Anda di halaman 1dari 14

1.

TEKNOLOGI DAN MEDIA DALAM PENDIDIKAN Penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran bukan hanya tertakluk kepada pelajar sekolah menengah sahaja, tetapi dalam pembelajaran di peringkat tertinggi juga amat praktikal digunakan semasa proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah rendah. Multimedia memainkan peranan yang penting dalam pendidikan. Ini kerana penggunaan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran memudahkan dan menarik.

Sehubungan itu, kemahiran yang tinggi juga diperlukan bagi menggabungkan pelbagai media tersebut di dalam satu produk multimedia terutamanya di dalam bidang pendidikan. Ini kerana aspek-aspek seperti reka bentuk grafik, pemilihan audio, cara mempersembahkan animasi, pemilihan warna yang sesuai perlu diambil kira dalam membangunkan sesebuah produk multimedia agar proses penggajaran dan pembelajaran berjalan dengan berkesan.

Bagi memastikan tahap keberkesanan multimedia yang dibangunkan, oleh itu pereka yang terlibat dalam merekabentuk sistem multimedia hendaklah menerapkan teori-teori yang releven seperti teori pembangunan multimedia, teori rekabentuk pengajaran, teori penyebaran inovasi, teori pembelajaran, teori penilaian dan sebagainya. Penerapan teori-terori dapat memastikan mutimedia yang dibangunkan dapat diterima dan digunakan dengan berkesan terutamanya di dalam pendidikan.

Selain itu, para pendidik juga haruslah mengambil peluang meningkatkan pengetahuan dalam teknologi pendidikan agar proses pengajaran yang berlangsung lebih efektif, kreatif serta memberi impak yang besar dalam meningkatkan pemahaman para pelajar masa kini.

1.2

KALESTENIK Bagi menyiapkan tugasan ini, saya memilih tajuk senaman kalestenik sebagai fokus utama dalam pengajaran saya. Senaman ini berada di bawah tunjang pertama dalam Pendidikan Jasmani iaitu Kecergasan Fizikal.

Kalistenik ialah senaman yang merangkumi pelbagai pergerakan asas. Ia merupakan pergerakan yang dilakukan secara lokomotor dan secara bukan lokomotor, melibatkan pergerakan-pergerakan asas seperti melompat, membaling, melontar dan sebagainya. Ia bertujuan untuk meningkatkan kekuatan dan fleksibiliti badan.

Senaman kalistenik biasanya dilakukan tanpa menggunakan beban dan sebarang peralatan. Senaman kalistenik juga dapat dilakukan secara manipulasi alatan iaitu penggunaan alatan. Senaman kalistenik merupakan satu aktiviti yang serupa dengan sukan gimnastik. Tapi senaman kalistenik bukan sukan jenis gimnastik.

Senaman kalistenik yang dilakukan semasa memanaskan badan membantu melonggarkan otot-otot dan menyediakan badan untuk melakukan aktiviti senaman. Dengan cara ini kecederaan otot dapat dielakkan. Kalistenik yang dilakukan semasa menyejukkan badan membantu mengelakkan dari berasa pening atau pitam dan kesakitan otot yang selalunya disebabkan oleh tindakan kita berhenti serta merta selepas senaman.

Antara aktiviti kalistenik ialah memalingkan kepala dari kanan ke kiri, mendongakkan kepala ke arah langit serta bumi, memutarkan kedua belah lengan dan juga kedua belah pergelangan kaki, mengilas bahagian atas tubuh badan, membongkok dan mengilas tubuh badan dan melakukan berbagaibagai jenis lompatan.

Kesemua aktiviti ini bukan sahaja akan menambahkan kelenturan anggota sendi serta melonggarkan bahagian otot bagi mencegah kecederaan, bahkan ia menjadikan pergerakan kita semasa melakukan aktiviti sukan dengan lebih fleksibel dan mobiliti. 2

2.0

PENGENALAN MODEL ASSURE MODEL RBI ASSURE : MODEL TUMPUAN BILIK DARJAH

Bagi melahirkan suasana pembelajaran yang berkesan, guru digalakkan merancang instruksi secara sistematik supaya teknologi dan media (alat dan bahan bantuan mengajar) yang digunakan benar-benar memberi kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Sistematik bermaksud tiap-tiap langkah dalam model ini akan menerima input daripada langkah-langkah sebelumnya dan akan memberi output pula kepada langkah berikutnya.

