Anda di halaman 1dari 15

LAN 1004: PENGAJIAN ISLAM

BAB 12: KONSEP KESENIAN ISLAM

BAB 12: KONSEP KESENIAN ISLAM

Hak Cipta Terpelihara 2005

14

LAN 1004: PENGAJIAN ISLAM

BAB 12: KONSEP KESENIAN ISLAM

12.1

Pengenalan
Di dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada tahun 1970 di New York U.S.A telah dimuatkan sebuah rencana yang membincangkan suatu soalan andaian iaitu: jika sekiranya dalam sebuah bilik yang sama terdapat sebuah lukisan yang dilukis oleh pelukis yang masyhur seperti Rembrandt, Michelangelo atau Leonardo Da Vincci yang unik dan dalam bilik yang sama pula ada seorang bayi dan jika bilik itu terbakar dan hanya ada kemungkinan untuk menyelamatkan salah satu sahaja sama ada anak kecil itu atau lukisan yang termasyhur berkenaan, yang manakah patut diselamatkan.? Ramai para pembaca dan intelek di Barat berpendapat bahawa lukisan itu patut diselamatkan dan bayi itu boleh dikorbankan. Kenapa mereka berpendapat sedemikian? Kerana pada fikiran mereka seni lukisan yang ganjil dan unik tidak ada gantinya, jika terbakar habis lesap dari simpanan manusia sebaliknya bayi dilahirkan pada tiap-tiap hari, oleh itu ia tidak perlu diselamatkan dari kemusnahan. Inilah yang dikatakan menghidupkan seni demi untuk seni itu sendiri dan memuliakan seni sehingga melewati batas. Begitulah kesannya jika seni dilarikan dari konsep Islam.

12.2

Definisi Kesenian Islam


Sinonimnya seni dikatakan sebagai sesuatu yang indah, halus, lembut, senang didengar, di tutur atau selesa dipandang. Seni disebut dalam perkataan Inggeris sebagai art yang berasal dari perkataan Yunani yang bermaksud kecekapan dan kebolehan. Menurut kamus dewan pula, seni ialah karya (sajak, lukisan, muzik dll) yang dicipta dengan bakat (kecekapan) hasil daripada sesuatu ciptaan. Manakala kesenian ialah perihal seni, yang berkaitan dengan seni keindahan (kehalusan). Di dalam perspektif Islam pula, seni didefinisikan dengan pelbagai istilah oleh para ilmuwan Islam, antaranya Al-Ghazali yang mentakrifkan seni sebagai setiap yang indah dan sempurna, dengan itu, manusia akan terdorong untuk memilikinya sebagai penyokong kepada kewujudan manusia. Kesenian ini juga ada kaitan dengan kecintaan yang mana antara keduanya ada unsur-unsur kasih sayang dan memerlukan. Cinta di sini disifatkan kepada cinta kepada Al-Khalik. Sidi Gazalba pula mentakrifkan seni sebagai sebahagian daripada kebudayaan yang dicetuskan oleh sesuatu kelompok manusia kerana fitrah manusia yang mencintai sesuatu yang menyenangkan hati melalui panca indera yang lima. Penciptaan bentuk-bentuk kesenian tersebut mengandungi nilai estetika yang berpadu dengan nilai estetika Islam. Nilai estetika utama Islam ialah akhlak.

