Anda di halaman 1dari 62

SOALAN 1 : MORFOLOGI

SET 1 (KATA TUNGGAL DAN KATA MAJMUK)


LATIHAN SET 1

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata nama tunggal dan
dua kata nama majmuk. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda
sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.

Kerap kali Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengingatkan masyarakat


antarabangsa bahawa COVID-19 tidak mengenal bangsa atau usia. Ada
segelintir masyarakat di negara ini masih gagal mengambil pengajaran daripada
kejadian yang berlaku. Golongan ini mengambil ringan pematuhan prosedur
operasi standard (SOP). Hakikatnya, tiga pihak, iaitu rakyat, kerajaan dan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlulah menjalinkan kerjasama dan
memainkan peranan masing-masing dalam memerangi penularan penyakit
berjangkit ini.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Kerjasama rakyat, kerajaan, KKM ramuan perangi COVID-19’
oleh Dr Haliza Abdul Rahman,
Berita Harian Online, 1 Jun 2021

[8 markah]
JAWABAN SET 1

Kata nama tunggal

1. bangsa
2. usia

Contoh ayat kata nama tunggal

1. Setiap ______________________________ di dunia ini mempunyai budaya seperti


makanan dan adat perkahwinan yang diwarisi secara turun-temurun
daripada nenek moyang.

2 Pertambahan ______________________________ seseorang akan menyebabkan kulit


menjadi berkedut dan rambut beruban.

Kata nama majmuk

1. antarabangsa
2. kerjasama

Contoh ayat kata nama majmuk

1. Usahawan perlulah menguasai teknologi maklumat supaya boleh


memasarkan produk mereka ke peringkat _____________________________________.

2 Syarikat tempatan haruslah menjalinkan ___________________________________


dengan pelabur luar untuk meningkatkan keuntungan.

SET 2 (KATA TERBITAN)


LATIHAN SET 2
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata nama terbitan dan
dua kata kerja terbitan. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda
sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Tenaga solar digunakan bagi membekalkan tenaga elektrik ke pedalaman dan


tenaga air dari Tasik Kenyir misalnya antara penyumbang terbesar tenaga di
negara kita. Bagi organisasi yang mempunyai kawasan lapangan, projek tenaga
solar mampu menjanakan pendapatan dalam tempoh lima tahun sekurang-
kurangnya. Tenaga solar mungkin menurunkan permintaan tenaga elektrik,
sekali gus memberikan keseimbangan ekonomi negara pada masa hadapan.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Tenaga mesra alam lestarikan kehijauan bumi’
oleh Prof Madya Dr Saunah Zainon,
Berita Harian Online, 31 Ogos 2020

[8 markah]

JAWABAN SET 2
Kata nama terbitan

1. pedalaman
2. penyumbang

Contoh ayat kata nama terbitan

1. Kebanyakan masyarakat di kawasan _____________________________________ masih


bergantung hidup pada sumber hutan.

2 Sikap pemandu yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya menjadi


_______________________________________ utama kepada kemalangan.

Kata kerja terbitan

1. digunakan
2. membekalkan

Contoh ayat kata kerja terbitan

1. Peluntur telah ____________________________________ oleh ibu untuk menghilangkan


daki pada kolar baju.

2 Pengambilan karbohidrat seperti nasi, mi dan roti dapat


_____________________________ tenaga kepada seseorang.

SET 3 (KATA GANDA DAN AKRONIM)


LATIHAN SET 3
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata ganda dan dua
kata akronim. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri
daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham
akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau
nama khas.

Berdasarkan laporan penyiasatan pelanggaran dikeluarkan Institut


Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) pada tahun 2020,
tingkah laku pemanduan berisiko dan memandu melebihi halaju menjadi
penyumbang bilangan kematian tertinggi. Sikap menunjuk-nunjuk memiliki
kenderaan berkuasa tinggi dan memandu laju juga menjadi petunjuk kepuasan
seolah-olah menjadi trend semasa. Didikan dan kesedaran berhubung bahaya
serta impak memandu laju menerusi pendidikan, kempen dan kursus perlu
bermula sejak tadika hingga universiti. Pemandu perlu sentiasa beringat-ingat
malang tidak berbau dan perbuatan gemar memandu laju berbahaya dan
berisiko tinggi.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Pandu laju penyebab utama kemalangan maut’
oleh Noradrenalina Isah, Berita Harian Online, 11 Mac 2021

[8 markah]

JAWABAN SET 3
Kata ganda

1. menunjuk-nunjuk
2. seolah-olah

Contoh ayat kata ganda

1. Pemuda itu cuba ________________________________________________________


kepandaiannya dengan memberikan pelbagai cadangan kepada ketua
kampung.

2 Rumah Pak Mat bersawang dengan sarang labah-labah


____________________________________________________ tidak dihuni sesiapa.

Kata akronim

1. Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)


2. halaju

Contoh ayat kata akronim

1. ________________________________________________________________________________________
perlulah membuat kajian komprehensif tentang punca-punca kemalangan
jalan raya.

2 Pemandu yang memandu kenderaan melebihi ___________________________________

yang ditetapkan berisiko tinggi untuk terlibat dalam kemalangan maut.

SET 4 (GOLONGAN KATA KERJA)


LATIHAN SET 4

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja transitif dan
dua kata kerja tak transitif. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat
anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa
anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Penghasilan arang daripada kayu bakau industri paling tua di Kuala Sepetang.
Untuk peringkat pertama dan kedua, kedua-duanya bermula dengan
pembakaran api besar dan api kecil selama 20 hari sebelum dapur berbentuk
iglu itu ditutup sepenuhnya selama 10 hari lagi untuk proses penyejukan.
Sepanjang tempoh itu, proses penyejukan ialah masa paling kritikal dan perlu
dikawal rapi bagi memastikan arang di dalam relau tidak terbakar menjadi abu.
Arang kayu bakau yang dihasilkan di Kuala Sepetang antara yang terbaik di
dunia dan memperoleh sambutan yang tinggi di Jepun, Arab dan Korea.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Kilang arang, industri paling tua di Kuala Sepetang’
oleh Freddie Aziz Jasbindar,
www.orangperak.com, 24 Januari 2017

[8 markah]

JAWABAN SET 4
Kata kerja transitif

1. ditutup
2. dikawal

Contoh ayat kata kerja transitif

1. Kedai runcit itu __________________________________________ selama tiga hari untuk


proses penyahkumanan setelah pekerjanya dijangkiti wabak COVID-19.

2 Remaja yang ditahan berlumba haram itu telah _________________________________


oleh pihak polis dengan ketat untuk mengelakkan mereka lari.

Kata kerja tak transitif

1. bermula
2. berbentuk

Contoh ayat kata kerja tak transitif

1. Perlawanan bola sepak yang dijadualkan pada pukul 4.00 petang itu
_________________________________________ agak lewat kerana hujan turun dengan
lebatnya.

2 Objek yang _____________________________ lonjong itu dikatakan sebagai bom oleh


penduduk yang menjumpainya ketika bercucuk tanam.

