Anda di halaman 1dari 18

SEJARAH TAHUN 6

Pada akhir pembelajaran murid akan dapat:

1. Menyatakan sekurang-kurangnya tiga daripada empat idea pembentukan dan sebab-


sebab Pembentukan Malaysia
2.

Menerangkan sekurang-kurangnya enam daripada sepuluh langkah-langkah ke arah


Pembentukan Malaysia.

Murid berjaya jika dapat :

1. Mengetahui idea pembentukan Malaysia.


2. Mengetahui sebab-sebab pembentukan Malaysia dan kebaikannya.

AKTIVITI PERMULAAN:

1. Murid ditunjukkan gambar bendera Malaysia.


2. Murid dan guru bersoal jawab tentang beberapa soalan mudah tentang Malaysia.
Contoh: bilangan negeri dalam Malaysia, nama Perdana Menteri Malaysia terkini
dan sebagainya.
3. Murid diterangkan tentang Kriteria Kejayaan dan Objektif Pembelajaran pada hari
ini.

AKTIVITI UTAMA:

1. Murid membaca nota dalam buku teks m/s 4 hingga 9tentang pembentukan
Malaysia.
2. Murid dan guru membincangkan idea-idea pembentukan Malaysia dan sebab-sebab
pembentukan Malaysia.
3. Dalam kumpulan kecil, murid membincangkan soalan tugasan yang diberi oleh guru:

Kumpulan 1: faedah/ kebaikan pembentukan Malaysia dalam aspek ekonomi


Kumpulan 2: faedah/ kebaikan pembentukan Malaysia dalam aspek sosial
Kumpulan 3 : faedah/ kebaikan pembentukan Malaysia dalam aspek politik
Kumpulan 4: kronologi pembentukan Malaysia
4. Wakil murid bagi setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas.
5. Murid lain menilai jawapan murid dan memberi token pada kumpulan yang membuat
pembentangan.

AKTIVITI PENUTUP:

1. Murid dan guru membuat rumusan tentang topik yang dipelajari pada hari ini.
2. Murid diterangkan nilai murni yang terdapat dalam topik hari ini (menghargai,
patriotisme)

PSV TAHUN 5
Pada akhir PdPC murid dapat:

1. Meneroka penghasilan karya gabungan lukisan dan capan dalam bidang


menggambar dari aspek bahasa seni visual, pelbagai media dan teknik dan proses.

Murid berjaya jika boleh:

1. Menerangkan alat yang digunakan untuk membuat capan.


2. Menyatakan jenis-jenis garisan yang terdapat pada hasil karya.
3. Menghasilkan karya gabungan lukisan dan capan dalam bidang menggambar.

Aktiviti Permulaan

1. Murid ditunjukkan contoh beberapa karya yang telah dihasilkan.


2. Murid bersoal jawab mengenai bahasa seni yang ada pada contoh karya.

Aktiviti Utama

1. Murid dibimbing menginterpretasikan bahasa seni visual (garisan, rupa, kesatuan,


ritma dan pergerakan pada contoh karya.
2. Murid diterangkan setiap alat yang digunakan untuk membuat capan yang akan
memberikan kesan berbeza pada karya dan tentang kualiti garisan yang dihasilkan
akan memberi impak yang pelbagai.
3. Murid memerhatikan gambar karya ikan laga dalam buku teks. Murid mengenal
pasti jenis-jenis garisan yang terdapat pada hasil karya tersebut. (KBAT)
4. Murid meneroka pelbagai media dan teknik untuk menghasil lukisan dan capan.
(PAK-21)

Aktiviti Penutup
Murid merumus isi pelajaran hari ini dan PdPC akan disambung pada sesi pembelajaran
akan datang.

SAINS TAHUN 6
Di akhir pembelajaran murid dapat:

1. Memerhati dengan menggunakan sekurang-kurangnya 3 deria yang terlibat dan alat


jika perlu untuk membuat pemerhatian secara kualitatif bagi menerangkan fenomena
atau perubahan yang berlaku.
2. Mengelas dengan membandingkan atau mengenal pasti sekurang-kurangnya 1
persamaan dan perbezaan berdasarkan ciri sepunya.