Hak Cipta Terpelihara 2005

15

LAN 1004: PENGAJIAN ISLAM

BAB 12: KONSEP KESENIAN ISLAM

12.3

Kesenian Menurut Perspektif Islam


Sifat suka kepada seni merupakan naluri semula jadi manusia yang memang suka melihat kepada perkara-perkara yang indah. Islam pula merupakan agama yang merangkumi segala aspek kehidupan manusia termasuklah menggalakkan seni dan penciptaan yang indahindah. Keinginan manusia terhadap seni dan keindahan merupakan satu fitrah kejadian manusia itu sendiri. Sabda Rasulullah yang bermaksud: Allah itu indah dan sukakan keindahan. Selain itu Rasulullah juga bersabda yang bermaksud: Keindahan itu menenangkan segala hati dan ubat untuk luka, sesungguhnya keindahan perhiasan dan kebahagiaan hidup. Semua bidang dan reka bentuk seni bertujuan sebagai alat untuk menuju kepada matlamat yang lebih besar iaitu untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat. Seni hanya sebagai perkara sampingan (ia bukan terlalu agung hingga kita boleh mengorbankan maruah, nyawa, agama dan sebagainya hanya kerana seni.) contohnya seni dalam fesyen hingga membawa seseorang itu sanggup mendedahkan auratnya hanya semata-mata kerana ia merupakan seni dan takut dilabel ketinggalan zaman. Begitu juga seni dalam bidang lakonan, seseorang pelakon itu sanggup menggadaikan

maruah, sifat malu sehingga beraksi dan menghayati watak dengan penuh kesungguhan walaupun aksi lakonan sepasang suami isteri di atas katil, bercumbu rayu dengan alasan ia adalah seni. Seorang wanita di Barat sanggup tidak berpakaian kerana badannya telah dipenuhi dengan corak tatu dan ia merasa bangga dengan tindakannya kerana ia merupakan satu seni. Seni sebegini bertentangan dengan Islam dan tidak ada nilainya sama sekali kerana seni dalam Islam bertujuan mencantikkan dan meninggikan lagi martabat manusia itu sendiri.

Hak Cipta Terpelihara 2005

16

LAN 1004: PENGAJIAN ISLAM

BAB 12: KONSEP KESENIAN ISLAM

12.4

Fungsi Kesenian Islam

Menyedarkan tentang kewujudan Tuhan dan keunikan ciptaannya.

FUNGSI KESENIAN ISLAM

Memberi ketenangan di jiwa manusia

Menanamkan rasa khusyuk kepada Allah S.W.T., iaitu dengan Huraian 1 lebih mengingati Allah S.W.T. Huraian 2

Konsep Kesenian Islam berdasarkan kepada konsep Tauhid ( Kepercayaan yang padu kepada Allah yang satu ), justeru itu kesenian dalam Islam mestilah berlandaskan kepada apa yang telah ditetapkan oleh Allah swt. dan tidak boleh bercanggah dengan peraturan yang telah ditetapkannya.

HURAIAN 1

Terdapat banyak ayat-ayat dalam al-Quran yang meminta supaya manusia melihat keindahan alam dunia sekelilingnya yang jelas memberi bukti kepada adanya Pencipta yang Maha Esa dan Bijaksana. Firman Allah:

Maksud:

Hak Cipta Terpelihara 2005

17

LAN 1004: PENGAJIAN ISLAM

BAB 12: KONSEP KESENIAN ISLAM

Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan yang Maha Pemurah, sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang? Kemudian pandanglah sekali lagi nescaya penglihatan mu akan kembali kepada mu dengan tidak menemukan sesuatu kecacatan dan penglihatan itu pun dalam keadaan yang sukar. (Surah al Mulk ayat 3-4).

Firman Allah:

Maksud: Dan apakah mereka tidak memperhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka?. Tidak ada yang menahannya (menerbangkannya di udara selain Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya dia Maha Melihat segala sesuatu.) (Surah al Mulk ayat 19). Semua keindahan boleh menggerakkan hati kecil manusia untuk berfikir atas kebijaksanaan Penciptanya dan dalam waktu yang sama boleh mengubat hati yang berduka dan menghiburkannya.

Seni sebagai saluran untuk menanamkan rasa khusyuk kepada Allah S.W.T., iaitu dengan lebih mengingati Allah S.W.T. Contohnya seni dalam bacaan al Quran; bacaan al Quran yang mempunyai susunan bahasa yang indah, ketepatan tajwid, suara yang sedap, lagu bacaannya akan meresap ke dalam jiwa seterusnya meninggalkan rasa khusyuk kepada Allah dalam ibadah. Selain dari itu contoh seni dalam bidang hiasan dalaman yang baik di rumah, seni landskapnya yang mana semua perkara tersebut dapat mencetuskan ketenangan dalam diri. Apabila ketenangan wujud dalam diri, ia memudahkan kita melaksanakan ibadah dengan penuh khusyuk, dapat menunaikan tanggung jawab, berkomunikasi dan berinteraksi dengan baik terhadap individu yang berada di persekitaran kita. Seni dalam nyanyian, lakonan dan sebagainya jika digunakan dengan penuh kreatif dalam menyampaikan mesej Islam turut dapat memainkan emosi seseorang dalam mengingati Allah.