SET 5 (KATA ADJEKTIF)


LATIHAN SET 5
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan empat kata adjektif.
Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap
perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Sekiranya individu pernah mengikuti kursus asas hutan atau perkhemahan, ilmu
tersebut akan membantu seseorang ketika berdepan situasi cemas. Jika tersesat
di dalam hutan, perkara utama jangan panik. Selain mengenal pasti laluan,
mereka yang sesat disarankan untuk menghidupkan api secara primitif dan
mencari tempat untuk berlindung daripada cuaca buruk, serangan haiwan liar
ataupun berbisa. Unggun api yang mengeluarkan asap tebal boleh menjadi
panduan kepada operasi mencari dan menyelamat mangsa. Bukan itu sahaja,
individu juga disarankan pergi ke tempat tinggi untuk meninjau persekitaran.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Ilmu survival hutan bantu detik cemas’
oleh Izyan Liyana Mohd Darif, Sinar Harian, 10 April 2019

[8 markah]

JAWABAN SET 5
Kata adjektif

1. cemas
2. panik
3. buruk
4. liar

Contoh ayat kata adjektif

1. Mak Minah sangat _______________________________________________ pabila mendapat


perkhabaran bahawa suaminya terlibat dalam kemalangan.

2 Pelajar perempuan itu agak __________________________________ hingga badannya


menggigil ketika mendengar masa menjawab soalan hampir habis.

3. Ekonomi keluarganya menjadi semakin


_______________________________________________ sejak ayahnya diberhentikan kerja
pada pandemik COVID-19 ini.

4 Apabila tiba di majlis keraian itu, matanya sungguh


____________________________________________ memerhatikan seluruh dewan jika ada
kenalan yang turut hadir

SOALAN 2 : SINTAKSIS
SET 1 (SUBJEK DAN PREDIKAT)

LATIHAN SET 1
Baca petikan dibawah dengan teliti, kemudian kenal pasti subjek dan predikat
bagi setiap ayat yang bergaris. Anda perlu menulis jawapan mengikut contoh
seperti di bawah.

Subjek : Ahmad
Predikat : menanam pokok bunga di halaman rumahnya.

Penularan coronavirus ini yang disebarkan melalui ‘manusia kepada manusia’ ini
perlu disekat dengan secepat mungkin melalui kaedah kuarantin. Pihak berkuasa
perlu mewajibkan setiap penduduk di kawasan itu sentiasa berada di rumah
atau kawasan yang dikategorikan selamat. Perkara ini bertepatan dengan arahan
pihak berkuasa China untuk memperluas sekatan perjalanan keluar ke atas
Wuhan dan tujuh lagi bandar sejak khamis lepas berikutan penularan
coronavirus.Melihat perkembangan semasa wabak tersebut semua rakyat di
negara ini yang ingin keluar negara dinasihatkan memberi keutamaan kepada
kesihatan atau menangguhkan perjalanan mereka.

Dipetik dan diubah suai daripada


`Utama Kesihatan Elak Jangkitan`
oleh Prof Dr Azizi Ayob,
Berita Harian 29 Januari 2020

[6 markah]

JAWABAN SET 1
1 Subjek : Pihak berkuasa
Predikat : _________________________________________________________________
_
_________________________________________________________________
_
_________________________________________________________________
_
_________________________________________________________________
_
_________________________________________________________________
_

2 Subjek : Perkara ini


Predikat : _________________________________________________________________
_
_________________________________________________________________
_
_________________________________________________________________
_
_________________________________________________________________
_
_________________________________________________________________
_

3 Subjek : Melihat perkembangan semasa wabak tersebut semua


rakyat di negara ini
Predikat : _________________________________________________________________
_
_________________________________________________________________
_
_________________________________________________________________
_
_________________________________________________________________
_
_________________________________________________________________
_

SET 2 (POLA AYAT)

LATIHAN SET 2

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti pola ayat bagi setiap ayat
tersebut sama ada Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa
Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) atau Frasa Nama +
Frasa Sendi Nama (FN + FSN). Anda perlu menulis jawapan mengikut contoh
seperti di bawah.

Pola Ayat : FN + FK
FN : Ahmad
FK : menanam pokok bunga di halaman rumahnya.
Kawasan bandar merupakan penyumbang utama pembebasan karbon dioksida
dan gas rumah tanaman akibat aktiviti manusia. Banyak faedah daripada
kewujudan hutan bandar ini. Hutan bandar yang berkualiti dan stabil dalam
ekosistem sangat baik untuk diketengahkan. Pokok bandar mengurangkan
karbon dioksida di atmosfera. Bidang perhutanan bandar perlu mencari
pendekatan lebih kreatif. Penggunaan palma dalam perhutanan bandar mampu
menjadikan persekitaran menjadi cantik.
Dipetik dan diubah suai
daripada
‘Hutan Bandar’
Oleh Ahmad Azaruddin Mohd. Noor dan Adnan Mohammad
Dewan Kosmik, Jun/2011

[6 markah]

SET 2 (POLA AYAT)

1 Kawasan bandar merupakan penyumbang utama pembebasan karbon


dioksida dan gas rumah tanaman akibat aktiviti manusia.

Pola ayat FN + ___________________


FN : Kawasan bandar
_______________ : merupakan penyumbang utama pembebasan karbon
dioksida dan gas rumah tanaman akibat aktiviti
manusia.

2 Hutan bandar yang berkualiti dan stabil dalam ekosistem sangat baik untuk
diketengahkan.

Pola ayat FN + _______________________


FN : Hutan bandar yang berkualiti dan stabil dalam
ekosistem
_________________ : sangat baik untuk diketengahkan.

3 Bidang perhutanan bandar perlu mencari pendekatan lebih kreatif

Pola ayat FN + _______________________


FN : Bidang perhutanan bandar
_______________ : perlu mencari pendekatan lebih kreatif
SET 3 (AYAT MAJMUK)
LATIHAN SET 3
Gabungkan ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja dengan
menggunakan kata hubung yang sesuai tanpa mengubah maksud dan struktur
asalnya.

Kenaf sangat berguna dalam kehidupan manusia. Kenaf merupakan keluarga


pokok bunga raya. Kenaf mempunyai gentian, iaitu bahan asas penting dalam
pembuatan beberapa jenis produk. Industri kenaf menunjukkan sesuatu.
Perkembangan positif berlaku daripada pelibatan sektor swasta. Perkembangan
itu berjaya meningkatkan nilai jualan. Pengeluaran kenaf dapat membantu
rakyat menjanakan pendapatan. Pengeluaran kenaf berupaya membantu sektor
tekstil negara. Sektor tekstil negara dapat mengurangkan import kapas.

Dipetik dan diubahsuai daripada


‘Kenaf bakal jadi komoditi utama negara?
oleh Halimah Said,
Dewan Ekonomi, Bil. 5/2020

[6 markah]

JAWABAN SET 3
Kenaf sangat berguna dalam kehidupan manusia. Kenaf merupakan keluarga
pokok bunga raya. Kenaf mempunyai gentian, iaitu bahan asas penting dalam
pembuatan beberapa jenis produk.

Kenaf ______________________________ merupakan keluarga pokok bunga raya sangat


berguna dalam kehidupan manusia ______________________________ mempunyai
gentian, iaitu bahan asas penting dalam pembuatan beberapa jenis produk.

kerana yang

Industri kenaf menunjukkan sesuatu. Perkembangan positif berlaku daripada


pelibatan sektor swasta. Perkembangan itu berjaya meningkatkan nilai jualan.

Industri kenaf menunjukkan ______________________ perkembangan positif berlaku


daripada pelibatan sektor swasta _____________________________ berjaya
meningkatkan nilai jualan.

bahawa sehingga

Pengeluaran kenaf dapat membantu rakyat menjanakan pendapatan.


Pengeluaran kenaf berupaya membantu sektor tekstil negara. Sektor tekstil
negara dapat mengurangkan import kapas.

