Anda di halaman 1dari 13

SK DATOK KERAMAT 1

54000, KUALA LUMPUR

KAJIAN TINDAKAN
BAHASA INGGERIS TAHUN 1 ARIF
TAHUN 2017
SK DATOK KERAMAT 1

Disediakan oleh:

Pn. Noorfaizah Binti Tokinin

Guru Bahasa Inggeris

SK Datok Keramat 1
KAJIAN TINDAKAN

BAHASA INGGERIS TAHUN 1 ARIF TAHUN 2017

SK DATOK KERAMAT 1

1.0 ABSTRAK

Program LINUS telah diadakan bagi tahun 1,2 dan 3 dan program ini bertujuan untuk
memastikan murid-murid tahap 1 mampu untuk menguasai kemahiran asas menulis dan
membaca. Program LINUS ini merupakan salah satu program yang terletak di bawah
Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Tahun 2016 merupakan tahun pertama saya
mengajar Bahasa Inggeris tahun dua. Kajian tindakan yang telah dijalankan ini, responden
yang dipilih ialah dalam kalangan murid LINUS tahun 1 Arif

Berdasarkan analisa saringan 1 (membaca dan menulis) tahun 2017, didapati


kesemua murid Tahun 1 Arif di SK Datok Keramat 1 masih belum menguasai konstruk tiga
dan keatas. Konstruk 3 dalam LINUS Bahasa Inggeris ialah 'able to blend phonemes into
recognisable words'. Ini bermaksud, murid linus tahun 1 Arif iaitu seramai tiga belas orang
murid gagal untuk mencantumkan phoneme untuk membentuk satu perkataan. Sebagai
contoh, perkataan 'cat'. Didapati murid-murid mampu untuk menyebut bunyi setiap huruf
tetapi gagal untuk menggabungkan semua bunyi bagi membentuk satu perkataan.

2.0 REFLEKSI PENGAJARAN YANG LALU

Berdasarkan kepada keputusan peperiksaan para responden, mereka gagal untuk


mencapai tahap lulus dalam mata pelajaran bahasa Inggeris. Ini mungkin disebabkan oleh
faktor murid yang tidak mampu untuk membaca seterusnya menyukarkan mereka untuk
memahami maksud perkataan seterusnya menyukarkan mereka untuk menulis. Antara
faktor lain ialah, responden tidak mampu untuk mengenal huruf dan bunyinya. Mereka
mungkin sekadar menghafal dan tidak memahami. Sebagai contoh, ketika didalam kelas,
apabila guru mengarahkan responden untuk membacakan dan menggabungkan bunyi 'c', 'a'
dan 't', mereka tidak menyebutnya sebagai 'cat', tetapi hanya menyebut 'c' , 'ca' ataupun 'at'.
3.0 FOKUS KAJIAN/ISI KEPERIHATINAN

Fokus kajian ini tertumpu kepada masalah pembelejaran yang dialami oleh murid-
murid tahun 1 Arif SK Datok Keramat 1 tahun 2017, Kumpulan murid yang terlibat ini
menghadapi masalah menggabungkan bunyi huruf untuk membentuk satu perkataan. Ini
menyukarkan mereka untuk mengeja dan membaca walaupun perkataan bahasa Inggeris
yang mudah.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Dalam kajian yang dijalankan in, saya mensasarkan kepada objektif yang ingin
dicapai terbahagi kepada dua iaitu:

a) Objektif umum

1) Murid-murid tahun 1 Arif dapat meingkatkan prestasi mereka dalam pra-saringan


LINUS 2

b) Objektif khusus

2) Murid-murid tahun 1 Arif dapat menggabungkan bunyi huruf untuk membentuk


satu bunyi perkataan yang lengkap

5.0 KUMPULAN SASARAN

Fokus kajian ini mensasarkan murid tahun 1 Arif yang masih belum menguasai
teknik 'blending' bagi membentuk satu bunyi perkataan yang lengkap.