Hak Cipta Terpelihara 2005

18

LAN 1004: PENGAJIAN ISLAM

BAB 12: KONSEP KESENIAN ISLAM

12.5

Konsep Kesenian Islam 1. Menurut Islam , seni dibentuk untuk melahirkan seseorang yang benar-benar baik,
beradab, dan ianya juga dijadikan sebagai alat untuk ketakwaan. Seni yang semakin menjauhkan, melalaikan seseorang kepada Allah adalah dilarang seperti nyanyian yang hanya semata-semata membuaikan emosi kita tentang kekecewaan, kerinduan bercinta, atau yang menjurus kepada maksiat seperti pergaulan bebas dan sebagainya terkeluar dari konsep kesenian Islam.

2. Konsep seni Islam dan pembawanya haruslah menjurus ke arah konsep tauhid dan
pengabdian kepada Allah S.W.T. Seni sebagai satu cara beribadah dan membuktikan pengabdian kepada Allah seperti alunan zikir, bacaan al Quran, selawat kepada nabi, lagu-lagu yang membawa masyarakat memahami Islam dan sebagainya.

3. Motif berseni haruslah bermatlamatkan perkara-perkara makruf iaitu kebaikan,


halal dan berakhlak. Seni yang membabitkan sesuatu yang haram adalah dilarang contohnya seni ukir yang mengukir patung-patung, seni fotografi yang membabitkan gambar-gambar lucah, seni lukis yang melukis makhluk sebagainya. haiwan dan manusia untuk hiasan dan digantung di dinding, seni lakon yang membabitkan pergaulan bebas dan

4. Seni merupakan satu proses pendidikan yang bersifat positif mengikut kaca mata
Islam dan ianya dapat menggerakkan semangat, memimpin batin dan membangunkan akhlak. Sebagai contoh, biasanya masyarakat lebih mudah menerima sesuatu jika ia disampaikan melalui seni contohnya lagu-lagu mendidik anak-anak dengan nilai akhlak yang baik dan sebagainya.

5. Seni mestilah bersifat al-Amr bil-Maaruf dan al-Nahyan al-Munkar iaitu menyuruh
atau menggalakkan kita melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran.

6. Ia juga harus digunakan untuk membangunkan akhlak masyarakat dan bukannya


untuk membawa kemungkaran dan bukan sebagai perosak akhlak ummah.

7. Semua aktiviti kesenian mestilah bermatlamatkan mencari keredaan Allah

Hak Cipta Terpelihara 2005

19

LAN 1004: PENGAJIAN ISLAM

BAB 12: KONSEP KESENIAN ISLAM

8. Kesenian Islam terpancar daripada wahyu Allah S.W.T dan syariatnya. Ianya haruslah
berada di bawah lingkungan dan peraturan wahyu untuk membezakan kesenian Islam dengan kesenian bukan Islam.

9. Kesenian Islam dapat menghubungkan manusia dengan tuhan, alam sekitar dan
sesama manusia dan juga makhluk-makhluk yang terdapat di muka bumi ini.

Oleh itu, kesenian yang mempunyai nilai tertinggi ialah kesenian yang dapat mendorong kita ke arah ketakwaan kepada Allah (semakin banyak rasa bersyukur dan sentiasa ingin memtaati Allah, kemaarufan) hanya untuk perkara-perkara yang boleh mendatangkan kebaikan sahaja dan bukan yang akan membawa kepada maksiat atau lalai dari menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah dan mampu mendidik akhlak yang baik, berhemah tinggi dan sebagainya.