Pengeluaran kenaf dapat membantu rakyat menjanakan pendapatan


_______________________ berupaya membantu sektor tekstil negara
____________________________ dapat mengurangkan import kapas.

agar selain

SET 4 (JENIS AYAT)


LATIHAN SET 4
Berdasarkan petikan di bawah, klasifikasikan ayat-ayat tersebut sama ada ayat
penyata, ayat tanya, ayat seruan atau ayat perintah bagi enam ayat yang anda
pilih seperti berikut:

Ayat : ___________________________________________________________
Jenis ayat : ___________________________________________________________

“Cikgu, ada budak mengamuk,” lapor Swee Lan, murid tahun 6, pengawas
sekolah di bilik guru. Kemunculan Swee Lan secara mengejut, turut mengejutkan
guru-guru di bilik guru.
“Siapa, Swee Lan?” tanya Cikgu Bo, guru disiplin, pantas.
“Boboi! Boboi Lam!”
Ah, murid yang bermasalah itu lagi! Bermasalah, kenapa harus dibiarkan?
“Beritahu Cikgu Tan, PK HEM segera,” turun arahan Cikgu Bo kepada Swee
Lan.
Dengan bantuan guru kaunseling, Cikgu Chee dan Cikgu Akiya, Cikgu Bo
bergegas ke bilik darjah Tahun 5 Hijau. Kebetulan ketika itu waktu pertukaran
mata pelajaran.

Dipetik daripada cerpen ‘Boboi Lam’


oleh Chai Loon Guan,
Pelita Bahasa, Bil. 12/2020
Dewan Bahasa dan Pustaka

[6 markah]

JAWABAN SET 4
1 Ayat : “Cikgu, ada budak mengamuk,” lapor Swee Lan, murid
tahun 6, pengawas sekolah di bilik guru.

Jenis ayat : Ayat ___________________________ ( seruan / penyata)

2 Ayat : “Siapa, Swee Lan?” tanya Cikgu Bo, guru disiplin, pantas.

Jenis ayat : Ayat ___________________________ ( tanya / perintah)

3 Ayat : “Boboi! Boboi Lam!”

Jenis ayat : Ayat ___________________________ ( seruan/ perintah)

4 Ayat : Ah, murid yang bermasalah itu lagi!

Jenis ayat : Ayat ___________________________ ( tanya / seruan)

5 Ayat : Bermasalah, kenapa harus dibiarkan?

Jenis ayat : Ayat ___________________________ ( penyata / tanya)

6 Ayat : “Beritahu Cikgu Tan, PK HEM segera,” turun arahan Cikgu


Bo kepada Swee Lan.

Jenis ayat : Ayat ___________________________ ( seruan / perintah)

SET 5 (RAGAM AYAT : AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF)


LATIHAN

Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan tiga ayat aktif yang anda pilih
menjadi ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

Saya menghargai keunikan bangunan serta persekitaran yang bersih di kawasan


kuil berkenaan. Kerajaan Korea Selatan masih tetap memelihara rumah
tradisional seperti waktu dahulu. Jeneral Kim Bin-gil dengan tenteranya
membina perkampungan ini menggunakan tanah liat untuk melindungi kawasan
itu daripada rampasan lanun Jepun pada tahun ke-6 pemerintahan King Taejo.
Kewujudan struktur benteng menunjukkan kebijaksanaan dan kreativiti nenek
moyang mereka pada suatu ketika dahulu untuk membina sistem pertahanan
yang berkesan terhadap musuh. Penduduknya masih melaksanakan aktiviti yang
dilakukan oleh nenek moyang mereka seperti berkebun.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Suncheon bandar ekologi Korea Selatan’
oleh Abdul Halim Abdullah, Dewan Siswa, Bil. 1/2020

[6 markah]
JAWABAN SET 5

1 Ayat aktif : Saya menghargai keunikan bangunan serta persekitaran


yang bersih di kawasan kuil berkenaan.

Ayat pasif : _______________________________ serta persekitaran yang bersih


di kawasan kuil berkenaan ________________ hargai.

2 Ayat aktif : Kerajaan Korea Selatan masih tetap memelihara rumah


tradisional seperti waktu dahulu.

Ayat pasif : ______________________ masih tetap dipelihara oleh


_______________________________________ seperti waktu dahulu.

3 Ayat aktif : Jeneral Kim Bin-gil dengan tenteranya membina


perkampungan ini menggunakan tanah liat untuk
melindungi kawasan itu daripada rampasan lanun Jepun
pada tahun ke-6 pemerintahan King Taejo.

Ayat pasif : _________________________________ ini dibina oleh


______________________________________________ dengan
tenteranya menggunakan tanah liat untuk melindungi
kawasan itu daripada rampasan lanun Jepun pada tahun
ke-6 pemerintahan King Taejo.

SOALAN 3 PENYUNTINGAN
SET 1

Petikan di bawah mengandungi 13 kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan


kesalahan- kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada sepuluh
kesalahan yang terdapat dalam petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan
tersebut.

Boling padang merupakan sukan yang gemari di negara-negara komanwel.


Permainan ini memerlukan beberapa bola biji besi asimetri yang dipanggil bowl,
bola kayu kecil mewarna putih atau kuning yang dinamakan jack, pita pengukur,
dan tikar. Gelanggang boling padang di kenali sebagai green. Terdapat tiga jenis
gelanggang, iaitu gelanggang yang ditanam dengan rumput asli, dilitupi rumput
tiruan, dan dilembarkan karpet. Gelanggang rumput asli dan rumput tiruan
berada di kawasan luar, manakala gelanggang berkarpet berada dalam dewan.
Gelanggang luar dikelilingi parit yang mengandungi pasir halus dan tebingnya
diperbuat dari kayu atau konkret serta dilapik dengan karpet atau getah supaya
tidak memberikan lantunan yang kuat.

Boling padang dipertanding di dalam empat kategori, iaitu perseorangan,


berpasangan, bertiga, dan berempat untuk lelaki dan wanita. Bagi acara
perseorangan dan berpasangan akan pemain menggunakan masing empat biji
bowl.

[13 markah]

JAWABAN SET 1

1 ___________________________________________________ - digemari
_
2 ___________________________________________________ - Komanwel
_
3 ___________________________________________________ - biji bola
_
4 ___________________________________________________ - berwarna
_
5 ___________________________________________________ - dikenali
_
6 ___________________________________________________ - diliputi
_
7 ___________________________________________________ - dihamparkan
_
8 ___________________________________________________ - di dalam
_
9 ___________________________________________________ - daripada
_
10 ___________________________________________________ - konkrit
_
11 ___________________________________________________ - dipertandingkan
_
12 ___________________________________________________ - pemain akan
_
13 ___________________________________________________ - masing-masing
_
SET 2

Petikan di bawah mengandungi sembilan kesalahan bahasa. Senaraikan dan


betulkan kesalahan- kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih
daripada sepuluh kesalahan yang terdapat dalam petikan. Anda tidak perlu
menyalin petikan tersebut.

Masyarakat Melayu mewah dengan pelbagai kesenian dan kebudayaan


tradisional. Kekayaan hasil kesenian dan kebudayaan masyarakat Melayu ini
bukan sahaja dibangga-banggakan masyarakat Malaysia malahan oleh
masyarakat luar negara. Terdapat berbagai bentuk tarian masyarakat Melayu
terdapat di Malaysia. Tarian ini pula boleh dibahagikan kepada pecahannya yang
lebih kecil iaitu dari segi negeriannya. Boleh dikatakan hamper setiap negeri
mempunyai seni tariannya yang tersendiri. Perbezaan seni tari dari setiap negeri
tersebut boleh terlihat dari segi pakaian, cara persembahan, lenggok tarian,
peralatan yang digunakan dan beberapa criteria lain. Dalam kebudayaan Melayu
tarian merupakan salah satu warisan yang masih ada hingga hari ini. Oleh itu,
kita perlu memelihara kesenian dan kebudayaan tradisional kerana generasi
muda akan datang.

