Anda di halaman 1dari 42

Proses Kejadian Manusia

Proses Kejadian Manusia Menurut Al-Quran

1.0 Pendahuluan

Perpandukan Al Quran jelas menerangkan tenteang proses kejadian manusia. Manusia juga
diistilahkan sebagai basyar, bani Adam atau zuriyat Adam. Didalam Al-Quran manusia juga
disebut sebagai insane (mufrad) atau nas (jama).

1.1 Kejadian manusia menurut Al-Quran

Al-Quran memberi isyarat bahawa Allah mencipta manusia bergenerasi sebagai mana halnya
di terangkan bahawa Allah akan mencipta suatu ketika (generasi) dimana belum pernah
disebut dan belum pernah ada.Sejarah kejadian manusia di mulsi dari terciptanya bapa
manusia iaitu Adam. Menurut keterangan Al-Quran Adam adalah pertama dari generasi
manusia di mulai.

Adam, manusia pertama yang diciptakan oleh Allah di dunia ini, menurut sumber Al-Quran
citaan Adam itu adalah dari tanah dan debu. Diterangkan juga terdapat 25 tempat di dalam
Al-Quran menyatakan bahawa Nabi Adam di jadikan dari tanah antaranya surah al-
Baqarah.dancontoh firman Allah yang bermaksud:

“Yang mencipta tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya dan di mulakanNya kejadian


manusia berasal dari tanah. Kemudian ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati
iaitu air (benih) yang sedikit dipandang orang.” Al Sajdah (32):7-8.
Antara tanah-tanah yang digunakan untuk menghasilkan Adam ialah:

 Tanah bumi (tanah debu) ‫بارﺗﻠﺍﻦﻤ‬

Adam di cipta pada mulanya dengan peringkat pengumpulan tanah bumi dalam bentuk
turab iaitu tanah yang berdebu. Allah menjelaskan proses kejadian itu sebagaimana
firmanNya yang bermaksud :

“Sesungguhnya perumpamaan (penciptaan) Isa di sisi Allh adalah seperti pencitaan


Adam. Allah menciptakan Adam dari tanah turab kemudian Allah berfirman kepadanya :
Jadilah (seorang manusia) maka jadilah dia.” Ali Imran (3) :59

Dari sebuah hadiht yang di riwayatkan oleh Imam Ahmad, Nabi Muhammad saw telah
bersabda menceritakan tenteng proses kejadiaan Adam as pada peringkat ini iaitu :

Manusia, siapa darimana dan kemana? Alih bahasa Dr Aisyah Abdrur Rahman 1982

“Sesungguhnya Allah swt telah menciptakan Nabi Adam as daripada suatu gemgaman
tanah yang telah di pungut dari serata pelusuk bumi. Sebab itu lah keturunan Nabi Adam
as (di dapati kulit) berwarna menurt keadaan bumi, sebahagian mereka berwarna putih,
sebahagiannya merah dan sebahagiannya hitam dan berwarna antara keduanya. Seterunya
adanya buruk, yang baik, yang melegakan dan mendukacitakan dan (ada pula) bersifat
antara keduanya.”

 Tanah liat ‫ﻦﻴﻄﻟﺍﻦﻤ‬

Disini Allah menyaringkan debu tanah tersebut untuk mendapatkan sari patinya dimana
Allah mengambil satu bahagian yang benar-benar suci dan bersih. Dan seterusnya pati
tanah itu di campurkan dengan air membentuk tanah liat (tin)
Firman Allah bermaksud:

“Dialah yang mencitpakan kamu daripad tanah (tin) ” al An’am (6) :2

Pada peringkat ini Adam dibiarkan seperti lembaga manusuia selama 40 tahun.

 Tanah yang berbau ‫ﻦﻭﻨﺴﻣﺎﻤﺤﻦﻤ‬

Peringkat ini juga mengambil masa selama 40 tahun. Firman Allah yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) daripada tanah liat yang
kering (sal sal) yang berasal daripada lumpur (hama’mas nun) yang memberi bentuk.”
Al-Hijr (15) :26

 Tanah yang keras ‫ﻞﺎﺼﻠﺼ ﻦﻤ‬

Pembentukan pada ketika ini merupakan struktur tanah yang keras seumpama tembikar
(salsal ka al-fakhkhar) proses ini memakan masa selama 40 tahun. Oleh itu jumlah proses
kejadian manusia ialah selama 120 tahun. Tetapi ketika itu roh masih belum di tiupkan
kerana peringkat roh adalah peringkat yang terakhir.

Dia menciptakn manusia daripada tanah kering seperti tembikar. Al-Rahman (55) :14

1.2 Peniupan roh.

Allah telah menuipkan roh kedalam jasad Adam as sebaik saja selesai proses di atas.
Dengan proses penuipan roh ini maka seselailah pembentukkan manusia (adam) dengan
sempurnya sama ada secara fizikal atau rohani. Firman Allah bermaksud :
Maka apabila Aku sempurnakan kejadiannya dan aku tiupkan padanya roh (ciptaan) Ku.
Maka tuduklah kamu kepadanya dengan bersujud padaNya (Allah) .

Al-Hijr (15) :29

Telah dinyatakan dalan Al-quran bahawa semua makluk Allah di jadikan berpasang-
pasangan maka Adam juga mempunyai pasanganya iaitu Hawwa. Firman Allh yang
bermaksud:

Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada tuhan yang telah menciptakan kamu daripada
diri yang satu dan daripadanyalah Allah menciptakan isterinya san daripada kedua-
duanya Allah memperkembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Al –Nisa
(4) : 1

1.3 Kejadian anak Adam (bani Adam).

Kejadian bani Adam juga jelas di nyata di dalm Al-Quran dan juga hadiht Rasullulah
saw.ia juga mempunya beberapa peringkat. Firman Allah yang bermaksud:

“Mengapa kamu tidak percaya akan kebesaran Allah? Padahal Dialah sesungguhnya telah
menciptakan kamu dalam beberapa tingkatan kejadian.” Nuh (71) :13-14

Ini juga di jelaskan dalam ayat di bawah:

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pada suatu saru pati (berasal)
dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang di simpan) dalam tempat
yang kukuh (rahim) . Kemudian air mani itu Kami jadikan alaqah lalu alaqh itu Kami
jadikan segumpal daging dan segumpal daging itu kami jadikan tulanh belulang, lalu
tulang belulang itu Kami balut dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk
yang berbentuk lain. Maka Maha Suci lah Allah, Pencipta Yang Paling Baik” al-
Mu’minun (23) :12-14

Berdasarkan ayat diatas dapat lah di susun peirngkat peringkat kejadian manusia seperti
berikut:
 Nutfah
 Alaqah
 Izam dan lahm
 nasy’ah khalaqan akhar
 nafkhur-ruh

 Nutfah

Pada peringkat pertama persenyawaan ianya di kenali sebagai nutfah. Peringkat ini
perlakusetelah percampuran air mani.

Seperti firman Allah yang bermaksud:

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada air mani yang bercampur
(nutfah amsyaj) yangkami hendak mengujianya (dengan perintah dan larangan) ,
kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat” al Insan (76) :2

Menurut Ibnu Jubair al Tabari, asal perkataan nutfah ialah nut yang bermaksud air
yang sedikit yang terdapat di dalam bekas sama ada telaga dan sebagainya. Sementara
itu perkataan amsyaj berasl dari perkataan amsyj yang bererti percampuran.

Daripada nutfah ini lah Allah menciptakan anggota-anggota yang lain, tingkah laku
yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan.
 Alaqah

Pada peringkat ini ia berlaku pada hujung minggu yang pertama atau hari ketujuh.
Pada hari ke tujuh telur yang sudah di senyawakan itu akan tertanam didinding rahim
ibu itu lah yang baru dipanggil alaqah.

Firman Allah yang bermaksud


“Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah” al-Mu’minun (23) :14

Kebanyakkan para ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini
mungkin diputuskan berdasarkan mata kasar. Alaqah sebenarnya adalah satu benda
yang amat seni yang diliputi darah. Alaqah juga mempunyai erti lain antaranya:

і. Sesuatu yang bergantung dan melekat.


ii. pacat atau lintah
iii. ketulan darah

Peringkat ini adalah peringkat dalam minggu pertama hingga minggu ketiga di dalam
rahim.

Mudhghah
Peringkat ini berlaku pada minggu ke empat.

Firman Allah yang bermaksud:

“Lalu Kami ciptakan darah beku menjadi sekeul daging”


al-Mu’minun (23) :14

Perkataan mudhghah di terjemahkan sebagai *2 seketul daging yang dikunyah atau


sesuatau yang telah di gigit. Di dalam peringkat ini di sedut dalam dua bentuk,
mudhghah mukhallaqah (yang sempurna) dan mudhghah ghair mukhallaqah (yang
tidak sempurna) . Cipta yang sempurna ialah ciptaan yang sempurna sifatnya
pancaindera serta rupa parasnya dan di tetapkan di dalam rahim sehingga di lahirkan.
Ciptaan yang tidak sempurna ialah ciptaan yang tidak bersifat atau di gugurkan.

*3Ketika peringkat ini juga sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga
dan anggota-anggota yang lain. Selain itu system pwernafasan juga telah terbentuk.
Jantung juga sudah mula berdenyut, darah mula mengalir dan berlaku banyak
perkembangan lain.

