Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Terima kasih saya ucapkan kepada pengerusi


majlis.

Yang diraikan Ustazah Samsiah Bt Muda

Yang dihormati Cikgu Saidin b Awang, Guru Besar SK Bukit Anak Dara, ( )

Yang berusaha :

Cikgu Abidah bt Zainuddin, Guru Penolong Kanan Pentadbiran ( )

Cikgu Fatimah bt Idris, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ( )

Cikgu Mohd Hafiz b Kadir, Guru Penolong Kanan Kokurikulum ( )

Guru-guru SK Bukit Anak Dara yang disayangi serta sahabat-sahabat seperjuangan sekalian.

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita
berkumpul bersama-sama dalam Majlis Persaraan Ustazah Samsiah bt Muda pada hari yang
penuh bermakna hari ini.

Saya _____________________________________ selaku wakil murid SK Bukit Anak Dara


khasnya murid-murid yang berada di sesi pagi ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak
terhingga kepada insan yang diraikan Ustazah Samsiah Bt Muda atas ilmu yang telah diberikan
selama ini. Sesungguhnya segala ilmu yang dicurahkan amat bermakna buat kami. Hanya doa
mampu kami titipkan kepadamu Ustazah sebagai ganti atas segala pengorbanan dan curahan
ilmu yang pernah diberikan. Semoga Allah merahmati setiap apa yang dilakukan oleh Ustazah
Samsiah selepas ini dan sentiasa diberikan kesihatan tubuh badan yang baik untuk meneruskan
kehidupan selepas bersara nanti.

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Benarlah kata pepatah yang patah kan
tumbuh yang hilang akan berganti namun yang hilang tidak akan sama walaubagaimanapun akan
tetap kekal abadi. Begitulah juga dengan bersaranya Ustazah Samsiah selepas ini, maka tiada
lagi bayangan Ustazah Samsiah selepas ini tetapi memori kita bersama tetap utuh di ingatan kami
semua.

Sebelum mengakhir ucapan, izinkan saya berpantun buat insan yang diraikan.

Buah pauh delima batu,

Anak sembilang di tapak tangan,

Walau jauh beribu batu,

Hilang di mata di hati jangan.

Salam kemaafan kami hulurkan,

Semoga kemesraan terus berpanjangan,

Ilmu diberi harap halalkan,

Semoga perjuangan kami mendapat keberkatan.

Sekian sahaja ucapan saya selaku wakil murid. Terima kasih diucapkan sekali lagi kepada
Ustazah Samsiah tersayang dan Selamat Bersara saya ucapkan. Sekian terima kasih.
TEKS UCAPAN WAKIL MURID

MAJLIS PERSARAAN

USTAZAH SAMSIAH BT MUDA

Anda mungkin juga menyukai