Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN

YOUNG INNOVATORS FAIR

1.0 PENGENALAN

YOUNG INNOVATORS FAIR adalah aktiviti anjuran Bahagian Sukan, Kokurikulum


dan Kesenian (BSKK) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama
semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Pertandingan ini merupakan satu platform
untuk murid sekolah rendah dan menengah dalam mempamer dan mengetengahkan
idea serta penemuan mereka berdasarkan tema yang ditetapkan.

Pertandingan ini bertujuan menggalakkan pemikiran secara kreatif dan kritis dalam
menghasilkan inovasi yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Kemahiran yang dapat dikembangkan melalui pertandingan ini meliputi kemahiran
berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran
mengkaji dan menganalisis, kemahiran berkomunikasi serta kemahiran berkerja
secara berpasukan.

2.0 PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT KHUSUS PENYERTAAN

2.1 Pertandingan ini dijalankan secara dalam talian.

2.2 Pertandingan ini terbuka kepada dua (2) kategori:

2.2.1 Sekolah rendah (Murid tahun 4 hingga 6)

2.2.2 Sekolah menengah (Murid tingkatan 1 hingga 5)

2.3 Dua (2) projek terbaik bagi setiap bidang daripada kategori sekolah rendah
dan sekolah menengah bagi setiap negeri layak untuk bertanding pada
peringkat kebangsaan.

2.4 Setiap penyertaan terdiri daripada tiga (3) orang murid dan seorang (1) guru
pembimbing.

2.5 Kesemua peserta mestilah daripada sekolah yang sama.

2.6 Projek inovasi mestilah asli dan tidak pernah dikomersialkan. Walau bagaimana
pun, projek inovasi yang pernah dipertandingkan dan memenangi sebarang
anugerah boleh menyertai pertandingan dengan syarat projek tersebut telah
diubahsuai atau ditambahbaik.

2.7 Projek inovasi yang didaftarkan di bawah Young Innovators Fair dibenarkan
untuk menyertai Young STEMist Conference. Sekiranya sesi telesidang
bertembung semasa Karnival STEM peringkat negeri, peserta perlu akur
dengan giliran telesidang yang telah ditentukan oleh pihak pengelola dan tiada
perubahan giliran akan dibenarkan.

2.8 Kolaborasi dengan pihak luar (universiti/industri/agensi) adalah digalakkan


untuk menguji dan menganalisis kualiti projek yang dihasilkan.
3.0 MAKLUMAT PERTANDINGAN

Peserta perlu menghasilkan video pembentangan dan laporan projek berdasarkan


bidang dan tema yang telah ditetapkan oleh penganjur.

3.1 Bidang Projek

3.1.1 Sains Kehidupan;


3.1.2 Kajian Alam Sekitar;
3.1.3 Matematik;
3.1.4 Kejuruteraan / Robotik / Sains Komputer; dan
3.1.5 Sains Sosial.

3.2 Tema

Setiap projek inovasi juga diwajibkan untuk memilih mana-mana satu (1) tema
yang dicadangkan di bawah.

3.2.1 SDG 3: Good Health and Well-being


3.2.2 SDG 4: Quality education
3.2.3 SDG 7: Affordable and Clean Energy
3.2.4 SDG 11: Sustainable Cities and Communities
3.2.5 SDG 12: Responsible consumption and production
3.2.6 SDG 13: Climate Action

3.3 Satu projek hanya dibenarkan menyertai satu bidang sahaja. Jika projek
yang sama didaftarkan lebih daripada satu bidang maka penyertaan projek
tersebut akan dibatalkan. Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar satu
projek bagi setiap bidang.

3.4 Sekiranya bidang projek yang dipilih tidak sesuai, Pihak pengelola berhak
menukarkan bidang projek dengan persetujuan guru pembimbing. Guru
pembimbing perlu akur dengan keputusan hakim. Keputusan hakim adalah
muktamad.

4.0 FORMAT PERTANDINGAN

4.1 Pertandingan akan dilaksanakan secara dalam talian. Semua bahan


penyertaan (video dan laporan) perlu:

4.1.1 dimuatnaik ke google drive peserta sebelum dihantar kepada


pengelola; dan

4.1.2 menghantar pautan google drive yang mengandungi video projek dan
laporan projek (format .pdf) melalui google form yang disediakan oleh
pengelola.

4.2 Pertukaran peserta/projek dan penambahbaikan projek tidak dibenarkan


selepas tarikh tutup penghantaran bahan pertandingan.
4.3 Format rakaman video pembentangan;
4.3.1 Durasi pembentangan mestilah tidak melebihi lima (5) minit;
4.3.2 Peserta perlu menerangkan proses penghasilan dan
kebolehfungsian projek secara terperinci. Penglibatan setiap ahli
adalah diwajibkan;
4.3.3 Video berbentuk persembahan slaid berserta voice over adalah tidak
dibenarkan;
4.3.4 Peserta dibenarkan menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa
Inggeris;
4.3.5 Suara mestilah jelas dan terang. Jika menggunakan muzik latar, perlu
dipastikan ia tidak mengganggu penerangan peserta;
4.3.6 Format yang dibenarkan bagi rakaman video adalah WMV/ MP4/MOV.
Resolusi video yang ditetapkan adalah Full HD – 1080p. Pautan
video sahaja yang perlu dihantar kepada pengelola; dan
4.3.7 Rakaman video perlu dilaksanakan dalam bentuk lanskap.