Dipetik dan diubah suai daripada


https://k13.upm.edu.my/artikel/zapin_warisan_bangsa-54883

[9 markah]

JAWABAN SET 2

1 ______________________________________ - kaya
2 ______________________________________ - berbagai-bagai / pelbagai
3 ______________________________________ - dibangga-banggakan oleh masyarakat
4 ______________________________________ - kenegeriannya
5 ______________________________________ - hampir
6 ______________________________________ - dilihat
7 ______________________________________ - kriteria
8 ______________________________________ - kekal
9 ______________________________________ - untuk

SET 3

Petikan di bawah mengandungi 11 kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan


kesalahan- kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada sepuluh
kesalahan yang terdapat dalam petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan
tersebut.

Negara pengeluar beras dunia sedang berhadapan dengan masalah pembekalan


berikutan pengeluaran yang paling merosot sekali ke atas komoditi tersebut.
Negara-negara pengeksport beras terpaksa membayar harga yang tinggi ekoran
tumbuhan hasil padi yang semakin merosot. Perkara ini bertambah buruk
bahawa wujud krisis bekalan beras dari negara pembekal. Peningkatan harga
beras berada di bawah kawalan negara pengimport kerana ditentukan oleh
pasaran kuasa peringkat antara bangsa. Dalam pasaran domestik, kenaikan
harga makanan ruji yang bukan menentu telah mendorong pihak-pihak tertentu
terus memanipulasi pasaran termasuk menyorokkan bekalan beras dengan
tujuan untuk menaikkan harganya dan mengaut pendapatan yang berlebihan.
Perbuatan ini jelas sekali membebankan para-para pengguna. Pada masa yang
sama kerap berlaku pembelian panik berikutan khabar angin tentang kenaikan
harga komoditi ini. Masalah ini jika sekiranya tidak ditangani dengan segeranya
akan menyebabkan rakyat terus dibeban oleh kenaikan harga beras.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Sekuriti Makanan Ruji’,
Utusan Malaysia, 11 April 2018

[11 markah]

JAWABAN SET 3
1 _______________________________________ - paling merosot / merosot sekali
2 _______________________________________ - pengimport
3 _______________________________________ - keluaran
4 _______________________________________ - apabila
5 _______________________________________ - di luar
6 _______________________________________ - kuasa pasaran
7 _______________________________________ - antarabangsa
8 _______________________________________ - tidak
9 _______________________________________ - keuntungan
10 _______________________________________ - para pengguna
11 _______________________________________ - itu

SET 4

Bahan-bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti,


senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis
kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak
perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

Bahan 1

Trend penggunaan bahasa rojak kini menjadi sebahagian dari kata seharian
remaja. Kesannya, individu yang menggunakan bahasa Melayu baku dianggap
sebagai skema dan ditinggal zaman. Generasi alaf baru pula keliru untuk
menggunakan bahasa yang sesuai dalam kehidupan seharian. Bahasa rojak yang
menjadi ikutan ramai ini akan menghakis ketulinan bahasa Melayu secara
perlahan-lahan. Keadaan ini menjadi semakin buruk bila ada segelintir murid
terpengaruh untuk menggunakan bahasa rojak dalam penulisan tugasan.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Bahasa Rojak Hilangkan Jiwa Bangsai’
Berita Harian Online, 24 April 2019

[6 markah]

Bahan 2

Azam : Dah beberapa kali kau menjual ayam?


Hakim : Sudah enam kali. Ayam kecil-kecil yang kita lihat di dalam
reban ialah pusingan yang ketujuh.
Azam : Bagaimana hasilnya? Aku harap semuanya dijalankan
dengan baiknya.
Hakim : Aku tahu pelihara ayam ini satu risiko. Tetapi kalau semua
orang takut, bagaimana manusia hendak mendapatkan
barang makanan? Cuma, kadang-kadang aku rasa terlalu
banyak masaalah yang menimpa.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Cerpen Ayam, Kaduk dan Raja’
dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Kementerian Pendidikan Malaysia

[5 markah]

JAWABAN SET 4

Bahan 1

1 ___________________________________________ - daripada
2 ___________________________________________ - ketinggalan
3 ___________________________________________ - baharu
4 ___________________________________________ - ketulenan
5 ___________________________________________ - apabila
6 ___________________________________________ - tugasan penulisan

Bahan 2

1 ___________________________________________ - berapa
2 ___________________________________________ - Ayam-ayam kecil
3 ___________________________________________ - berjalan
4 ___________________________________________ - memelihara
5 ___________________________________________ - masalah
SET 5

Bahan-bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti,


senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis
kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak
perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

Bahan 1

Teknoloji Mudah Alih Generasi Kelima (5G) bakal menjadi komponen


penting kepada Malaysia di dalam mencapai starus negara maju. Teknoloji ini
mampu memperkenal perkhidmatan baru dan meningkatkan keberkesanan
pengeluaran. Sehubungan itu, sejak April tahun lalu, syarikat telekomunikasi
membuat persiapan bagi menyediakan teknoloji 5G negara dijangka dapat
memulakan operasi komersial pada suku ketiga tahun ini. Katanya, penggunaan
5G ialah permulaan kepada usaha negara memperkukuhkan ekonomi bagi
pencapaian pertumbuhan yang mapan. Setakat ini, terdapat 56 tapak langsung
5G di Kedah, Kuala Lumpur, Perak, Selangor, Terengganu dengan Pulau Pinang.

Sumber : Internet

[6 markah]

Bahan 2

KUALA LUMPUR, 30 Jun – Sebanyak 21,862 kes jenayah siber direkodkan di


seluruh negara membabitkan harga kerugian mencecah RM5.8 billion.
Penjenayah siber seperti Macau Scam dan African Scam akan menggunakan
internet sebagai medium supaya mencari mangsa. Oleh itu, Polis Diraja
Malaysia (PDRM) melihat wujud keperluan untuk menyebarkan tentang ilmu
pengetahuan pada masyarakat supaya mereka dapat mengelak daripada
menjadi mangsa sindiket penipuan jenayah siber.
Sumber: Internet

[5 markah]

JAWABAN SET 5

Bahan 1

1 _________________________________ - dalam
2 _________________________________ - memperkenalkan
3 _________________________________ - baharu
4 _________________________________ - Sehubungan dengan itu
5 _________________________________ - teknologi
6 _________________________________ - memperkukuh

Bahan 2

1 _________________________________ - jumlah
2 _________________________________ - bilion
3 _________________________________ - Internet
4 _________________________________ - untuk
5 _________________________________ - menyebarkan ilmu
SOALAN 4 BAHASA MELAYU STANDARD
SET 1
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula
petikan tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan
maksud asalnya.

Maka sembah Kertala Sari, “Jikalau tuanku hendak menitahkan patik aji, baiklah
segera patik suruh hantarkan ke Melaka dengan sebuah perahu supaya patik
segera kerjakan seperti titah paduka Betara itu.” Maka titah Seri Betara, “Hai
Patih Gajah Mada, segeralah suruh hantar ke Melaka.” Maka Patih Gajah Mada
pun berlengkap sebuah perahu dengan sepuluh orang sertanya yang pergi.