Murid berjaya jika dapat:

1. Membuat pemerhatian ke atas objek


2. Mengunakan deria-deria yang bersesuaian berdasarkan objek/spesimen hidup yang
diberikan
3. Melakarkan 1 peta ithink (peta pokok) untuk membuat ciri pengelasan

AKTIVITI PENDAHULUAN

1. Murid memerihalkan mengenai pokok-pokok yang mereka perhatikan sepanjang


perjalanan mereka ke sekolah.
2. Guru mengaitkan perbincangan dengan topik
3. Murid diterangkan mengenai objektif pembelajaran dan kriteria kejayaan

AKTIVITI UTAMA

1. Murid diberi penerangan lanjut tentang kandungan pelajaran dan aktiviti pada hari
ini.
2. Murid berada di dalam kumpulan dan membuat pemerhatian terhadap kumpulan-
kumpulan objek yang diberikan
3. Murid mencatakan pengelasan ojjek di dalam peta pokok(pass the paper)
4. Pembentangan kumpulan(showdown)
5. Perbincangan dan penilaian
6. Murid menyalin latihan di dalam buku tulis sains

AKTIVITI PENUTUP

1. Murid membuat rumusan pelajaran

PSV TAHUN 4
Pada akhir PdPc murid dapat:

1. Menghasilkan karya yang menggunakan teknik catanbasah atas basah dengan


menekankan bahasa seni visual.
2. Mengaplikasikan pelbagai media serta proses dan teknik secara kreatif

Murid akan berjaya jika dapat :

1. Memahami dan menyatakan bahasa seni visual dalam penghasilan lukisan


2. Mengetahui dan mengenal jenis-jenis media, proses serta teknik dalam menghasilkan
lukisan
3. Mengaplikasikan media serta proses dan teknik

AKTIVITI PERMULAAN

1. Guru menunjukkan contoh karya.


2. Murid bersoaljawab dengan guru tentang karya.
3. Murid dimaklumkan tentang objektif dan kriteria kejayaan

AKTIVITI UTAMA

1. Guru menunjukkan contoh dan soaljawab tentang bahasa seni visual. (EK1)
2. Guru menunjukkan cara melakar serta menggunakan teknik titik dan meminta murid
meneroka media serta proses menghasilkan karya.(EK2)
3. Murid meneroka dan mengaplikasi media, proses dan teknik dalam penghasilan
karya .(EK3)
4. Murid membuat proses awal menghasilkan karya dengan menganalisis dan
memanipulasi idea dari pelbagai sumber kajian.

AKTIVITI PENUTUP

1. Murid dan guru membuat rumusan tentang pelajaran hari ini.

SAINS TAHUN 5
Di akhir pembelajaran murid dapat:

1. Memerhati dengan menggunakan sekurang-kurangnya 3 deria yang terlibat dan alat


jika perlu untuk membuat pemerhatian secara kualitatif bagi menerangkan fenomena
atau perubahan yang berlaku.
2. Mengelas dengan membandingkan atau mengenal pasti sekurang-kurangnya 1
persamaan dan perbezaan berdasarkan ciri sepunya.

Murid berjaya jika dapat:

1. Mengunakan deria-deria yang bersesuaian berdasarkan objek/spesimen hidup yang


diberikan
2. Melengkapkan laporan penyiasatan eksperimen.

AKTIVITI PERMULAAN

1. Guru menunjukkan beberapa gambar manusia diperingkat umur yang berbeza iaitu
bayi,
kanak-kanak dan remaja.
2. Murid bersoal jawab:
Mengapa saiz manusia berubah?
Adakah tumbuhan juga mengalami tumbesaran sama seperti manusia?
Bagaimana kita boleh membuktikan pertumbuhan tumbuhan?
3. Guru mengaitkan perbincangan dengan topik
4. Murid diterangkan mengenai objektif pembelajaran dan kriteria kejayaan

AKTIVITI UTAMA
Aktiviti 1:
i. Murid berbincang secara berkumpulan untuk mengkaji pertumbuhan tumbuhan dengan
menentukan:
a. Pernyataan masalah
b. Membuat hipotesis
c. Pemboleh ubah
d. Kaedah
e. Alat dan bahan

Aktiviti 2:
i. Murid menjalankan eksperimen.
ii. Murid merekod pemerhatian pertumbuhan tumbuhan dari aspek bilangan daun, ukur lilit
batang dan ketinggian mengikut kreativiti sendiri.
iii. Murid membuat rumusan berdasarkan data yang diperolehi.

