Anda di halaman 1dari 14

TIPS UNTUK

PENEMUDUGA

awanis nasrun x megat ismail


Apa yang Penemuduga

Patut Lakukan?
Elakkan dari banyak berkata-kata dan berikan

peluang kepada calon untuk bercakap mengenai

diri calon. Jika calon bertanya soalan kepada

penemuduga, jawab sependek mungkin dan

alihkan semula perbualan kembali kepada calon.

Penemuduga patut memperkenalkan diri seperti

jawatan, latar belakang bersama syarikat dan

maklumat lain yang berkaitan. Ini boleh menjadi

‘ice breaker’ dan membuat calon lebih selesa ketika

temuduga.

Penemuduga patut bertanya soalan berbentuk

situasi. Cth : “Jika Cik berdepan dengan situasi

dimarahi pelanggan, apa yang Cik akan lakukan?”

Di sini penemuduga nilai keupayaan calon untuk

menyelesaikan masalah.

Penemuduga patut fokuskan untuk kenal pasti

personaliti calon seperti adakah mereka bagus

dalam komunikasi? Adakah mereka mempunyai

semangat yang tinggi? Adakah objektif mereka

selaras dengan syarikat?

Luangkan masa diakhir sesi untuk calon bertanya

soalan. Selain dari dapat memberikan maklumat

lanjut mengenai jawatan kosong, penemuduga

boleh kenal pasti sejauh mana calon berminat

untuk mendapatkan pekerjaan tersebut.


Penemuduga patut jujur ketika menerangkan

mengenai latar belakang syarikat. Nyatakan

kebaikan dan cabaran yang dihadapi syarikat.

Penemuduga patut bertanya jika calon sedang

pertimbangkan syarikat yang lain. Ini untuk

memastikan majikan bersedia dengan risiko calon

menolak tawaran kerja.

Bertanya kepada calon jika dia mempunyai

sebarang kebimbangan berkenaan kerja yang

ditawarkan. Cth : Gaji, skop pekerjaan. Dengan ini

penemuduga boleh jelaskan lebih lanjut boleh

elakkan sebarang salah faham berkenaan

jawatan dan syarikat.

Follow Up. Calon telah luangkan masa dan wang

untuk temuduga di syarikat anda. Walaupun

mereka tidak berjaya, penemuduga patut berikan

pengalaman yang baik untuk mereka. Mana tahu

pada masa akan datang mereka pula menjadi

pelanggan atau klien syarikat anda.


Apa yang Penemuduga

Tidak Patut lakukan?


Jangan habiskan masa temuduga untuk

bercakap berkenaan diri sendiri atau mengenai

syarikat kerana tujuan temuduga adalah untuk

mengenal diri calon.

Jangan bertanya soalan tentang bagaimana

calon bertindak balas terhadap situasi pada

masa lalu. Ini tidak menunjukkan bagaimana

calon akan bertindak balas pada masa hadapan.

Elakkan bertanya soalan yang sudah ada di

dalam resume kerana tujuan interview adalah

untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai

calon selain dari maklumat yang telah tersedia di

dalam resume.

Jangan memberikan gambaran bahawa

syarikat ini lah yang paling sempurna. Perkara

terakhir yang majikan inginkan adalah calon

terkejut selepas sertai syarikat dan letakkan

jawatan. Perkara ini merugikan syarikat kerana

syarikat telah pun melaburkan wang untuk

mencari pekerja.

Jangan lantik calon yang tidak mahu berbual

lebih lanjut dan menunjukkan ciri-ciri kurang

berminat dengan jawatan yang ditemuduga.

Jangan bertanyakan soalan yang berbentuk

perkauman. Cth : Agama, Kaum. Ini salah di sisi

undang-undang dan boleh dikenakan tindakan

jika calon lapor di pejabat buruh.


Contoh SOALAN
Temuduga
SKOP PENGENALAN DIRI
Soalan berkenaan pengenalan diri berfungsi untuk

mengesan kelemahan dalam diri calon dan melihat

sejauh mana kesediaan calon dalam aspek peribadi.

Calon perlu menjawab menggunakan kaedah

kronologi, kreatif atau retorik.

CONTOH SOALAN:
Sila terangkan tentang diri anda dan terangkan

latar belakang anda secara ringkas.


Apakah persediaan yang anda buat sebelum

hadir temuduga Ini?


Adakah anda gemar untuk bekerja bersendirian

ataupun secara berkumpulan?


Apakah kelemahan dan kelebihan diri anda?
Mengapakah kami patut ambil anda bekerja

dengan kami?
Bagaimana anda menangani tekanan atau situasi

tertekan?
Apakah jenis persekitaran kerja yang anda suka?
Dimanakah anda lihat anda dalam tempoh masa

5 tahun?
Apakah pekerjaan yang anda impikan?
Apakah personaliti yang paling sesuai dengan

anda dan mengapa.