 Izam dan lahm

Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ilah peringkat
pembentukan tulang yang mendahului pembentukkan otot-otot. Apabilah tulang
belulang telah bi bentuk otot-otot akan menbungkus rangka tersebut.

Firma Allah yand bermaksud:


“Lalu Kami (Allah) mengubahkan pla kepada mudhghah itu menjadi Izam dan
kemudian membalutkan Izam itu dengan daging” al Mu’minun (23) :14

Pada hujung minggu ketujuh, terbentuk pula satu system yang kompleks. Pada tahap
ini perut dan usu, seluruh system saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk.
Pada minggu kelapan, kesemuanya telah lengkap dan sempurna.

 Nasya’ah Khalqan Akhar

Menjelang minggu kelapan terdapat berapa perkembangan lagi. Perubahan pada tahap
ini bukan lagi embrio tetapi telah memasuki peringkat janin. Pada bulan ketiga,
semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya. Kukunya juga sudah mula
tumbuh. Pada bulan keempat pembentukn uri menjadi cukup lengkap menjadikan
baki pranetal bayi dalam kandunganhanya hanya untuk menyenpurnakan semua
anggota yang sudah terbentuk. Walaupun perubahan tetap terbentuk tetapi dari segi
saiz bayi itu sahaja.

Firman Allah bermaksud:


“Maha suci Allah, Tuhan yang mampu menciptakan manusia sebagai makhluk yang
paling sempurna” al-Mu’minun (23) :14

 Nafkhur-ruh

Imam al Ghazali membahagikan pengertian roh kepada dua iaitu:

i. Roh dilihat dari segi jasmani, ia merupakan sesuatu yang halus memancarkan
cahaya hidup yang sempurna. Roh di umpakan sebagai cahaya yang menerangi ebuah
rumah tetapi cahaya itu tidak dapat di taksirkan.

ii. Roh dilihat sebagai urusan Allah semata-mata tidak boleh di tanggapi oleh akal
manusia yang terbatas. Roh yang mewarisi sifat-sifat suci Allah dan sifat ini telah di
warisi sebahagiannya kepada manusia.

1.4 Kelahiran

Secara normalnya selepas 9 bulan bayi didalam kandungan ibunya maka tibalah saat
kelahiran ke alam dunia. Alam dunia atau alam selepa kelahiran bukanlah permulaan
hidup bagi sebuah kehidupan seorang insan. Kehidupan seorang insan itu telah bermula
sejak di alam rahim lagi. Ketika di dalam rahim ibu perkembangan bukan hanya pada
fizikal sahaja tetapi juga telah mempunyai hubungan dengan Allah melalui satu ikatan
kesaksian.

Ada juga pendapat yang menyangkal kenyataan di dalam Al Quran, antaranya ialah
manusia itu sebenarnya berasal dari keturunan kera. Darwin adalah seorng saintis yang
telah mengatakan manusia berasal dari kera. Jika kita berpandukan pada Al Quran asal
usul keturunan kita adalah bermula dari Nabi Adam as.
Tetapi pendapat yang menyatakan manusia berasal dari kera adalah salah sama sekali.
Ciri manusia yang berbeza dari kera telah di keluar sendiri oleh pengikut Darwin sendiri
iaitu Huxley. Beliau menyatakan bahawa perbezaan antara manusia dan kera adalah amat
besar antaranya dari segi tulang. Tulang kera dan manusia amat ketara kerana tidak
terdapat bentuk-bentuk yang sama antara kera dan troglogdyte.

Troglodyte adalah makhluk prasejarah penghuni gua.

Dari segi genetic juga boleh di sangkal bahawa manusia itu berasal dari kera.

Bagi orang-orang yang tidak mengerti ilmu embriologi dan genetika, tidak mungkin
mudah untuk nampak bahawa setiap induvidu manusia berasal dari perubahan perubahan
yang terjadi pada gen-gen yang di berikan kepada induvidu baru itu oleh kromosom-
kromosom yang di perturunkan dari ayah dan ibunya. Sebagaimana yang dinyatakan
sebelumnya, satu pembahagian berlangsung dalam setiap warisan genetis yang diikuti
satu penyatuan unsure-unsur yang berasal dari paruh masing-masing. Hal ini dengan
cepat menimbulkan awal perubahan-perubahan morfologis selama kehamilan dan dengan
demikian juga midifikasi-modifikasi fungsional yang muncul kemudian. Dengan
demikian transfomasi-tranfomasi terus berlangsung setelah lahirnya bayi, melewati
pertumbuhan masa kecil, hingga individu tersebut mencapai kedwasaan dan
transfomansi-transfomasi tersebaut sepenuhnya sempurna.

Jika konsep ini tidak di fahami dengan betul maka kesalahan-kesalahn boleh terjadi
berkenaan dengan gagasan orang-orang yang biasa berfikir bahawa ayat-ayat Al Quran
yang dikutip dalam hal ini berkenaan hanya dengan perkembangan bayi di dalam rahim
dan mengabaikan perkembangan morfoligi berikutan dari manusia itu. Itulah sebabnya
kenapa penting untuk memasukan semua ayat-ayat Al Quran yang merujuk pada
reproduksi manusia dalam studi kita mengenai bahagian-bahagian teks Al-Quran yang
sejauh yang dapat saya lihat berhubung dengan transformasi-transfomasi bentuk manusia
selama berabad-abad.
Untuk menjelaskan persoalan ini, saya ingin berikan contoh berkenaan dengan transfasi
patologi yang terdiri atas satu kerosakan bawaan khususnya umum terdiri di antara
kesalahan-kesalahan pembentukan manusia:

 iaitu mongolisme:
penemuan yang telah menunjukan bahawa hal ini di sebabkan oleh lipatan tia
kromosom yang telah di beri nombor 21, yang darinya kerosakan tersebut
mengambil nama Triosomi 21. Pada masa ini diketahui bahawa penyakit ini
penyebabnya terletak pada gen-gen yang terkandung dalam kromosom dan
bahawa kerosakan tersebut terjadi dengan frekuansi maksimum ketika ibu bayi
berumur lebih dari 40 tahun.

Penyakit ini sering dikaitkan oleh sesetengah masyarat dengan sumpahan tetapi
sebenarnya penyakit ini bukan sebab sumpahan atau di sebabkan keturunan
manusia dari kera tetapi kerana kehendak Allah taala. Kita perlu percaya bahawa
segala bentuk kejadian manusia adalah atas kehendak Allah seperti yang di
terangkan melalui Al Quran dan bukan kerana makhluk-makhluk ghaib.
Modifikasi yang bermacam macam dalam diri manusia belaku mengikut pola
yang sama. Proses tersebut bermula selama proses kehamilan sehingga peringkat
kedewasaan. Dengan demikian selama generasi yang berturutan yang
memisahkan Autralopitecus dari manusia moden (yang mencapai sepuluh ribu
unit), masuk akallah untuk beranggapan bahawa tidak sedikit modofikasi yang
terjadi dalam setia generasi yang secara bertahap tertumpuk hingga menghasikan
trandfomasi yang melahirkan manusia sebagaimana kita kenali sekanrang ini.
Oleh yang demikian adalah mustahil, manusia adalah berasal daripada seekor
binatang dan akhirnya berubah menjadi manusia yang semakin sempurna. Perkara
ini memang sulit jika hendak di fikirkan tapi sekiranya kita merujuk kepada Al
Quran pasti kita akan jumpa jawapannya.
Mongolisme;seorang anak dilahirkan dengan tengkorak kepala yang pendek dan
rata kedua mata sepet dan kelain kelain lain-asal usul manusia (Dr Bucaille Ma
1984).
Troglodyte adalah makhluk prasejarah penghuni gua.

2.0 Manusia Sebagai Khalifah Allah

Hakikat bahawa manusia sebagai hamba Allah bukanlah satu penghinaan kepada manusia.
Sebaliknya, gelaran sebagai hamba Allah adalah satu gelaran yang paling tinggi kepada
manusia seperti yang ditegaskan oleh Allah sendiri dalam Al-Quran kerana itulah gelaran
yang diberikan kepada setiap Nabi dan Rasul. Al-Quran juga menyatakan bahawa maksud
‘ISLAM’ itu ialah “tunduk dan patuh kepada Allah. Firman Allah dalam surah Az-Zumar
ayat 53 yang bermaksud: 
“Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu dan berserah dirilah kepada-Nya.”

Tugas manusia sebagai khalifah kepada Allah Maha Pencipta hakikatnya adalah kemuliaan,
keagungan dan kekuatan. Perlu dihuraikan dengan lebih mendalam dengan menyentuh soal
pentadbiran sesama manusia yang memerlukan satu sistem tauhid. Penjelasan pendek mulai
akan membawa kepada ketiadaan ketaatan seseorang manusia yang lain.

Kehinaan yang paling hina ialah kehambaan manusia kepada sesama manusia atau makhluk.
Inilah yang ditentang dan cuba dibasmi oleh Islam melalui asas dan konsep tauhid. Salah satu
dari keistimewaan atau kemuliaan manusia sebagai hamba Allah ialah manusia yang
sebenarnya hamba kepada Allah itu telah dianugerahkan satu tugas / amanah yang tidak
dipunyai oleh seluruh makhluk lainnya, iaitu tugas Khlifahtullah di muka bumi. Firman-Nya
dalam Surah al-Baqarah 2 : 30 bermaksud :

Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “Sesungguhnya Aku hendak
menjadikan di atas muka bumi itu seorang khalifah.”
Manusia sebagai hamba Allah boleh dilantik untuk memegang jawatan khalifah Allah. Dan
perlantikan itu adalah kerana kelayakan manusia untuk memegang jawatan tersebut. Antara
kelayakan tersebut ialah bahawa diantara hambaNya, manusia adalah lebih hampir kepada
Allah yang melantiknya iaitu tentang sifat-sifatNya kerana biasanya yang dilantik itu ialah
orang yang lebih hampir kepada yang melantik demi untuk menjadi penggantinya.

