Anda di halaman 1dari 2

Teks Ucapan Wakil Murid Sempena Majlis Persaraan Cikgu Thahirahtul

 
Terima kasih kepada Puan Pengerusi Majlis.

Assalamualaikum Wbt, Salam sejahtera, Salam Melakaku Maju Jaya, Rakyat


Bahagia Menggamit Dunia.

Yang dihormati Datuk Noor Haizan bin Hj. Md Rasali, YDP PIBG SMK Seri
Tanjong, Melaka
Yang berusaha Dr. Ramnan bin Saidun, Pengetua SMK Seri Tanjong Melaka
Tuan Haji Zulkiffli Bin Amil, Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
Puan Norhayati binti Parlan, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Puan Hajah Fabilah binti Johar, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Encik Jumali bin Rasikun, Guru Penolong Kanan Program Persediaan Universiti
Tuan Haji Abdul Aziz bin Ismail, Guru Penolong Kanan Program Pendidikan
Khas Integrasi,

Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran, serta yang dikasihi guru-guru SMK Seri
Tanjong dan yang disayangi rakan sekalian.
 
Assalamulaikum warah matullah hiwabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Yang Maha


Berkuasa Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kuasanya, dapat kita
bersama-sama meraikan majlis perpisahan yang sangat bermakna dan penuh
erti pada hari ini.
 
Hadirin sekalian,
Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Yang pastinya setiap perpisahan
pasti amat menyedihkan. Apabila mengenang kembali saat-saat ketika
bersama, pasti ia akan menjadi detik kenangan paling manis yang tidak dapat
dilupakan. Hari ini, kami berasa terharu kerana kehilangan seorang guru yang
amat kami sayangi. Pada kami, guru kami ini iaitu Cikgu THAHIRATHUL
BURRIAH bukan sahaja guru, tetapi ibarat ibu kami di SMK Seri Tanjong ini.
Lembut, tenang namun tetap tegas dalam melaksanakan tanggungjawab.
Itulah butir-butir kata yang dapat digambarkan tentang Cikgu
THAHIRATHUL BURRIAH.

Beliau bukan sahaja seorang guru yang penyayang, melakukan tugas dengan
hati yang tulus ikhlas, malah mementingkan kebajikan pelajar melebihi dirinya
sendiri. Beliau juga dikenali sebagai seorang yang sangat pemurah, berhati
murni dan sentiasa memberikan yang terbaik buat murid-muridnya
bersesuaian dengan amalannya, memberi lebih baik daripada menerima.
Beliaulah sangat mengambil berat akan hal kami, terutamanya hal-hal yang
berkaitan dengan akhlak, disiplin kami dalam menuntut ilmu.

Pada kesempatan ini, saya sebagai wakil pelajar SMK Seri Tanjong
merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada
Cikgu THAHIRATHUL BURRIAH BINTI HJ. MYDEN KATHER yang tidak
pernah mengenal jemu mendidik dan mengorbankan waktu demi kami, anak
muridmu. Kami berdoa, semoga Allah S.W.T akan melimpahkan rahmat dan
peliharaan-Nya kepada Cikgu THAHIRATHUL serta keluarga, dipanjangkan
usia, diberikan kesihatan tubuh badan dan ditambahkan ilmu pengetahuan
bagi manfaat agama, bangsa dan negara.
Benar kata pepatah Melayu, patah kan tumbuh, hilang kan berganti, namun
yang hilang akan tetap kekal abadi.

Alangkah dinginnya menjelang senja,


Mentari terbenam di ufuk barat,
Doa kami UTK guru tercinta,
Bahagia di dunia hingga ke akhirat.

Kami sayang cikgu!

Saya akhiri ucapan saya dengan Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum


warah matullah hiwabarakatuh. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai