Anda di halaman 1dari 8

EKONOMI Tamadun Arab Di semenanjung Tanah Arab, pertanian dan perdagangan merupakan kegiatan ekonomi yang utama.

Ini dapat dilihat di Yaman (Selatan Arab). Pada zaman sebelum kedatangan Islam lagi, Yaman telah muncul sebagai sebuah negara yang maju dalam pertanian. Tanahnya yang subur ditambah lagi dengan pembinaan Empangan Maarib menjadikan Yaman sebagai pengusaha pertanian yang maju sekali. Berbagai jenis buah-buahan ditanam. Yaman juga ada mengusahakan bidang pertukangan. Yaman telah mengeksport bulu biri-biri, kulit binatang, patung-patung berhala dan buah tamar melalui pelabuhan-pelabuhan Adanah dan Aden ( di Yaman), Ubullah dan Siraf ( di Teluk Parsi) dan Syuaibah (di Laut Merah). Barang-barang importnya terdiri daripada batu permata, garam, emas, sutera ( dari Teluk Parsi) dan rempah (dari Habsyah). Selain dari Yaman, perniagaan juga wujud di Hirah dan Mekah ( Mekah terkenal dengan pasar-pasar Zul Majaz, Ukaz dan al-Majannah). Sebenarnya, pada peringkat awal, ekonomi tanah Arab dipegang oleh orang Yaman. Mereka memasarkan hasil-hasil dari Hadhramaut, Zofar, India dan membawanya ke Syam dan Mesir. Walau bagaimanapun, mulai abad ke-6 M, kedudukan mereka diambilalih oleh orang-orang Hijaz yang menjadikan Mekah sebagai pusat perdagangan yang baru kerana Yaman masa itu telah dijajah oleh Habsyah/Rom dan kemudiannya oleh Parsi menyebabkan perdagangan di laut dikuasai oleh mereka manakala perdagangan di darat berpindah ke tangan orang-orang Mekah. Pedagangpedagang Hijaz itu menbeli barang-barang dari Yaman dan Habsyah, kemudian dijual di pasar-pasar Syam dan Mesir. Walau bagaimanapun, Mekah juga mempunyai barang-barang dagangannya sendiri seperti berhala yang dijual pada musim haji. Perdagangan Hijaz dijalan kan pada dua musim. Pada musim panas mereka berdagang ke utara seperti ke Syam, manakala pada musim sejuk mereka berdagang ke selatan iaitu ke Yaman. Perdagangan melalui laut telah membawa orang Arab sampai ke India dan China. Kerajaan-

kerajaan Saba dan Himyar di Yaman mempunyai armada yang besar untuk membawa barang-barang perniagaan dari India, China, Somali dan Sumatera ke pelabuhan-pelabuhan Yaman. Perniagaan di tempat-tempat tersebut dimonopoli oleh mereka. Barang-barang dagangan yang dibawa balik dengan kapal telah dikumpulkan di Yaman, dibawa ke Hijaz dan ke Syam untuk dipasarkan ke Eropah menggunakan jalan darat (sistem kafilah). Kebijaksanaan orang Yaman berniaga atau menyimpan rahsia perniagaan terbukti dengan sangkaan orang Barat bahawa barang-barang yang didagangkan itu datangnya dari Yaman sendiri. Golongan Badawi yang mendiami kawasan padang pasir (kawasan pedalaman) bergantung hidup kepada hasil ternakan seperti unta, kambing, biri-biri, keldai dan kuda. Bagi yang tinggal berhampiran dengan kawasan subur (wadi) mereka menanam kurma, jagung, delima, zaitun, gandum dan sayur-sayuran. Mereka mengamalkan sistem barter dalam urusan perdagangan. Bagi mendapatkan pakaian dan makanan, mereka menukarkannya dengan binatang ternakan mereka. Dalam keadaan-keadaan tertentu, mereka merompak barang orang lain untuk memenuhi keperluan mereka. Pendek kata ekonomi di kalangan orang Badawi adalah setakat sara diri sahaja. Satu lagi barang dagangan yang menjadi sumber ekonomi Arab ialah penjualan hamba. Hamba ini adalah dari bangsa Arab dan bukan Arab. Di Semenanjung Tanah Arab , bazar-bazar tempat menjalankan aktiviti ekonomi telah muncul. Antara yang terkenal di Hijaz ialah Zul Majaz, Ukaz dan al- Majannah. Begitu juga dengan kemudahan-kemudahan pelabuhan di Yaman (pelabuhan Adanah dan Aden), Teluk Parsi (pelabuhan Ubullah dan Sirah) dan Laut Merah(pelabuhan Syuaibah). Orang-orang Arab menggunakan jalan laut untuk berdagang ke India, China dan Asia Tenggara. Di Semenanjung Arab sendiri mereka menggunakan jalan darat cara kafilah (menurut al-Tabari, besarnya satu-satu kafilah itu ialah antara 500 hingga 1,000 ekor unta) kerana muka buminya yang berpadang pasir dan untuk keselamatan. Kafilah-kafilah ini keluar dengan kelengkapan,