Model ASSURE boleh dijadikan panduan untuk merancang penggunaan media dan teknologi dalam instruksi (Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino, 1982, 1996). ASSURE adalah perkataan Inggeris yang direka daripada enam huruf yang membawa maksud sesuatu itu iaitu pembelajaran pasti akan berlaku. Model ini mempunyai enam langkah iaitu : A = Analyse learner (Analisis pelajar). S = State objectives (Nyatakan objektif). S = Select, modify or make media (Pilih, baiki atau buat media) U = Use media (Gunakan media) R = Require learner response (Perlukan tindak balas pelajar). E = Evaluate materials (Menilai dan menyemak semula bahan).

2.1.

Analisis pelajar.

Langkah pertama dalam model ini ialah menyesuai atau memadankan kandungan dalam kaedah, media dan bahan yang digunakan dengan ciri-ciri pelajar. Justeru guru harus menganalisis pelajaranya iaitu mengenal pasti tiga perkara berikut:

a. Mengenal pasti ciri umum pelajar b. Mengenal pasti kompetensi peringkat masuk pelajar (Specific entry competencies) c. Mengenal pasti gaya pembelajaran

Mengenal pasti ciri umum pelajar mencakupi jantina, umur, kelas (tahun/ tingkatan), pekerjaan, budaya atau taraf sosio-ekonomi. Komptensi pelajar merujuk kepada pengetahuan atau kemahiran sedia ada serta sikap pelajar terhadap tajuk dan kandungan pelajaran yang akan dipelajari. Manakala mengenal pasti gaya pembelajaran merujuk kepada ciri psikologi pelajar iaitu cara pelajar mengamati serta bertindak balas terhadap pelbagai rangsangan seperti kebimbangan, aptitud, visual, audio, kinestatik dan motivasi.

Ciri umum pelajar

Menganalisis ciri pelajar boleh membantu guru memilih media, teknologi dan kaedah yang sesuai dengan pelajar. Sebagai contoh, jika pelajar lemah dalam kemahiran membaca, adalah lebih sesuai menggunakan bahan bukan cetak. Begitu juga jika pelajar itu lemah dalam menghafal sifir, kaedah latih tubi menggunakan instruksi berbantu komputer atau CAI boleh membantu pelajar. Guru harus juga memilih media yang sesuai bagi kumpulan pelajar yang berasal dari kumpulan etnik tertentu atau yang mempunyai budaya atau nilai tertentu.

Bagi pelajar yang tidak atau kurang berminat terhadap pelajaran, guru boleh memilih jenis media yang boleh merangsang pembelajaran seperti pita video, kaedah simulasi atau permainan atau aktiviti yang berasaskan teknologi. Jika guru memperkenalkan sesuatu konsep baru adalah lebih berkesan menggunakan pengalaman enaktif (pengalaman sebenar, simulasi atau lawatan) atau pengalaman ikonik (Video, CD) seperti yang terdapat dalam Kon Pengalaman Pembelajaran Dale.

Bagi kumpulan heterogenus iaitu kumpulan pelajar yang mempunyai tahap kebolehan atau pengalaman yang sangat berbeza, guru boleh memilih bahan pandang dengar atau multimedia seperti persembahan video atau PowerPoint. Media dan teknologi ini dapat memberi asas kepada kumpulan berkenaan untuk memulakan perbincangan kumpulan atau belajar secara individu.

Terdapat juga keadaan di mana guru tidak mempunyai masa untuk menganalisis pelajar kerana pertama kali bertemu dengan pelajar atau kumpulan itu terdiri dari pelbagai kebolehan dan pengalaman. Dalam situasi ini, guru boleh berbincang lebih awal dengan pelajar atau mendapatkan rekod akademik pelajar supaya dapat ditentukan jenis media dan kaedah yang diperlukan. Penceramah biasanya tidak dapat menganalisis penontonnya dan cara yang paling baik ialah datang lebih awal supaya dapat sedikit maklumat tentang pengetahuan, kemahiran, pengalaman, sikap atau minat mereka.

2.2

Nyatakan objektif pembelajaran secara khusus

Objektif pembelajaran mungkin diambil dari sukatan pelajaran, panduan kurikulum atau buku teks. Penentuan objektif adalah berdasarkan kepada peringkat prestasi atau hasilan yang ingin dicapai, keadaan dan kriteria atau darjah pencapaian yang dihajati.

Contoh: Diberi satu keratan akhbar yang mengandungi 200 patah perkataan (Keadaan/syarat pembelajaran), boleh membaca keratan akhbar tersebut (Prestasi) dengan lancar dan jelas (Kriteria/darjah pencapaian).

