinjam Di pinjam

39

40

Anda mungkin juga menyukai