Anda di halaman 1dari 14

Jenayah Siber Semakin Meruncing

☺ PEMBUKAAN ☺
☺ PERKEMBANGAN ISI ☺
Jenis2 jenayah siber di negara kita :
1 Penipuan wang orang lain
2 Kegiatan perjudian dalam talian
3 Penyebaran virus komputer
4 Penggodaman komputer orang lain
5 Isu pemerdagangan manusia
6 Tipu muslihat dalam e-dagang
☺ PEN(T)UTUP ☺
( I ) PEMBUKAAN
Zaman bertukar, musim berganti.

Peredaran masa
yang tidak henti-henti berlaku ini
telah memacu (mempercepat) kemajuan
manusia dalam pelbagai lapangan kehidupan,
khususnya bidang
teknologi maklumat dan komunikasi ( ICT ).

dekad (10 tahun) / abad (100 tahun)


Manusia alaf (2,023 tahun ) ke-21 ini
sudah tidak asing lagi ( sudah biasa benar)
dengan teknologi Internet , iaitu

satu rangkaian komputer yang


terjalin dari seantero dunia
merentasi sempadan-sempadan negara.

Melalui rangkaian Internet ini ,


pelbagai maklumat, informasi dan berita
dapat dikongsi bersama dan disebarkan
ke seluruh dunia
dalam masa sekelip mata sahaja.
Namun
bunga yang harum ada juga jurinya
( tiada gading yang tak retak ) .

Di sebalik
pelbagai kebaikan teknologi Internet,
timbullah juga
pelbagai keburukannya.

Apakah keburukan-keburukan utama


yang acap kali diuar-uarkan oleh
masyarakat kita pada zaman Internet ini ?

Sudah tentulah jawapannya


“ jenayah siber ” !

Jenayah ini bukanlah


rompakan bersenjata atau pecah rumah,
tetapi merupakan perbuatan haram
yang dilakukan oleh
para pengguna Internet dalam alam maya.
Teknologi Internet begitu kerap
disalahgunakan oleh golongan yang
tidak bertanggungjawab untuk
 menipu wang orang lain
demi kepentingan diri .
Penipuan wang
dalam talian Internet ini
berlaku apabila seseorang penjenayah

memalsukan atau menciplak


maklumat perbankan orang lain.

Tamsilnya ,
( Kata Penanda Wacana => menjalinkan
idea-idea huraian di dalam SATU perenggan )
terdapat banyak sindiket penjenayah yang
mencipta laman web perbankan
atau e-mel perbankan yang palsu.

Seterusnya ,
sindiket yang bertindak
sebagai musang berbulu ayam ini

akan meminta para pelanggan


mengemaskinikan maklumat bank
dan kata laluan keselamatan
mereka.
Akibatnya ,
segala wang yang tersimpan
dalam akaun bank mereka
akan dilesapkan ( dihilangkan ) oleh
golongan yang tidak beretika ini .

Dalam pada itu ,


terdapat banyak sindiket yang
memalsukan kad kredit atau kad debit

orang lain untuk membeli


jam Roleks , beg Hermes

dan barang-barang mewah lain .


Selain itu ,
( Kata Pengantar Perenggan =>
menjalinkan IDEA UTAMA di antara prgn )
 kegiatan perjudian dalam talian
turut dikategorikan
sebagai satu bentuk jenayah.
Umpamanya ,
dewasa ini ,
seseorang tidak lagi perlu menjejakkan kaki
ke Kasino Genting Highland atau

ke Las Vegas Amerika untuk


mengadu untung atau mencuba nasib .

Dengan mudah dan cepat,


mereka dapat bermain

Black Jack, Rolet, Poker dan mesin slot


dalam alam maya .

Sesungguhnya ,
laman web yang berunsur perjudian ini
bagai cendawan tumbuh selepas hujan

dalam alam maya ini.

Malang sekali ,
kebanyakan kaki judi yang
bersifat tamak haloba

akan hilang wang pertaruhan mereka


sehingga terpaksa
menanggung hutang keliling pinggang.
Dalam pada itu ,
 penyebaran virus komputer
melalui Internet juga merupakan
satu bentuk jenayah siber
yang menggerunkan para netizen.
Virus komputer
merupakan sejenis perisian berniat jahat
( malicious software )

yang direka cipta untuk


membolosi serta melumpuhkan
sistem komputer dan pangkalan data
seseorang pengguna.

Umpamanya ,
virus “I Love You"
yang menyamar diri sebagai e-mel cinta telah

menimbulkan kekecohan di seantero dunia


pada bulan Mei 2000 .