Aktiviti 3:
Murid membuat laporan penyiasatan eksperimen.(Rujuk lampiran 1)

Pentaksiran:
Murid menjawab soalan di Lampiran 1 .

AKTIVITI PENUTUP
1. Murid membuat rumusan pelajaran

AKTIVITI PERMULAAN:

1. Murid lihat gambar.


2. Guru bersoal jawab lisan dengan murid secara “Pop-corn”.
3. Guru kaitkan dengan tajuk dan KK yang hendak dipelajari.

AKTIVITI UTAMA:

Aktiviti 1

1. Murid membaca buku teks m/s 14 dan 15.


2. Secara berpasangan murid diminta menyenaraikan organ pembiakan lelaki dan perempuan.
3. Guru minta murid beri jawapan.
4. Tukar dengan rakan hadapan.
5. Guru beri jawapan yang betul dan murid tanda.
6. Guru dan murid bersama-sama membacakan KK yang pertama.

Aktiviti 2

1. Ketua setiap kumpulan mengambil bahan.


2. Murid melabel bahagian organ pembiakan lelaki dan perempuan dan fungsi dengan betul.
3. Kumpulan yang terpilih membentangkan hasil dapatan di hadapan kelas
4. Perbincangan guru murid.
5. Latihan pengayaan

AKTIVITI PENUTUP:

1. Murid dan guru membuat rumusan tentang topik yang dipelajari pada hari ini.

Pada akhir pdpc murid dapat;

1. Melabel rangka utama manusia.


2. Menyatakan fungsi rangka utama manusia.

Murid berjaya jika boleh;

1. Menyatakan kedudukan setiap rangka dengan betul


2. Menyatakan fungsi sistem rangka manusia dengan betul.

AKTIVITI PERMULAAN

1. Murid baca buku teks m/s 19.


2. Guru bersoaljawab dengan murid secara  “Pop-corn”.
3. Guru kaitkan dengan tajuk dan KK yang hendak dipelajari.

AKTIVITI UTAMA

Aktiviti 1

1. Guru menunjukkan gambar sistem rangka manusia


2. Murid secara rawak diberikan nama rangka dan sendi
3. Murid dikehendaki melabel dengan menampal di papan putih (make predictions)
4. Perbincangan guru dan murid.

Aktiviti 2

1. Dalam kumpulan, murid diberikan fungsi setiap rangka dan memadankannya dengan
label yang sesuai
2. Pembentangan kumpulan (presentation)
3. Perbincangan hasil dapatan pembentangan murid (share your view)
4. Latihan pengukuhan di buku tulis.

AKTIVIT PENUTUP

1. Murid membuat rumusan pelajaran pada hari ini.


PSV TAHUN 6

Pada akhir PdPC murid dapat:

Mencerakinkan bahasa seni visual dalam aktiviti mengikut bidang seni visual iaitu menggambar.

Murid akan berjaya jika murid boleh:

1. Melengkapkan borang yang diberi untuk mencerakinkan bahasa seni visual dalam
aktiviti mengikut bidang seni visual iaitu menggambar.
2. Menghasilkan folio PSV mengikut kreativiti.