Dipetik daripada
Kepimpinan Melalui Teladan
dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia

[6 markah]

JAWABAN SET 1

Sembah __________________________________, “Kalau tuanku hendak menitahkan patik

____________, baiklah cepat patik disuruh hantar ke _________________________ dengan

sebuah ____________________ supaya patik segera melaksanakan seperti titah

______________________________ itu.” _________________________ bertitah, “Wahai

________________________________________, cepatlah disuruh hantar

____________________________ ke Melaka. _______________________________ bersedia dengan

sebuah perahu dengan sepuluh orang untuk pergi ke Melaka.

SET 2
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula
petikan tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan
maksud asalnya.

Maka titah baginda, “Bagaimana tipu Laksamana maka dapat membunuh


penjurit itu?”
Maka diceritakannya segala hal-ehwalnya. Maka baginda pun hairan terlalu
sukacita. Maka baginda pun memberi anugerah akan Laksamana. Maka sembah
Laksamana, “Ya tuanku, baiklah titahkan segala rakyat berangkut segala harta
itu.”

Dipetik daripada
Kepimpinan Melalui Teladan
dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia

[6 markah]

JAWABAN SET 2

___________________________ bertitah, “Bagaimanakah tipu muslihat

___________________________ hingga dapat membunuh _______________________ itu?”

Semua perkara diceritakannya. Baginda hairan tetapi terlalu gembira.

Baginda memberikan ___________________________ kepada Laksamana. Laksamana

menyembah, “Ya tuanku, baiklah dititahkan seluruh rakyat mengangkut segala

___________________________ itu.

SET 3
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula
petikan tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan
maksud asalnya.

Hatta, berapa lamanya maka datang pula orang Siam menyerang Melaka; Awi
Dicu nama panglimanya. Maka kedengaran khabarnya ke Melaka; maka
dipersembahkan orang kepada Sultan. Maka baginda pun menitahkan Bendahara
berlengkap akan mengeluari orang Siam. Seri Bija Diraja dan segala hulubalang
sekaliannya dititahkan baginda mengiringkan Bendahara Paduka Raja itu.

Dipetik daripada
Burung Terbang Dipipiskan Lada
dalam Antologi Sejadah Rindu,
Kementerian Pendidikan Malaysia

[6 markah]

JAWABAN SET 3

Tidak berapa lamanya datang pula orang _________________________________

menyerang _________________________________. _____________________________________ nama

panglimanya. Kedengaran beritanya ke Melaka; Orang mempersembahkan

kepada __________________________________. Baginda menitahkan

_________________________________ bersedia untuk mengusir orang Siam.

__________________________________ dan semua hulubalang dititahkan oleh baginda

untuk mengiringi Bendahara _________________________________________ itu.

SET 4
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula
petikan tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan
maksud asalnya.

Hatta, maka baginda fikir berbicara hendak memuafakatkan Seri Nara Diraja
dengan Paduka Raja. Maka baginda pun menyuruh memanggil Seri Nara Diraja;
maka dia pun hadirlah. Maka titah Sultan Muzaffar Syah, “Mahukah Seri Nara
Diraja beristeri?”
Maka sembahnya, “Jikalau ada kurnia Duli Yang Dipertuan, baiklah, tuanku.”

Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’


dalam antologi Sejadah Rindu,
Kementerian Pendidikan Malaysia

[6 markah]

JAWABAN SET 4

Baginda berfikir mahu menyatukan _______________________________________ dengan

_________________________. Baginda menyuruh untuk memanggil

____________________________; Lalu dia hadir. Titah Sultan

__________________________________, “Mahukah Seri Nara Diraja beristeri?”

Sembahnya, “Jika ada kurnia _______________________________________, baiklah,

tuanku.”

SET 5
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula
petikan tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan
maksud asalnya.

Telah dipandang oleh orang Siam api tiada terbilang lagi banyaknya, maka kata
hulubalang Siam, “Terlalu banyak kelengkapan perahu Melaka ini, tiada terbilang
lagi. Jikalau ia datang apa hal kita? Sedang sebuah perahunya tadi lagi tiada
terlawan oleh kita.”
Maka kata Awi Dicu, “Benarlah seperti kata kamu itu; marilah kita kembali
sementara belum siang ini.”

Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’


dalam antologi Sejadah Rindu,
Kementerian Pendidikan Malaysia

[6 markah]

JAWABAN SET 5

Telah dipandang oleh orang _______________________________ api tidak terhitung

banyaknya, kata _____________________________ Siam, “Terlalu banyak disediakan

perahu _______________________________ ini, tidak terhitung. Jikalau dia datang

bagaimanakah keadaan kita?” Sedangkan sebuah perahunya tadi tidak terlawan

oleh kita.”

Kata _________________________________, “Benarlah seperti kata kamu itu; marilah

kita kembali sementara belum _________________________________ ini.”

SOALAN 5 PERIBAHASA
SET 1
Isikan tempat kosong dalam perbualan di bawah dengan peribahasa yang sesuai.

Aziah : Pada minggu lalu, saya telah pergi ke Hutan Lipur Sungai
Kanching dengan rakan pejabat. Kami tertarik untuk berkelah
di sana memandangkan gambar dan video yang kami lihat
memaparkan tempat itu sangat cantik dan bersih. Malangnya,
apabila kami tidak, keindahan yang diperkatakan tidaklah
sama, bak peribahasa (i)________________________________________
_______________________lebih baik saya melancong ke luar negara.
Wan Faridah : Benar, negara luar banyak menawarkan destinasi yang
menarik. Namun begitu, perlu awak ingat bahawa sebaik-baik
mana pun negara luar, negara kita tetap mempunyai
kelebihan. Hal ini dapatkan dikaitkan dengan peribahasa
(ii)___________________________________________________________________
.

Sharifah : Kata-kata Wan Faridah memang betul. Sekiranya kamu


memandu kenderaan untuk melancong, janganlah membawa
kereta dalam keadaan tergopoh-gapah kerana kamu pasti
tiba ke destinasi yang ditujui. Benarlah kata orang tua-tua,
(iii)________________________________________________________________.

[6 markah]

JAWABAN SET 1

1. Indah khabar dari __________________________

2. Hujan ___________________________ di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri,


lebih baik di negeri sendiri

3. Takkan lari _______________________ dikejar

emas gunung rupa

SET 2
Tulis tiga peribahasa yang sesuai berdasarkan petikan di bawah.

“Hujan pula turun. Kita berteduh dulu di sini,” kata ayah kepada kami.
Sambil Habibah berteduh, dia sempat memetik pokok di sebelahnya.
“Kakak, buang pokok tu, nanti gatal-gatal,” tegah adiknya yang melihat
Habibah mengelus-elus daun pokok yang dipetiknya.
“Benarkah? Jangan-jangan adik memandai-mandai sahaja ni!” kata Habibah.
“Jangan pandang rendah kepada adik ya! Adik belajar tentang cara
mengenali pokok beracun dan berbahaya melalui Kelab Pencinta Alam. Budak
kecil tidak semestinya tidak tahu manakala orang tua pula belum tentu semua
tahu,” ujar adiknya.
“Ayah naiklah dulu. Habibah rasa dah tak larat. Habibah tunggu di sini saja
sampai abah turun.” Tiba-tiba Habibah bersuara.
“Kalau takut akan cabaran untuk ke puncak, janganlah lakukan pendakian!”
marah adiknya.
Akhirnya Habibah terpaksa akur dan meneruskan pendakian.