Jumlah murid sasaran = 13 orang

Jumlah murid lelaki = 8 orang

Jumlah murid perempuan = 5 orang


6.0 PELAKSANAAN KAJIAN

6.1 Tinjauan masalah

a) Temubual dengan murid

I. guru yang mengajar mata pelajaran teras


II. guru yang mengajar bukan mata pelajaran teras

Temubual dengan guru

Merujuk kepada guru-guru yang mengajar mata pelajaran kelas tahun 1 Arif,
masalah pembelajaran murid tahun 1 Arif yang tidak dapat menguasai teknik
'blending' ialah kebanyakan mereka yang masih belum menguasai kemahiran
mengenal huruf dan bunyi dengan sepenuhnya. Ini menyukarkan mereka untuk
menggabungkan bunyi-bunyi huruf seterusnya menyukarkan proses membaca.

Menurut guru-guru yang mengajar bukan mata pelajaran teras pula, murid-
murid tahun 1 Arif ini kebanyakannya mengalami 'short attention span'. Ini membawa
maksud, murid-murid tersebut mempunyai kadar tumpuan ataupun perhatian yang
pendek. Mereka susah untuk fokus dalam sesuatu pembelajaran seterusnya
menganggu proses pembelajaran mereka. Ini menyebabkan mereka berasa bosan
dan lebih cenderung untuk menganggu rakan-rakan yang lain.

6.2 Rumusan Tinjaun Masalah

Berdasarkan kepada tinjauan masalah yang dijalankan, terdapat tiga


rumusan yang perlu diberi perhatian serius untuk memastikan mmasalah-masalah
yang dikenalpasti dapat dibendung. Tindakan segera perlu dilakukan agar
murid-murid ini dapat keluar daripada kelompok murid linus dan linus tegar dan
seterusnya mencapai hasrat NKRA ( Nilai Keberhasilan Utama Negara)
Rumusan :

          i) memastikan murid-murid yang bermasalah ini mendapat sokongan dan


motivasi daripada  ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan sebaya.

            ii) memastikan murid-murid bermasalah ini menguasai kemahiran mengecam


dan mengenal huruf serta bunyinya

         iii) menguasai kemahiran 'blending' supaya mereka dapat membaca


perkataan bahasa Inggeris dengan lancar

6.3 MELAKSANAKAN TINDAKAN


Beberapa program dan aktiviti telah dijalankan bagi meningkatkan prestasi
murid- murid yang bermasalah ini bagi memastikan mereka keluar dari kepompong
murid LINUS dan LINUS tegar. Di antara program dan aktiviti yang telah dirancang
ialah:

a) Program 'KLINIK LINUS'


Program ini merupakan program kelas tambahan untuk responden LINUS. Ia
bertujuan untuk memberikan segala sokongan dan usaha tambahan bagi
meningkatkan prestasi murid-murid LINUS. Program ini juga termasuk dalam
pelan strategik Bahasa Inggeris dimana guru-guru Bahasa Inggeris tahap
satu terutamanya tidak mahu pelajar LINUS ketinggalan dalam pelajaran
kerana ketidakupayaan mereka untuk membaca dan menulis dalam Bahasa
Inggeris. Klinik ini berjalan selepas waktu pengajaran dan pembelajaran iaitu
bermula pada pukul 1.30 petang sehingga pukul 2.00 petang setiap hari
kecuali pada hari ahad. Surat kebenaran kepada ibu bapa juga telah
diberikan bagi mendapatkan persetujuan mereka. Guru memberikan bahan
bacaan LINUS yang sesuai dengan tahap mereka dan penekanan kepada
penguasaan huruf dan bunyi dipertingkatkan. Kad-kad huruf dan kad imbas
yang menarik juga disediakan bagi menarik minat murid dalam pembelajaran.

Pemerhatian:
Sepanjang program ini dijalankan,murid-murid menunjukkan minat
dan mampu untuk fokus kerana bilangan mereka yang lebih kecil dan guru
dapat memberikan perhatian yang lebih kepada mereka disamping bahan
bantu mengajar yang sesuai dengan tahap prestasi mereka serta mampu
untuk menarik perhatian mereka.