Sebagai hakikat, hambaNya dan khalifahNya, maka manusia tidak berhak mencipta yang
diizinkan. Sebaliknya manusia hanyalah menerima, menyampaikan dan melaksanakan apa
yang telah termaktub dan tertulis. Tugas khalifah yang dipertanggungjawabkan kebahu
manusia merupakan suatu penghormatan dan amanah yang amat berat untuk dipikul oleh
seluruh generasi manusia sepertimana Firman Allah dalam Surah al-Ahzab 33: 72
bermaksud:

“Sesungguhnya Kami telah bentangkan tanggungjawab amanah tersebut kepada langit dan
bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), tetapi mereka enggan memikulnya kerana
bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk
memikulnya), dan (pada ketika itu) manusia sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya
tabiat (kebanyakan ) manusia suka melakukan kezaliman dan (dia juga ) jahil.”

Khalifah adalah satu keistimewaan besar yang hanya diberikan kepada manusia, dan tidak
diberikan kepada malaikat, jauh lagi untuk diberikan kepada jin. Dari sini dapat diyakini
bahawa bukan setiap hamba itu layak dan berhak menjadi khalifatullah. Seterusnya bukan
setiap manusia yang pada hakikatnya hamba itu dengan sendirinya adalah khalifah walaupun
dari segi hakikatnya manusia itu hamba dan khalifah Allah. Namun dari segi konsep dan
perlaksanaannya adalah tidak. Oleh kerana itu, manusia yang layak dan berhak menjadi
khalifah itu ialah manusia yang telah melaksanakan konsep kehambaan diri kepada Allah,
dan telah melaksanakan konsep penyerahan diri kepada Allah dalam keempat-empat ciri itu
iaitu :
 Syariat
 Akhlak
 Akidah
 Ibadah

2.1 Maksud khalifah menurut bahasa

Khalifah ialah menguasai dan memerintah ataupun mempunyai sifat: Al-Siyadah @ ketuanan
“Sifat ini diakui oleh Allah dalam Al-Quran. Sebagai khalifah, manusia diberikan mandat
oleh Allah seperti yang termaktub dalam perlembagaan suci Al-Quran untuk
menjadi”Tuan”ke atas segala makhluk dan segala ciptaan di atas muka bumi ini. Tetapi sifat
ini bukan menjadi sifat yang istimewa dan asasi dalam tugas khalifah. Sifat tersebut hanya
sebagai alat atau jalan kepada manusia untuk melaksanakan tugas sebagai khalifah tersebut.

Khalifah berasal dari kata “ khalafa” bererti ganti ; iaitu seseorang menggantikan seseorang
yang lain sama ada bersama-sama dengan orang yang digantikannya atau melaksanakannya
semasa ketiadaannya. Tugas khalifah merangkumi :

-Menggantikan orang yang telah mati.


-Menggantikan orang yang telah tiada
-Mengambil alih tempat bagi orang yang tidak mampu menjalankan sesuatu tugas
-Menggantikan tempat seseorang sebagai memuliakannya.

Maksud khalifah menurut istilah


Menurut istilah, khalifah ialah manusia turun-temurun yang telah dipilih oleh Allah S.W.T.
sebagai penggantiNya untuk mentadbir, mengurus, dan memulihara serta memakmurkan
alam ini sebagai amanah Allah S.W.T. dengan menggunakan nikmat Allah ini dengan
sebaik-baiknya.
Kesimpulannya, khalifah merupakan suatu tugas yang telah diamanahkan oleh Allah kepada
setiap manusia sebagai wakil-Nya untuk memulihara dan memakmurkan alam ini
berdasarkan syariah-Nya.

2.3 Kriteria utama sebagai khalifatullah

Jika ketuanan dan kekuasaan itu digunakan bukan untuk melaksanakan tugas khalifatullah di
muka bumi maka manusia itu tadi tidak lagi lulus sebagai khalifah tetapi manusia yang
menentang dan melawan, menderhaka, dan memberontak kepada Allah, kepada kekuasaan
Allah, kepada pemerintahan Allah, kepada kesultanan dan kehakiman Allah, alangkah betapa
kerdilnya manusia untuk melakukan perbuatan tersebut. Pernyataan ini diperkuatkan lagi
dengan Firman Allah dalam Surah al-An’am 1: 49 bermaksud :

“Tidakkah mereka melihat berapa banyak umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka,
pada hal Kami telah teguhkan kedudukan mereka di bumi yang tidak Kami berikan kepada
Kamu. Kami turunkan hujan yang lebat ke atas mereka dan Kami jadikan sungai yang
mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka
sendiri dan Kami ciptakan sesudah mereka umat yang lain”.

Dari sini jelaslah apa yang telah ditegaskan dahulu bahawa bukannya setiap hamba Allah itu
dengan sendirinya atau semestinya menjadi khalifah. Walaupun manusia itu pada hakikatnya
hamba tetapi oleh kerana ia tidak melaksanakan konsep pengabdian kepada Allah dalam
hidupnya maka dengan sendiri ia bukan khalifah Allah. Jadi manusia yang layak menjadi
khalifah Allah ialah manusia yang menerima dan mengakui kehambaan dirinya dan
melaksanakan konsep pengabdian iaitu konsep pengabdian diri kepada Allah.

1) Memiliki ilmu pengetahuan 


Menepati dengan hakikat tadi maka untuk mempergunakan ketuanan dan kekuasaan yang
diberikan demi untuk menguasai alam benda dan alam semesta ini bagi faedah dan
kepentingan tugasnya itu, maka manusia memerlukan “ILMU”.
Al-Quran dengan jelas sekali mengakui bahawa salah satu dari asas terpenting untuk
melaksanakan tugas khalifah ialah ILMU. Ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu tentang alam
benda demi untuk menguasai alam ini bagi dipergunakan untuk melaksanakan tugas khalifah
dan untuk melaksanakan konsep pengabdian dan penyerahan.

Pengubahan kepada kedudukan ilmu tersebut bererti telah mengubah kedudukannya yang
tabii dan semulajadi, yang dengan sendirinya akan mengakibatkan kepincangan, kerosakan,
dan kefasadan kerana ilmu yang selayaknya menjadi”Nur” atau cahaya sudah bertukar corak
kepada ilmu yang menjadi “Api” yang membahang yang memusnahkan manusia dan
tamadunnya.

Memiliki ilmu pengetahuan menjadi asas penting kepada manusia dalam menjalankan tugas
sebagai khalifah yang menjadi kompas panduan dan menjadi tali penghubung dengan Allah
yang telah meletakkan tugas/ amanah khalifah.

Ilmu yang dimaksudkan bukan hanya berkaitan dengan alam tabii dan fizikal malah ia
merangkumi :

(i) Ilmu tentang alam syahadah


(ii) Ilmu tentang alam ghaib
(iii) Ilmu tentang alam fizik
(iv) Ilmu tentang alam metafizik (ghaib)
(v) Ilmu tentang alam benda
(vi) Ilmu tentang Pencipta alam benda.

Itulah seperti yang dimaksudkan oleh Firman Allah S.W.T. dalam surah al-Baqarah 2 : 31
bermaksud :

Dan Dia (Allah) telah mengajarkan kepada Nabi Adam nama-nama (benda-benda)
seluruhnya, yang kemudian mengemukakannya kepada para malaikat lalu berfirman :
“Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu orang yang benar.”

Selain dari firman di atas, Allah juga telah berfirman di dalam surah al-Rahman 1:4 yang
bermaksud :

“(Tuhan) yang Amat Pemurah serta melimpah-melimpah rahmatNya. Dialah yang telah
mengajarkan Al-Quran. Dialah yang mencipta manusia , Dialah yang membolehkan manusia
memberi dan menerima penyataan.”

2) Pengabdian kepada Allah S.W.T. dan Pembangunan Bumi

Islam telah menentukan tujuan kewujudan alam ini dan mewujudkan perseimbangan
hubungan antara manusia dengan Pencipta-Nya dan antara Pencipta dengan alam. Kita dapati
banyak ayat Al-Quran yang memaparkan hubungan ini seperti Firman Allah S.W.T. dalam
surah al-Zariyat 56 : 57 bermaksud :

“Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Aku. Aku tidak
menghendaki rezeki daripada mereka dan tidak juga Aku meminta mereka memberi Aku
makan. “

Al-Ustaz ‘Ilal al-Fasi menerangkan maksud hubungan ini, katanya :

“Sesungguhnya Tuhan menjadikan ibadat sebagai hikmat kepada kejadian manusia tetapi
ibadat itu bukan bermakna memisahkan manusia dari bekerja atau menyisih diri dari hal-hal
keduniaan, yang tidak sesuai dengan risalah Tuhan yang menghendaki manusia
memakmurkan muka bumi dan menyebarkan hokum-hukum Tuhan serta peraturannya
selaras dengan kehendak syariat, bahkan manusia itu sendiri bertanggungjawab mempelajari
hukum Allah, sebelum mempelajari sesuatu yang lain.”
Demikian juga manusia hendaklah memahami bahawa Allah tidak meredhai hamba-Nya
yang bersikap menjauhi kemewahan keduniaan dengan mengurung diri mereka di dalam
rumah-rumah ibadat dan masjid semata-mata untuk tujuan beribadat dan bermunajat di
mana-mana sahaja ; di kebun, di tempat-tempat perniagaan, dalam masyarakat atau di mana
sahaja kerana semua munajat itu dapat di dengar oleh Allah dan dengan cara itu juga manusia
boleh mendekatkan diri dengan Allah S.W.T.