12.6

Perbezaan Antara Seni Islam dengan Seni Barat


ISLAM

BARAT Dihasilkan untuk mencerminkan nilai-nilai kehidupan manusia. Bersumberkan prinsip-prinsip Islam yang berunsur kesatuan dan kepelbagaian. Tidak memisahkan antara Islam dan cara kehidupan manusia. Kebanyakan tumpuan pemikiran kepada ilmu matematik. Menekankan logik tampak lebih dari emosi Tidak menggambarkan drama atau potret-potret yang beremosi sebaliknya menggambarkan keesaan Allah

Melahirkan watak individu dan penyataan perasaan individu. Ada hubung kait dengan kelahiran fahaman humanisme, manusia sebagai objek dan agama adalah bersifat ritual. Memisahkan antara duniawi dan akhirat Pemikiran bebas dan tiada sekatan dalam berimaginasi. Emosi dan perasaan menguasai pemilihan karya. Manusia sebagai objek potret melahirkan sifat watak individu tertentu, perasaan dan ego.

Hak Cipta Terpelihara 2005

20

LAN 1004: PENGAJIAN ISLAM

BAB 12: KONSEP KESENIAN ISLAM

12.7

Bidang-Bidang Kesenian Islam


Kesenian Islam dapat dilihat dalam pelbagai aspek dan melibatkan pelbagai bidang serta sudut. Ia selari dengan perkembangan zaman dan kemodenan hidup manusia. Islam tidak menetapkan bidang-bidang tertentu yang terhad untuk dilabelkan sebagai kesenian Islam. Apa jua bidang kesenian boleh dikaitkan dengan kesenian Islam jika matlamat, prinsip dan fungsinya selari dengan apa yang telah digariskan iaitu untuk mendapatkan keredaan Allah. Antara cabang-cabang kesenian tersebut adalah:

1. SENI KHAT

Seni tulisan khat Islam telah diperkembangkan sejajar dengan cetusan ayat al-Quran yang bermula dari surah al-Alaq. Di dalam ayat berikut ada disebut mengenai alat tulis iaitu pen atau kalam. Seni khat ialah tulisan indah yang mempunyai nilai-nilai kehalusan dan kesenian. Tulisan dalam tauhid Islam berdasarkan seni khat. Nilainya tinggi kerana ia mudah diubah mengikut penulisan, bahkan tulisannya seolah-olah mempunyai irama. Ia juga disandarkan pada subjek-subjek yang berkaitan dengan agama dan digunakan untuk menulis ayat-ayat suci dan kata-kata para ulama. Tamadun Islam kaya dengan seni tulisan tangannya yang dipanggil seni khat. Terdapat 8 model dalam seni khat seperti Kufi,Thuluth, Nasakh, Farisi, Riqah, Diwani, Diwani Jali, Raihani. Khat Khufi adalah merupakan tulisan yang terawal di dalam Islam., khat ini dianggap tulisan utama kerana dengannya penguasaan penulisan di zaman Umaiyyah dan Abasiah berkembang.

Hak Cipta Terpelihara 2005

21

LAN 1004: PENGAJIAN ISLAM

BAB 12: KONSEP KESENIAN ISLAM

2. SENI RUPA ISLAM

Bentuk seni rupa abstrak Islam mempunyai kaitan dengan agama dan cara kehidupan harian. Orang-orang Islam lebih banyak menumpukan fikiran kepada matematik yang menghasilkan seni rupa abstrak geometri. Sebaliknya Barat pula mengharuskan apa sahaja bentuk dan tidak menyekat imaginasi dalam berseni. Oleh itu kita dapati penggunaan seni rupa abstrak yang menggunakan corak geometri boleh dilihat pada tingkap, dinding-dinding bangunan, batu jubin dan susunan panel-panel jubin dan dalam pertukangan kayu dan sebagainya. Penggunaan lukisan haiwan dan manusia adalah kurang sekali kerana berdasarkan sabda Rasulullah yang bermaksud: Malaikat tidak akan masuk ke rumah yang terdapat gambar-gambar, patung-patung dan juga anjing Dalam seni lukis Islam, subjek yang dilukis tidak menggambarkan drama atau potret-potret beremosi sebaliknya menggambarkan perkara-perkara yang berkaitan dengan keesaan Allah s.w.t. Umpamanya kebanyakan lukisan ditumpukan kepada tulisan khat yang indah, ditulis dengan berbagai cara atau melukis reka bentuk geometri yang menggambarkan keseimbangan dan kesatuan keadaan.