persediaan dan kewaspadaan yang besar didahului dengan pengintip-pengintip yang lebih dahulu menyelidik keadan-keadaan di jalan, disertai oleh petunjuk-petunjuk jalan dan pengawal-pengawalnya yang menjaga keamanan kafilah-kafilah. Semasa Mekah di bawah pimpinan Qusai bin Kilab, cukai yang dikenali sebagai Rafadah telah dikenakan ke atas orang-orang yang berkemampuan yang datang menunaikan haji. Kutipan cukai itu digunakan untuk memberi makanan kepada orang-orang miskin yang datang menunaikan haji atau lainlain upacara agama di Kaabah. Satu lagi bentuk cukai yang dikenakan ke atas sesatu puak atau orang perseorangan yang inginkan jaminan keselamatan dipanggil Amwal Muhajjarah. Bayaran itu dikenakan semasa memasuki Mekah untuk mengunjungi Kaabah. Bentuk cukai yang dipanggil Harim pula dikenakan kepada orang asing yang mengerjakan haji. Cukai ini bukanlah dalam bentuk wang tapi mereka dikehendaki memberi beberapa helai pakaian/jubah atau binatang korban. Selain dari cara tersebut, orang Arab juga memperolehi hasil cukai dengan mengenakan bayaran ke atas pedagang-pedagang yang melalui kawasan mereka. Ini banyak dilakukan oleh orang-orang Mekah dan Yamamah kerana tempat tersebut terletak di tengah-tengah jalan perdagangan antara Yaman, Syam dan Hirah.Orang-orang Arab juga mengamalkan riba dalam aspek pinjaman dan berjudi bagi mendapatkan wang cara mudah. Tamadun Alam Melayu Kerajaan-kerajaan awal di Alam Melayu tediri daripada kerajaan agraria (kerajaan ini terletak di kawasan pedalaman dan sungai-sungai utama yang ekonominya berasaskan pertanian) dan kerajaan maritim ( kerajaan yang terletak di pesisiran pantai yang memberi tumpuan kepada perdagangan dan kegiatan yang berkaitan dengan laut). Kerajaan agraria (seperti Kerajaan Dvaravati di Lembah Sungai Chao Phraya, Kerajaan Funan di Lembah Mekong dan Kerajaan Angkor di Lembah Mekong) menghasilkan hasil pertanian (seperti padi) , hasil hutan (seperti damar, kapur barus, rotan, pencelup) dan perlombngan.Perdagangan dijalankan secara tukar barang.

Kerajaan maritim pula memperolehi barangan dari kerajaan agraria dan kemudiannya menjalankan perdagangan entrepot. Perdagangan antarabangsa dijalankan melalui pelabuhan entrepot seperti pelabuhan Oc-eo di Funan, pelabuhan Ko-ying di Sumatera dan pelabuhan lembah Bujang di Kedah. Barangan yang didagangkan ialah rempah ratus, hasil hutan, cendana, damardan ubat-ubatan. Perdagangan dijalankan secara tukar barang dengan pedagang India, China, Arab dan Eropah. Kerajaan Kedah Tua menjalankan kegiatan ekonominya melalui pelabuhannya di Lembah Bujang. Pelabuhan ini mengumpulkan barang dagangan tempatan seperti hasil hutan, pertanian dan perlombongan. Kerajaan ini membuat hubungan perdagangan dengan China (barang seramik), Timur Tengah seperti Arab, Parsi (barangan gelas kaca dan manik) dan India. Kerajaan-kerajaan lain yang menjalankan aktiviti perdagangan ialah Srivijaya, Majapahit dan Melaka apabila kerajaa-kerajaan tersebut menguasai jalan laluan timur-barat iaitu Selat Melaka dan Selat Sunda. Di Alam Melayu , pelabuhan-pelabuhannya dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan asas seperti tempat penginapan, bekalan air, membuat dan membaiki kapal,gudang dan kawasan berniaga. Perdagangan dengan China menggunakan jalan laut kerana jalan darat tidak selamat. Sememangnya perdagangan di alam Melayu ini banyak bergantung dengan jalan perhubungan laut. Bukti-bukti menunjukkan bahawa orang-orang di rantau ini mahir dalam pelayaran dan membuat kapal.Dari segi sistem kewangan, Kerajaan Srivijaya, Majapahit dan Melaka umpamanya telah mengenakan cukai ke atas pedagang yang melalui Selat Melaka dan Selat Sunda dan cukai perniagaan. Pada peringkat awal perdagangan, sistem barter digunakan tetapi kemudian kulit siput geweng dijadikan mata wang. Nilainya bergantung kepada saiz dan jenis siputnya. Selepas itu bahan-bahan logam seperti bijih timah, emas dan perak dalam bentuk ketulan digunakan. Mata wang emas diperkenalkan oleh pedagang-

