Anda di halaman 1dari 3

PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL

( Sosial Security Organisation )


KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
Menara PERKESO Putrajaya
Bahagian Sistem Insurans Pekerjaan
(Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan)
No. 6, Persiaran Perdana
Persint 2, 62100 Putrajaya

Rujukan Tuan :
Rujukan Kami : PERKESO.100-3/2/18 JLD 22(80)
Tarikh : 02 Februari 2023

PENGARAH
KOLEJ KOMUNITI TANJONG KARANG
Jalan PB1, Pusat Bandar Tanjong Karang,
45500, Tanjong Karang,
Selangor, Darul Ehsan.

YBhg. Dato' Sri/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan/ Encik/ Cik

JEMPUTAN KEPADA PARA PELAJAR DAN ALUMNI UNTUK MENGHADIRI


KARNIVAL KERJAYA MYFUTUREJOBS 2023

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Sumber Manusia (“KSM”) melalui


Pertubuhan Keselamatan Sosial Malaysia (“PERKESO”) akan menganjurkan Karnival
Kerjaya MYFutureJobs 2023 pada 11 hingga 12 Februari 2023, dari jam 9:00 pagi hingga
5:00 petang di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (“KLCC”).

3. Untuk makluman Tuan/Puan, karnival ini akan menghimpunkan sebanyak 100


majikan daripada pelbagai sektor industri dari seluruh negara yang bakal menawarkan
peluang pekerjaan kepada golongan sasaran seperti lepasan sekolah, graduan, Orang
Kelainan Upaya (“OKU”), profesional dan lain-lain. Selain itu, bagi memeriahkan karnival
kerjaya ini, pelbagai hadiah cabutan bertuah juga disediakan kepada pencari kerja yang
hadir.
JEMPUTAN BAGI PENCARI KERJA DAN HEBAHAN KEPADA PARA PELAJAR DAN
ALUMNI UNTUK MENGHADIRI KARNIVAL KERJAYA MYFUTUREJOBS 2023

4. Sehubungan dengan itu, PERKESO dengan rasa takzim dan sukacita, ingin
menjemput pihak Tuan/Puan, untuk bersama-sama memeriahkan Karnival Kerjaya
MYFutureJobs 2023 dengan menghantar sekurang-kurangnya 150 orang pelajar tahun
akhir yang akan bergraduasi dalam tempoh terdekat serta alumni yang sedang mencari
pekerjaan dan peluang untuk peningkatan kerjaya.

Butiran Karnival Kerjaya MYFutureJobs 2023 adalah seperti yang berikut:


Tarikh : 11 hingga 12 Feb 2023 (Sabtu dan Ahad)
Masa : 9:00 pagi – 5:00 petang
Tempat : Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (“KLCC”)
Pautan Pendaftaran : https://myfuturejobs.gov.my/careerfair/

5. Justeru, dengan ini besar harapan kami agar pihak Tuan/Puan dapat membuat
hebahan berkenaan karnival ini melalui laman sosial (Facebook, Instagram, Twitter, dan
lain-lain) institusi pihak Tuan/Puan. Kami juga ingin memohon maklum balas daripada
pihak Tuan/Puan berhubung jumlah bilangan kehadiran peserta dan keperluan
perkhidmatan pengangkutan bas bagi memudahkan kehadiran peserta ke lokasi karnival
pada tarikh seperti di atas selewat-lewatnya 7 Februari 2023 (Selasa) di pautan
pengesahan kehadiran peserta seperti berikut:

Pautan Pengesahan Kehadiran: https://forms.office.com/r/akeGKTMSqC

6. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, pihak Tuan/Puan boleh menghubungi


pegawai-pegawai berikut:

I. En. Neil Narzryn – (0192492606)


II. En. Zulfiqar – (0192955076)
III. Pn. Yogaswari – (0196083425)
IV. Pn. Aishah – (0196096544)

“PERKESO itu Prihatin, Prihatin itu PERKESO”


2|3
JEMPUTAN BAGI PENCARI KERJA DAN HEBAHAN KEPADA PARA PELAJAR DAN
ALUMNI UNTUK MENGHADIRI KARNIVAL KERJAYA MYFUTUREJOBS 2023

Kerjasama daripada pihak Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan jutaan
terima kasih.

Sekian.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(AZIRRUAN BIN ARIFIN)


Ketua Pejabat Sistem Insurans Pekerjaan
Pertubuhan Keselamatan Sosial

“PERKESO itu Prihatin, Prihatin itu PERKESO”


3|3

Anda mungkin juga menyukai