Hak Cipta Terpelihara 2005

22

LAN 1004: PENGAJIAN ISLAM

BAB 12: KONSEP KESENIAN ISLAM

Selai itu motif pohon-pohon, bunga-bungaan dan juga tumbuh-tumbuhan seperti pohon anggur yang meliuk lentuk sering digunakan pada seni pembuatan tembikar, batu jubin, ukiran batu pada bangunan, tenunan kain, permaidani dan lain-lain.

3. SENI BINA

Ibnu Khaldun berpendapat bahawa seni bina adalah merupakan salah satu asas tamadun yang paling utama. Ini bererti bahawa seni bina adalah merupakan lambang atau manifestasi dari sesuatu tamadun. Seni bina Islam berkembang secara berperingkat mengikut perkembangan kota dan ilmu bermula dari masjid Rasulullah s.a.w. Kemahiran dalam seni bina merupakan lambang ketinggian tamadun sesuatu bangsa. Seni bina Islam amat dikagumi hingga ke hari ini walaupun usianya telah menjangkau beratus-ratus tahun bahkan ribuan tahun seperti yang banyak terdapat di Turki, Sepanyol dan sebagainya. Ciri-ciri seni bina Islam menurut Titus Burckhardt bercirikan luahan perasaan, keamanan, ketenangan dan keheningan yang semestinya tidak wujud sebarang pertentangan di antara unsur kerohanian dengan kebendaan atau keduniaan dengan keakhiratan. Selain itu, seni bina Islam mengutamakan kemasukan cahaya ke dalam bangunan semaksimum yang boleh. Ia memberi peluang bagi cahaya menembusi masuk ke ruang masjid sesuai dengan keadaan semula jadi bumi selain memberi keselesaan kepada umat Islam untuk beribadat. Ciri lain yang dititik beratkan dalam seni bina Islam ialah dinding, arked dan bumbung seperti Masjid Sulaimaniah, Istanbul , Masjid-I- Shah di Isfahan Iran dan Taj Mahal di Agra India.

4. SENI KESUSASTERAAN

Bangsa Arab adalah merupakan bangsa yang telah menghasilkan kesusasteraan yang bermutu tinggi sejak sebelum kedatangan Islam lagi. Prosa pertama dikatakan telah dihasilkan sejak abad ke-4 S.M. lagi. Ukaz adalah pasar di mana penyair-penyair Arab sebelum Islam bertemu sambil menunjukkan kemahiran masing-masing dengan syair dan pidato yang terbaik. Nama-nama mereka yang masyhur akan dicatatkan dengan tinta emas di dinding Kaabah. Apabila kedatangan Islam berkembang di Tanah Arab, sastera Islam ini masih lagi menjadi aktiviti harian mereka. Rasulallah s.a.w. tetap menghargai dan menggalakkan perkembangan kesusasteraan pada prinsipnya. Isi kandungan yang berkisar sekeliling al Quran dan as Sunnah telah diterapkan dalam masyarakat. Firman Allah s.w.t. : Firman Allah:

Hak Cipta Terpelihara 2005

23

LAN 1004: PENGAJIAN ISLAM

BAB 12: KONSEP KESENIAN ISLAM

Maksud: Katakanlah: Maka cubalah datangkan sebuah surah seumpamanya dan panggillah sesiapa yang dapat kamu panggil untuk membuatnya selain Allah, jika kamu orang-orang yang benar. (Surah Yunus ayat 38)

SENI KESUSASTERAAN

Zaman Sebelum Islam

Zaman Islam

Puisi Arab

Qasidah

Prosa

Puisi Sufi

Syair

Al Quran

Kesusasteraan Arab sebelum Islam sinonim dengan gambaran keindahan padang pasir, pujian terhadap unta, kuda dan sebagainya, keadaan tiupan angin, keberanian wira-wira mereka, kemuliaan kabilah dan suku kaum dan rintihan orang sedang bercinta. Selain itu, pujian dan cemuhan terhadap sifat-sifat manusia juga terdapat dalam prosa dan qasidah mereka seperti sifat kelakian, jujur, pengecut dan sebaginya. Islam pula apabila hadir dalam kehidupan bangsa Arab ini telah mengubah syair-syair sebegitu kepada tema memuji Allah s.w.t, pujian kepada Rasulullah dan sebagainya. Unsur-unsur yang boleh merosakkan akidah, syariah dan akhlak ditentang habis-habisan oleh Islam.