pedagang China, India dan Arab di Melaka pada abad ke-16. Wang Syiling digunakan selepas kedatangan orang-orang asing.

Tamadun China Pada zaman Dinasti Shang (1500-1100SM), jelai dan gandum merupakan bijirin utama di tanam di negara China. Petani juga memelihara lembu, kerbau, kuda, dan kambing. Kemajuan dalam bidang ekonomi di negara China dapat dikesan semasa dinasti Chou dan Han. Tamadun awal China di Lembah Sungai Hwang Ho menampakkan kegiatan pertanian yang pesat. Di situ ditanam dengan sekoi, barli, padi dan gandum. Pada zaman Dinasti Chou, terdapat sistem pengairan dan latan pertanian yang diperbuat daripada besi. Mereka juga mengusahakan penternakan seperti lembu, Khinzir, kambing dan ulat sutera. Pada mulanya kegiatan ekonomi itu dilakukan sebagai sara diri tapi kemudian menjadi komersil apabila industri tenunan telah wujud. Mereka mengusahakan tekstail dan bulu secara komersil. Pada zaman Dinasti Chin, sistem timbang dan sukat mula digunakan. Kemajuan dalam sistem pengairan dan penggunaan baja telah menambahkan pengeluaran bijirin seperti beras, gandum, barli dan sekoi. Maharaja Han Wu Ti dari Dinasti Han telah membina tempat menyimpan padi, membuat terusan (yang menghubungkan Sungai Yangtze dengan Sungai Barat), parit dan tambak bagi mengawal banjir. Dinasti Han juga telah membuat dasar memindahkan penduduk untuk membangunkan kawasan yang kurang subur di wilayahwilayah utara dan sempadan Mongolia. Pada tahun 198SM seramai 100,000 orang terlibat dalam pemindahan ini. Perusahaan yang dijalankan ialah membuat tembikar, barangan ukiran daripada kayu, gangsa dan jed serta menenun tekstil dan bulu. Pada zaman Dinasti Han, China menjalin hubungan perdagangan dengan India, Mesir, Mesopotamia dan Rom. China mengeksport sutera, tembikar, barang-barang ukiran daripada kayu, gangsa , kulit binatang, kertas dan jed. Barang-barang buatan tangan China mendapat

permintaan yang menggalakkan dari luar negeri. Sutera dieksport ke Rom dengan jumlah yang banyak. Selain dari Rom, sutera China juga dieksport ke Asia Tengah, Siberia dan Timur Tengah. Barang-barang importnya pula ialah gading dan kuda baka baik (dari negaranegara tropika), kaca, kain bulu dan linen (dari Asia Barat), alfalfa dan anggur (dari Asia Tengah), mutiara dan karang-karangan (dari Laut Merah). Sebenarnya, China lebih banyak mengeksport dari mengimport, menyebabkan China bertambah kaya. Alat pengangkutan yang digunakan di negara China bagi mengangkut barang-barang ialah kuda dan gajah. China dapat menjalankan perdagangan dengan negara-negara sebelah barat melalui jalan darat yang merentangi Asia Tengah (jalan sutera). Perdagangan melalui jalan laut di selatan dilakukan apabila jalan darat didapati tidak selamat dan China banyak menggunakan jalan laut semasa berdagang dengan Alam Melayu. China juga mengenakan cukai dalam perdagangannya iaitu ketika di bawah pemerintahan Shih Huang Ti. Liu Pang, pengasas Dinasti Han pula telah mengurangkan cuckai-cukai ke atas hasil pertanian dalam usaha menggalakkan perkembangan pertanian. Semasa China diperintah oleh Han Wu Ti dari Dinasti Han, beliau telah mewujudkan kembali sistem monopoli kerajaan atau sistem lesen ke atas pembuatan dan penjualan barang-barang tertentu yang pernah dipraktikkan pada zaman Dinasti Chin. Pada tahun119SM Wu Ti memperkenalkan kembali monopoli kerajaan ke atas garam dan besi yang merupakan kegunaan utama. Beliau kemudian menambah monopoli atau sistem lesen ke atas minuman keras. Maharaja Dinasti Han turut membina jalan raya untuk memajukan bidang ekonomi China. Dari segi penggunan mata wang, pada peringkat awal, China menggunakan wang kulit siput. Ekonomi wang yang diperkenalkan pada zaman Dinasti Chou itu telah meningkatkan lagi perdagangan dan kegiatan perindustrian China. Maharaja Shih Huang Ti dari Dinasti Chin pula telah memperkenalkan mata wang dari tembaga. Pada zaman Dinati Han, mata wang yang digunakan ialah wang emas dan perak..