4.4 Format laporan projek


4.4.1 Laporan projek harus merangkumi:
4.4.1.1 pengenalan;
4.4.1.2 penyataan masalah;
4.4.1.3 objektif;
4.4.1.4 metodologi;
4.4.1.5 keputusan dan perbincangan;
4.4.1.6 kesimpulan;
4.4.1.7 rancangan masa depan; dan
4.4.1.8 rujukan.

4.4.2 Murid dibenarkan menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris


dalam penulisan laporan; dan
4.4.3 Penyediaan laporan projek mestilah mengikut spesifikasi yang
ditetapkan:
4.4.3.1 jenis font: Arial;
4.4.3.2 saiz font: 11;
4.4.3.3 single spacing;
4.4.3.4 tidak melebihi 3 muka surat; dan
4.4.3.5 perlu dihantar dalam format .pdf.
5.0 PROSES PENILAIAN

5.1 Proses penilaian peringkat negeri

5.1.1 Penilaian projek dilaksanakan dalam dua (2) fasa dan melibatkan tiga
(3) orang panel hakim bagi setiap bidang pertandingan.
5.1.2 Pada fasa pertama, kesemua bahan projek (laporan dan video) akan
dinilai dahulu oleh panel hakim sebelum telesidang berlangsung.

5.1.3 Fasa 2 merupakan telesidang yang wajib disertai oleh semua peserta.
Semasa telesidang, video pembentangan akan dipaparkan semula dan
diikuti dengan sesi soal jawab bersama-sama panel hakim. Durasi
sesi soal jawab adalah selama 5 hingga 10 minit. Guru pembimbing
tidak dibenarkan berada bersama-sama murid secara dalam talian
semasa sesi soal jawab.

5.1.4 Giliran telesidang akan ditentukan secara cabutan.

6.0 KRITERIA PENILAIAN

6.1 Proses penilaian dibuat berdasarkan dua (2) komponen iaitu:

6.1.1 Penulisan (laporan projek); dan

6.1.2 Pembentangan (video pembentangan dan sesi soal jawab).


6.2 Kriteria penjurian terperinci untuk laporan projek adalah seperti berikut:

KOMPONEN KRITERIA MARKAH

Kesesuaian tema dan • Menepati tema dan bidang yang dipilih


5
bidang
Pernyataan masalah • Mengenalpasti masalah dan menunjukkan
dan objektif keperluan projek tersebut dijalankan
10
• Menyatakan objektif projek dengan jelas dan
berfokus
Metodologi • Menunjukkan perancangan yang jelas dan
teratur
• Kaedah yang dipilih releven dengan objektif
10
kajian
• Menyatakan kaedah pengumpulan data yang
terancang
Keputusan dan • Mengumpul data secara sistematik
Perbincangan • Mengintepretasi data dengan tepat 10
• Menggunakan kaedah analisis data yang
sesuai dan relevan
• Menggunakan kaedah penyampaian data dan
sesuai dan tepat (jadual/graf dll.)
Perancangan masa • Dapat mengenalpasti aspek yang perlu
hadapan ditambahbaik 5
• menyatakan cadangan penambahbaikan yang
jelas
KOMPONEN KRITERIA MARKAH

Keberkesanan kos • Membelanjakan kos yang minimum tetapi 5


efektif
Impak • Memberikan faedah yang jelas kepada
masyarakat 5
Kreativiti • Menunjukkan daya kreativiti yang tinggi dalam
mencipta, menghasilkan, dan 5
mengembangkan sesuatu idea yang baharu
dan asli atau menambah baik idea sedia ada
Kolaborasi • Menjalinkan kolaborasi dengan pihak luar
(universiti/industri/agensi) untuk meningkatkan 5
kualiti projek terutamanya daripada aspek
pengujian/analisis
JUMLAH 60

6.2 Kriteria penjurian terperinci untuk telesidang (video pembentangan dan sesi
soal jawab) adalah seperti berikut:

KOMPONEN KRITERIA MARKAH

Keyakinan • Pembentangan yang jelas dan menarik 10


Penglibatan • Penglibatan yang menyeluruh dari 10
kesemua ahli pasukan dalam proses
penghasilan projek, pembentangan dan
sesi soal jawab
Kebolehfungsian • Projek yang dihasilkan berfungsi, 10
bertepatan dengan objektif yang
dinyatakan
Sesi soal jawab • Respon jelas, tepat dan bernas. 10
• Pemahaman terhadap projek yang
menyeluruh
JUMLAH 40
BORANG PENILAIAN PERTANDINGAN
YOUNG INNOVATORS FAIR

Kod Penyertaan:
Tajuk:
BIL.
KOMPONEN KRITERIA PENILAIAN Markah:
MARKAH
MAKSIMUM
MARKAH

1. Kesesuaian tema 5
2. Pernyataan masalah dan objektif 10
3. Metodologi 10
4. Keputusan dan Perbincangan 10
PENULISAN
5. Perancangan masa hadapan 5
(60%)
6. Keberkesanan kos 5
7. Impak 5
8. Kreativiti 5
9. Kolaborasi 5

JUMLAH MARKAH 60
1. Keyakinan 10
2. PENYAMPAIAN Penglibatan 10
3. (40%) Kebolehfungsian 10
4. Sesi soal jawab 10
JUMLAH MARKAH 40
JUMLAH MARKAH
KESELURUHAN 100

RUMUSAN HAKIM:

NAMA HAKIM: TANDATANGAN:

Anda mungkin juga menyukai