Anda di halaman 1dari 8

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI LAYAR

08000 SUNGAI PETANI


KEDAH DARUL AMAN
Tel/Faks : 04-4236466
sksglayar.ppdkmy@gmail.com
___________________________________________________________________________________

MINIT MESYUARAT GURU DAN PENGURUSAN SEKOLAH BIL 3 2022/2023

Tarikh : 29 Disember 2022

Hari : Khamis

Masa : 9.00 Pagi

Tempat : Jerai Hill Resort

Kehadiran : 53/58

Turut Hadir :

1. En. Baharuddin bin Mohamed Ibrahim ( Pengerusi/Guru Besar )

2. Pn Hjh Azizah Bt Ahmad (PK Kurikulum)

3. Pn. Noor Kamalia binti Amauddin ( PK HEM )

4. En Muhammad Fadzli Bin Sudin (PK Kokurikulum)

Tidak Hadir Bersebab :

1. En. Jimmy Teng Joo Huat (Cuti sakit)


2. Pn. Mazalina binti Piee (Cuti Rehat Khas)
3. Pn. Norhayati binti Mohd Razi (Cuti Rehat Khas)
4. Pn Siti Zubaidah binti Bachok (Umrah)
5. Pn. Wan Sofinaz (Cuti Rehat Khas)

Agenda mesyuarat :
1. Ucapan Pengerusi
2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat lalu
3. Perkara berbangkit
4. Perkara-perkara baharu :
4.1 - Takwim sekolah - Jan & Feb
4.2 - Ujian Akhir Sesi Akademik
4.3 - PBS
4.4 - Ladap Hari Sabtu
5 - Hal -hal lain
6. Ucapan Penangguhan
1. Ucapan pengerusi

Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru dan mengucapkan terima kasih di atas kehadiran
dan komitmen yang ditunjukkan.

2. Pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu

Cadangan Minit Mesyuarat disahkan : En Marzukhi bin Osman

Disokong : En Mohd Zaidi bin Zakaria

3. Perkara-perkara berbangkit

Tiada perkara berbangkit

4. Perkara-perkara baharu :

4.1 Pembentangan Takwim Januari dan Februari oleh Guru Besar seperti dalam Lampiran 1 & 2

Makluman semua guru dan tindakan guru yang


terlibat

4.2 Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA)

4.2.1 Dilaksanakan pada minggu ke persekolahan Januari 2023. Ia berdasarkan beberapa perkara
mengikut Garis Panduan Pentadbiran. Antara yang telah dibentangkan oleh Guru Besar ialah :

1. Panduan Umum
2.Latar Belakang
3.Tafsiran
4. Konsep Dan Prinsip :
4.1 Ujian akhir sesi akademik ialah ujian peringkat sekolah dan dilaksanakan sebagai sebahagian
daripada PBD sumatif di akhir kalendar akademik. Ujian akhir sesi akademik bukan merupakan
pentaksiran pusat.
4.2 Ujian akhir sesi akademik adalah untuk menguji tahap kognitif murid bukan membandingkan
prestasi atau pencapaian antara murid, sekolah, daerah dan negeri.
4.3 Ujian akhir sesi akademik bertujuan mengumpul dan mendapatkan maklumat mengenai tahap
pencapaian akademik murid atau kandungan yang dipelajari murid sepanjang sesi akademik.
Seterusnya, ujian ini juga dapat memberi gambaran yang menyeluruh tentang perkembangan
kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. Maklumat ini dapat membantu guru merancang
dan melaksanakan intervensi untuk membangunkan potensi murid.

5. Kategori Murid :
5.1 Ujian akhir sesi akademik melibatkan murid sekolah rendah tahap dua iaitu Tahun 4, Tahun 5
dan Tahun 6 serta murid sekolah menengah peringkat menengah rendah iaitu Tingkatan 1,
Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 bagi sesi akademik semasa sahaja.
5.2 Semua murid yang berdaftar dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) boleh menduduki
ujian akhir sesi akademik. Mereka terdiri daripada:
5.2.1 murid yang berada di Sekolah Kerajaan/Sekolah Bantuan Kerajaan/Sekolah Agama
Bantuan Kerajaan/Sekolah di bawah Agensi Kerajaan/Sekolah Menengah Agama Negeri yang
berdaftar dengan KPM; dan
5.2.2 murid yang berada di sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM dan maklumat
mereka didaftarkan dalam APDM.