Jika anda menemuduga seseorang untuk jawatan

ini, apakah sifat yang akan anda cari?


Senaraikan lima perkataan yang

menggambarkan watak anda


Siapa yang memberi kesan dalam kerjaya anda

dan bagaimana?
Apakah ketakutan terbesar anda?
Apakah penyesalan terbesar anda dan mengapa?
Mengapa anda pilih jurusan anda?
Apakah pencapaian terbaik anda diluar kerja?
Apa yang anda lakukan jika ada masa lapang?
Apa yang menjadikan anda unik?
Apakah jenis kritikan yang selalu anda terima?

SKOP KELAYAKAN PENGALAMAN:


Soalan berkaitan ini perlu ditanya untuk menguji

sejauhmana kesungguhan, kreativiti dan daya usaha


calon tersebut. Anda perlu perhatikan dari segi

kesesuaian dan calon perlu kaitkan pengalaman dengan

tugas yang dimohon serta bagaimana pengalaman

tersebut membantu calon menjalankan tugas kelak.

CONTOH SOALAN:
Adakah kamu mempunyai pengalaman kerja

dalam bidang _______?


Memandangkan anda baru tamatkan pengajian,

adakah anda mempunyai pengalaman kerja?


Kenapa anda kerap menukar kerja?
Apakah cara pengurusan anda dalam bekerja?
Adakah anda menganggap diri anda sebagai

ketua?
Apakah pencapaian professional terbaik yang

anda pernah capai?


Apa yang anda cari dalam jawatan baru ini?
Berapa lamakah anda mengambil masa untuk

menyiapkan sesuatu tugasan?


Apa yang anda boleh sumbangkan kepada

syarikat sekiranya anda ditawarkan bekerja disini?


Bagaimana anda menentukan kejayaan anda?
Bagaimana anda mengutamakan kerja anda?
SKOP INFO JAWATAN :
Soalan temuduga yang berkaitan info jawatan

bertujuan untuk melihat sejauhmana calon mengambil

tahu tentang jabatan atau kementerian yang bakal

mereka ditugaskan. Ini juga menjadi kunci untuk panel

melihat minat calon yang sebenar. Soalan visi, misi,

bidang tugas, indeks kpi dan lain-lain.

CONTOH SOALAN:
Darimanakah anda mendengar tentang jawatan

ini?
Apakah yang anda tahu tentang syarikat kami?
Mengapa anda inginkan pekerjaan ini?
Adakah anda ada memohon pekerjaan lain?
Apakah jangkaan gaji anda dalam jawatan ini?
Apakah yang menarik dengan jawatan ini? Dan

kurang menarik tentang jawatan ini?


Apa yang anda cari dalam jawatan baru ini?
Apakah yang anda tidak suka dengan pekerjaan

sebelum ini?
Apakah yang anda belajar daripada latihan

praktikal (internship) anda?


Apakah yang membuatkan anda lebih layak

mendapatkan jawatan ini berbanding calon lain?


Sebagai seorang pereka grafik, selain daripada

kepakaran membuat video, apa lagi kemahiran

lain yang perlu ada pada anda untuk anda

membina sebuah kerjaya yang cemerlang dan

menjadikan anda seorang pereka grafik yang

serba boleh? Apakah insiatif anda?


SKOP PENYELESAIAN MASALAH :
Soalan berkaitan penyelesaian masalah juga penting

untuk ditanya kerana dapat mengetahui cara calon

berfikir dan bertindak jika berlaku sebarang masalah

yang tidak diduga. Setiap orang mempunyai tindakan

yang berbeza. Oleh itu, soalan ini dapat menguji tahap

daya fikir dan tindakan calon dalam menyelesaikan

masalah dengan baik.


CONTOH SOALAN:
Apakah yang anda dapat sumbangkan untuk

mewujudkan situasi kerja yang positif dalam

jabatan sekiranya anda diterima bekerja?


Apakah perkara asas dalam menyelesaikan

sebarang masalah yang timbul di tempat kerja

anda?
Bagaimana anda menyelesaikan sesuatu

masalah?
Apa yang anda lakukan jika anda tidak setuju

dengan pendapat orang lain?


Bagaimana anda menangani konflik dengan

rakan sekerja?
Apabila anda diberikan pelbagai tugas/projek,

bagaimana anda memastikan diri anda teratur?


Pernahkah anda berada dalam pasukan di mana

seseorang tidak mengambil berat dalam

kumpulan sendiri? Bagaimana anda

mengendalikannya?
Jika saya adalah penyelia anda dan meminta

anda melakukan sesuatu yang anda tidak

bersetuju, apakah yang anda akan lakukan?