2.3.

Pilih media dan bahan

Bahan media dipilih berdasarkan kepada tingkat kebolehan pelajar dan matlamat atau objektif pembelajaran yang ingin dicapai.

2.4

Gunakan alat/bahan pengajaran.

Sediakan media dan bahan yang akan digunakan dan tentukan masa pembelajaran yang diperlukan. Contoh: Pribiu (Preview) video sebelum mengajar. Sediakan media dan bahan, alat serta kemudahan yang diperlukan. Sediakan tempat belajar seperti kelas, makmal atau pusat sumber dan lain-lain kemudahan dan keperluan untuk belajar. Sediakan pelajar.

Contoh, sediakan set induksi atau nyatakan tujuan dan objektif pembelajaran. Sedia pengalaman pembelajaran. Bagaimana anda menyampaikan pelajaran menggunakan media? Sebagai penyampai utama (Tumpuan guru) atau bertindak sebagai pemudah cara atau pengurus pembelajaran yang memberi tumpuan kepada pelajar (Tumpuan pelajar)?

2.5.

Libatkan pelajar

Untuk mempastikan bahawa proses pembelajaran itu berlaku, pelajar perlu dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran seperti membuat latihan, perbincangan, latih tubi, kuiz, projek dan sebagainya. Kegiatan pengukuhan (Reinforcement activities) seperti pengukuhan serta-merta diberi sebaik sahaja pelajar memberi tindak balas yang betul (Skinner, 1954).

2.6.

Nilai dan semak semula bahan.

Setelah selesai pengajaran, lakukan penilaian tentang kekuatan dan keberkesanan alat/bahan media itu secara menyeluruh. Dalam penilaian itu persoalan berikut harus difikirkan:

a. Adakah objektif pembelajaran tercapai? b. Adakah alat/bahan media yang digunakan membantu proses pengajaran dan pembelajaran? c. Adakah kesemua pelajar menggunakan alat/bahan media dengan cara yang betul? d. Adakah suasana pembelajaran selesa? e. Adakah peluang pemerhatian individu diberi?

2.1

ANALISIS PELAJAR

Langkah pertama dalam model ini ialah menyesuai atau memadankan kandungan dalam kaedah, media dan bahan yang digunakan dengan ciri-ciri pelajar. Justeru guru harus menganalisis pelajaranya iaitu mengenal pasti tiga perkara berikut iaitu mengenal pasti ciri umum pelajar, mengenal pasti kompetensi peringkat masuk pelajar serta mengenal pasti gaya pembelajaran

Mengenal pasti ciri umum pelajar mencakupi jantina, umur, kelas (tahun/ tingkatan), pekerjaan, budaya atau taraf sosio-ekonomi. Dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani, ciri umum yang boleh dianalisis ialah jantina, umur, status kesihatan serta tahap kecergasan murid.

Berdasarkan kepada kelas yang dipilih,terdapat 26 orang pelajar Tahun 2 Gemilang, 16 pelajar perempuan dan 10 pelajar lelaki. Semuanya berumur 11 tahun. Terdapat seorang murid yang menghidap asma, manakala semua murid lain sihat dan boleh menjalankan aktiviti fizikal dengan baik. Tahap kecergasan murid pula berada di tahap yang baik dan boleh di pertingkatkan lagi melalui latihan-latihan yang bersesuaian.

Komptensi pelajar merujuk kepada pengetahuan atau kemahiran sedia ada serta sikap pelajar terhadap tajuk dan kandungan pelajaran yang akan dipelajari. Manakala mengenal pasti gaya pembelajaran merujuk kepada ciri psikologi pelajar iaitu cara pelajar mengamati serta bertindak balas terhadap pelbagai rangsangan seperti kebimbangan, aptitud, visual, audio, kinestatik dan motivasi.

Dari segi pengetahuan dan pengalaman sedia ada pula, para pelajar ini terdiri daripada anak-anak peneroka felda yang hidup dalam suasana kampung. Jadi mereka sudah terbiasa melakukan pelbagai aktiviti-aktiviti yang melibatkan pelbagai kemahiran seperti melompat,memanjat pokok, bermain bola sepak, ketinting serta mandi sungai. 7

Oleh itu, tahap kelenturan dan fleksibiliti mereka amat tinggi dan mempunyai koordinasi badan yang baik.

