Anda di halaman 1dari 3

Manual Kit Fertigasi sabakAgro

Manual
Kit Fertigasi 10 Beg Siri 2
Kaedah Penanaman
**Sebelum memulakan sessi ini, anda perlu memastikan media polibeg anda lem-
bab dengan cara menyiram air pada setiap polibeg. Jika boleh, gunakan air kum-
bahan dari sinki dapur anda atau air basuhan beras. Jika tidak, air paip juga bo-
leh digunakan.
Sebagai info, sebahagian benih perlu disemai dahulu sebelum menanam di dalam
polibeg. Sila rujuk www.sabakagro.com.my
tentang cara penanaman sesuatu benih di
bahagian BENIH. Cara mudah CARI ‘nama
benih’.
Anda boleh juga menyemai benih terus ke
dalam polibeg dengan menggunakan kaedah
yang di terangkan dalam ruangan BENIH
untuk setiap benih. Kaedahnya, masukkan
benih ke dalam media sedalam 2.5cm, ulangi proses ini untuk 2~3 biji benih
setiap polibeg. Setelah tumbuh setinggi 10cm, pilih satu anak benih yang paling
sihat dan buang yang lain dengan cara memotong dan bukan mencabut.
Anda juga boleh menggunakan kaedah menyemai di bekas lain dahulu, seperti
tray penyemaian dan bila benih telah mencapai tinggi 10cm, alihkan kedalam
polibeg. Kaedah ini dapat menjimatkan biji benih bila anda memulakan projek
fertigasi secara komersil.
Kaedah Pembajaan & Kawalan Serangga
**Didalam kotak Kit Fertigasi anda, ada 3 jenis pek disediakan. Pek kecil yang
mengandungi serbuk berwarna KELABU adalah bahan kawalan serangga. Pek lain
adalah baja.
Baja yang disediakan ada 2 jenis, mengikut permintaan anda.
-Baja Organik >> dibuat dari ekstrak pokon Neem (semambu) dan di bungkus
dalam bentuk pallet.
-Baja Komposit >> dari jenama Miracle Gro dan di bungkus dalam bentuk serbuk
(powder)
Cara pembajaan menggunakan Baja Organik adalah seperti berikut :
Masukkan semua isi pek Baja Organik (pek besar) ke dalam bekas takungan air
anda. Masukkan juga 1 pek Baja Komposit (pek kecil). Masukkan air kedalam ta-
kungan sehingga 90% penuh dan peram selama 24 jam. Selepas itu anda boleh
memasukkan Pam Mini ke dalam bekas takungan air untuk disalurkan ke setiap
polibeg. Setiap 14 atau 21 hari, anda digalakkan memasukkan 1 pek Baja Kompo-
sit sebagai baja tambahan untuk pokok. Ini bukan satu kemestian jika anda ma-
hukan 100% hasil organik.
sabakAgro
Lot 6017 Sg Lias, 45300 Sg Besar, Selangor, Malaysia
www.sabakagro.com.my | sabakagro@yahoo.com | Tel / Fax : +603-3224-5639 | SMS : +6013-270-5863
Manual Kit Fertigasi sabakAgro

Cara pembajaan menggunakan Baja Komposit adalah seperti berikut :


Masukkan 1 pek Baja Komposit (pek kecil) ke dalam bekas takungan air. Masuk-
kan air sehingga 90% bekas takungan penuh. Kacau air dalam takungan untuk
memastikan baja terlarut. Selepas itu anda boleh memasukkan Pam Mini ke
dalam bekas takungan air untuk disalurkan ke setiap polibeg.

Setiap 7 hari anda mesti memasukkan 1 pek Baja Komposit ke dalam takungan
air anda. Pek baja yang disediakan boleh digunakan untuk tempoh 3 bulan.

Cara Pengawalan Serangga


**Bahan Kawal Serangga ialah pek yang mengandungi bahan berbentuk serbuk
berwarna KELABU.
Gunakan penyembur (sprayer) kecil yang ada dijual di kebanyakan pasaraya. Jika
ada, gunakan penyembur yang mempunyai bekas isi air 1.5 liter.