Jika anda mendapati syarikat anda melakukan

sesuatu yang melanggar undang-undang seperti

penipuan, apakah yang akan anda lakukan?


SKOP ISU SEMASA :
Soalan berkaitan isu semasa sering ditanya dalam

temuduga. Soalan boleh menjadi apa sahaja yang

hangat diperkatakan mengikut keadaan semasa.

Soalan ini diajukan untuk menguji ketelitian dan

kepekaan calon terhadap isu semasa dan pendapat

mereka tentang isu tersebut. soalan yang boleh ditanya

adalah berkaitan ekonomi, negara, dunia dan

sebagainya

CONTOH SOALAN:
Apa pendapat anda mengenai kenaikan harga

barang?
Apakah isu semasa yang hangat diperkatakan

sekarang ni dalam media massa?


Ceritakan serba sedikit isu semasa di negara kita

yang anda tahu


Apakah tema hari kemerdekaan tahun ini?
Adakah perlaksanaan PKP membebankan rakyat?
Apakah pendapat anda tentang penurunan mata

wang negara?

SOALAN PENUTUP:
Soalan ini dugunakan untuk mengakhiri perbualan

semasa sesi temuduga.


Contoh soalan:
Ada maklumat lain lagi yang anda ingin kami tahu?
Anda ada soalan yang ingin ditanya?
Bila anda boleh mula bekerja?
Tips Memilih Pekerja
ATTITUDE (SIKAP):
Sikap pekerja sangat penting dalam pemilihan pekerja

yang terbaik. Sikap ialah pembinaan psikologi, entiti

mental dan emosi yang wujud dalam diri dan dapat

mencirikan keperibadian seseorang. Sikap melibatkan

pemikiran, pandangan dan perasaan mereka.

Sikap boleh dibentuk daripada masa lalu dan masa kini

seseorang. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi

sikap seperti faktor sosial, keluarga, pengalaman

peribadi, arahan hala tuju, prejudis, media, institusi

agama dan Pendidikan. Oleh sebab itu, sesi temuduga

dengan pekerja adalah penting kerana dapat mengenal

sikap seseorang sebelum diterima bekerja.

PENGALAMAN:
Pengalaman tidak semestinya perlu mempunyai

pengalaman berpuluh-puluh tahun. Jika ada, ia

merupakan satu kelebihan untuk syarikat. Pengalaman

yang dimaksudkan adalah mempunyai modal

pengalaman dan mempunyai sifat ingin belajar yang

tinggi. Pekerja yang dipilih juga harus mempunyai

kemahiran yang sesuai untuk pekerjaan yang

ditawarkan. Majikan boleh menentukan sama ada calon

memiliki kemahiran yang betul melalui soalan terbuka,

soal selidik bertulis, latihan penyelesaian masalah dan

cabaran lain yang boleh mengujinya.


BERINTEGRITI DAN ETIKA KERJA YANG KUKUH:
Majikan perlu mengambil pekerja yang jujur dan

berintegriti tinggi. Perniagaan boleh jatuh dan

dimusnahkan dalam sekelip mata hanya disebabkan

oleh pekerja yang tidak jujur dan tidak beretika,

terutamanya dalam zaman yang berteknologi tinggi.

Selain itu, pekerja harus mempunyai etika kerja yang

kuat dan mampu mempengaruhi serta meningkatkan

etika pekerja lain. Sifat integriti dan etika kerja yang

kukuh akan saling melengkapi antara satu sama lain.

PEKERJA YANG BERMOTIVASI:


Kaedah motivasi biasanya difahami sebagai kuasa

yang bertindak dalam ejen yang mewujudkan

kecenderungan untuk terlibat dalam tingkah laku yang

diarahkan oleh matlamat. Motivasi berkait rapat dengan

rasionaliti praktikal. Pekerja harus bermotivasi untuk

melakukan sesuatu tindakan jika mereka percaya

bahawa mereka harus melaksanakannya. Majikan perlu

mencari pekerja yang mempunyai pemanduan, minat

dalam jawatan atau syarikat serta bersedia untuk

melakukan sesuatu kerja yang berada didalam atau

diluar bidang kemahiran.


BERBAKAT:
Penting untuk mengenal pasti dan memilih pekerja yang

berbakat dan mempunyai keupayaan semulajadi untuk

berfikir dalam situasi yang kompleks. Majikan perlu pilih

pekerja yang mampu menghasilkan cara yang inovatif

untuk meningkatkan prestasi kerja. Orang yang

berbakat mungkin mempunyai lebih daripada satu

bakat dan mampu menyelesaikan beberapa tugas

yang diberikan oleh majikan. Walaupun seseorang

mempunyai bakat, mereka mungkin masih perlu bekerja

keras jika mereka mahu mengasahnya dengan baik.


