Anda di halaman 1dari 2

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KELAS :

1. Pertandingan melibatkan semua kelas Tahap 1 dan Tahap 2.


2. Penilaian dibuat melibatkan tiga item berikut :
i. Kebersihan dan Kekemasan – lantai dan laci meja, susun atur kerusi & meja dan
keceriaan kelas.
ii. Maklumat Am – Jadual Waktu Terkini, Jadual Bertugas dan Carta Organisasi dan
maklumat semasa.
iii. Maklumat Pendidikan–Sudut Pelajaran, Sudut Bacaan, Hasil Kerja Murid, ‘Parking
Lot’ dan Carta Ganjaran.
3. Penilaian akan dibuat oleh kumpulan panel / hakim (guru yang tidak memegang kelas)
pada bila-bila masa dalam tempoh seminggu.
4. Sijil anugerah kemenangan akan diberi setiap minggu untuk kelas yang memenuhi kriteria
yang ditetapkan. Kelas yang berjaya mengumpulkan 5 sijil akan diberi hadiah penghargaan.

JADUAL PEMANTAUAN PERTANDINGAN KECERIAAN KELAS.

BIL NAMA HAKIM KUMPULAN MINGGU


1. CIKGU KASWATI BT TUKINO (THP 1)
2. CIKGU NOOR RAFIDAH BT ISMAIL (THP 2) A 1
1 CIKGU AZIZAH BT MUHAMAD (THP 1)
2 CIKGU SABARIAH BT BASIR (THP 2) B 2
1 CIKGU MOHD ELHAM BT MD M RAMLI(THP 1)
2 CIKGU SALWA BT MOKHTAR (THP 2) C 3
1
2
CIKGU FARIDAH BT ARBA’IN (THP 1)
EN. MOHD ZAIDI BIN RASMANI (THP 2) D 4
NOTA : MINGGU bermaksud bilangan minggu dalam setiap sebulan. Sekiranya minggu
tersebut adalah cuti persekolahan, pemantauan dibuat pada minggu berikutnya dan
kumpulan hakim dibawa ke hadapan.

Disediakan oleh; Disemak oleh : Disahkan oleh:

__________________________ __________________________ __________________________


(SUHAILAH BT SUPARMAN) ( RAMLAH BT SA’AT ) (AZHAR AHZAM B ISMAIL)
Penyelaras JK Keceriaan Kelas GPK Hal Ehwal Murid Guru Besar SKBT
PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KELAS
SK BANDAR TANGKAK
2022/2023

PENDAHULUAN

Murid-murid akan menghabiskan kebanyakkan masa di dalam kelas mereka untuk melalui sesi
pembelajaran selain daripada penggunaan bilik-bilik khas serta kawasan persekitaran sekolah.
Persekitaran kelas yang kondusif untuk pembelajaran adalah amat penting dalam membantu
murid-murid memupuk minda untuk belajar semasa berada di dalam kelas. Justeru itu, adalah
menjadi tanggungjawab guru-guru terutamanya guru-guru kelas untuk memastikan keadaan positif
ini dapat dicapai bagi meningkatkan tumpuan serta motivasi sehingga ke tahap optimum.

Pertandingan keceriaan kelas adalah sebagai satu medium untuk guru dan murid sama-
sama berusaha menambahbaik dan mengolah kelas dari semasa ke semasa. Diharapkan program
ini, dapat menjadi inspirasi kepada guru-guru untuk menyediakan persekitaran kelas yang positif
serta kondusif untuk pembelajaran murid-murid.

OBJEKTIF

1. Mewujudkan kelas yang bersih dan ceria.


2. Membina kreativiti murid dalam melahirkan idea untuk mewujudkan kelas bersih dan ceria.
3. Memupuk nilai-nilai murni di kalangan murid seperti kerjasama, hormat-menghormati,
tolong-menolong dan menghargai.
4. Menyemai perasaan sayang kepada kelas dan menyumbang kepada pengurusan
dankebersihan kelas masing-masing.
5. Membentuk perlakuan lazim yang sentiasa mengutamakan kebersihan.

MATLAMAT

1. Ke arah peningkatan keceriaan dan kebersihan kelas selaras dengan matlamat


Pembelajaran Abad Ke-21.
2. Menarik minat murid kesekolah.
3. Memupuk sikap bekerjasama dan sentiasa menjaga kebersihan kelas.
4. “ KELAS KITA SYURGA KITA “.

STRATEGI PELAKSANAAN

1. Perbincangan dengan pihak pentadbiran sekolah.


2. Membentuk Jawatankuasa dan pengagihan tugas.
3. Memaklumkan kepada semua guru dan murid.
4. Pelaksanaan program.

Anda mungkin juga menyukai