Saya memilih untuk mengajar tajuk senaman kalestenik, tetapi pelajar tidak mengetahui apakah yang di maksudkan dengan kalestenik tetapi mereka pernah melakukan senamrobik semasa majlis pelancaran 1Murid, 1Sukan, 1Malaysia. Sebenarnya , pelajar sudah pun mempunyai pengalaman melakukan pergerakan-pergerakan asas dalam Kalestenik dan mereka perlu diberikan bimbingan dan tunjuk cara yang berkesan bagi mencapai objektif pembelajaran dan pengajaran bagi tajuk ini.

Menganalisis ciri pelajar boleh membantu saya memilih media, teknologi dan kaedah yang sesuai dengan pelajar. Sebagai contoh, jika pelajar lemah dalam koordinasi tubuh badan,, adalah lebih sesuai menggunakan kaedah tunjuk cara atau demonstrasi. Sebagai guru, saya akan menunjukkan kepada pelajar cara untuk melakukan sesuatu pergerakan dengan betul dengan cara yang menarik bermula daripada pergerakan yang paling mudah ke pergerakan yang agak kompleks.

Bagi pelajar yang kurang berminat terhadap penerangan, guru boleh memilih jenis media yang boleh merangsang pembelajaran seperti pita video, kaedah simulasi atau permainan atau aktiviti yang berasaskan teknologi. Jika guru memperkenalkan sesuatu konsep baru adalah lebih berkesan menggunakan pengalaman enaktif (pengalaman sebenar, simulasi atau lawatan) atau pengalaman ikonik (Video, CD) seperti yang terdapat dalam Kon Pengalaman Pembelajaran Dale.

Oleh itu, saya akan menayangkan satu video pergerakan yang dilakukan oleh kanak-kanak atau watak-watak kartun yang digemari oleh murid agar mereka berasa seronok dan meniru aksi-aksi pergerakan yang dilakukan dengan gembira dan bersemangat.

2.2.

OBJEKTIF PEMILIHAN TAJUK

Objektik pemilihan tajuk ini ialah untuk meningkatkan stamina murid. Senaman kalistenik boleh dilakukan didalam atau diluar rumah tetapi persekitaran haruslah berada dalam keadaan bersih, terang dan tidak mempunyai objek-objek yang berbahaya.

Dengan mengamalkan senaman kalistenik dalam rutin seharian dan mengamalkan diet seimbang, tahap kesihatan dan kecergasan dapat ditingkatkan. Latihan kalistenik dapat meningkatkan juga keyakinan diri.

Murid berasa tenang dan yakin serta membina fizikal yang kuat dan lebih tangkas. Ia juga membantu mental sentiasa berada dalam keadaan stabil dan membantu untuk mengawal depresi serta membantu individu untuk tidur dengan lena.

2.3

OBJEKTIF PEMILIHAN MEDIA Semasa melaksanakan proses pengajaran bagi senaman kalestenik ini, antara media yang digunakan ialah bola kecil,skital dan juga gelung rotan. Alatan ini dipilih kerana senang untuk didapati,selamat dan sesuai, tidak mengganggu pergerakan yang dilakukan kerana bersaiz mini dan risiko untuk kecederaan adalah paling minimum.

Manakala kaset muzik pula digunakan untuk merangsang pelajar untuk melakukan pergerakan secara berentak dengan seronok menggunakan muzik yang dipasang.

3.0

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran Tunjang Tajuk Sub Tajuk

: : : :

Pendidikan Jasmani Kemahiran Pergerakan Asas Kalestenik Manipulasi Alatan Bola kecil

Tarikh / Hari Masa Tahun Bilangan Murid Objektif

: : : : :

12 Ogos 2011 7.45- 8.15pagi (30 minit) Tahun 2 26 orang ( 10 lelaki ; 16 perempuan) Pada akhir pembelajaran, murid dapat: i)Psikomotor- melakukan pelbagai pergerakan dengan menggunakan bola kecil mengikut irama ii) Kognitif menerangkan cara melakukan pergerakan dengan kedudukan kaki, badan dan tangan yang betul. iii) Afektif bekerjasama dan bergembira dalam kumpulan

Pengalaman sedia ada

Murid mempunyai pengalaman melambung dan menangkap bola besar. .

Bahan bantu mengajar

Bola kecil Skital Gelung rotan Kaset muzik

Nilai Strategi pengajaran

: :

Keyakinan diri dan kerjasama Konstruktivisme ( merangsang, explore, menerangkan, meluaskan konsep dan menilai ).

