Anda di halaman 1dari 2
KETUA PENDAFTAR INSTITUS| PENDIDIKAN TINGGI SWASTA eae REGISTRAR GENERAL PENDIDIKAN PRIVATE HIGHER EDUCATIONAL INSTITUTIONS TINGGI dabatan Pendalixan Tings Department Of higher Education Kementerian Pengajian Tinggi Ministy of Higher Education Maleysia ‘Aras 8, No.2, Menara 2, Jalan PSI6, Presit § 52200 PUTRAIAYA MALAYSIA Tet 603-26705439 aks (Fax) 602-68705040 Portal Resmi nt Ipt mone. gov my Ruj. Kami: JPT/GS 1000-519 Jid. 5 (53) Tarikh : d4Oktober 2020 SEPERTI SENARAI EDARAN YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan, PENGOPERASIAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA (IPTS) DI DAERAH ZON MERAH Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas, 2. Untuk makluman YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato'/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan, terdapat peningkatan kes positif COVID-19 di beberapa daerah di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Susulan itu, daerah berkaitan telah disahkan sebagai zon merah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 3. Sehubungan itu, semua Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) yang berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang beroperasi di daerah yang telah disahkan sebagai Zon Merah oleh KKM adalah perlu ditutup sehingga pemakluman pengoperasian semula diumumkan oleh Kerajaan. 4. IPTS boleh melaksanakan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian (online) atau remote-learning. Pendaftaran pelajar baharu juga hendaklah dilaksanakan secara dalam talian (online) sepenuhnya. Bagi pelajar yang berada di kampus, diminta untuk terus kekal di kampus dengan mematuhi sepenuhnya peraturan dan arahan yang dikeluarkan oleh Kerajaan serta Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari semasa ke semasa sebagai langkah pencegahan wabak COVID-19. Adalah diingatkan_bahawa_aktiviti PdP_secara_bersemuka tidak dibenarkan dalam tempoh ini. 5. _ Pelajar-pelajar IPTS yang menduduki peperiksaan antarabangsa atau luaran (external examination providers) dan peperiksaan profesional sepanjang tempoh ini diberikan pengecualian untuk menduduki peperiksaan tersebut mengikut jadual yang telah ditetapkan. Pelajar-pelajar perlu mendapatkan surat pengesahan daripada institusi masing-masing. 6. Sehubungan ini, pihak YBhg. Tan Sri/ Datuk! Dato'/ Datin/ Prof/ Dr./ Tuan’ Puan adalah dimohon untuk mematuhi sepenuhnya peraturan dan arahan yang dikeluarkan oleh Kerajaan serta Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari semasa ke semasa sebagai langkah pencegahan wabak COVID-19. Perhatian dan tindakan YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof,/ Dr./ Tuan/ Puan berkaitan perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasin. Sekian. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, 1 — (PROF. DATO' SERI DR. MOHAMED MUSTAFA BIN ISHAK) Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan Tinggi Swasta Jabatan Pendidikan Tinggi Kementerian Pengajian Tinggi

Anda mungkin juga menyukai