Anda di halaman 1dari 6

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Terima kasih  Pengacara Majlis.

Yang Berusaha Encik/Puan …………………………,

Yang Berusaha …………………………………

Yang Dihormati Encik Encik Yunalis Bin Jamari YDP PIBG SMK seri
Sembrong

Para pentadbir SMK Seri Sembrong

Guru- guru, AJK PIBG, para ibu bapa dan penjaga, para pelajar dan
hadirin yang dikasihi sekalian.

Beras kunyit saya taburi,


                                      Air mawar direnjis wangi.
                             Berkembang kasih menabur budi,
                                      Undangan tuan amat disanjungi.

Terlebih  dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada


jawatankuasa majlis Hari Anugerah Cemerlang, Sekolah Kebangsaan Seri
Sembrong kerana sudi menjemput saya untuk merasmikan Majlis  Anugerah
Kecemerlangan SPM 2021 Dan Mesyuarat agung PIBG SMK Seri
Sembrong pada kali ini. Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah
kepada pihak sekolah yang berjaya mengadakan program ini sebagai satu
program tahunan demi menghargai kejayaan dan pencapaian pelajar dalam
bidang akademik. Walau apa-apa pun nama diberikan untuk majlis seperti ini,
yang pasti Majlis  Anugerah cemerlang merupakan satu majlis khas untuk
meraikan para pelajar yang telah membuktikan kecemerlangan mereka dalam
bidang akademik. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada para pelajar
cemerlang sekolah ini.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,


Pada hari ini, kita mendapati peranan pendidikan telah berubah dengan
jelas daripada fungsi tradisionalnya. Para pelajar bukan sahaja datang ke sini
untuk belajar tetapi untuk dididik sebagai pewaris negara agar menjadi modal
insan yang berilmu dan berakhlak mulia.  Hal ini selari dengan salah
satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), iaitu meluaskan akses
kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Dalam konteks ini, NKRA itu
sendiri merupakan satu inovasi dasar dan strategi yang ampuh dalam
merealisasikan hasrat untuk memantapkan kualiti pendidikan negara. Kita perlu
bersedia untuk melakukan pembaharuan dan pembugaran dalam sistem
pendidikan melalui inovasi dasar dan strategi yang berterusan.

Hadirin sekalian,
Saya percaya sambutan Majlis   Anugerah Cemerlang SPM  pada hari ini
adalah selari dengan matlamat memberi dorongan dan memotivasikan para
pelajar agar terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam semua
bidang. Diharapkan semoga program seumpama ini dapat berterusan pada
masa-masa akan datang bukan sahaja untuk pelajar yang cemerlang tetapi juga
yang kurang cemerlang tetapi ada peningkatan atau kemajuan.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,


Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah
kepada para pelajar yang akan menerima hadiah nanti atas pencapaian mereka
dan diharapkan pencapaian cemerlang tersebut tidak berakhir di sini sahaja.
Teruskanlah kecemerlangan itu sampai bila-bila. Segala kejayaan ini tidak
seharusnya melekakan kita.
Kepada para pelajar yang tidak menerima hadiah, janganlah kecewa tetapi
ingatlah pesanan saya ini. Untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang, kita
harus mempunyai sikap rajin berusaha dan tidak mudah berputus asa,
berpeganglah pada prinsip alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke
pangkal lengan. Saya percaya para pelajar yang mendapat anugerah pada hari
ini merupakan mereka yang rajin berusaha dan konsisten dalam usaha. Mereka
yang cemerlang ini biasanya rajin pada setiap masa dan bukannya rajin
menjelang peperiksaan semata-mata atau rajin mengikut musim. Saya percaya
jika para pelajar dapat mencontohi mereka yang menerima anugerah pada hari
ini, anda juga pasti akan berada di kerusi tersebut pada tahun akan datang.