6. Instrumen Pentaksiran
-Mata Pelajaran teras disediakan.
- Mata Pelajaran elektif digubal oleh guru-guru Mata Pelajaran.
- Melibatkan semua mata pelajaran bagi komponen ujian bertulis sahaja, manakala komponen
lain seperti ujian lisan, amali dan lain-lain dilaksanakan dalam PBD berterusan.
7. Perekodan Skor Dan Pelaporan
8. Pengurusan Dan Pentadbiran
9. Prosedur Keselamatan
10. Peranan Dan Tanggungjawab Sekolah
11. Peranan Dan Tanggungjawab Jabatan Pendidikan (Jpn) Dan Pejabat Pendidikan Daerah (Ppd)
12. Calon Persendirian

Makluman semua guru dan tindakan Setiausaha Peperiksaan

4.2.1 Guru tidak dibenarkan meminta murid mengambil kertas soalan Ujian Akhir Akedemik

4.3 PBS/PBD

4.3.1 Guru Mata Pelajaran diminta mengemaskini Rekod Perkembangan Murid (RPM), mencetak dan
memastikan ia disemak oleh PK Pentadbiran ditandatangan oleh Guru Besar.

4.3.2 Memastikan penilaian menyeluruh dilaksanakan dan penguasaan murid mengikut kemahiran
dicapai terutamanya dalam buku teks.

Makluman semua guru dan tindakan guru yang


terlibat

4.4 Ladap Hari Sabtu

4.4.1 LADAP seperti yang dibentangkan didalam takwim Januari 2023 diubah dari hari Sabtu ke hari
Jumaat minggu kedua dan keempat setelah mencapai persetujuan majoriti
mesyuarat.

Makluman semua
guru

5. Lain-lain Hal
5.1 KURIKULUM : Pn Azizah
5.1.1 berkongsi mengenai agenda ABC (Anak yang Baik lagi Cerdik) dimana penekanan
terhadap kemenjadian murid yang perlu seimbang dari segi intelektual dan spiritual
5.1.2 menyatakan hasrat dan amanah KPPM agar menekankan adab yang tinggi adalah paling
utama dalam seseorang murid itu manakala kecerdikan merupakan bonus.
Makluman dan tindakan semua
guru
5.2 HEM : Pn Kamalia
5.2.1 Meminta Guru Kelas semak, sahkan dan cetak kehadiran bulan Disember. Semak data
murid dari aspek jumlah murid dalam system APDM.
5.2.2 Guru bertugas RMT perlu membuat laporan yang lengkap samada kelemahan dan
kekurangan dari aspek makanan itu sendiri samada kualiti, kuantiti, rasa dan kebersihan
keseluruhan penyediaan RMT.
5.2.3 Laporan perlu ditandatangani oleh pengusaha kantin pada hari yang sama.
Makluman dan tindakan semua guru

5.3 KO- KURIKULUM : En Muhammad Fadzli


5.3.1 Panduan Pengisian PAJSK telah dikongsikan melalui aplikasi rasmi sekolah.
5.3.2 Pengisian PAJSK perlu lengkap dan selesai pada minggu pertama Januari ini untuk
semakan dan pengesahan.
Makluman dan tindakan guru yang
terlibat

5.4 FASILITI : Guru Besar


5.4.1 Tandas ditambahbaik dari segi cat dan penukaran pintu. Guru-guru diminta membuat
laporan dengan dengan baik dan telus termasuklah mengenai kebersihan tandas dan
persekitaran.
5.5 Guru Besar berharap agar kita semua cakna dengan semua dasar KPM. Harapan agar dasar
berkaitan dapat diteruskan dan dilaksanakan dengan baik ini termasuklah ABC (Anak yang
Baik lagi Cerdik), Sekolahku Sejahtera, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia
Makluman semua
guru

6. Ucapan Penangguhan

Guru besar mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir. Beliau berharap semua
perancangan dapat dilaksanakan dengan lancar serta kita semua dapat melaksanakan tugas dengan
baik dan mendidik dengan seikhlasnya.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :


Siti Nur Aini Binti Sabudin Baharuddin bin Mohamed Ibrahim
Setiausaha Mesyuarat Guru Guru Besar SK Sungai Layar
SK Sungai Layar 2022/2023
LAMPIRAN 1

JANUARI 2023

TARIKH HARI /190 AKTIVITI TINDAKAN


1 Ahad 172 Perhimpunan
rasmi Sekolah
Buka sekolah dan
penghantaran
soalan UASA
2 Isnin 173
3 Selasa 174 Selayar Sihat
4 Rabu 175
5 Khamis 176 Bacaan Yaasin
6 Jumaat
7 sabtu Sabtu Minggu
Pertama
8 Ahad 177 Perhimpunan
Rasmi Sekolah
Mesyuarat AJK
PIBG
9 Isnin 178
10 Selasa 179 SeLayar Sihat
11 Rabu 180
12 Khamis 181
13 Jumaat
14 sabtu
15 Ahad 182
16 Isnin 183
17 Selasa 184
18 Rabu 185
19 Khamis 186
20 Jumaat
21 sabtu
22 Ahad 187
23 Isnin 188
24 Selasa 189
25 Rabu 190
26 Khamis 191
27 Jumaat
28 sabtu
29 Ahad 192
30 Isnin 193
31 Selasa 194
LAMPIRAN 2

FEBRUARI 2023

TARIKH HARI /190 AKTIVITI TINDAKAN


1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
LAMPIRAN SENARAI KEHADIRAN

Anda mungkin juga menyukai