[6 markah]

JAWABAN SET 2

1. Sambil menyelam minum ____________________________

2. Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka ____________________________

3. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi _______________________

buaya pantai susu


bapa air gunung

SET 3
Petikan di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa
sahaja, kemudian berikan peribahasa lain yang sama maksud atau hampir
sama maksud dengan peribahasa tersebut.

Bagi menjamin keharmonian negara, setiap masyarakat perlulah seia dan


sekata seperti peribahasa serumpun bagai serai, selubang bagai tebu. Hal ini
amat penting kerana tanpa permuafakatan segala perancangan yang dibuat tidak
akan terlaksana dengan jayanya. Selain itu, masyarakat perlulah bersatu hati
dalam melaksanakan apa-apa tugasan kerana orang tua-tua ada berpesan
bahawa seperti telur dua sebandung, pecah satu pecah keduanya.

Di samping itu, masyarakat perlulah sentiasa berbincang untuk mencapai


keputusan. Bijak pandai ada menyebut, bulat bagai air dalam pembuluh.
Sesungguhnya, untuk merealisasikan impian menjadikan Malaysia sebagai
negara maju, setiap warganegara harus memahami tanggungjawab masing-
masing agar negara kita bersukat sama paras, bertimbang sama berat.

[4 markah]

JAWABAN SET 3

1. Serumpun bagai serai, selubang bagai tebu


- Seikat bagai ______________________, serumpun bagai ____________________________

2. Seperti telur dua sebandung, pecah satu pecah keduanya


- __________________________ sesangkak, pecah satu pecah ________________________

semua telur sirih serai

SET 4
Dalam dialog di bawah, terdapat beberapa peribahasa. Senaraikan dua
peribahasa dan tuliskan maksud peribahasa itu seperti di bawah.

Peribahasa : _____________________________________________________________
Maksud : _____________________________________________________________

Normah : Bersukan amat baik untuk kesihatan tubuh dan juga minda kita.
Apabila kita bersukan, kalori bukan sahaja dapat dibakar tetapi
peredaran darah juga sampai ke seluruh tubuh, termasuk otak.
Benarlah kata bijak pandai bahawa badan sihat otak cerdas.
Fatimah : Selain itu, sukan juga dapat memupuk kerjasama yang utuh
bagai aur dengan tebing. Misalnya, sukan yang dimainkan
secara berpasukan seperti bola sepak memerlukan ahli
bekerjasama.
Mesliah : Saya begitu sedih kerana sukan rakyat atau lebih dikenali
sebagai permainan tradisional semakin dipinggirkan. Sebagai
generasi muda, kita perlulah melestarikannya agar tidak pupus
persis peribahasa tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

[4 markah]

JAWABAN SET 4

1 Peribahasa : ______________________ sihat ___________________ cerdas


Maksud : Kesihatan yang baik membolehkan kita melahirkan
idea yang bernas

2 Peribahasa : Bagai ____________________ dengan _____________________


Maksud : Tolong-menolong antara satu dengan yang lain

tebing otak badan aur

SET 5
Isikan tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

“Tahniah, kamu akan mewakili pasukan ragbi negeri ke peringkat


kebangsaan!” ucap Cikgu Siva.
Ketika menerima surat tersebut, hati Adib melonjak girang. Impian selama
ini sudah dalam genggaman. Tawaran tersebut bagai
(1)__________________________________________ kerana sejak dahulu lagi dia berusaha
untuk mengharumkan nama sekolah.
Kawan-kawannya amat berbangga. Dalam pasukan ragbi sekolah, Adib
menjadi (2)___________________________ kerana kehandalannya dan kelicikannya
menjaringkan gol. Kehadiran Adib sering menjadi ancaman pihak lawan.
Namun, (3)____________________________________________ kerana ketika latihan
dilakukan, dia mengalami kecederaan sehingga tisu kakinya tercedera. Adib
menangis bukan kerana kesakitan tetapi dia tahu peluangnya untuk
menyertai pertandingan menjadi tipis.

[6 markah]

JAWABAN SET 5

1. Bagai ______________________________ jatuh ke riba


2. ________________________________ belakang
3. _______________________________ tidak berbau

tulang malang bulan


SKEMA JAWABAN

SOALAN 1 : MORFOLOGI

SET 1 (KATA TUNGGAL DAN KATA MAJMUK)

Kata nama tunggal [pilih 2 sahaja]

1. bangsa
2. usia
3. masyarakat
4. negara
5. pihak
6. rakyat

Contoh ayat kata nama tunggal

1. Setiap bangsa di dunia ini mempunyai budaya seperti makanan dan adat
perkahwinan yang diwarisi secara turun-temurun daripada nenek moyang.
2. Pertambahan usia seseorang akan menyebabkan kulit menjadi berkedut dan
rambut beruban.
3. Amalan bergotong-royong ketika majlis perkahwinan masih diamalkan oleh
masyarakat di kampung itu.
4. Kita perlulah mengelakkan perselisihan faham bagi menjaga keamanan
negara.
5. Kemajuan sektor pertanian bukan sahaja bergantung pada kerajaan tetapi
juga usaha pihak lain seperti swasta dan petani.
6. Sebagai rakyat yang patriotik, kita perlulah mematuhi undang-undang dan
menjaga perpaduan.

Kata nama majmuk [pilih 2 sahaja]

1. antarabangsa
2. prosedur operasi standard
3. kerjasama
4. penyakit berjangkit

Contoh ayat kata nama majmuk

1. Usahawan perlulah menguasai teknologi maklumat supaya boleh


memasarkan produk mereka ke peringkat antarabangsa.
2. Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) oleh orang ramai boleh
mengurangkan jangkitan wabak COVID-19.
3. Syarikat tempatan haruslah menjalinkan kerjasama dengan pelabur luar
untuk meningkatkan keuntungan.
4. Amalan penjagaan kebersihan diri dapat mengelakkan penyakit berjangkit
seperti COVID-19 dan H1N1.

SET 2 (KATA TUNGGAL)

Kata nama terbitan [pilih 2 sahaja]

1. pedalaman
2. penyumbang
3. lapangan
4. pendapatan
5. permintaan
6. keseimbangan

Ayat kata nama terbitan

1. Kebanyakan masyarakat di kawasan pedalaman masih bergantung hidup


pada sumber hutan.
2. Sikap pemandu yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya menjadi
penyumbang utama kepada kemalangan.
3. Datuk Siti Nurhaliza mula bergiat aktif dalam lapangan seni suara sejak
berusia 17 tahun.
4. Penjualan hasil tani seperti buah-buahan dan sayur-sayuran di pasar tani
memberikan pendapatan kepada petani.
5. Pertambahan penduduk di seluruh dunia menjadikan permintaan terhadap
makanan meningkat.
6. Setiap umat Islam perlulah mengejar keseimbangan dunia dengan akhirat
bagi mencapai kehidupan yang sejahtera.