kejayaan itu luas pengertiannya, antara kejayaan dalam pelajaran dengan


kejayaan dalam hidup. Yang mustahaknya kejayaan dunia dan akhirat.
.
.
Cumanya kita mungkin tidak tahu atau didedahkan dengan ilmu keibubapaan.
Sekarang sudah banyak kursus atau program motivasi berkaitan, mungkin boleh
korban sikit duit, laburkan untuk mengikutinya atau PIBG boleh anjurkannya.
Bukan sekadar murid-murid yang perlu diberikan motivasi, kita sebagai ibubapa
juga perlu.
perlunya dipastikan anak murid kita berkemahiran khususnya dalam membaca
sejak peringkat awal mula persekolahan. Sebenarnya memang betul dan kita
para ibu bapa patutnya memulakannya lebih dari awal di rumah, tidak hanya
mengharapkan usaha pihak sekolah.
Berdasarkan pembacaan buku serta nasihat ustaz, sering diperkatakan bahawa
kita kena banyakkan mengaji al-Quran atau membaca ayat dari surah-surah
tertentu, khususnya oleh wanita yang mengandung. Maknanya usaha ketika
peringkat mengandung lagi dalam usaha untuk melahirkan anak yang soleh dan
cerdik pandai. Rasanya perkara ini pun masih sering diperkatakan pada hari ini.
Semasa ibu mengandung, digalakkan membaca Surah Luqman dengan harapan
anak yang dikandung menjadi yang cerdik akal dan jiwa. Baca Surah Yusuf,
supaya anak yang lahir menjadi cantek rupa paras dan cantek ahlaknya.
Membaca surah Maryam agar mudah bersalin. Memang isteri saya sering
mengamalkannya. Kita sebagai orang Islam pun memang digalakkan atau kena
baca al-Quran setiap hari, sekurangnya-kurangnya beroleh pahala dengan
membaca al-Quran.
Sekarang disebutkan pula banyak ayat-ayat lain seperti surah Al Fatihah untuk
terang hati dan kuat ingatan. Surah Hujurat untuk memperbanyakkan susu ibu
dan anak yang bersifat berhati-hati. Surah Yaasin untuk ketenangan hati dan
anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
Surah At-Taubah Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat Surah
An-Nahl Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.
Seorang Pakar air dari Jepun iaitu Dr Masaru Emoto yang juga dibukukan
penemuananya dalam bukunya iaitu The Secret Of Water. Berdasarkan
penemuan Dr Masaru Emoto, bentuk kristal air yang terbentuk dipengaruhi oleh
pesekitaran.
Seperti air dalam botol ini, jika persekitarannya baik, diberikan kata-kata yang
baik, ia membentuk kristal yang cantik. Jika yang buruk di maki hamun atau
didengarkan dengan muzik rock, bentuk kristal molekulnya pun berserabut tidak
cantik.
Mungkin tuan-puan pernah mendengar tentang rawatan dan pengubatan Islam
Darul Syifa’ Bandar Baru Bangi oleh Ustaz Dato’ Dr Harun Din. Ramai orang
datang nak dapatkan rawatan dan kena ambil giliran yang panjang. Di sana
mereka hanya membacakan surah atau doa tertentu lantas ditiupkan ke dalam
air yang kemudiannya diminum, sapu atau dibuat mandi. Air tersebut seterusnya
menjadi media membawa harapan dan doa bagi memberikan kebaikan serta
rawatan penyakit yang terdapat dalam badan kita. Dengan gabungan kedua cara
ini, saya yakin akan ada kebenarannya dan ini bukan sihir. Saya yakin memang
ada kesannya.
75% anggota badan kita terdiri daripada air. Kandungan darah 82% adalah air.
Jantung 90% air, otak 76%, malahan tulang yang nampak keras tu pun 25%
adalah air. Jika perkataan yang baik pun boleh membentuk struktur air yang
baik, inikan pula bacaan Al-Quran. Bacaan tersebut juga akan membentuk dan
menghasilkan struktur air yang cantik dan baik mengalir dalam badan kita,
membentuk diri sendiri serta anak seawal dalam kandungan lagi.
Mungkin sebab itu juga Allah melarang kita berada bersama orang yang
maksiat atau semeja dengan orang yang minum arak, kerana dibimbangi ‘aura’
maksiat itu tempias mengenai kita sendiri dengan membentuk air yang mengalir
dalam badan kita. Ataupun jika masa mengandung, asyik dengar lagu dangdut
atau hidustan aje, maka jadilah anaknya nanti juga minat dangdut atau hindustan
….
Kunci Ilmu adalah membaca. Ayat al-Quran pertama diturunkan. Iqra. Ini
menunjukkan kepentingan membaca. Sebagai ibubapa, kita kena beri dorongan
kepada anak-anak kita untuk banyak membaca, seawal mungkin. Buku adalah
gedung ilmu. Belikan buku-buku atau majalah yang berfaedah serta ikut
kemampuan kita. Tidak semestinya yang mahal reganya. Kekadang tu ada
jualan murah buku-buku lama, beli sahaja selagi mana kelihatan bersesuaian.
Apabila anak-anak suka membaca buku, ia juga akan meluaskan fikiran dan
meningkatkan keinginan untuk lebih mengetahui dan kemampuan mereka
menulis.
.
Kini banyak bahan bacaan dalam pasaran, cuma kita kena hati-hati dan pandai
memilih mana yang sesuai.