5. SENI FESYEN

Hak Cipta Terpelihara 2005

24

LAN 1004: PENGAJIAN ISLAM

BAB 12: KONSEP KESENIAN ISLAM

Seni dalam fesyen juga boleh diterima sebagai salah satu cabang kesenian Islam dengan syarat fesyen yang hendak dicipta mestilah tidak lari dari batasan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t kerana tujuan utama berpakaian adalah untuk menutup aurat. Di samping itu aspek-aspek seni boleh digunakan bagi memperindah lagi pakaian tersebut. Seni fesyen dalam Islam juga tidak semestinya terikat dengan kebudayaan satu-satu bangsa sahaja kerana Islam bersifat global, apa sahaja bentuk fesyen yang sesuai dan tidak bercanggah dengan konsep dasar Islam boleh diterima seperti rekaan tersebut tidak menampakkan susuk badan, tidak jarang dan seumpamanya.

6. SENI TEKSTIL/ PERMAIDANI


Pengaruh seni Islam dalam bidang tekstil telah menjangkau ke Eropah pada abad pertengahan. Kain atau bahan yang digunakan mempunyai nama yang berkaitan dengan bandar-bandar di negara Islam. Baghdad misalnya adalah merupakan pusat utama industri sutera, sementara pusat permaidani yang paling masyhur di zaman keagungan Islam terdahulu ialah Parsi. Permaidani Parsi semasa zaman Safavi tiada tolok bandingnya kerana kualiti ketahanan dan pembuatannya hingga dikatakan permaidani yang diletakkan di lantai Masjid Ardebil yang dipijak oleh beratus-ratus kaki manusia yang bersembahyang dan tahan hingga beberapa abad. Ia merupakan kesenian yang paling menonjol kerana terdapatnya pernyataan kehalusan, warna, motif dan reka bentuk yang berbagai-bagai. Di zaman Bani Abbasiah misalnya, reka bentuk hiasan dan mutu kerja permaidani terus dipertingkatkan. Istana mereka dihiasi dengan permaidani bukan sahaja pada dinding malah seluruh lantai. Bentuk-bentuk seperti bulat, bujur telur dan segi empat sentiasa diminati ditambah pula dengan warna-warna yang menarik seperti biru dan kuning. Bahan-bahan yang digunakan adalah terdiri daripada kapas, bulu kambing dan sutera yang ditenun dengan benang warna keemasan dan keperakan .

7. SENI SUARA, LAGU, MUZIK DAN BUNYI

Tidak terdapat perkataan Arab yang boleh diertikan dengan istilah Inggeris muzik secara tepat. Handasat al-Sawt (kejuruteraan seni bunyi) ialah satu istilah Arab yang bolehlah dianggap merujuk kepada muzik. Ia mempunyai dua kategori iaitu yang dibenarkan dan dilarang oleh syariah.

Hak Cipta Terpelihara 2005

25

LAN 1004: PENGAJIAN ISLAM

BAB 12: KONSEP KESENIAN ISLAM

HANDASAT AL SAWT

Yang dibenarkan oleh syariah

Yang dilarang oleh syariah

12.8

Kategori yang Dibenarkan Oleh Syariah


AZAN Pembacaan berlagu Al Quran Pembacaan berlagu Al Quran

TAHLIL

Seni bunyi yang telah diterima Islam Seni bunyi yang telah diterima Islam Jenis muzik kekeluargaan dan Jenis muzik kekeluargaan dan keramaian.Contohnya seperti nyanyian keramaian.Contohnya seperti nyanyian menidurkan anak,majlis kahwin. menidurkan anak,majlis kahwin.

TALBIYAH

TAHMID

SYIIR

Jenis-jenis muzik seperti lagu kafilah. Contohnya seperti muzik pekerjaan untuk Jenis-jenis muzik seperti lagu kafilah. Contohnya seperti muzik pekerjaan untuk meningkatkan motivasi kerja (bagi kerja yang halal dan tidak syubhah). meningkatkan motivasi kerja (bagi kerja yang halal dan tidak syubhah).