AKTIVITI PERMULAAN

1. Guru menunjukkan contoh karya.


2. Murid bersoaljawab dengan guru tentang karya.
3. Murid dimaklumkan tentang objektif dan kriteria kejayaan.

AKTIVITI UTAMA

1. Murid diterangkan maksud istilah dan pengertian bahasa seni visual.


2. Murid dibimbing menginterpretasikan bahasa seni visual yang terdalam dalam karya
dengan penerokaan media kering yang berbeza.
3. Murid dibimbing mencirikan dan mencerakinkan bahasa seni visual berdasarkan
karya dalam bidang bergambar.
4. Murid diberikan contoh karya untuk dinilai dari sudut unsur seni dan prinsip rekaan.
(KBAT)
5. Murid diberikan borang cerakin bahasa seni visual. (Rujuk Lampiran)
6. Murid bersoal jawab jawapan dengan guru tentang unsur seni dan prinsip rekaan
berdasarkan karya seni visual. (PBD) (PAK-21)

AKTIVITI PENUTUP

1. Murid dan guru membuat rumusan tentang pelajaran hari ini.

SEJARAH TAHUN 4

Selepas pdpc, murid :


1. Menghuraikan pengertian sejarah.
2.Mengenal pasti sumber-sumber dalam sejarah .
3. Menyatakan kepentingan mempelajari sejarah dalam kehidupan (K)

Pdpc berjaya jika murid :


1. Menyatakan huraian secara lisan maksud sejarah
2. Menyatakan sekurang-kurang-kurangnya 2 sumber sejarah
3. Memberi sekurang-kurangnya 1 sebab mempelajari sejarah

Aktiviti Permulaan
1. Murid ditunjukkan bebrapa gambar potret laman zaman silam
2. Aktiviti soal jawab
3. Murid dikaitkan dengan objektif pelajaran

Aktiviti Utama
1. Murid ditujukkan suntingan video hitam putih tahun 60-an
2. Murid mendengar penerangan guru.
3. Murid mencari maklumat tentang makud sejarah
4. Wakil murid menjelaskan maksud sejarah(1 stay 3 stray)
5. Murid menulis di kertas sebak sumber-sumber Sejarah dalam bentuk peta buih (I Think)
6. Murid melakukan bertukar-tukar idea dengan menggunakan kertas tentangkepentingan muafakat
dalam membentuk Malaysia (pass the paper)
7. Murid menyakan kepentingan menggunakan telefon bimbit dengan betul dan menulis di kertas
sebak
8. Murid menerangkan cara mengawal emosi dan perasaan daripada bermain telefon bimbit dengan
kerap
9. Murid menulis cara hadkan masa untuk menggunakan telefon bimbit
10. Wakil murid memberi pendapat di hadapan kepentingan mempelajari sejarah
Penutup
1. Murid menulis catatan di parking lot
2. Murid merumus isi pelajaran dengan bimbingan guru
3. Murid diberi latihan dengan menggunakan buku aktiviti.

Pada akhir pdpc murid dapat;

1. Melabel bahagian sendi utama manusia.


2. Menyatakan fungsi sendi utama manusia.

Murid berjaya jika boleh;

1. Menyatakan bahagian sendi utama manusia dengan betul


2. Menyatakan fungsi sendi utama manusia dengan betul.

AKTIVITI PERMULAAN

1. Murid baca buku teks m/s 19.


2. Guru bersoaljawab dengan murid secara “Pop-corn”.
3. Guru kaitkan dengan tajuk dan KK yang hendak dipelajari.

AKTIVITI UTAMA
Aktiviti 1

1. Guru menunjukkan gambar sistem rangka manusia


2. Murid secara rawak diberikanbahagian sendi manusia
3. Murid dikehendaki melabel dengan menampal di papan putih (make predictions)
4. Perbincangan guru dan murid.

Aktiviti 2

1. Dalam kumpulan, murid diberikan fungsi setiap sendidan memadankannya dengan label yang sesuai
2. Pembentangan kumpulan (presentation)
3. Perbincangan hasil dapatan pembentangan murid (share your viLatihan pengayaandi buku
tulis: Menyambung tulang utama manusia.