Refleksi:
Program ini memerlukan komitmen yang tinggi dari kedua belah pihak
iaitu guru dan juga pelajar. Didapati murid lebih terdorong dan fokus jika guru
menggunakan kad imbas dan gambar-gambar yang menarik perhatian.
Mereka juga lebih bermotivasi apabila mereka mampu untuk menyebut
perkataan yang mudah seperti 'cat', 'nap', 'tip' dan 'sip' dengan menggunakan
teknik 'blending'.

b) Aktiviti Latih Tubi (Buku Suku Kata Berwarna)


Selepas sesi pengajaran kahas untuk murid-murid LINUS dijalankan, aktiviti
latih tubi akan dijalankan bagi memastikan murid-murid diberi pengukuhan
dan tidak mudah lupa tentang perkara-perkara yang baru dipelajari. Buku
tersebut lebih menarik kerana penggunaan warna yang berbeza bagi setiap
huruf. Sebagai contoh, perkataan 'cat'. huruf 'c' diwarnakan dengan warna
merah, huruf 'a' diwarnakan dengan warna biru manakala huruf 't' diwarnakan
dengan warna biru juga. Teknik ini dapat membantu mereka membaca
dengan mudah. Hal ini kerana, huruf yang diwarnakan mengikut bunyi lebih
mudah difahami kerana setiap warna mewakili satu bunyi. Huruf 'a' dan 't'
diwarnakan dengan warna yang sama untuk memudahkan mereka
mengkelaskan bunyi. Selain itu gambar-gambar yang berkaitan juga turut
disertakan bagi meningkatkan daya kefahaman dengan mengabungkan
teknik visual dan oral.
Pemerhatian:
Didapati murid-murid lebih fokus dan lebih mudah memahami konsep
'blending'. Gambar-gambar yang disertakan juga membantu mereka untuk
memahami teknik 'blending' dengan mudah.

Refleksi:
Latih tubi dilihat dapat memberikan impak yang positif kerana
dapat mengukuhkan ingatan murid-murid agar ingatan murid menjadi
lebih lama atau kekal tentang perkara-perkara yang dipelajari setiap
hari.
c) Program Mensifarkan Linus tahun 2017

Program ini telah dijalankan pada 13 Mei 2017 yang lalu. Program
tersebut dikenali sebagai program MESRA LINUS dan JUARA yang
menekankan kepada pedagogi yang sesuai untuk murid yang lambat
menguasai pembelajaran dan kemahiran asas membaca dan mengira. Ibu
bapa juga turut didedahkan dengan pedagogi ini agar mereka dapat
menggunakan ilmu yang diperolehi untuk diajar kepada anak-anak mereka di
rumah. Ini akan mewujudkan kerjasama 3 penjuru iaitu dari guru, ibu bapa
dan murid itu sendiri.

Pemerhatian:

Didapati ada ibu-bapa yang tampil bertanyakan soalan kepada pakar


ketika program berlangsung dan bersedia untuk membantu pembelajaran
anak mereka di rumah.

Refleksi:

Kerjasama daripada ibu-bapa sedikit sebanyak mampu membantu


meningkatkan fokus dan daya usaha anak-anak mereka ketika di sekolah.

6.4 Penilaian
Berdasarkan beberapa program dan aktiviti yang dijalankan dengan
kerja sama semua pihak termasuk ibu bapa dan penjaga murid-murid,
terdapat peningkatan prestasi dalam kalangan murid-murid/responden
LINUS.
Sebelum Kajian Tindakan (Selepas Saringan 1)

Jantina Bilangan
Lelaki 8
Perempuan 5
Jumlah : 13
Jumlah pelajar yang tidak melepas konstruk 3 - 12

Selepas Kajian Tindakan (Selepas pra-saringan 2)