Hubungan manusia dengan Allah adalah berasaskan satu perjanjian atau kesanggupan yang
azali. Manusia telah mengakui ketuhanan Allah serta menyatakan kesanggupan untuk
mengabdikan diri semata-mata kepadaNya. Perjanjian ini dibuat semasa manusia itu masih
berada di alam roh lagi. Hal ini diceritakan oleh Al-Quran sebagaimana Firman Allah S.W.T.
dalam surah al-A’raf, ayat 172 bermaksud : 

“Bukankah Aku Tuhan kamu ? “ Maka jawab roh, “Ya, kami menjadi saksi, supaya Engkau
tidak menyatakan pada hari Qiamat: Sesungguhnya kami lupa terhadap hal ini.”

Pengakuan dan pengiktirafan itulah menyebabkan Allah mengurniakan kepada manusia


muka bumi ini untuk diperintah dan membangunkannya. Manusia dibekalkan dengan kuasa
dan pelbagai kemudahan termasuklah bumi dan laut serta isi perutnya sebagai punca rezeki
agar manusia sentiasa bersyukur dan mengingati Allah. Pernyataan ini diperkuatkan lagi
dalam ayat-ayat Al-Quran berikut yang bermaksud :

Firman Allah S.W.T. dalam surah Hud ayat 61 bermaksud :

“Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dan bumi serta memakmurkan kamu di dalamnya.”

Firman-Nya lagi dalam surah al-Baqarah 30: 32 bermaksud:

“(Ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku akan


menjadikan seorang khalifah di atas muka bumi. Maka jawab mereka: Adakah patut Engkau
menjadikan di atas muka bumi orang yang berbuat bencana dan menumpahkan darah
sedangkan kami bertasbih memuji Engkau dan mensucikan Engkau? Allah berfirman :
Sesungguhnya Aku mengetahui apa-apa yang tiada kamu ketahui . Allah mengajarnya semua
nama barang kemudian dibawa barang-barang itu kepada malaikat, lalu Allah berfirman :
Khabarkanlah kepada-Ku nama-nama barang ini, jika kamu yang benar. Jawab mereka :
Maha Suci Engkau tidaklah kami tahu sesuatu itu kecuali apa-apa yang Engkau ajarkan
kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”

Allah S.W.T menciptakan alam seperti langit, bumi, tumbuhan, binatang, dan sebagainya
untuk kepentingan dan kemudahan manusia dalam melaksanakan tugas sebagai khalifah.
Allah S.W.T. telah berfirman dalam surah al-Nahl ayat 10 bermaksud:

“Dialah (Tuhan) yang menurunkan air dari langit, di antaranya untuk minuman kamu dan di
antaranya untuk tumbuh-tumbuhan ; di sana kamu mengembala ternakan .”

Semua kemudahan tersebut hanya diberikan kepada manusia berbanding makhluk Allah
S.W.T. yang lain dengan objektif yang khusus iaitu melaksanakan tugas sebagai khalifah di
bumi. Firman-Nya dalam surah al-Isra’ 17 : 70 bermaksud :

“Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak cucu Adam, dan Kami telah berikan
kenderaan di daratan dan lautan serta rezeki yang baik-baik kepada mereka, dan telah Kami
lebihkan dengan sesungguhnya dari kebanyakan (makhluk lain) yang telah Kami jadikan.

Segala kemudahan yang diberikan hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya dan


bersyukur di atas segala kurniaan-Nya. Seperti dalam Firman Allah S.W.T. dalam surah al-
Nahl ayat 14 yang bermaksud :

“Dialah (Tuhan) yang memberi kemudahan laut supaya kamu makan daging (ikan) yang
lembut dan supaya kamu keluarkan dari dalamnya perhiasan yang kamu pakai dan engkau
lihat kapal layar di laut dan supaya kamu mencari kurniaan Allah (rezeki), mudah-mudahan
kamu bersyukur.”
3) Anugerah Akal Fikiran

Imam Syairazi mentakrifkan akal merupakan satu sifat di mana dengannya kita dapat
membezakan yang baik dan yang buruk.Manakala Ahli Sunnah Wal-Jamaah pula memberi
pendapat bahawa akal merupakan satu cahaya rohani yang dengannya jiwa dapat mencapai
ilmu-ilmu yang bersifat dharuri dan nazari.

Manusia menggunakan akal fikiran untuk mengetahui perkara-perkara yang lebih jauh lagi.
Manusia mampu melakukan pemikiran untuk memikirkan perkara yang akan datang dengan
mengkaji sejarah masa silam, dengan itu manusia boleh mengambil iktibar daripada apa yang
telah berlaku.

Manusia seharusnya menggunakan akal fikiran untuk memperhambakan diri kepada


penciptanya iaitu Allah.

Manusia perlu menggunakan akal fikiran untuk mengimarahkan bumi ini sesuai dengan
tujuan ia dijadikan oleh Allah S.W.T. sebagaimana firman-Nya dalam surah al-Zariyat ayat
56 yang bermaksud:

“Dan tidak sekali-sekali Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat
kepada-Ku.”

Manusia yang tidak menggunakan akal fikirannya untuk memahami kebesaran Allah
sesungguhnya telah meletakkan dirinya lebih rendah daripada taraf binatang kerana manusia
memiliki kemampuan akal yang tinggi sedangkan binatang memang tidak berakal atau
memiliki akal bertaraf rendah.
2.4 Pengurusan Sebagai Khalifah Dalam Islam

Sebagai seorang khalifah, Islam tidak menggalakkan umatnya menyisihkan diri dari urusan-
urusan keduniaan atau bersikap memadai dengan apa yang ada, lebih-lebih lagi Islam
melarang manusia bersikap memutuskan hubungan dengan keduniaan sehingga ia menjadi
terasing dari manusia lain dan masyarakatnya. Bahkan Islam lebih-lebih lagi melarang
manusia bersikap sebaliknya, iaitu mengambil semua harta keduniaan dengan menggunakan
kuasa, bakat dan kebolehan yang ada pada mereka untuk membolot, memonopoli dan
mengaut segala kemewahan dan keseronokan dunia untuk kepentingannya sendiri hingga
hilang perasaan kasih sayang, belas kasihan, dan sikap tolong-menolong. Islam menganggap
golongan ini sebagai golongan yang zalim, bongkak, cuai, dan lalai. Seperti Firman Allah
dalam surah Hud 15:16 bermaksud :

“Barang siapa mencari hidup keduniaan dan perhiasannya, Kami sempurnakannya


pekerjaannya di dunia mereka tidak mendapat apa-apa di akhirat melainkan neraka. Dan
hapuslah segala yang mereka perbuat di dunia, dan binasalah apa-apa yang mereka amalkan.”

Dari aspek kebendaan dan pekerjaan umpamanya, manusia mempunyai tugas untuk
menyusun dan melaksanakannya sejajar dengan peranan manusia itu sebagai khalifah di
muka bumi ini. Meskipun begitu, sesuatu usaha itu tidak akan bernilai sekiranya usaha itu
mengarah kepada sesuatu yang menghilangkan keistimewaan manusia atau memutuskan
perhubungan manusia dengan masyarakatnya.

2.5 Kesimpulan

Hanya dengan Islam maka manusia berhak menjadi khalifah di dunia. Tanpa Islam, manusia
telah menentang dan memberontak terhadap kekuasaan, pemerintahan, kesultanan dan
kehakiman Allah. Hanya dengan Islam yang berpandukan kepada dua jenis Ilmu tadi
manusia akan mencapai kesejahteraan yang menjadi saripati tamadun umat manusia.
Tanpa ilmu manusia tidak akan mencapai hakikat tamadun kerana antara Islam dengan erti
kesejahteraan tidak dapat dipisahkan. Hakikat akan lebih jelas dirasakan manakala Allah
menegaskan kepada umat manusia bahawa Islam itu adalah fitratullah atau sunnatullah pada
alam ciptaan-Nya.

Islam itulah juga fitrah manusia dan fitrah alam semesta. Penafian dan keingkaran manusia
kepada Islam sebagai asas falsafah tamadunnya adalah bertentangan dengan sifat fitrah
kemanusiaannya yang pasti akan mengakibatkan kerosakan dan penderitaan manusia sendiri.

3.0 Manusia Sebagai Hamba Allah

1. Manusia adalah hamba, hamba kepada Allah Maha Penciptanya, kerana setiap yang
dicipta itu pada hakikatnya adalah hamba kepada yang menciptanya.

2. Sebagai hakikatnya hamba maka ia tidak mempunyai apa-apa di atas dirinya, atas
tenaganya dan juga atas apa yang dihasilkannya.

3. Hidup dan matinya, sembahyang dan nusuknya, nyawa dan hartanya, anak dan
isterinya adalah hak kepunyaan Allah, yang sewajibnya diperlakukan untuk Allah dan
kerana Allah.

