Anda di halaman 1dari 6

1

Menafikan Pernyataan dan Menolak Tuduhan (BT. Hlm. 54)

Contoh jawapan

• Saya tidak bersetuju kerana Institut Penyelidikan Perubatan beroperasi


sepanjang masa baik ketika keadaan negara aman mahupun ketika peperangan.

• Saya menyangkal hujah tersebut. Hal ini disebabkan Institut Penyelidikan


Perubatan tetap cemerlang kegiatannya walaupun diurus oleh rakyat Malaysia.

• Pernyataan tersebut langsung tidak tepat. Hal ini demikian kerana Institut
Penyelidikan Perubatan menyediakan perkhidmatan bukan sahaja kepada klinik
dan hospital bahkan juga menyediakan kepakaran dalam pelbagai bidang
perubatan di peringkat kebangsaan.

• Pernyataan yang dibuat itu agak mengelirukan. Berdasarkan maklumat yang


saya peroleh, sumbangan Institut Penyelidikan Perubatan tidak terhad kepada
rakyat Malaysia sahaja bahkan juga kepada orang luar.

• Pernyataan yang diberikan itu membuktikan bahawa saudara kekurangan


maklumat. Yang sebenarnya, Institut Penyelidikan Perubatan memberikan fokus
bukan sahaja setakat penyakit yang dikemukakan pada 1990-an seperti beri-
beri, tifiod, dan sebagainya bahkan juga menumpukan perhatiannya terhadap
penyakit yang ditemukan pada tahun 2000 dan tahun-tahun yang berikutnya.

2
Menyatakan Penghargaan, Pengakuan dan Kecenderungan, serta
mendapatkan Pertimbangan (BT. Hlm. 57)

Contoh jawapan

Pernyataan 1
Situasi
Saya berharap agar kerajaan Malaysia
berusaha menjadikan Institut
Mendapatkan
Penyelidikan Perubatan sebagai
pertimbangan
badan penyelidikan perubatan yang
terkenal di peringkat antarabangsa.

Pernyataan 2

Bagi saya Institut Penyelidikan


Perubatanlah yang banyak
menyumbangkan hasil penyelidikan Kecenderungan
perubatan berbanding dengan instituti
pendidikan atau pusat pengajian tinggi
yang lain di Malaysia.

Pernyataan 3

Tanpa sumbangan Institut Penyelidikan


Perubatan, saya pasti bahawa banyak Penghargaan
masalah penyakit yang terdapat di
Malaysia sukar diatasi.

Pernyataan 4

Yang sebenarnya, Institut Penyelidikan


Perubatanlah yang menawarkan Pengakuan
perkhidmatan diagnostik ujian-ujian
khas kepada pelbagai hospital dan
klinik

3
Menyatakan Perasaan dan Menegur Perlakuan dengan Menggunakan
Peribahasa (BT. Hlm. 58)

Contoh jawapan : Aktiviti 2 (BT. Hlm. 59)

Masalah 2

• Saya sedia membantu ayah awak yang menghidap penyakit kencing


manis. Saya diberitahu bahawa air rebusan akar keriang dan daun misai
kucing sesuai untuk mengubat penyakit tersebut.

Masalah 3

• Saya amat khuatir dengan keadaan ibu awak yang menghidap penyakit
darah tinggi. Oleh itu, saya mencadangkan supaya ibu awak selalu
memakan buah belimbing besi dan air rebusan akar jenjuang. Kedua-
dua tumbuh-tumbuhan itu sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapi
oleh ibu awak.

Masalah 4

• Memanglah hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih. Walau


bagaimanapun, kita janganlah bersikap seperti itu. Sebagai manusia,
kita mestilah sedar bahawa kalau tidak ada rotan, akar pun berguna.
Oleh itu, cubalah minum air rebusan akar seruntun putar wali. Akar itu
mujarab untuk penyakit darah tinggi.

Membaca Secara Imbasan dan Luncuran untuk Mengenal Pasti Kesesuaian


Sumber (BT. Hlm. 60)

Contoh jawapan : Aktiviti 2 (BT. Hlm. 61)


• Penulisan sumber rujukan : Aktiviti 2 (BT. Hlm. 61)

Naapie Mat, “Konsep dan Keistimewaan Sastera Epik” dlm. Pelita


Bahasa 13:02, hlm. 32-33, Februari 2001.

