Jurnal M 5

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

0600, JITRA KEDAH

SK KAMPUNG KUPANG 95400 SARATOK, SARAWAK

JURNAL REFLEKSI MINGGUAN


MINGGU : 5 (10-14 JULAI 2023)

NAMA : NURUL HAFIZATULHUSNA BINTI MOHD HALIN


PENGKHUSUSAN : PENDIDIKAN ISLAM
NAMA GURU PEMBIMBING : MOHAMAD ADIKA BIN ROSLAN
NAMA PENSYARAH/ PENYELIA : MOHD SHAHIDAN BIN RAMLI / MOHD FIKRI BIN ISMAIL

TAJUK : KAEDAH NYANYIAN MEMBANTU MURID MENGINGAT ISI

1. ISU YANG DIFOKUSKAN:

Saya telah menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Pendidikan


Islam Bidang Jawi bagi tajuk Cintai Tulisan Jawi selama 2 minggu di kelas tahun 3.
Berdasarkan pemerhatian saya terhadap perkembangan kognitif murid bagi tajuk ini, murid
semakin menguasai dan mampu mengingat contoh-contoh perkataan tradisi. Hal ini berlaku

JURNAL
kerana pendekatan nyanyian atau lagu yang digunakan berkesan dan sangat sesuai dengan
tahap kecerdasan murid-murid kelas yang agak sederhana.

2. ANALISIS ISU YANG DIFOKUSKAN (PUNCA DAN KESAN ISU):

Antara faktor murid dapat mengingat isi pelajaran tersebut ialah saya telah menggunakan
kaedah nyanyian dalam sesi pelajaran dan pembelajaran. Lirik dan nada lagu yang mudah
dan jelas dapat membantu memudahkan murid untuk memahami isi kandungan lagu.
Hasilnya, murid dapat mengingat isi pelajaran dan dapat menjawab latihan tugasan yang
diberikan serta mampu melibatkan diri dalam aktiviti soal jawab yang dijalankan dengan
baik.

3. KAJIAN LAMPAU (LITERATURE REVIEW) TERHADAP ISU (PENGALAMAN


ATAU KAJIAN LEPAS):

Elemen nyanyian yang menggunakan latihan muzik mampu meningkatkan daya ingatan
pelajar memandangkan individu yang dilatih untuk menyanyi perlu menghafal lirik sebelum
memulakan latihan nyanyian. Menurut Kraus (2014), latihan muzik boleh meningkatkan
keupayaan daya berfikir untuk memproses bunyi. Pelajar yang belajar muzik lebih bersedia
untuk memahami bunyi dalam latar belakng yang bising. Selain itu, kaedah nyanyian
mendengar dan ulang boleh menyokong pembelajaran pelajar terutamanya menyanyi dalam
Bahasa asing dimana ianya ketara boleh meningkatkan pembelajaran pelajar (Karen, Ferreira
& Over, 2013)
4. CADANGAN DAN IDEA PENYELESAIAN MASALAH:

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal pasti,
saya mencadangkan beberapa alternative penyelesaian masalah tersebut, antaranya ialah :-
1. Menerapkan unsur lagu dalam isi pelajaran yang berpusatkan murid.
2. Menggubah dan membina lirik lagu mudah dan jelas yang mengandungi isi pelajaran.
3. Lagu yang dipilih mestilah lagu-lagu yang biasa didengar oleh murid-murid

TEMPOH MASA PENYELESAIAN:


Tempoh masa yang dijangkakan ialah 2 minggu

6. TINDAKAN SUSULAN:
Saya akan mengambil tindakan susulan dengan melaksanakan cadangan dan idea
penyelesaian di atas dalam tempoh tersebut.

7. TARIKH TINDAKAN SUSULAN DILAKSANAKAN:


8. 13 Julai 2023

9. KEBERKESANAN LANGKAH YANG DICADANGKAN:


Berdasarkan langkah yang dicadangkan, murid-murid lebih seronok untuk belajar berbanding
sebelum ini. Bukan itu sahaja, bahkan mereka lebih mudah untuk memahami dan mengingati
isi pelajaran yang diajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

9. KESIMPULAN / REFLEKSI (KESAN TINDAKAN (PERLU) DAN HALANGAN:


Kesimpulannya, seseorang guru yang hebat bukanlha diukur berdasarkan kepada kemahiran
mengajarnya semata-mata, tetapi juga kreativiti yang ditonjolkan dalam setiap sesi pengajaran
dan pembelajaran yang disampaikan. Kaedah pengajaran yang kreatif dan menyeronokkan
bukan sahaja dapat menambat hati para pelajar untuk belajar, malah dapat membantu mereka
mengukuhkan kefahaman dan ingatan dalam matapelajaran tersebut.

RUJUKAN
Karen M. L., Ferreira, F. dan Overy, K. (2013). Singing Can Facilitate Foreign Language
Learning Memory & Cognition.
Kraus, N. (2014). Music Training Improves Memory, Reading Skills In Children. Nature
World News.Com

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

__________________________ __________________________
Tandatangan Tandatangan
Nama : _____________________ Nama : _____________________

Anda mungkin juga menyukai