Kata kerja terbitan [pilih 2 sahaja]

1. digunakan
2. membekalkan
3. mempunyai
4. menjanakan
5. menurunkan
6. memberikan

Ayat kata kerja terbitan

1. Peluntur telah digunakan oleh ibu untuk menghilangkan daki pada kolar
baju.
2. Pengambilan karbohidrat seperti nasi, mi dan roti dapat membekalkan
tenaga kepada seseorang.
3. Baju yang berharga RM70.00 itu tidak dibelinya kerana tidak mempunyai
wang yang cukup.
4. Usaha memajukan sektor pelancongan dapat menjanakan ekonomi negara
melalui perbelanjaan pelancong.
5. Cikgu Taufiq menurunkan bendera separuh daripada tiang sebagai tanda
perkabungan.
6. Ayah memberikan hadiah sebuah basikal kepada adik kerana mendapat
tempat pertama dalam peperiksaan.
SET 3 (KATA GANDA DAN AKRONIM)

Kata ganda [pilih 2 sahaja]

1. menunjuk-nunjuk
2. seolah-olah
3. beringat-ingat

Ayat kata ganda

1. Pemuda itu cuba menunjuk-nujuk kepandaiannya dengan memberikan


pelbagai cadangan kepada ketua kampung.
2. Rumah Pak Mat bersawang dengan sarang labah-labah seolah-olah tidak
dihuni sesiapa.
3. Masyarakat perlulah beringat-ingat semasa kesenangan dengan
menyimpan wang sebelum ditimpa kemalangan.

Kata akronim [pilih 2 sahaja]

1. Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)


2. halaju
3. tadika

Ayat kata akronim

1. Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)


perlulah membuat kajian komprehensif tentang punca-punca kemalangan
jalan raya.
2. Pemandu yang memandu kenderaan melebihi halaju yang ditetapkan
berisiko tinggi untuk terlibat dalam kemalangan maut.
3. Ramai ibu bapa memilih tadika itu untuk menghantar anak mereka kerana
pembelajaran meliputi akademik dan keagamaan.
SET 4 (GOLONGAN KATA KERJA)

Kata kerja transitif [pilih 2 sahaja]

1. ditutup
2. dikawal
3. memastikan
4. dihasilkan
5. memperoleh

Ayat kata kerja transitif

1. Kedai runcit itu ditutup selama tiga hari untuk proses penyahkumanan
setelah pekerjanya dijangkiti wabak COVID-19.
2. Remaja yang ditahan berlumba haram itu telah dikawal oleh pihak polis
dengan ketat untuk mengelakkan mereka lari.
3. Ibu bapa perlu memastikan anak-anak mendapat kasih sayang yang
secukupnya dengan meluangkan masa bersama.
4. Model rumah tradsional Melaka itu telah dihasilkan kumpulan Syamil
menggunakan barangan terpakai secara bekerjasama.
5. Syarikat itu memperoleh keuntungan yang besar apabila produk baharunya
mendapat sambutan yang tinggi.

Kata kerja tak transitif [pilih 2 sahaja]

1. bermula
2. berbentuk
3. terbakar
4. menjadi

Ayat kata kerja tak transitif

1. Perlawanan bola sepak yang dijadualkan pada pukul 4.00 petang itu
bermula agak lewat kerana hujan turun dengan lebatnya.
2. Objek yang berbentuk lonjong itu dikatakan sebagai bom oleh penduduk
yang menjumpainya ketika bercucuk tanam.
3. Deretan rumah setinggan itu terbakar kerana berlaku letupan tong gas di
sebuah rumah.
4. Nelayan itu menjadi kaya apabila memenangi cabutan bertuah di bank
sebanyak RM1 juta.
SET 5 (KATA ADJEKTIF)

Kata adjektif [pilih 4 sahaja]

1. cemas
2. panik
3. buruk
4. liar
5. tebal
6. tinggi

Ayat kata adjektif

1. Mak Minah sangat cemas apabila mendapat perkhabaran bahawa suaminya


terlibat dalam kemalangan.
2. Pelajar perempuan itu agak panik hingga badannya menggigil ketika
mendengar masa menjawab soalan hampir habis.
3. Ekonomi keluarganya menjadi semakin buruk sejak ayahnya diberhentikan
kerja pada pandemik COVID-19 ini.
4. Apabila tiba di majlis keraian itu, matanya sungguh liar memerhatikan
seluruh dewan jika ada kenalan yang turut hadir.
5. Ibu menggunakan selimut paling tebal untuk menyelimuti adik yang demam
bagi mengeluarkan peluh.
6. Harapan Puan Chin amat tinggi untuk melihat anak sulungnya berjaya bagi
menjadi pendorong kepada adik-adik.
SOALAN 2 : SINTAKSIS

SET 1 (SUBJEK DAN PREDIKAT)

1 Subjek : Pihak berkuasa perlu mewajibkan setiap penduduk di


kawasan itu
Predikat : sentiasa berada di rumah atau kawasan yang
dikategorikan selamat

2 Subjek : Perkara ini


Predikat : bertepatan dengan arahan pihak berkuasa China untuk
memperluas sekatan perjalanan keluar ke atas Wuhan
dan tujuh lagi bandar

3 Subjek : Melihat perkembangan semasa wabak tersebut semua


rakyat di negara ini
Predikat : yang ingin keluar negara dinasihatkan memberi
keutamaan kepada kesihatan atau menangguhkan
perjalanan mereka.

SET 2 (POLA AYAT)

1 Pola ayat FN + FN
FN : Kawasan bandar
FN : merupakan penyumbang utama pembebasan karbon
dioksida dan gas rumah tanaman akibat aktiviti manusia

2 Pola ayat FN + FA
FN : Hutan bandar yang berkualiti dan stabil dalam
ekosistem
FA : sangat baik untuk diketengahkan

1 Pola ayat FN + FK
FN : Bidang perhutanan bandar
FK : perlu mencari pendekatan lebih kreatif
SET 3 (AYAT MAJMUK)

1. Kenaf yang merupakan keluarga pokok bunga raya sangat berguna dalam
kehidupan manusia kerana / lantaran / oleh sebab mempunyai gentian,
iaitu bahan asas penting dalam pembuatan beberapa jenis produk.
2. Industri kenaf menunjukkan bahawa perkembangan positif berlaku
daripada pelibatan sektor swasta hingga / sehingga berjaya meningkatkan
nilai jualan.
3. Pengeluaran kenaf dapat membantu rakyat menjanakan pendapatan dan /
selain / di samping berupaya membantu sektor tekstil negara supaya /
agar dapat mengurangkan import kapas.

SET 4 (JENIS AYAT)

1 Ayat : “Cikgu, ada budak mengamuk,” lapor Swee Lan, murid


tahun 6, pengawas sekolah di bilik guru.
Jenis ayat : Ayat penyata

2 Ayat : Kemunculan Swee Lan secara mengejut, turut


mengejutkan guru-guru di bilik guru.
Jenis ayat : Ayat penyata

3 Ayat : “Siapa, Swee Lan?” tanya Cikgu Bo, guru disiplin, pantas.
Jenis ayat : Ayat tanya

4 Ayat : “Boboi! Boboi Lam!”


Jenis ayat : Ayat seruan

5 Ayat : Ah, murid yang bermasalah itu lagi!


Jenis ayat : Ayat seruan

6 Ayat : Bermasalah, kenapa harus dibiarkan?


Jenis ayat : Ayat tanya

7 Ayat : “Beritahu Cikgu Tan, PK HEM segera,” turun arahan Cikgu


Bo kepada Swee Lan.
Jenis ayat : Ayat perintah

8 Ayat : Dengan bantuan guru kaunseling, Cikgu Chee dan Cikgu


Akiya, Cikgu Bo bergegas ke bilik darjah Tahun 5 Hijau.
Jenis ayat : Ayat penyata

9 Ayat : Kebetulan ketika itu waktu pertukaran mata pelajaran.


Jenis ayat : Ayat penyata
SET 5 (RAGAM AYAT : AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF)

1 Ayat aktif : Saya menghargai keunikan bangunan serta persekitaran


yang bersih di kawasan kuil berkenaan.
Ayat pasif : Keunikan bangunan serta persekitaran yang bersih di
kawasan kuil berkenaan saya hargai.