4. Hidup manusia adalah pengabdian kepada Allah.

5. Menepati hakikat ini, maka sudah pastilah manusia tunduk patuh, taat setia, mengikut
Allah Maha Penciptanya.

6.Allah berfirman,
Dan tiadalah orang yang lebih baik agamanya daripada orang yang menyerahkan dirinya
kepada Allah (dengan ikhlas) Al – Nisa 125.
Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menjadikan langit dan
bumi, sedang aku tetap di atas dasar Tauhid (Mengesakan Allah) dan bukanlah aku dari
orang-orang yang menyekutukanNya dengan sesuatu yang lain. Al – An’am 79

3.1 Manusia Makhluk Yang Paling Mulia

1. Manusia adalah makhluk termulia yang dicipta oleh Allah.

2. Allah berfirman:
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dengan sebaik-baiknya cara Kami
menjadikan sesuatu, berkelengkapan sesuai dengan keadaannya. Al-Tin 95

3.Kemuliaannya itu antara lain kerana ia dianugerahkan Allah akal.Tanpa akal darjat
manusia jatuh ke tingkat binatang.

4. Riwayat sebahagian Ahli Sunnah


Tidak dijadikan oleh Allah suatu makhluk yang terlebih mulia disisi-Nya daripada akal.

5. Islam diturunkan unutk menunjuk ajar manusia dan menuntun dia kepada
kesempurnaan.Akal menjadi alat menuju kepada kesempurnaan itu.

6. Akal dan Islam merupakan “dua yang satu”.


“Sesungguhnya Din itu akal.Tidak ada Din bagi dia yang tidak mempergunakan akal”.

7. Din ialah Islam.Tidaklah seseorang itu menganut Islam yang tidak mempergunakan
akal.Peningkatan Islam seseorang bergantung pada peningkatan akalnya.Untuk itu:
i) Pemikirannya perlu diperkaya dengan ilmu pengetahuan.
ii) Kalbunya perlu diisi dengan agama.

8. Dengan hidup menurut syari’at manusia hidup sesuai dengan hak dan kewajipannya
sebagai manusia.
9.Dengan mengamalkan prinsip-prinsip yang dikandung oleh al-Quran,
manusia mewujudkan kemanusiaanya, kerana ayat-ayat al-Quran itu ditentukan oleh
Allah sesuai dengan hakikat ciptaan-Nya.

3.2 Manusia sebagai Khalifah Allah

1. Manusia diangkat oleh Penciptanya menjadi khalifahnya.

2. Firman Allah
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku
hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”.
Al-Baqarah 30

3. Yang dikehendaki dengan khalifah dalam ayat di atas ialah makhluk yang berkuasa
yang dijadikan Allah untuk memakmurkan dunia melalui penyusunan kehidupan
makhluk berpandukan hukum-hukum Allah.

4. Untuk itu Allah telah mengutuskan rasul-rasulnya bagi memimpin manusia


seluruhnya bermula dari Nabi Adam a.s. sebagai manusia pertama yang dijadikan
Allah, lalu diangkat sebagai rasul hinggalah kepada Nabi yang terakhir iaitu Nabi
Muhammad s.a.w.

5. Semuanya adalah khalifah-khalifah Allah yang bertugas menyampaikan hukum-


hukum Allah bagi mengatur individu, masyarakat dan negara berdasarkan perintah-
perintah Allah yang diwahyukan kepada mereka.

6. Pengertian khalifah ialah menguasai dan memerintah ataupun mempunyai sifat “al-
Siyadah @ ketuhanan”.Sifat ini diakui Allah dalam al-Quran.

7. Perkataan khalifah bererti penyambung, penghubung dan diserahi untuk


menyampaikan dan mengerjakan sesuatu.
8. Manusia layak untuk menjadi khalifah kerana antara hamba-Nya maka manusialah
yang lebih hampir kepada Allah yang melantiknya, tentang sifat-sifatnya kerana biasanya
dilantik itu ialah orang yang lebih hampir kepada yang melantik demi untuk menjadi
penggantinya.

9. Sebagai hakikatnya, hambaNya dan khalifahNya maka manusia tidak berhak mencipta
yang diizinkan.Sebaliknya manusia hanyalah menerima, menyampaikan dan
melaksanakan apa yang telah termaktub dan tertulis.

10. Khalifah adalah satu keistimewaan besar yang hanya diberikan kepada manusia, dan
tidak diberikan kepada malaikat, jauh lagi diberikan kepada jin.Dari sini dapat diyakini
bahawa bukan hamba itu layak dan berhak menjadi khalifatullah.

11. Seterusnya bukan semua manusia yang pada hakikatnya hamba itu dengan sendirinya
adalah khalifah.

12.Manusia yang layak dan berhak menjadi khalifah itu ialah manusia yang telah
melaksanakan konsep kehambaan diri kepada Allah, dan telah melaksanakan konsep
penyerahan diri kepada Allah dalam empat ciri:-
i) Akidah
ii) Akhlak
iii) Ibadah
iv) Syariah

13.Sebagai khalifah manusia diberikan mandat oleh Allah seperti yang termaktub dalam
perlembagaan suci al-Quran untuk menjadi tuan kepada segala makhluk dan segala
ciptaan di atas muka bumi ini.Sifat itu hanya sebagai alat atau jalan kepada manusia
untuk melaksanakan tugas khalifah tersebut.
14.Jika ketuanan dan kekuasaan itu digunakan bukan untuk melaksanakan tugas
khalifatullah di muka bumi ini maka manusia itu tidak lagi lulus sebagai khalifah tetapi
manusia yang menentang dan melawan, menderhaka dan memberontak kepada Allah,
kepada kekuasaan Allah, kepada pemerintahan Allah, kepada kesultanan dan kehakiman
Allah, alangkah betapa kerdilnya manusia untuk melakukan perbuatan tersebut.

15. Walaupun manusia itu pada hakikatnya hamba tetapi oleh kerana ia tidak
melaksanakan konsep pengabdian kepada Allah dalam hidupnya maka dengan sendirinya
ia bukan khalifah Allah.

16. Manusia yang layak menjadi khalifatullah ialah manusia yang menerima dan
mengakui kehambaan dirinya dan melaksanakan konsep pengabdian. Tegasnya konsep
penyerahan diri kepada Allah.

17. Menepati dengan hakikat tadi maka untuk mempergunakan ketuanan dan kekuasaan
yang diberikan untuk menguasai alam benda dan alam semesta ini bagi kepentingan dan
tugasnya itu, manusia memerlukan ILMU.

18. Ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu tentang alam benda demi untuk menguasai alam
benda ini bagi dipergunakan untuk melaksanakan tugas khalifah dan untuk melaksanakan
tugas pengabdian dan penyerahan.

19. Ilmu yang menjadi asas penting kepada manusia dalam menjalankan tugas khalifah,
yang menjadi kompas panduan dan menjadi tali penghubung dengan Allah yang telah
meletakkan tugas/amanah khalifah.

20.Tanpa ilmu manusia tidak akan mencapai hakikat tamadun, kerana antara Islam
dengan erti kesejahteraan tidak dapat dipisahkan

21.Hakikat akan lebih jelas dirasakan manakala Allah menegaskan kepada umat manusia
bahawa Islam itu adalah fitratullah atau sunnatullah pada alam ciptaannya.
22. Islam itu juga fitrah manusia, dan fitrah alam semesta, penafian manusia kepada
Islam sebagai asas falsafah tamadunnya adalah bertentangan dengan sifat fitrah
kemanusiaannya, yang pasti akan mengakibatkan kerosakan dan penderitaan manusia
sendiri.

23. Kekhalifahan manusia di muka bumi mempunyai syarat tertentu, yakni selalu iltizam
dengan ketaatannya terhadap Rabb yang memiliki perintah dan larangan.

24. Manusia sentiasa dituntut melaksnanakan segala perintahNya kerana mengharap


pahalaNya; dan menjauhi segala larangannya kerana takut siksaanNya.Semua ini dalam
rangka menghormati, menjunjung tinggi, mencintai dan mengagungkanNya.

25. Oleh kerana itu masalah khalifah di muka bumi ini tidak lain adalah masalah ibadah
manusia kepada Allah yang Maha Kuasa.Seperti firmanNya:
“Dan tidaklah aku jadikan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadat kepadaku”.
Adz Dzariyat 56

26.Allah menciptakan hamba-hamba untuk beribadat hanya kepadaNya dan tidak


mempersekutukannya.Maka barangsiapa mentaati Allah, ia akan mendapat balasanNya
yang paling sempurna; dan barangsiapa menentangAllah, ia akan mendapat siksaanNya
yang amat pedih.

27. Allah telah menciptakan manusia dengan tabiat untuk mengenal Rabbnya,
mentauhidkanNya, mentaatiNya serta beribadah hanya kepadaNya dengan tidak
mempersekutukanNya.Allah berfirman:
“Dan (ingatlah) ketika Rabbmu mengeluarkan keturunan anak Adam dari sulbi mereka
dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman) :’Bukankah
Aku ini Rabbmu? Mereka menjawab:Betul (Engkau Rabb kami) , kami menjadi saksi.’
(Kami lakukan yang demikian itu) agar pada hari kiamat kelak akmu tidak mengatakan:
‘Sesungguhnya kami (Bani Adam) adalah orang yang lengah terhadap ini.’Atau agar
kamu tidak mengatakan :’Sesungguhnya orang-orang tua kami telah mempersekutukan
Rabb sejak dahulu, sedangkan kami ini anak-anak keturunan yang (datang) sesudah
mereka.Maka apakah Engkau akan membinasakan kami kerana perbuatan orang-orang
yang sesat dahulu.’Demikianlah kami menjelaskan ayat-ayat itu, agar mereka kembali
(kepada kebenaran) .”Al A’raf 172-174

28.Dengan pemberian akal kepada manusia maka ia melebihi makhluk-makhluk


lain.Dengan akal ia dapat mengatasi temapt dan waktu, sedangkan tumbuhan terikat oleh
tempat dan waktu dan haiwan terikat oleh waktu.