10

LANGKAH Set induksi (3 minit)

AKTIVITI 1. Aktiviti regangan -Memanaskan badan menggunakan bola kecil dengan meniru segala pergerakan rakan yang dilantik 1. Aktiviti kelas 2. Melambung dan menyambut bola kecil secara individu. - Melambung dan menyambut -Melambung, tepuk tangan sekali dan menyambut - Melambung, pusing badan, menyambut. 1. Aktiviti berpasangan 2. Murid mereka cipta dan melakukan sekurang-kurangnya lima pergerakan berbeza sebelum menyambut bola kecil. Contoh pergerakan : 1.tampar lutut 2. sentuh lantai 3. sentuh tapak kaki 4. lompat bintang 5. tepuk tangan 3 kali Permainan kecil : IDOLAKU

CATATAN

Langkah 1 (5 minit)

1.Guru tunjuk cara dan murid akan meniru pergerakan guru

Langkah 2 (12 minit)

KB-Kreatif (mereka cipta)

Langkah 3 (7minit)

Penutup (3 minit)

1. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan 2. Setiap murid menerima sebiji bola kecil 3. Setiap kumpulan akan melakukan persembahan Lompat Bintang dan I Want To Kick. 4. Kumpulan yang melakukan pergerakan secara serentak dan menarik akan dinobatkan sebagai Idola. 5. Masa yang diberikan ialah 7 minit 1. Aktiviti menyejukkan badan 2. Refleksi

1. Guru menilai persembahan murid.

1. Diiringi muzik

11

5.0

RUMUSAN Profesionalisme seseorang guru dapat dipertingkatkan dengan pelbagai cara. Salah satu daripada caranya ialah dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dengan menggunakan media pengajaran semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Banyak kajian dan penyelidikan telah dijalankan di dalam dan luar Negara mengenai faedah dan kepentingan media pengajaran dalam pendidikan.

Dengan penggunaan media pengajaran, guru akan dapat dilihat sebagai seorang yang sentiasa proaktif dan menitik beratkan hasil akhir pengajaran yang mana akan dapat membantu murid memahami dan mengingati sesuatu fakta dan ilmu.

Guru yang tidak mempelbagaikan kaedah dan strategi pengaran yang digunakan akan menyebabkan murid hilang tumpuan seterusnya menjejaskan minat mereka terhadap subjek yang diajar.

Oleh itu, sebagai seorang guru, kita haruslah peka dan mengikuti perkembangan pesat dalam bidang ICT bagi memperbaharui kaedah pengajaran dan menghasilkan pelbagai media pengaran yang akan membantu murid memahami sesuatu subjek dengan jelas seterusnya elahirkan guru dan pelajar yang celik IT.

12

REFLEKSI

Syukur yang tidak terhingga saya panjatkan kepada Allah kerana memberikan saya kesempatan untuk menerima dan menyiapkan tugasan bagi subjek EDU 3105 ini dengan jayanya.

Semasa kali pertama membaca soalan tugasan yang diberikan,saya merasakan bahawa ianya agak sukar untuk dilaksanakan berbanding dengan tugasan yang lepas. Setelah pensyarah menerangkan kembali format penulisan serta apa yang perlu ada dalam tugasan ini, barulah saya mendapat gambaran yang jelas. Untuk menghasilkan media pengajaran, bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi kami dikehendaki menjadikan Model Assure sebagai garis panduan. Oleh itu,sebelum membuat media ,saya telah bertanya kepada pensyarah Pj tentang kesesuaian RPH yang telah dibuat.

Melalui tugasan ini, saya mendapat pengalaman yang tidak ternilai dalam menghasilkan sendiri media pengajaran yang hendak digunakan. Nyata, ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Bagi mendapatkan hasil yang baik, media haruslah bersesuaian dengan pelajar sasaran serta mudah difahami dan menarik.

Selain itu, saya haruslah bekerjasama dengan rakan yang lain bagi menambah baik media serta bertukar-tukar idea tentang pengisian media yang di hasilkan. Sepanjang melakukan tugasan ini juga, saya banyak mencari maklumatmaklumat tentang media pengajaran di internet selain melihat contoh-contoh yang pernah dihasilkan oleh rakan-rakan serta senior-senior.

Sedikit sebanyak perkongsian idea itu telah memberikan saya gambaran awal serta idea-idea baru yang boleh diselitkan dalam media yang akan saya hasilkan.

Sekian, Wassalam.

13

14

Anda mungkin juga menyukai