2 Ayat aktif : Kerajaan Korea Selatan masih tetap memelihara rumah


tradisional seperti waktu dahulu.
Ayat pasif : Rumah tradisional masih tetap dipelihara [oleh] kerajaan
Korea Selatan seperti waktu dahulu.

3 Ayat aktif : Jeneral Kim Bin-gil dengan tenteranya membina


perkampungan ini menggunakan tanah liat untuk
melindungi kawasan itu daripada rampasan lanun Jepun
pada tahun ke-6 pemerintahan King Taejo.
Ayat pasif : Perkampungan ini dibina [oleh] Jeneral Kim Bin-gil
dengan tenteranya menggunakan tanah liat untuk
melindungi kawasan itu daripada rampasan lanun Jepun
pada tahun ke-6 pemerintahan King Taejo.

4 Ayat aktif : Kewujudan struktur benteng menunjukkan kebijaksanaan


dan kreativiti nenek moyang mereka pada suatu ketika
dahulu untuk membina sistem pertahanan yang berkesan
terhadap musuh.
Ayat pasif : Kebijaksanaan dan kreativiti nenek moyang mereka pada
suatu ketika dahulu ditunjukkan [oleh] kewujudan
struktur benteng untuk membina sistem pertahanan
yang berkesan terhadap musuh.

5 Ayat aktif : Penduduknya masih melaksanakan aktiviti yang


dilakukan oleh nenek moyang mereka seperti berkebun.
Ayat pasif : Aktiviti yang dilakukan oleh nenek moyang mereka
seperti berkebun masih dilaksanakan [oleh]
penduduknya.
SOALAN 3 : PENYUNTINGAN

SET 1

1 gemari - digemari
2 komanwel - Komanwel
3 bola biji - biji bola
4 mewarna - berwarna
5 di kenali - dikenali
6 dilitupi - diliputi
7 dilembarkan - dihamparkan
8 dalam - di dalam
9 dari - daripada
10 konkret - konkrit
11 dipertanding - dipertandingkan
12 akan pemain - pemain akan
13 masing - masing-masing

SET 2

1 mewah - kaya
2 berbagai - berbagai-bagai / pelbagai
3 dibangga-banggakan masyarakat - dibangga-banggakan oleh masyarakat
4 negeriannya - kenegeriannya
5 hamper - hampir
6 terlihat - dilihat
7 criteria - kriteria
8 ada - kekal
9 kerana - untuk

SET 3

1 paling merosot sekali - paling merosot / merosot sekali


2 pengeksport - pengimport
3 tumbuhan - keluaran
4 bahawa - apabila
5 di bawah - di luar
6 pasaran kuasa - kuasa pasaran
7 antara bangsa - antarabangsa
8 bukan - tidak
9 pendapatan - keuntungan
10 para-para pengguna - para pengguna
11 ini - itu
12 jika sekiranya - jika / sekiranya
13 dibeban - terbeban
SET 4

Bahan 1

1 dari - daripada
2 ditinggal - ketinggalan
3 baru - baharu
4 ketulinan - ketulenan
5 bila - apabila
6 penulisan tugasan - tugasan penulisan

Bahan 2

1 beberapa - berapa
2 Ayam kecil-kecil - Ayam-ayam kecil
3 dijalankan - berjalan
4 pelihara - memelihara
5 masaalah - masalah

SET 5

Bahan 1

1 di dalam - dalam
2 memperkenal - memperkenalkan
3 baru - baharu
4 Sehubungan itu - Sehubungan dengan itu
5 teknoloji - teknologi
6 memperkukuhkan - memperkukuh
7 pencapaian - mencapai
8 dengan - dan

Bahan 2

1 harga - jumlah
2 billion - bilion
3 internet - Internet
4 supaya - untuk
5 menyebarkan tentang ilmu - menyebarkan ilmu
6 pada - kepada
SOALAN 4 : BAHASA MELAYU STANDARD

SET 1

Sembah Kertala Sari, “Kalau tuanku hendak menitahkan patik aji, baiklah cepat
patik disuruh hantar ke Melaka dengan sebuah perahu supaya patik segera
melaksanakan seperti titah paduka Betara itu.” Seri Betara bertitah, “Wahai Patih
Gajah Mada, cepatlah disuruh hantar Kertala Sari ke Melaka. Patih Gajah Mada
bersedia dengan sebuah perahu dengan sepuluh orang untuk pergi ke Melaka.

SET 2

Baginda bertitah, “Bagaimanakah tipu muslihat Laksamana hingga dapat


membunuh pencuri itu?”

Semua perkara diceritakannya. Baginda hairan tetapi terlalu gembira.


Baginda memberikan anugerah kepada Laksamana. Laksamana menyembah, “Ya
tuanku, baiklah dititahkan seluruh rakyat mengangkut segala harta itu.

SET 3

Tidak berapa lamanya datang pula orang Siam menyerang Melaka. Awi Dicu
nama panglimanya. Kedengaran beritanya ke Melaka; Orang mempersembahkan
kepada Sultan. Baginda menitahkan Bendahara bersedia untuk mengusir orang
Siam. Seri Bija Dirama dan semua hulubalang dititahkan oleh baginda untuk
mengiringi Bendahara Paduka Raja itu.

SET 4

Baginda berfikir mahu menyatukan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja.
Baginda menyuruh untuk memanggil Seri Nara Diraja; Lalu dia hadir. Titah
Sultan Muzaffar Syah, “Mahukah Seri Nara Diraja beristeri?”
Sembahnya, “Jika ada kurnia Duli Yang Dipertuan, baiklah, tuanku.”

SET 5

Telah dipandang oleh orang Siam api tidak terhitung banyaknya, kata hulubalang
Siam, “Terlalu banyak disediakan perahu Melaka ini, tidak terhitung. Jikalau dia
datang bagaimanakah keadaan kita?” Sedangkan sebuah perahunya tadi tidak
terlawan oleh kita.”
Kata Awi Dicu, “Benarlah seperti kata kamu itu; marilah kita kembali
sementara belum siang ini.”
SOALAN 5 : PERIBAHASA

SET 1

4. Indah khabar dari rupa


5. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri
sendiri
6. Takkan lari gunung dikejar

SET 2

4. Sambil menyelam minum air


5. Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa
6. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai

SET 3

3. Serumpun bagai serai, selubang bagai tebu


- Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai

4. Seperti telur dua sebandung, pecah satu pecah keduanya


- Telur sesangkak, pecah satu pecah semua

5. Bulat bagai air dalam pembuluh


- Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat

6. Bersukat sama paras, bertimbang sama berat


- duduk sama rendah, berdiri sama tinggi

SET 4

1 Peribahasa : Badan sihat otak cerdas


Maksud : Kesihatan yang baik membolehkan kita melahirkan
idea yang bernas

2 Peribahasa : Bagai aur dengan tebing


Maksud : Tolong-menolong antara satu dengan yang lain

3 Peribahasa : Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas


Maksud : Adat yang tidak berubah atau sesuatu yang tetap utuh

SET 5
4. Bagai bulan jatuh ke riba
5. Tulang belakang / ayam tambatan
6. Malang tidak berbau

Anda mungkin juga menyukai