BERINTEGRITI DAN ETIKA KERJA YANG KUKUH:
Majikan perlu mengambil pekerja yang jujur dan

berintegriti tinggi. Perniagaan boleh jatuh dan

dimusnahkan dalam sekelip mata hanya disebabkan

oleh pekerja yang tidak jujur dan tidak beretika,

terutamanya dalam zaman yang berteknologi tinggi.

Selain itu, pekerja harus mempunyai etika kerja yang

kuat dan mampu mempengaruhi serta meningkatkan

etika pekerja lain. Sifat integriti dan etika kerja yang

kukuh akan saling melengkapi antara satu sama lain.

PEKERJA YANG BERMOTIVASI:


Kaedah motivasi biasanya difahami sebagai kuasa

yang bertindak dalam ejen yang mewujudkan

kecenderungan untuk terlibat dalam tingkah laku yang

diarahkan oleh matlamat. Motivasi berkait rapat dengan

rasionaliti praktikal. Pekerja harus bermotivasi untuk

melakukan sesuatu tindakan jika mereka percaya

bahawa mereka harus melaksanakannya. Majikan perlu

mencari pekerja yang mempunyai pemanduan, minat

dalam jawatan atau syarikat serta bersedia untuk

melakukan sesuatu kerja yang berada didalam atau

diluar bidang kemahiran.


BERBAKAT:
Penting untuk mengenal pasti dan memilih pekerja yang

berbakat dan mempunyai keupayaan semulajadi untuk

berfikir dalam situasi yang kompleks. Majikan perlu pilih

pekerja yang mampu menghasilkan cara yang inovatif

untuk meningkatkan prestasi kerja. Orang yang

berbakat mungkin mempunyai lebih daripada satu

bakat dan mampu menyelesaikan beberapa tugas

yang diberikan oleh majikan. Walaupun seseorang

mempunyai bakat, mereka mungkin masih perlu bekerja

keras jika mereka mahu mengasahnya dengan baik.


KOMITED TERHADAP KERJAYA MEREKA:
Seseorang yang komited dengan kerjayanya sangatlah

sesuai untuk diambil bekerja. Jangan tersilap

mengambil pekerja yang sering bertukar kerjaya atau

bekerja hanya untuk mendapatkan gaji lebih tinggi. Jika

calon tidak setia kepada syarikat, ia akan menimbulkan

masalah kepada syarikat dan majikan. Oleh itu, pemilih

pekerja yang komited terhadap kerjaya mereka

amatlah penting.

BERDISIPLIN:
Pekerja yang baik akan mematuhi segala peraturan

yang telah ditetapkan oleh syarikat. Pekerja yang tidak

mematuhi peraturan boleh ‘meracun’ atau

mempengaruhi pekerja lain untuk melakukan perkara

yang sama. Perniagaan tidak boleh bertolak ansur

dengan pekerja yang sering datang lewat secara

konsisten, melakukan kerja yang tidak berkualiti dan

melayan pelanggan dengan buruk.

UPAH PELAJAR INTERN (LATIHAN INDUSTRI):


Mengupah pelajar yang sedang menjalani latihan

industri adalah cara terbaik untuk mendapatkan

pekerja yang sesuai untuk perniagaan anda. Anda

akan mengetahui kekuatan, kelemahan, kemahiran,

pengetahuan, sikap, tingkah laku, tahap keyakinan

mereka dan juga bukti kerja yang praktikal. Kumpulan

pelajar ini merupakan individu yang berpotensi tinggi

untuk diambil bekerja kerana segala tingkah laku

mereka telah diperhatikan semasa mereka menjalani

praktikal di perniagaan anda. Jika mengambil pelajar


praktikal, syarikat perlu bersedia untuk mempunyai

sekurang-kurang seorang pekerja tetap yang boleh


mengajar dan membimbing mereka.
OPTIMIS:
Optimis merupakan sikap yang mencerminkan

kepercayaan atau harapan bahawa hasil daripada

beberapa usaha tertentu. Pekerja yang optimis boleh

memberikan idea dan perspektif baharu dan terbaik.

Seseorang yang mempunyai keyakinan akan

memastikan diri mereka sentiasa fokus, walaupun

sedang menghadapi pelbagai tekanan. Syarikat

perlukan pekerja yang mampu menangani konflik

dengan fikiran yang positif kerena mereka akan

mempengaruhi orang sekeliling mereka.

CEKAP:
Kecekapan merupakan aspek penting untuk meraih

kejayaan. Ia merupakan asas dalam setiap bidang

kerjaya yang diceburi. Kecekapan dalam melaksanakan

dan menyelesaikan tugasan, mencari maklumat atau

dalam mengendalikan masalah. Ia juga merupakan

keupayaan pekerja dalam menetapkan keutamaan,

membezakan tugas-tugas yang relevan dan kurang

relevan serta bijak menguruskan masa.

Anda mungkin juga menyukai