29. Manusia dapat mengembara di permukaan bumi bahkan mampu keluar dari
bumi.Manusia melepaskan waktu yang dialaminya kini dengan mengingat kejadian-
kejadian pada masa yang lalu dan menyusun rancangan-rancangan yang akan
dikerjakannya pada masa yang akan datang.Maka terbahagilah masa di atas kelmarin,
hari ini dan besok.

30. Dengan jasadnya manusia melebihi makhluk-makhluk halus yang berakal, kerana ia
dapat mencipta dalam alam material.Pengalaman yang dijalani manusia diubah oleh
akalnya menjadi pengetahuan.Fikiran dan perasaan memungkinkannya membentuk
pengetahuan.Akal membentuk tangggapan (gambaran dalam fikiran, idea) , konsep dan
teori.

31. Allah adalah pencipta pertama.Dari ketiadaan diciptakanNya lah alam ini.Dengan
kemahakuasaanNya cukuplah Dia mengucapkan ayat yang bermaksud: “Jadilah! Maka
terciptalah.”

32.Manusia dijadikanNya pencipta kedua.ia mencipta atas ciptaan Allah.Allah mencipta


alam.Manusia mencipta dari bahan-bahan alam itu.Allah mencipta akal, selaput suara dan
lidah, manusia mencipta bahasa dari unsur-unsur itu.Allah mencipta pohon dan batu,
manusia mencipta rumah dari benda-benda itu.Allah mencipta tumbuhan dan haiwan,
manusia menciptakan makanan daripadanya.Dari tumbuhan, kimia dan pelikan yang
diciptakan Allah, manusia mencipta ubat-ubatan.Allah menciptakan bulan untuk
menerangi kegelapan malam.Manusia mencipta lampu unutk menerangi kegelapan
rumahnya.

33. Akal bukan sahaja membina kehidupannya, tetapi ia juga merosakkan


kehidupannya.Dengan senjata-senjata perang yang diciptakannya, manusia membunuh
sesama manusia dan merosak alam.

34. Apabila otak sahaja yang diperkaya dengan ilmu pengetahuan tetapi kalbu dibiar
kosong dari agama, maka bisikan halus syaitan menggerakkan tangan, menciptakan alat-
alat yang akan merosak diri manusia sendiri dan pesekitarannya.

35.Oleh itu dengan diberikan kekuasaan dan diangkatnya menjadi khalifah manusia juga
dibebankan dengan tanggungjawab, raja dari sekelian raja akan meminta di akhirat nanti
pertanggungjawab manusia yang diangkatNya menjadi penggantinya sebagai raja di
dunia.Apabila akal tidak diasaskan atas naqal atau wahyu dalam pemikirannya, maka
manusia akan menyeleweng, bahkan berlawanan dengan perlembagaan (al-Quran) yang
diturunkan oleh Allah sebagai panduan khalifah dalam menjalankan kekuasaanya sebagai
raja di dunia yang fana ini.

36. Dengan akalnya manusia dapat berbuat baik, tetapi juaga dapat berbuat jahat.Ia
mungkin mentaati khaliqnya, tapi juga mungkin mengingkariNya. Semuanya itu
bergantung kepada isi kalbu dan pemikirannya.

37. Lantaran itu akal perlu petunjuk, perlu tuntutan dan kawalan, dan Allah yang
pengasih lagi Penyayang menurunkan wahyuNya untuk petunjuk, tuntutan dan kawalan
itu.

38. Keteguhan kekuasaan manusia di bumi yang menguasaimlapangan kehidupannya


adalah berkat kebudayaan, yang dihasilkan oleh tangan dan akalnya.
39. Suatu kebudayaan ialah cara berfikir dan cara merasa, yang menyatakan diri dalam
seluruh segi kehidupan sekelompok manusia yang membentuk masyarakat.

40.Kehidupan ialah segala sesuatu yang berhubungan dengan hidup.Bidang-bidang


kebudayaan itu membina kehidupan manusia dalam mencapai keperluan-keperluan
asasnya.Pembinaan itu dengan mengatur sistem atau tata hubungan dengan perkara-
perkara yang dihadapi dalam kehidupan:
i) Sosial
ii) Ekonomi
iii) Politik
iv) Pengetahuan dan teknik
v) Seni
vi) Falsafah
vii) Agama

41.Kesemua tata hubungan itu membentuk cara hidup, bertujuan untuk memenuhi
keperluan asasi manusia.Kebudayaan adalah ciptaan akal manusia, hubungan dengan
benda, dengan kekuasaan, dengan alam dan kerja, dengan bentuk-bentuk yang
menyenangkan, dengan hakiakt setiap perkara yang dimasalahkan dan dengan konsep-
konsep nilai.Gagasan ini diwujudakan oleh laku perbuatan melalui tangan terwujudlah
kebudayaan material dalam bentuk benda-benda.

42. Fikiran manusia dengan norma-norma logik yang dipeganginya sebagai pangkal sains
dan tangan manusia dengan susunannya yang sempurna sebagai asas teknik, mampu (dan
memang telah berhasil sekali) mengkaji alam material, dan memperalatkannya bagi
kehidupan manusia.

43. Penyelidikan dan eksperimen sebagai kaedah sains moden telah berjaya memaksa
alam membukakan rahsia-rahsianya.Banyak sekali perkara yang lama sekali dihadapi
manusia sebagai bersifat ghaib, ditembus oleh cahaya ilmu, sehingga lenyap
keghaibannya, menjadi perkara nyata sekarang.
44. Kejayaan demi kejayaan yang dihasilkan oleh sains dan teknologi inilah yang
menimbulkan akhirnya kesombongan pada manusia moden, bahawa akhirnya semua
perkara ghaib akan dapat di selesaikan oleh sains dan teknologi.Sekarang ia perkara
ghaib, tetapi besok ia akan menjadi perkara nyata.

45. Kebudayaan adalah gagasan akal dalam usaha manusia dalam menyelaraskan
hubungan-hubungannya dalam kehidupan, hingga dapat dibina keperluan-keperluan,
sedangkan agama adalah gagasan wahyu dalam mengatur hubungan manuisa dengan
Allah mnedapat petunjuk, tuntutanNya dan redhaNya untuk mewujudkan salam dalam
kehidupan manusia di dunia ini dan di akhirat nanti.

46. Dengan demikian jelaslah bahawa agama Islam berasal dari Allah, bahkan prinsip-
prinsip kebudayaan Islam pun berasal dari Dia, yang diserahkan kepada akal manusia
sebagai khalifahNya untuk pemikiran dan perlaksanaannya.

47.Tentang kepercayaan yang berlebih-lebihan daripada sains terhadap perkara-perkara


ghaib itu, Islam memberikan pembatasannya.Tidak dinafikan, bahawa memang ada
perkara-perkara ghaib yang telah dan akan berjaya diselesaikan oleh sains.Perkara-
perkara itu digolongkan oleh Islam ke dalam ghaib Idafi, atau ghaib Nisbi yang terhad
dan terbatas.

48. Selama sesuatu perkara itu dapat dilakukan penyelidikan atas eksperimen ke atasnya,
sekalipun sampai sekarang sains belum berhasil membukakan tabir rahsianya, selama itu
pula perkara itu termasuk ke dalam ghaib Idafi.

49. Dalam perkembangan sains dan teknologi, suatu ketika rahsuanya dapat dibongkar,
maka berpindahlah ia ketika itu dari jenis alam ghaib Nisbi ke dalam jenis alam nyata.

50. Dalam dunia moden alam ghaib itu memang telah menyempit, berkat kemenangan-
kemenangan sains dan teknologi. Namun demikian masih tidak terhitung perkara yang
masih tergolong ke dalam alam ghaib.Dikatakan menyempit, apabila diperbandingkan
dengan alam ghaib dua tiga abad yang lalu, sebelum berkembangnya sains dan teknologi
moden.

51.Dari banyak perkara ghaib yang dihadapi manusia kini, sebahagian memang dapat
dimasukkan ke dalam ghaib idafi, tetapi sebahagiannya lagi termasuk ke dalam ghaib
hakiki, yang tidak akan mampu sains dan teknologi membuka rahsianya, kerana ke
atasnya tidak mungkin dilakukan penyelidikan dan atau eksperimen.

3.3 Manusia Sebagai Pemegang Amanah

1.Allah telah mengamanahkan kepada manusia tanggungjawab sebagai khalifah supaya


melaksanakan Din Allah di muka bumi ini.

2. Menurut jumhur ulama, amanah yang dimaksudkan itu ialah kewajipan menegakkan
agama Allah (Islam) atau kewajipan melaksanakan tugas terhadap syariat Islam yang
diberikan kepada manusia.

3. Kandungan amanah yang terdapat dalam Islam terdiri dari dua jenis:
i) Amanah untuk beribadah kepada Allah
ii) Amanah kekhalifahan untuk memakmurkan bumi serta lingkungan hidup.