Jika kita berbuat baik kepada orang lain, insya’allah akan ada balasan daripada
Allah manfaat sama ada kepada diri, keluarga dan anak-anak saya sendiri.
Mesyuarat Agung tahunan merupakan masa yang terbaik bagi ibu bapa
memberi pandangan, cadangan serta membantu meningkatkan imej dan prestasi
sekolah. Bagi para AJK tentunya ini masa untuk menilai sejauh mana usaha
yang dilakukan memberikan hasil yang diharapkan dan diterima oleh para
ibubapa dan guru.
Janganlah hendaklah dihentam sana dan sini AJK PIBGnya. Bila cerita pasal
program selalunya agak senyap. Tapi bila hal kewangan, timbul macam-macam
cerita.
Memang berat tugas AJK PIBG, khususnya kalau melibatkan soal menambah
kewangan dan banyak program PIBG hendak adakan. Sekolah sini mungkin
agak mudah urusannya sebab tidak ramai pelajarnya, sekitar 200 lebih. Tapi
kalau ada 100 keluarga dengan yuran RM10 setahun, baru RM 1,000 setahun.
Cukupke untuk aktiviti tahunannya ? Tapi nampaknya sekolah telah ok
kemudahan fisikalnya. Hanya perlukan sokongan dan penglibatan ibubapa dan
meningkatkan pencapaian muridnya.
,yuran PIBG macam-macam hendak digunakan. Itulah untuk buat garage, baiki
pagar dan pelbagai kerosakan. Terpaksa PIBG usaha keras cari duit.
Selalunya kita agak sukar nak menghulurkan derma atau berkorban sedikit
wang ringgit untuk kemajuan sekolah anak-anak sendiri. Masih nak
mengharapkan jua bantuan kerajaan. Pernah sekolah di tempat saya, macam nak
berperang dibahaskan isu nak naikkan yuran PIBG dari RM10 kepada RM20
setahun. Dalam hal sumbangan untuk pendidikan anak-anak, kita kena contohi
orang Cina yang sanggup menyumbang dan berkorban mengeluarkan wang
ringgit demi pendidikan anak-anak mereka. Sekolah asrama anak-anak saya
yuran tahunan PIBGnya tidak kurang RM100.
Harta kita ialah yang sebenarnya ialah yang dapat membantu kita di akhirat
nanti. Bukan sebanyak mana tersimpan dalam poket atau simpanan kita.
Banyakkan menderma dan bersedeqah kearah kebaikan sebagai saham akhirat
kita yang berpanjangan. Duit yang ada dalam poket atau bag tangan kita tu
belum tentu milik kita. Entah-entah kejap lagi habis kat kedai beli itu dan ini.
Atau buat belanja ngeteh kat warong mana.
Tahniah kepada hadirin hadirat yang dapat hadir pada hari ini. Hadir demi
kemajuan sekolah dan pendidikan anak-anak di sini. Mungkin ada yang
terpaksa mengorbankan masa yang sepatutnya hari ini nak menyawit atau ke
kebun.
Sesamalah kita membaca surah al-Fatehah, yang mana kita sedekahkan pahala
bacaannya kepada arwah ibubapa kita serta guru-guru khususnya guru yang
telah pergi meninggalkan kita. Al-Fatehah.

Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan sekali lagi mengucapkan tahniah
dan syabas kepada semua guru kerana berjaya menganjurkan  Majlis
Anugerah cemerlang dan Mesyuarat Agung PIBG tahun ini.
Sebelum saya berundur diri, saya juga ingin menarik perhatian hadirin sekalian
pada pantun ini;

 Terbang tinggi si burung helang,


Berkicau kenari sambil berterbangan;
Insan cemerlang negara terbilang,
Anugerah diberi tanda kecemerlangan.

Ikan sembilang, sepat dan kelah,


Guna bubu biasa di hujung;
Pencapaian cemerlang dapat hadiah,
Petanda ilmu sentiasa dijunjung.

Digerak oleh iltizam mencapai kecemerlangan, saya dengan lafaz Bismillahhir-


rahmannirahim (Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Penyayang)
MERASMIKAN Majlis  Anugerah Cemerlang SPM 2021 dan Mesyuarat
Agung PIBG tahun 2022.

Anda mungkin juga menyukai