Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,

Yang di hormati saf kehakiman yang bijaksana, para asatizah yang mulia
seterusnya hadirin yang berbahagia,
Sinar ilmu umpama pelita,
Tingkatkan ilmu dan juga iman,
Nabi Musa dan Firaun tajuk cerita,
Mari hayati kisah Al-Quran.
Kawan-kawan, Firaun merupakan pemerintah negeri Mesir yang hidup di
zaman Nabi Musa A.S. Firaun bukan sahaja angkuh pada rakyatnya, malah angkuh
kepada Allah. Pada suatu hari, Firaun yang mengaku dirinya tuhan mendapat mimpi
bahawa negeri Mesir musnah terbakar. Ahli nujum mentafsirkan bahawa kuasa
Firaun akan jatuh ke tangan seorang pemuda dari bani Israel lantas :
Firaun bertitah kejam sekali,
bunuh semua anak lelaki,
ibunda Musa sangat susah hati,
perintah Allah selamatkan Nabi,
Di sungai Nil di hanyutkan si bayi.

َ ْ ‫لى فِى ْااَل‬


‫رض َو َج َع َل اَهْ لَ َه~ ِشي َْعه‬ َ ‫اِنَّ فِرْ َع ْو َن َع‬
Bermaksud:
Sesungguhnya Firaun telah berlaku zalim di bumi Mesir dengan melampaui batas
serta yang menjadikan penduduknya berpuak-puak.
(surah Al-Qasas ayat 4)
Ya kawan-kawan,
anak adalah amanah Allah,
perlu di pelihara penuh hikmah.
Kes pembuangan bayi dan pengabaian kanak-kanak yang semakin
membimbangkan masyarakat masa kini perlulah di cegah. Mencegah lebih baik dari
mengubati.
Allah, selamatkan Nabi Musa,
Daripada dibunuh dengan kejamnya,
Hiduplah baginda dalam istana,
Sehingga Nabi meningkat dewasa,
Nabi Musa dan Harun berdakwah kepada Firaun,
Agar kembali menyembah Allah,
Firaun, yang angkuh enggan tunduk pada yang Esa,
Terjadilah perdebatan di istana,
Perdebatan ini berlaku seperti yang termaktub di dalam surah At-Toha. Hai Musa,
siapakah gerangan kamu berdua.

JOHAN BERCERITA KISAH AL-QURAN


PERINGKAT NEGERI SEKOLAH-
SEKOLAH AGAMA KERAJAAN JOHOR
ANJURAN JAKIM
Afsar Danish

Anda mungkin juga menyukai