Jantina Bilangan
Lelaki 2
Perempuan 2
Jumlah : 4
Jumlah pelajar yang melepasi konstruk 3 - 5
SEBELUM KAJIAN TINDAKAN
SELEPAS SARINGAN 1

MURID 1 ARIF

MURID YANG TIDAK MELEPASI


KONSTRUK 3 KE ATAS

13

SELEPAS KAJIAN TINDAKAN


PRA - SARINGAN 2

MURID 1 ARIF

4
MURID YANG TIDAK MELEPASI
KONSTRUK 3 KE ATAS
MURID YANG MELEPASI
KONSTRUK 3-5

9
6.5 REFLEKSI KAJIAN

Berdasarkan kajian tindakan yang telah dijalankan, dapat disimpulkan


bahawa setiap masalah boleh diatasi dengan intervensi yang sesuia selaras dengan
keupayaan dan kemampuan murid. Kerjasama dari ibu-bapa dan guru terutamanya sangat
penting agar peningkatan dapat dicapai.

Berdasarkan kepada keputusan pra-saringan 2 yang telah dijalankan, terdapat


peningkatan yang sederhana. Seramai 2 orang responden lelaki dan 2 responden
perempuan yang berjaya melepasi pra- saringan 2 konstruk 1 hingga 5. Dengan kajian
tindakan yang telah dijalankan ini, diharapkan mereka dapat melepasi saringan linus yang
ke 2 ataupun meningkat ke konstruk yang lebih tinggi. Berdasarkan analisa SWOT, masih
terdapat beberapa ancaman yang menghalang pencapaian seratus peratus Perdana.

7.0 KAJIAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

Beberapa penambahbaikan perlu dilakukan sekiranya ingin menjalankan kajian yang


seterusnya. Misalnya, masalah pembelajaran murid dapat diperolehi lebih awal lagi. Oleh itu
masa yang lebih lama akan dapat memberikan kesan yang lebih baik apabila sesuatu
program atau aktiviti dijalankan. Keberkesanan sesuatu program atau aktiviti juga akan   
dapat dipantau dengan lebih telus. Di samping itu beberapa kekangan lain seperti
kemudahan pembelajaran untuk murid-murid perlu ditambah dan dipelbagaikan , peruntukan
masa yang lebih perlu diberikan kepada murid-murid linus dan linus tegar dan kerjasama
semua pihak adalah diperlukan.
8.0 RUJUKAN

Al-Mekhlafi, A. M., & Nagaratnam, R. P. (2011). Difficulties in Teaching and Learning


Grammar in an EFL Context. Online Submission, 4(2), 69-92.
Amer, A.A. (1994). The effect of knowledge-map and underlining training on the reading
comprehension of scientific texts. English Specific Purposes, 13, pp. 35-45.
Associates, J. (1995). Introduction to the tools: plain & simple : learning and application
guide (p. 8). Madison: Oriel Incorporated.
Azmi, A., Hanna, A., Mohammed, & Jaber,. (2008). The Effect of Deductive and Inductive
Approaches of Teaching on Jordanian University Students' Use of the Active and
Passive Voice in English, 42(2), 8-10.
Blatchford, P. (2003). The class size debate: Is small better?. McGraw-Hill Education
(UK).
Farrell, T. (2005). Succeeding with English language learners. Thousand Oaks, Calif.:
Corwin Press.
Gardner, H. (2006). Multiple intelligences. New York: BasicBooks.
Jose, A. (2010). Language Teaching and Learning in ESL Education (pp. 3-17).
Charlotte, North Carolina: Higher Education Division.
Lepine, Nicolas. (2013) Learning Through Movement: Integrating Physical Education
with the Classroom Curriculum. Masters of Arts in Education Action Research
Papers. Paper 35.
Macmillan Dictionary (2014). Retrieved from
htttp://www.macmillandictionary.com/dictionary/british/improved
LAMPIRAN

Bahan bacaan yang digunakan ketika KLINIK LINUS

Anda mungkin juga menyukai