Virus e-mel cinta ini


begitu mudah berjangkit sehingga
telah merosakkan ratusan juta
sistem komputer di dunia

serta menyebabkan kerugian


berbilion-bilion dollar Amerika.
Dalam bulan Mei 2017 pula ,
virus “ WannaCry ”
yang bermaharaja lela di
lebih 150 buah negara

telah melumpuhkan sistem komputer


pelbagai organisasi terutamanya
hospital, bank dan agensi kerajaan.

Pihak yang menyebarkan virus komputer ini


menuntut bayaran
daripada mangsa-mangsanya
dengan penjualan program antivirus yang
sangat mahal.
Sementelahan itu ,
 penggodaman ( hacking ) terhadap
sistem komputer orang lain
merupakan perbuatan haram yang
menyalahi undang-undang negara.
Menggodam
ialah perbuatan mencerobohi sistem
komputer dan pangkalan data orang lain
dengan memecahkan kod keselamatannya.

Perbuatan
yang memerlukan kepakaran teknikal ini
bertujuan untuk
mengetahui maklumat sulit seseorang individu,
mencuri harta intelek sesebuah syarikat
atau
mengakses maklumat sensitif kerajaan.
Sekadar contoh ,
pada tahun 2017, penggodaman
terhadap pangkalan data Equifax , iaitu
sebuah syarikat kewangan

yang berpangkalan di Amerika


menggemparkan masyarakat antarabangsa.

Penggodaman ini
telah menyebabkan pendedahan
maklumat peribadi dan status kewangan
lebih 150 juta orang pelanggan.

Maklumat yang bocor


termasuklah
nama, alamat, tarikh lahir

dan informasi tentang


kad kredit atau kad debit mereka .

Begitulah bahayanya perbuatan


menggodam sehingga dapat
melumpuhkan keyakinan kita
terhadap
aspek-aspek keselamatan siber .
Tambahan pula ,
 isu pemerdagangan manusia
bertambah runcing lagi
dengan wujudnya media-media sosial
dalam Internet .
Kita sering mendengar berita bahawa
sindiket pemerdagangan manusia
menggunakan media sosial terutamanya

FACEBOOK, Youtube dan Tik Tuk


untuk menjerat mangsa-mangsa mereka.

Mangsa yang terpedaya


akan dijual dan dijadikan sebagai

pelacur , buruh kasar atau pengemis


secara paksaan.

Lebih-lebih tragis lagi ,


sebilangan mangsa kehilangan nyawa
setelah organ-organ badan mereka seperti

bola mata, hati dan buah pinggang


dirampas untuk dijual
dalam pasaran gelap.
Sebagai bukti ,
pada tanggal 5 Oktober 2022,
seramai lima orang rakyat Malaysia

yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia


telah berjaya diselamatkan oleh
Kedutaan Malaysia di negara Laos
dengan bantuan Interpol.

Menurut salah seorang mangsa,


selama lapan bulan ,

mereka dipaksa bekerja tanpa bayaran gaji


dengan bekalan makanan yang minimum.

Mangsa-mangsa
yang membantah akan
dibelasah dan diperlakukan macam binatang

sehingga ada orang yang


menemui maut.

Dalam pada itu ,


sindiket pelacuran kerap
memasang jerat cinta

untuk memperdaya anak-anak gadis agar


agar menjual badan mereka
untuk mendapatkan wang.
Dari sudut pandangan lain ,
jenayah siber turut membabitkan pelbagai
 tipu muslihat dalam urusan jual beli
melalui Internet.
Kes yang selalu berlaku ialah
selepas bayaran dibuat dalam talian,

barangan a tau perkhidmatan


yang dijanjikan tidak sampai
kepada pembeli.

Umpamanya ,
baru-baru ini,
banyak pengguna FACEBOOK di negara kita
kena tipu oleh sebuah syarikat
yang menawarkan
perkhidmatan pembantu rumah.

Selepas bayaran dijelaskan,


pembantu rumah tidak dihantar ke rumah itu

untuk menjalankan kerja pembersihan.

Selain itu ,
masyarakat netizen
juga harus berwaspada terhadap

pelaburan Skim Cepat Kaya yang bertujuan


untuk menipu wang mereka.
(III) PENUTUP
Kesimpulannya ,
jenayah siber
merupakan satu perbuatan keji
yang tidak beretika dan
tidak berperi kemanusiaan .

Oleh sebab itu ,


warga Malaysia yang prihatin hendaklah
sehilir semudik dan serentak seirama
dengan kerajaan untuk
membendung jenayah siber
agar tidak bertambah runcing.

Tanpa
sokongan padu dan kerjasama erat
seluruh rakyat , usaha kerajaan
untuk memerangi jenayah siber ini
akan menjadi sia-sia
bagai mencampakkan garam ke laut .

Hal ini disebabkan


bertepuk tangan sebelah, tiada bunyinya.

Anda mungkin juga menyukai