4. Kesimpulannya Allah telah mengamanhkan kepada manusia untuk mentadbir dan


mengurus alam buana ini kerana manusia mempunyai ciri-ciri kelayakan dan kelebihan
berbanding dengan
makhluk yang lain.

5. Sehubungan itu Allah telah memberikan ganjaran pahala dan balasan syurga pada
sesiapa yang melaksanakan tugas tersebut, sebaliknya kelalaian dan keengganan manusia
untuk melaksankannya akan mendapat kemurkaanNya dan akan menyebabkan
berlakunya kerosakan serta kemusnahan.
6. Manusia diberi kekuatan, kekuasaan dan kemampuan untuk memanfaatkan alam ini
sebanyak mungkin.

3.4 Peranan Dan Tanggungjawab Manusia

3.4.1 Pendahuluan
Setiap makhluk yang dicipta oleh ALLAH didunia ini mempunyai tanggungjawab dan
peranan masing-masing. Tumbuhan, haiwan dan manusia telah diberi tugas oleh
ALLAH.

Terpulanglah kepada makhluk-makhluk Nya melaksanakannya. Manusia merupakan


salah satu makhluk yang diciptakan oleh ALLAH dan diberi tanggungjawab banyak
sekali berbanding dengan makhluk-makhluk yang lain. Ini adalah kerana manusia telah
dikurniakan akal fikiran yang waras.

Tanggungjawab dan peranan manusia terbahagi kepada lima yang utama:


1. Tanggungjawab kepada ALLAH
2. Tanggungjawab kepada masyarakat dan agama
3. Tanggungjawab kepada suami kepada isteri dan begitu sebaliknya (kekeluargaan)
4. Tanggungjawab anak terhadap orang tuanya
5. Tanggungjawab terhadap diri sendiri

1. TANGGUNGJAWAB KEPADA ALLAH


Sebagai hamba ALLAH yang lemah kita mestilah sentiasa mentaati perintah ALLAH dan
meninggalkan laranganNya. Kita mestilah menyembah ALLAH kerana Dia telah
menciptakan kita dengan sebaik-baiknya.

Firman ALLAH: Hai manusia, sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakanmu dan
orang-orang yang sebelummu, agar kamu bertaqwa. Dialah yang menjadikan bumi
sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan Dia menurunkan air hujan dari
langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki
untukmu; kerana itu janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi ALLAH, padahal
kamu mengetahui. (Al-Baqarah 2:21-22)

Manusia juga dipertanggungjawab mempelajari ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah.
Ilmu fardhu ain wajib dituntut seperti solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya. Begitu
juga ilmu fardhu kifayah, seperti solat jenazah dan sebagainya.

Sebagai contoh, solat memang sangat dititikberatkan dalam ilmu fardhu ain kerana ia
dapat membuatkan seseorang hamba lebih kenal kepada siapakah penciptanya. Solat
adalah suatu bentuk ibadah yang sudah dikenali sejak dahulu. Ia merupakan fardhu ain
bagi agama.

Namun demikian, solat didalam Islam mempunyai keistimewaan tertentu, sesuai dan
selaras dengan Islam itu sendiri sebagai ajaran dan cara hidup yang sempurna dan
lengkap bagi manusia.

2. TANGGUNGJAWAB KEPADA MASYARAKAT DAN AGAMA


Tiada seorang pun manusia didunia ini hidup keseorangan. Manusia telah dijadikan hidup
berpasang-pasangan dan hidup dalam komuniti atau masyarakat. Sebagai salah seorang
yang tergolong dalam komuniti ini, kita juga berperanan dalam membawa masyarakat
Islam ke arah kehidupan yang berlandaskan Islam.

Dakwah Dan Kebangkitan Ummah.

Dakwah membersihkan masyarakat supaya yang ma’ruf senang diamalkan dan yang
mungkar sukar dilakukan. Jika kita perhatikan masyarakat kita pada hari ini, perkara yang
sebaliknya pula yang menjadikan kebiasaan. Dalam masyarakat kini, mungkar berleluasa
dan orang-orang yang beriman dan yang kafir sama-sama bergiat bagi mengembangkan
maksiat. Sesungguhnya mungkar yang lebih besar pada masa kini ialah kezaliman dengan
tidak menghukum dengan hukum-hukum ALLAH. Oleh kerana pemerintahan pada hari
ini tidak tegak di atas dasar Islam. Umat Islam wajib membersihkan dirinya daripada
sebarang noda syirik. Cara yang jelas bagi melaksanakan pembersihan ini adalah melalui
amar ma’ruf dan nahi mungkar. Oleh itu jelaslah bahawa kebangkitan umat Islam dalam
menentang syirik dan menegakkan Islam, mestilah berteraskan dakwah Islam. Tugas ini
tidak boleh diabaikan oleh umat Islam. Tugas kepimpinan ini wajib dijaga sepenuhnya
kerana ia merupakan anugerah ALLAH.

Firman ALLAH:
Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat:
Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah dimuka bumi. (Al-Baqarah;30)

Untuk membezakan diri daripada golongan munafik

ALLAH menjelaskan hakikat orang munafik didalam firmanNya:

Orang-orang munafik laki-laki dan perempuan, sebahagian mereka dengan sebahagian


yang lain adalah sama, mereka menyuruh membuat yang mungkar dan melarang berbuat
makruf. (At-Taubah:67)

Ayat diatas menerangkan bahawa orang-orang munafik mempunyai satu risalah dalam
hidup mereka, iaitu menghalangi jalan ALLAH.Oleh itu, dakwah sebenar ialah tugas
yang
membezakan diantara orang mu’min dengan munafik.

Untuk menyelamatkan ummah

Tujuan musuh-musuh Islam adalah untuk melemahkan umat Islam sendiri. Mereka
sentiasa berusaha untuk menutup kebenaran. Oleh itu umat Islam wajib bangkit rencana
dan musnahkan musuh-musuh Islam. Apabila ALLAH menurunkan azab-Nya ke atas
kaum yang zalim dan ingkar kepada-Nya, maka ALLAH akan meliputi seluruhnya tanpa
membezakan di antara yang zalim dan soleh jika kemungkaran tidak ditentang.
Firman ALLAH:
Telah dilaknati orang-orang kafir dari Bani Israel dengan lisan Dawud Isa ibn Maryam.
Yang demikian itu disebabkan mereka derhaka dan selalu melampaui batas.Mereka satu
sama lain tidak melarang tindakan mungkar yang mereka perbuat.. (Al-Maidah:78) 
Menjadi anggota masyarakat yang bertanggungjawab

Ia juga hendaklah menjadi seorang masyarakat yang bertanggungjawab terhadap


masyarakatnya. Ia memastikan bahawa masyarakatnya mengamalkan Islam dalam semua
aspek sama ada dari segi politik, sosial, pendidikan, perundangan, ketenteraan dan
sebagainya. Sekiranya Islam pada keseluruhannya tidak dijadikan sebagai landasan
perjalanan masyarakat, maka hendaklah ia berusaha dengan muslim yang lain didalam
satu kumpulan untuk menegakkan Islam walaupun terpaksa menghadapi kerugian dari
segi harta benda dan jiwa untuk melaksanakan peranannya sebagai seorang anggota
masyarakat Islam yang bertanggungjawab. Dalam erti kata yang lain, 3 Hakimiyyah
ALLAH dapat dibangunkan dengan sempurna.

Selain itu didalam hampir semua negara–negara ini kemungkaran seperti mengilang arak,
kegiatan perjudian dalam segala rupa bentuk tempat maksiat dan sebagainya tidak
diharamkan secara mutlak. Umpamanya arak sekiranya dikilang atau diimport tanpa
lesen.

3. TANGGUNGJAWAB SUAMI TERHADAP ISTERI DAN SEBALIKNYA


(KEKELUARGAAN)

Sekiranya telah tiba masanya untuk ia mendirikan rumahtangganya sendiri, maka


mestilah ia memilih teman hidup yang baik seperti yang telah disyariatkan oleh Islam.
Hendaklah ia membina rumah tangga di atas dasar Islam.4 Sekiranya ia seorang lelaki
maka mestilah dipenuhi tanngungjawabnya sebagai seorang suami, dan begitulah juga
sebaliknya iaitu wanita.
Tanggungjawab suami terhadap isterinya ialah memberi nafkah zahir dan batin, memberi
kasih sayang, melindungi isterinya, membimbing keluarganya ke jalan Islam dan lain-lain
lagi. Tanggungjawab isteri terhadap suaminya pula ialah, melayani suaminya dengan
baik, lemah-lembut, menyahut panggilan suaminya dengan merendah suaranya,
menumpahkan kasih sayang sepenuhnya dan lain-lain lagi.