Tamadun India Kegiatan ekonomi utama ialah pertanian, perdagangan dan perusahaan. Pada zaman tamadun awal di Lembah Indus, tanaman kapas diusahakan. Kemudian muncul perusahan memintal kapas. Di kawasan Harappa penduduk telah menanam barli, kacang, gandum dan kapas. Mereka juga menternak ayam, kambing, kerbau, unta, gajah , anjing dan khinzir.Roda digunakan sebagai kincir air untuk mengangkut air dari sungai. Empayar Maurya di bawah Chandragupta Maurya telah membenarkan petani-petani menggunakan tanah milik kerajaan untuk kegiatan pertanian dan 1/3 daripada hasil perkapita mestilah diserahkan kepada kerajaan. Beliau juga membina sistem pengairan untuk meningkatkan lagi pengeluaran hasil pertanian. Semasa pemerintahan Asoka, sistem ekonomi diperkemaskan lagi dengan menyuruh golongan Sudra membersihkan tanah baru untuk dijadikan kawasan pertanian. Perusahaan utamanya ialah menenum kain kapas, pertukangan gangsa, tembaga, emas, perak dan tembikar (tanah liat). Di peringkat antara bangsa, India telah membuat hubungan perdagangan dengan Mesopotamia, Parsi, Saurashtra, Rajasthan, Afghanistan, Tibet,dan Asia Tengah. India telah mengimport kulit siput (dari Saurashtra dan Deccan), gangsa (dari Parsi), perak , firus, dan lapis lazuli (dari Parsi dan Afghanistan) dan batu jed (dari Tibet dan Asia Tengah). Kain tenun merupakan eksport utama tamadun ini di samping alat-alatan daripada gangsa, emas, tembaga, perak dantanah liat. Pada zaman Maurya, perdagangan peringkat antara bangwsa bertambah aktif. Perdagangan melibatkan negara-negara Greek, Ceylon, Timur Tengah, China dan Asia Tenggara. Perdagangan dengan Asia Barat ialah melalui laut. Perlombongan turut diusahakan seperti emas, perak dan tembaga. Di laut mereka mengusahakan kutipan mutiara, berlian dan garam. Orang India Selatan merupakan peniaga yang giat menjalankan perniagaan dengan dunia luar. Sistem pengangkutan pada peringkat awal ialah dengan menggunakan unta, gajah, kuda, keldai iaitu secara kafilah menggunakan jalan darat. Apabila perdagangan berkembang, jalan

laut yang menggunakan kapal digunakan. Perdagangan dijalankan dengan Mesopotamia. India terkenal dengan sistem timbangannya yang seragam sejak zaman tamadun awal lagi. Dari segi cukai, pada zaman Asoka dari Dinasti Maurya, Asoka telah memperkenalkan cukai tanah dan cukai ke atas hasil seperti cukai pengeluaran pertanian, cukai pengeluaran barangbarang dagangan, cukai jalan, dan cukai pinjaman. Cukai-cuckai itu ditetapkan dengan kadar tertentu. Misalnya, cukai pengeluaran ditetapkan 1/6 daripada jumlah pengeluaran dan mungkin akan berubah kadarnya. Hasil cukai itu digunakan untuk pembinan sistem pengairan, jalan raya, bangunan-bangunan, tempat-tempat adat di samping sebagai sumber kepada raja. Sazelin Arif (2007). Tamadun Islam dan tamadun Asia. Kuala Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia). Sivachandralingam Sundara Raja, Ayadurai Letchumanan (2001). Tamadun dunia. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti. http://ms.wikipedia.org/wiki/Tamadun_Islam
http://www.gemaislam.net/artikel/isu_isu_semasa_dalam_tamadun_dunia.pdf