Tabl Khanah iaitu muzik pancaragam tentera untuk memberi semangat menuju Tabl Khanah iaitu muzik pancaragam tentera untuk memberi semangat menuju medan peperangan dan juga upacara-upacara rasmi ketenteraan. medan peperangan dan juga upacara-upacara rasmi ketenteraan.

KATEGORI YANG DILARANG OLEH SYARIAH

12.9

Kategori yang Dilarang oleh Syariah

Gubahan instrumental dan vokal berirama bebas. Lagu bertingkah serius seperti bernada keras dan seni kata yang tidak tentu hala.

Muzik-muzik bukan Islam seperti idea dan amalan agama mereka. Muzik hiburan yang memikat pancaindera, melalaikan dari mengingati Allah seterusnya membangkitkan keinginan melakukan perkara yang dilarang
Hak Cipta Terpelihara 2005

seperti minum arak, mengambil dadah, pergaulan bebas, bercumbu rayu, hubungan seks bebas dan sebagainya.
26

LAN 1004: PENGAJIAN ISLAM

BAB 12: KONSEP KESENIAN ISLAM

Aktiviti kesenian yang boleh melalaikan manusia dari mengingati Allah, memahami ajaran yang dibawa oleh Rasulullah sama ada melalui al-Quran atau as-Sunnah di kira sebagai haram. Oleh itu, pada dasarnya seni sama sekali tidak haram sebaliknya ia akan menjadi haram jika aktiviti kesenian tersebut berkait dengan perkara-perkara-perkara yang telah sedia diharamkan oleh Allah seperti pergaulan bebas, meninggalkan sembahyang, tidak menutup aurat dan sebagainya. Ini bersandarkan kepada firman Allah dalam Surah Luqman ayat 6: Maksud firman Allah swt.:

Di antara manusia ada orang yang mempergunakan bicara kosong yang menyesatkan (manusia) dari jalan Allah tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan Allah itu olok-olokkan. Mereka itu akan memperoleh seksa yang menghinakan.

12.10 Kesimpulan

Dalam Islam, seni tidak bermatlamatkan hiburan, keduniaan dan keseronokan semata-mata tetapi sebagai satu bentuk pengabdian diri kepada Allah. Ia merupakan salah satu cara untuk mendekatkan diri kita kepada Allah dan mentaati perintah Nya.

Hak Cipta Terpelihara 2005

27

LAN 1004: PENGAJIAN ISLAM

BAB 12: KONSEP KESENIAN ISLAM

Islam

tidak memberi kebebasan seluas-luasnya dalam melayari kreativiti kesenian mengawal seni tersebut supaya dapat membawa masyarakat kepada

sebaliknya

kebahagiaan di dunia dan akhirat . Kesenian yang diutamakan dalam Islam ialah kesenian yang mampu meningkatkan kehalusan dan keindahan budi manusia dalam membentuk hubungan antara manusia dengan Allah dan juga antara manusia dan manusia. Penghasilan seni bertujuan untuk meninggikan apresiasi manusia tentang semua nilai baik, murni dan di redai Allah s.w.t. Kesemuanya ke arah mendorong manusia mencapai tingkat ketakwaan, kemakrufan, kesolehan budi yang mantap. Manusia telah diberi akal dengan kelebihan daya cipta, imaginasi, intuisi dan lisan untuk menghasilkan penciptaannya sendiri sebagai anugerah Allah dan penggunaannya perlu dipertanggungjawabkan.

Pembawaan seni yang betul akan dikira ibadah. Matlamat utama berseni adalah mencari keredaan Allah. Kesenian merupakan aspek terpenting dalam kehidupan manusia yang bertamadun selagi seni tersebut berada di atas landasan syariah Allah s.w.t. Kesenian yang tidak membawa mudarat atau kerosakan diharuskan oleh Islam. Seni yang mungkin boleh membawa kemudaratan dan kerosakan adalah dimakruhkan manakala yang pasti membawa mudarat dan kerosakan adalah diharamkan.

Hak Cipta Terpelihara 2005

28

Anda mungkin juga menyukai