Tanggungjawab Ibubapa

Apabila dikaji hadith-hadith Rasulullah SAW yang berkaitan dengan kewajipan ibubapa
maka para ulama’telah menggariskan berbelas-belas tanggungjawab iaitu:

1. Memilih isteri yang solehah


2. Azan dan iqamah di telinga bayi
3. Melakukan tahnik
4. Mencukur rambut
5. Melakukan aqiqah
6. Memberi nama yang baik
7. Mengkhatankannya
8. Memberikan kasih sayang
9. Menyamakan pemberian
10. Memberikan makan dan minum serta pakaian yang halal
11. Mengasingkan tempat tidur
12. Memberikan pendidikan agama

4. TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP ORANG TUANYA

Dalam al-Qur’an banyak terdapat ayat-ayat yang menerangkan bagaimana besar dan
beratnya kewajipan dan tanggungjawab seorang anak terhadap ibu bapanya. Sehingga
perintah dan suruhan berbakti dan berbuat baik kepadanya disertakan dengan perintah
dan suruhan menyembah dan beribadah kepada ALLAH.
Firman ALLAH:
Dan hendaklah kamu menyembah (dan berbakti) kepada ALLAH dan janganlah kamu
sekutukan Dia dengan sesuatu, dan hendaklah kamu berbuat baik dengan sesungguhnya
kepada ibubapa. (Al-Nisa:36)

Dan Tuhanmu telah memerintah supaya kamu semua tidak menyembah melainkan Dia,
dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa, jika salah seorang dari mereka itu atau
kedua-duanya sampai umur tua dalam peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata
kepada mereka ‘uh’, dan janganlah engkau herdik mereka, tetapi berkatalah kepada
mereka dengan perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua
kerana sayang, dan katakanlah, ”Ya Tuhanku, kasihanilah mereka berdua sebagaimana
mereka peliharaku di waktu kecil.” (Bani-Israel:23-24)

Dari beberapa ayat-ayat al-Qur’an diatas jelaslah menunjukkan betapa besarnya


kewajipan mentaati dan berbakti kepada dua ibu bapanya dan ia merupakan amalan
takarrub kepada ALLAH yang sangat besar pahalanya. Dan sebaliknya melakukan
sesuatu sama ada perkataan atau perbuatan yang boleh mengecilkan hati keduanya
apatahlagi sampai menderhakainya adalah suatu dosa yang sangat besar disisi ALLAH.

Hukum berbakti kepada ibubapa

Jelas dari al-Qur’an, sunnah dan ijmak ulama’ taat serta berbakti kepada kedua ibu bapa
hukumnya wajib.Suruhan dan perintah taat kepada keduanya dalam al-Qur’an disertakan
dengan perintah taat kepada ALLAH sendiri. Demikian juga perintah mensyukuri dan
berterimakasih kepada keduanya juga disertakan dengan perintah bersyukur kepada
ALLAH sendiri.

Firman ALLAH:
Dan Kami wajibkan manusia taat kepada ibubapanya, ibunya telah mengandungkan dia
dalam keadaan lemah bertambah lemah, sedang putus susunya adalah dalam dua tahun.
(Kami perintah) Hendaklah engkau bersyukur kepada-Ku dan ibu bapamu, kepada-Kulah
tempat kembali. (Luqman:14)

6. TANGGUNGJAWAB TERHADAP DIRI SENDIRI


Sebagai seorang yang mukhallaf kita telah dipertanggungjawab oleh ALLAH dalam
banyak perkara. Dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara. Sebagai
umat Islam, tanggungjawab terhadap diri sendiri adalah penting juga selepas
tanggungjawab terhadap ALLAH, agama, masyarakat dan sebagainya.

3.4.2 Tanggungjawab seorang muslim

Sebagai seorang muslim, kita mestilah menuntut ilmu selagi hayat dikandung badan.
Sesungguhnya menuntut ilmu adalah suatu perkara yang sangat dituntut dalam Islam.
Malah ia merupakan perkara yang wajib ke atas laki-laki dan perempuan-perempuan.
Selain itu, Rasulullah SAW juga menekankan bahawa tuntutlah ilmu itu dengan
bersungguh-sungguh dan di mana sahaja.

Sabda Rasulullah SAW


Tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China…

Selain itu juga, sebagai muslim, kita dituntut menjaga akhlak dan tatasusila dalam
pergaulan seharian. Tunjukkanlah akhlak Islam yang kamil terhadap semua orang
termasuklah yang bukan Islam. Ini dapat mencerminkan betapa mulianya dan indahnya
Islam di kaca mata masyarakat.

Menjadi seorang muslim yang soleh


Seseorang muslim yang berpegang teguh kepada tujuan hidup Islam akan membentuk
kehidupannya menurut tuntutan-tuntutan Islam. Ia akan membentuk hidupnya diatas
landasan aqidah yang sahih.5 Sentiasa menjaga kesejahteraan imannya dengan berpegang
teguh dengan segala perintah ALLAH serta bersungguh–sungguh menjauhi larangan
ALLAH. Tidak lalai terhadap yang wajib dan tidak memandang ringan terhadap yang
haram. Berterusan berusaha memperbaiki diri dari sudut iman, amal, akhlak dan ilmu
demi untuk mendekatkan diri kepada ALLAH.

Menjauhi maksiat
Sesorang muslim itu juga mestilah menjauhi dirinya dari maksiat. Memandang berat
terhadap dosa-dosa besar, berwaspada terhadap dosa-dosa kecil dan berusaha
bersungguh-sungguh untuk menjauhinya.

Imam Al-Ghazali memberi peringatan:


Di dalam tuntutan ad-Din, terdapat dua perkara yang sangat penting untuk diperhatikan.
Pertama, meninggalkan dan menjauhi segala sesuatu hal yang dilarang dan diharamkan.
Kedua, berbuat taat dan menunaikan segala perintah, beribadah dan berbakti kepada
ALLAH.
Di antara keduanya itu, menjauhi segala yang dilarang dan diharamkan itu adalah sesuatu
hal yang terlalu berat, kerana ketaatan melaksanakan perintah-perintah ALLAH memang
mampu dilaksanakan, tetapi meninggalkan dan menjauhi apa yang dilarang dan
diharamkan itu, tiada yang mampu kecuali orang-orang yang benar.

Untuk menjadikan iman jauh dari pengaruh maksiat, hendaklah seseorang muslim itu
menjaga adab-adab yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.7 Ini adalah kerana
kebiasaannya syaitan itu menyerang manusia dari pintu-pintu yang terlemah didalam
dirinya. Oleh itu, hendaklah ia membentengi dirinya daripada serangan-serangan syaitan.

3.4.3 PENUTUP

Kesimpulannya, kita sebagai umat Islam yang berlandaskan pegangan Al-Quran dan
sunnah, seharusnya kita sedar akan peranan dan tanggungjawab kita dalam setiap aspek
dan tuntutan Islam. Sesungguhnya kita haruslah mengambil berat akan tanggungjawab
dan peranan kita sebagai khalifah di muka bumi ini agar hidup kita diberkati dan diredhai
oleh ALLAH.
Muslim yang sejati dan benar adalah manusia yang sedar hatinya, celik matanya dan
terbuka pintu imannya.
(Keperibadian Muslim:Muhammad ‘Ali Hasyim;Jil 1, hal 18)

Dosa-dosa besar sebagaimana yang dijelaskan oleh Ibn Hajar didalam Fathul Bari ialah:

Setiap dosa yang telah dijelaskan dengan nas al-Qur’an atau sunnah bahawa ia adalah
dosa besar, atau dijelaskan padanya balasan seksa yang dahsyat, atau dijelaskan padanya
hukum hudud, atau sangat ditegah melakukannya. Dosa-dosa besar itu banyak, antaranya
syirik, sihir, riba, zina, minum arak dan sebagainya. (Fathul Bari : Ibn Hajar Al-
Asqalani ;Jil 15, hal 200)

Tujuh Adab-adab ini telah ditunjukkan oleh rasulALLAH, ia bersangkutan dengan:

a. Mata dan apa yang dilihatnya


b. Telinga dan apa yang didengarinya
c. Lidah dan apa yang diucapkannya
d. Perut dan sumber yang bagaimana dimasukkan ke dalamnya
e. Tangan dan apa yang dilakukannya
f. Kaki dan ke mana diarahkannya
g. Kemaluan dan bagaimana dijagainya
h. Hati dan dosa-dosa yang dilakukannya
Rujukan

1. Al Iman Abi Hamid Muhammad bin Muhammad Ghazali (1982) Hikmah


Makhluk Allah terjemahan, Penerbitan CV Toha Putra Semarang, Jakarta
Indonesia.

2. Dr Mohammad Thalib (1977) Manusia dalam pandangan Islam Penerbit Bina


Ilmu Jakarta Indonesia.

3. Dr Aisyah Abdurrahman Bintusy (1982) Manusia, siapa darimana dan kemana?


Pernebit CV Toha Putra Semarang, Jakarta Indonesia.

4. Dr Bucaille Ma (1984) Asal usul manusia menurut Al Quran dan Bibel,


terjemahan, terbitan Mizan, Bandung Indonesia.

5. Ali Issa Othman (1981) Manusia menurut Al Ghazali Perpustakaan Salman


Institut Teknologi Bandung, Bandung Indonesia.

6. Afif Abd. Fatah Tabarah(Dr.)(1992).Nadi Ajaran Islam.Kuala Lumpur.Bahagian


Hal Ehwal Islam , Jabatan Perdana Menteri.
Mahmud Syahout. (tanpa tahun) . Tawjihat al-Islam. Kuala Lumpur. Pustaka
Salam.

7. Musa Muhammad (1987). Manusia dan Islam. Kuala Lumpur. Pustaka Salam.

8. Haji Muhamad bin Endut. (2000). Pendidikan Islam PMR. Selangor. Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.

9. Insan dan Manhaj Ketuhanan. (IMK 102). (tanpa tahun). Arau. Pusat Pendidikan
Islam, UiTM Cawangan Perlis.

10. Haji Johari Haji Alias (1992) Menunaikan Kewajian dan Tangungjawab. Kuala
Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka

Anda mungkin juga menyukai