Anda di halaman 1dari 2

Sebelum kita mulakan majlis secara atas talian kita pada pagi ini, suka saya

ingatkan supaya semua hadirin untuk menutup pembesar suara dan pasang
kembali apabila ingin bercakap. Dan pihak urusetia juga akan sentiasa akan
mengemaskini pautan kehadiran di ruangan chat yang ada di sebelah kanan.
Jika ada sebarang masalah, mohon maklumkan di ruangan chat untuk tindakan
urusetia.

Yang Dihormati
En Kerisknasamy A/L Chinnathamby
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa & Guru
Smk Ringlet

Yang Berusaha
En. Taufik bin Yusuf
Pengetua Smk Ringlet

Yang Berusaha
Barisan Guru Penolong Kanan Smk Ringlet

Pn Azizan binti Daud, GPK Pentadbiran,


En. Muhammad Nor bin Ali, GPK Hal Ehwal Murid.
En. Sanusi bin Mohd Noor, GPK Kokurikulum

Barisan Ahli Jawatankuasa


Persatuan Ibu Bapa dan Guru smk Ringlet

Guru-guru, kakitangan sekolah dan seterusnya Ibu bapa dan penjaga sekalian

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum.

Majlis mengucapkan terima kasih dan


mengalu-alukan kehadiran semua hadirin ke
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-18 bagi sesi 2020/2021 yang diadakan
secara atas talian.

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis menjemput al-fadhil ustaz
sanusi bin mohd noor untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.

Makluman kepada hadirin yang baru masuk, pihak urusetia ada sediakan pautan
kehadiran di ruangan chat. Jadi, saya mohon semua untuk sentiasa peka dengan
sebarang notis atau makluman di ruangan chat
Majlis diteruskan dengan ucapan En. Kerisknasamy A/L
Chinnathamby, Yang Dipertua PIBG SMK. Ringlet
untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Seterusnya majlis menjemput En. Taufik bin Yusof,


Pengetua Smk. Ringlet untuk menyampaikan ucapan Dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Makluman kepada hadirin yang baru masuk, pihak urusetia ada sediakan pautan
kehadiran di ruangan chat. Jadi, saya mohon semua untuk sentiasa peka dengan
sebarang notis atau makluman di ruangan chat

Majlis diteruskan dengan agenda pelantikan


pengerusi sementara mesyuarat PIBG. Mohon cadangan daripada hadirin.

Terima kasih cikgu noraini atas cadangan dan cikgu Zaharah atas sokongan.

Dengan itu, majlis diserahkan kepada Cikgu Malik untuk mempengerusikan


mesyuarat. Majlis dengan segala hormat diserahkan.

Dengan berakhirnya mesyuarat itu sebentar tadi, maka berakhirlah majlis atas
talian kita pada hari ini. Semoga apa yang telah dibincangkan dan diutarakan
sebentar tadi dapat dijadikan amalan dan pedoman bersama.

Hadirin sekalian, dengan ini selesailah sudah mesyuarat PIBG SMK Ringlet kali
ke-18 bagi sesi 2020/2021 secara atas talian.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua


terutamanya ibu bapa penjaga dan warga sekolah serta mereka yang telah terlibat
secara langsung dan secara tidak langsung. Assalamualaikum

Saya menjemput semua hadirin untuk mengaktifkan kamera untuk sesi tangkap
skrin bagi menggantikan sesi bergambar.

Anda mungkin juga menyukai