Anda di halaman 1dari 2

NOTULENSI KULIAH METODE PENELITIAN HUKUM LOKAL 5B

Tanggal : 15hb Oktober 2020

Hari : Khamis

Waktu : 11.05 pagi – 12.30 tengahari

Platform : Zoom

Judul Proposal : Punca Berlakunya Penceraian Serta Prosedur Tuntutan Penceraian


Menurut Akta 303 Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan
Tahun 1984 (Studi di Mahkamah Syariah wilayah Persekutuan, Kuala
Lumpur)

Diskusi : Presentasi dilakukan oleh saudara Muhamad Hafiz, Balqish dan Nuraini
Waheedah.

Pertanyaan 1 daripada Ibuk Teriyanti: Apakah faktor-faktor perceraian yang berlaku di


Selangor?

Pertanyaan 2 daripada Ibuk Teriyanti: Selepas membuat permohonan di pengadilan,


sekiranya pihak Terdakwa tidak datang ke pengadilan melebihi 3 kali walaupun sudah dipanggil,
apakah ada aturan di Malaysia untuk mempercepatkan pengadilan tersebut?

Jawapan: Bagi soalan pertama dijawab oleh Balqish, faktor yang menyumbang kepada punca
berlakunya perceraian di Selangor adalah pasangan tidak mempunyai persefahaman, masalah
komunikasi antara suami dan isteri, masalah ekonomi dan sebagainya. Menurut Seksyen 52
punca berlakunya perceraian atau isteri meminta fasakh daripada suami adalah, sekiranya tempat
keberadaan suami tidak diketahui melebihi tempoh satu bulan, suami telah cuai atau tidak
memberikan peruntukan nafkah kepada isteri melebihi tempoh tiga bulan, suami telah diberikan
hukuman penjara melebihi tempoh tiga bulan, atau pun suaminya telah melakukan penganiayan
terhadap diri isteri.

Bagi soalan kedua pula adalah, sekiranya terdakwa tidak datang ke pengadilan walaupun
sudah dipanggil melebihi 3 kali, aturan di Malaysia sekiranya terdakwa tidak datang ke
pengadilan untuk perbicaraan walaupun sudah dilakukan penyampaian secara kediri maupun
tampalan oleh pihak Mahkamah, perbicaraan tersebut boleh dilakukan secara sebelah pihak.
Iaitu, pihak Mahkamah boleh melakukan perbicaraan tersebut dengan pihak penggugat sahaja
dan keputusan juga boleh dibuat oleh Hakim tanpa kehadiran terdakwa.

Pertanyaan Ketiga daripada Saudara Hilal (101180061) daripada kelompok dua: Aturan di
Indonesia, lafaz cerai di antara suami dan istri sahaja tidak sah di muka pengadilan tetapi sah di
sisi Syarak. Adakah sama juga seperti di Malaysia? (WADA JAWAP)

Pertanyaan Keempat daripada Ibuk Teriyanti: Di Indonesia, masyarakat yang beragama


Islam akan mendaftarkan perceraian di Peradilan Agama. Di Malaysia adakah mempunyai
pengaturan yang sama atau pengaturan yang lain?

Jawapan: Bagi soalan Ibuk Teriyanti dijawab oleh Nuraini Waheedah. Sama juga seperti di
Indonesia, bagi masyarakat yang beragama Islam mereka akan mendaftarkan perceraian di
Peradilan Agama. (WADA JAWAP I DON’T REMEMBER)

Pertanyaan Kelima daripada Saudara Izzah (101200057) daripada kelompok empat:


Apakah sama atau berbeda cara proses penuntutan perceraian yang dilafazkan secara lisan dan
secaran tulisan?

Jawapan: Bagi soalan Saudara Izzah dijawab oleh Balqish. Proses penuntutan perceraian
tersebut adalah sama. Isteri akan membuat Permohonan Pengesahan Lafaz Cerai di Mahkamah.
Cuma perbedaannya adalah dari segi penyampaian pembuktiannya sahaja. Sekiranya suami telah
melafazkan cerai secara lisan dan terdapat saksi semasa lafaz tersebut, Mahkamah akan meminta
isteri untuk menyediakan saksi sebagai bukti pengesahan lafaz tersebut. Manakala sekiranya
suami telah melafazkan lafaz cerai secara tulisan samada dengan menghantar pesanan ringkas
kepada isteri mahupun dengan meninggalkan nota lafaz cerai kepada isteri, ketika perbicaraan,
Mahkamah akan meminta isteri untuk membuat salinan pesanan ringkas atau nota tersebut
sebagai pembuktian di Mahkamah.

Presentasi ditutup oleh Ibuk Teriyanti.

Anda mungkin juga menyukai