Abdul Rashid Ahmad, 2003. Surah Luqman. Kuala Lumpur: Utusan


Publications & Distributors.

Sidek Baba (Prof. Dr.), “Sains Sumber Mengangkat Adab, Tamadun Umat
Islam” dlm. Berita Harian, 19 Disember 2003.

Asraf, 1990. Petunjuk Bahasa Malaysia Baku KBSM. Petaling Jaya:


Sasbadi Sdn. Bhd.

4
Zamberi Othman, “Taman Air Buatan Sendiri” dlm. Anjung Seri 113:02,
hlm. 82-85, Februari 2003.

Membaca pantas Secara Imbasan dan Luncuran untuk Mendapatkan


Maklumat Khusus (BT. Hlm. 61)

Contoh jawapan : Aktiviti 2 (BT. Hlm. 62)


(a) Bahagian Kesihatan Keluarga dan Pemakanan mempunyai
wawasan, iaitu menjadi pusat sumber dan rujukan pembangunan
sumber manusia dalam Kesihatan Keluarga dan pemakanan.

(b) Bahagian Kesihatan Keluarga dan Pemakanan menggarapkan


5 misi.

(c) Bahagian Kesihatan Keluarga memang menyokong program yang


dijalankan oleh Bahagian Kesihatan Keluarga dan Pemakanan.

Contoh jawapan : Aktiviti 3 (BT. Hlm. 62)


(a) Dua misi yang ditetapkan oleh Bahagian Kesihatan Keluarga dan
Pemakanan ialah menyokong dan menggalakkan kesihatan
melalui rakan kongsi yang berkesan dan meningkatkan kecekapan
dan keberkesanan sumber manusia kakitangan Kementerian
Kesihatan Malaysia melalui Pembentukan Modul dan Latihan.

(b) Sesuatu aktiviti Bahagian Kesihatan dan Pemakanan dijalankan


dengan cara mengadakan latihan, penyelidikan, atau khidmat
runding cara.

Mengenal Pasti Idea Utama dan Peristiwa Penting untuk Membuat Sinopsis
(BT. Hlm. 63)

Contoh jawapan : Aktiviti 3 (BT. Hlm. 65)

Ayat Pemula:
Novel tersebut mengisahkan tiga watak utama, iaitu sepasang kekasih, yang
banyak berkonflik pada awalnya dalam tugas penyelidikan, iaitu Amir dan Siti
Nur Syafinaz, dan kehadiran orang ketiga dalam kehidupan mereka, iaitu Mas
Zainah.

Sambungan ayat:
Mas Zainah menemui Amir di Kota Cahaya.
Mas Zainah ingin tahu tentang perasaan Amir terhadapnya.
Amir tidak berterus terang dan bijak memainkan kata-kata sehingga Mas
Zainah pulang dengan perasaan hampa.
Amir berselisih faham dengan kekasihnya, Siti Nur Syafinaz.

5
Amir dan kekasihnya mempunyai pandangan yang berbeza tentang kajian
mereka terhadap pengklonan manusia.
Amir tidak bersedia menentang konsep sains Islam sedangkan Siti Nur
Syafinaz bersedia melakukannya.
Akhirnya, Siti Nur Syafinaz sedar akan kesilapan pandangannya dalam
kajiannya itu dan oleh itu, hubungannya dengan Amir kembali pulih.
Siti Nur Syafinaz dan Amir bertunang dan mendirikan rumah tangga tetapi
pada masa yang sama, Mas Zainah terlantar di hospital.

Akses Kendiri

Contoh jawapan : Aktiviti 2 (BT. Hlm. 67)

(a) Rangkai kata Maksud


merapat akan perahu itu mendekati perahu itu
bukan dengan harga yang halus buatannya dan tentulah
sebarang harganya mahal
tiada berantara tidak berlengah-lengah lagi

(b) Semasa mereka ditemukan, penumpang perahu kelihatan terbaring


dan tidak sedar akan diri masing-masing.

(c) Apabila Datuk Menteri dan Sultan Mutabar mengetahui hal itu, saya
berpandangan bahawa penumpang perahu itu mungkin akan disiasat
dan diraikan sekiranya penumpang perahu itu bertujuan baik.

Anda mungkin juga menyukai