Anda di halaman 1dari 5

(TAJUK 1P) MTQSS 2019

PERISTIWA ISRAK DAN MI’RAJ

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Terima kasih Pengerusi Acara. Barisan yang hakim yang bijaksana.
Guru-guru dan rakan semua.

Peristiwa Israk dan Mi’raj.

Kewafatan Abu Talib dan Khadijah ( Sajak )


Dilontar batu oleh Penduduk Taif hingga berdarah
Tahun Dukacita baginda Rasulullah
Lalu turunlah khabar gembira daripada Allah
Israk dan Mi’raj perjalanan indah dan bersejarah

Israk bererti perjalanan Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram di Mekah ke
Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis, di Palestin. Sementara Mi’raj pula ialah perjalanan
Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Aqsa menuju ke Sidratul Muntaha.

Peristiwa ini berlaku pada malam 27 Rejab, Tahun Kesepuluh Kenabian.

Surah al-Isra’ ayat 1 yang bermaksud :


Maha Suci Tuhan yang telah menjalankan hamba-Nya pada waktu malam dari
Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa.

Ya rakan-rakan…
Penciptaan alam semesta, bukti kuasa Yang Esa.
Lihat sahaja padang pasir di Arab Saudi yang kini subur menghijau. Bukti Allah
Maha Berkuasa.

Kawan-kawan…

Pada malam sebelum Israk dan Mi’raj,

1
Jibril membelah dada baginda ( Nasyid )
Air Zam Zam menyucikan hatinya
Lalu bermulalah perjalanan mulia
Dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa

Nabi Muhammad SAW telah diisrakkan dengan menaiki buraq dan ditemani oleh
Malaikat Jibril. Setibanya di Masjidil Aqsa, baginda telah mengimamkan solat
sunat bersama para nabi yang terdahulu.

Kemudian…
Arak dan susu, Jibril bawakan ( Pantun )
Manakah satu pilihan Rasulullah
Susu yang putih menjadi pilihan
Sebagai perlambangan kepada fitrah

Surah al-Ma’idah, ayat 90 yang bermaksud :


Sesungguhnya arak, judi, memuja berhala dan menilik nasib
adalah perbuatan keji daripada syaitan.

Ya rakan-rakan…
Peristiwa ini terkandung pengajaran. Hindari arak, perintah Tuhan.
Justeru Pesta Arak untuk masyarakat bukan Islam, wajib kita jauhkan.

Kawan-kawan…

Selepas itu, baginda dimi’rajkan ( Nasyid )


Dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha
Dalam perjalanan nabi dipertemukan
Dengan para Nabi sebelum baginda

2
Antaranya Nabi Adam, Nabi Musa dan Nabi Ibrahim alaihissalam.

Dalam peristiwa Israk dan Mi’raj ini juga, Baginda juga turut ditunjukkan dengan
beberapa peristiwa luar biasa. Antaranya…

Kaum yang memakan batu-batu api dari neraka. Gambaran orang yang memakan
harta anak yatim dan menzalimi mereka

Kaum yang memecahkan kepala dengan batu, berulang-ulang kali. Gambaran


orang yang malas bersolat setiap hari.

Kaum yang bercucuk tanam, lalu mendapat hasilnya.


Gambaran orang yang berjihad pada jalan-Nya.

Surah at-Taubah, ayat 41 yang bermaksud :


Dan berjihadlah dengan hartamu dan jiwamu pada jalan Allah.

Ya rakan-rakan…

Berjihad untuk agama dan negara, tuntutan Yang Esa.

Alhamdulillah pengorbanan Almarhum Mohd Adib untuk negara, mendapat


ganjaran sebaiknya.

Kawan-kawan…

Kemudian…

Naiklah baginda ke Sidratul Muntaha ( Syair )


Mukjizat yang agung Rasul mulia
Di sanalah baginda terima perintah-Nya
Kefardhuan solat untuk umatnya

3
Pada asalnya, perintah solat itu sebanyak 50 waktu sehari semalam.

Namun kata pepatah, ‘Hanya jauhari yang mengenal manikam.’


Dalam perjalanan turun ke langit keenam, Nabi Musa menasihati baginda agar
memohon kepada Allah supaya dikurangkan bilangannya.

Akhirnya Allah mengurangkan kepada 5 waktu.

Surah al-Baqarah, ayat 43 yang bermaksud :


Dan dirikanlah solat dan tunaikan zakat.
Dan ruku’lah bersama dengan orang-orang yang ruku’.

Ya rakan-rakan…

Tunaikan perintah solat dengan sempurna.

Program Solat Fardhu Berjemaah di sekolah kita sokong bersama-sama.

Kawan-kawan…

Sekembalinya ke Mekah, baginda menceritakan kisah ajaib ini.


Namun, hanya Abu Bakar yang mempercayainya.

“Muhammad ini sudah gila agaknya!


Bagaimana boleh pergi ke Masjidil Aqsa dalam tempoh satu malam? Kemudian…
Naik ke langit pula?” Reaksi Penduduk Mekah.

Lantas Nabi menceritakan tentang kepulangan sekumpulan peniaga ke Kota Mekah


dan tanda-tandanya untuk membuktikan kebenaran kisah baginda.

Begitulah kawan-kawan…
Agungnya Peristiwa Israk dan Mi’raj
4
Semoga kita beroleh pengajaran berguna.

Sekian. Wabillahit taufiq wal hidayah.


Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai