Anda di halaman 1dari 5

Encik Mohamad Norhisyam Bin Hussain

Ketua Kampung
Sungai Siputeh
34140 Rantau Panjang
Selama Perak
Perak Darul Ridzuan

Ir. Farrid bin Jamaludin


Jurutera Daerah
Pejabat Jurutera Daerah
JKR Larut Matang & Selama,
34000, Taiping,
Perak Darul Ridzuan 13 September 2022

Tuan,

PERMOHONAN PEMBESARAN PARIT SALIRAN SEDIA ADA KAMPUNG SUNGAI SIPUTEH,


SELAMA PERAK

Dengan segala hormatnya, perkara diatas dirujuk

2. Saya selaku ketua kampung sungai siputeh ingin memohon jasa baik daripada pihak tuan untuk
membaik pulih dan membesarkan parit jalan di kampung sungai siputeh untuk mengelak bencana banjir
yang sering melanda Kawasan tersebut yang menyebabkan rumah dan jalan utama penduduk sekitar
dinaiki air banjir.

3. Untuk pengetahuan pihak tuan, keadaan parit yang sedia ada sekarang adalah kurang memuaskan
kerana terlalu kecil dan dipenuhi tumbuhan serta berlaku runtuhan tanah yang menyebabkan air tidak
dapat mengalir dengan baik menyebabkan lebih 10 buah rumah terjejas akibat banjir, turut terjejas adalah
jalan utama menuju ke kampung sungai bayor.

4. Sehubungan itu, bersama-sama dengan surat ini saya lampirkan gambar keadaan parit yang sedia
ada tersebut.

5. Segala keperihatinan dan Kerjasama dari pihak tuan amat sangat dihargai supaya masalah ini
dapat di selesaikan dan pihak kami mendahulukan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih

Yang benar, Sokongan,

………………………………………. …………………………………………….

Anda mungkin juga menyukai