Masukkan sebungkus Bahan Kawal Serangga untuk setiap 1 ~ 1.5 liter bekas air.
Selepas itu masukkan air dan goncang sekadar air dan Bahan Kawal Serangga
boleh larut dan bercampur dalam air.

Sembur pada bahagian daun, batang dan tanah (media) pada kadar 7 hari sekali.

**Bahan Kawal Serangga yang digunakan berjenama DIPEL dan tidak merbahaya
kepada manusia dan binatang peliharaan. Telah diiktiraf sebagai bahan kawalan
serangga organik.

Secara Amnya
Pengairan ke dalam polibeg perlu dilakukan setiap hari selama 5 ~ 10 minit, 2
kali sehari, sebaiknya pada pukul 5 pagi dan selepas pukul 5 petang. Lama masa
pam air berfungsi adalah bergantung kepada kelembapan media. Jangan terlalu
lembab sebab ia akan menyebabkan kulat mudah membiak yang boleh menyerang
pokok anda.

Penyaluran baja dilakukan setiap 7 hari untuk Baja Komposit dan setiap hari un-
tuk Baja Organik. Baja Organik sememangnya telah terendam di dalam air, jadi
anda hanya perlu menambah air sahaja untuk setiap kali penyiraman dilakukan.

Penambahan air boleh dilakukan secara automatik jika anda menambah pelam-
pung injap air (yang digunakan pada tangki air tandas) pada takungan air anda.
Harga sekitar RM 5 ~ 7 di pasaran.

Penyemburan Bahan Kawal Serangga perlu dilakukan pada setiap 7 hari.

Manual ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan masalah

sabakAgro
Lot 6017 Sg Lias, 45300 Sg Besar, Selangor, Malaysia
www.sabakagro.com.my | sabakagro@yahoo.com | Tel / Fax : +603-3224-5639 | SMS : +6013-270-5863
Manual Kit Fertigasi sabakAgro

Masalah & Penyelesaian

Masalah Penyelesaian

1. Pam Mini tidak berfungsi Sila pastikan ‘power source’ anda atau ‘setting digital timer’
anda berfungsi dengan baik.

2. Air tidak keluar 1. Pastikan pam anda berfungsi.


2. Sila buka ‘end clip’ dan alirkan air selama 15 saat untuk
membuang udara terperangkap.
3. Keluarkan pen penitis dari media dan cabut pen penitis
dari tiub 6mm. Bersihkan / basuh bahagian aliran masuk
pen penitis dengan air bersih.

3. Pokok layu Jangan terlupa memberi air. Air dalam polibeg tidak seperti
air di dalam tanah. Ianya cepat kering.

4. Daun pokok kekuningan Pastikan anda memberi baja pada setiap 7 hari untuk baja
komposit dan setiap 14 hari untuk baja organik + komposit.

Penyelenggaraan
1. Pada kadar 15 hari sekali atau pada bila-bila masa jika perlu, lakukan pember-
sihan Pam Mini terutama dibahagian kipas penyedut. Lakukan juga pembesihan di
bahagian alur masuk air Pen Penitis secara berkala. Ini untuk mengelakkan sam-
pah atau kotoran lain yang akan menyekat perjalanan air.

2. Pastikan punca elektrik untuk ‘Digital Timer’ anda sentiasa ‘ON’ sebab bateri
di dalamnya mesti sentiasa di cas semula.

3. Pastikan media tanaman anda tidak terlalu lembab untuk mengelakkan kulat
membiak.

Manual ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan masalah
sabakAgro
Lot 6017 Sg Lias, 45300 Sg Besar, Selangor, Malaysia
www.sabakagro.com.my | sabakagro@yahoo.com | Tel / Fax : +603-3224-5639 | SMS : +6013-270-5863

Anda mungkin juga menyukai