AKTIVIT PENUTUP

1. Murid membuat rumusan pelajaran pada hari ini.

Selepas pdpc, murid dapat:

1. Menerangkan gelaran ketua negeri bagi negeri-negri di Malaysia.


2. Menyatakan kepentingan taat setia kepada ketua negeri.
Pdpc berjaya jika murid:

1. Menyatakan gelaran ketua negeri bagi negeri-negeri di Malaysia dengan tepat.


2. Menulis kepentingan taat setia kepada ketua negeri dalam peta buih.

Aktiviti Permulaan:
1. Murid menonton tayangan video.
2. Murid menyebut secara spontan nama ibu negeri di seluruh Malaysia.
3. Murid dikaitkan dengan tajuk, objektif pelajaran dan kriteria kejayaan.

Aktiviti Utama:
Aktiviti 1.
1. Murid mendengar penerangan guru mengenai tajuk Ketua-ketua Negeri di Malaysia.
2. Murid dibimbing mengenali ketua bagi setiap negeri di Malaysia berdasarkan buku teks m/s 26.
3. Secara berpasangan, murid diberi sampul yang mengandungi satu nama negeri dan diminta
menamakan ketua negeri bagi nama negeri yang diperolehi.
4. Pasangan yang menjawab paling pantas dan tepat akan diberi rewards.

Aktiviti 2
1. Dalam kumpulan murid diminta menulis kepentingan taat setia kepada ketua negeri dalam bentuk
peta buih.
2. Setiap kumpulan diminta bergerak ke kumpulan lain dan menyenarikan satu contoh.
3. Kumpulan bergerak hingga lengkap satu pusingan. .
4. Kumpulan yang terpilih akan membentangkan hasil dapatan..
9. Perbincangan guru dan murid.

Aktiviti Penutup:
1. Murid merumus isi pelajaran dengan bimbingan guru.
2. Murid diberi latihan dengan menggunakan buku aktiviti.

Sains Tahun 5

1. Menaakul kepentingan penjagaan semua sistem dalam tubuh manusia supaya berfungsi dengan
sempurna.
2. Menjana idea cara memelihara sistem dalam tubuh manusia bagi menjamin kehidupan yang sihat.

Aktiviti Permulaan:

1. Murid lihat gambar.


2. Murid meneka aksi dan menyatakan sistem atau proses yang terlibat.

(Contoh aksi: menarik dan menghembus nafas, melompat, makan biskut)

3. Guru menyatakan tajuk pembelajaran, objektif dan kriteria kejayaan yang perlu dicapai

murid pada hari ini .

Aktiviti Utama:
Aktiviti 1.
1. Murid memerhati gambar tentang gangguan sistem dalam badan manusia.

Nota: Guru boleh menggunakan kata kunci “peristiwa tersedak” untuk carian video.

2. Murid dan guru bersoal jawab.

Contoh soalan:

(a) Apa yang kamu perhatikan dalam gambar yang ditunjukkan?

(b) Apabila kamu tercekik makanan, apakah kesukaran yang dialami?

(c) Apakah sistem dalam badan manusia yang terganggu apabila tercekik makan?

3. Murid menjelaskan perkaitan antara sistem dalam badan manusia dengan

bimbingan guru.

4. Murid terpilih diminta menulis kepentingan penjagaan semua sistem dalam tubuh manusia
supaya berfungsi dengan sempurna dalam bentuk peta minda.

Aktiviti 2

1. Setiap kumpulan diberi satu kad tugasan (rujuk lampiran 1).

2. Murid di dalam kumpulan berbincang mengikut kad tugasan yang diberi.

3. Murid menaakul kepentingan penjagaan sistem dalam badan manusia yang telah

dipelajari berdasarkan soalan rangsangan yang diberikan oleh guru.

Contoh soalan: (a)Mengapa kita mesti menjaga sistem dalam badan kita?

4. Murid membentangkan hasil perbincangan dengan menggunakan pengurusan

grafik yang sesuai.

Aktiviti Penutup:
1. Murid membuat kesimpulan berdasarkan perbincangan yang dijalankan.

Di akhir pdpc murid dapat :

1. Menjelaskan dengan contoh jenis mikrooganisma dengan betul .


2. Mengitlak maksud mikroorganisma dengan betul .

Murid berjaya jika boleh :

1. Menyatakan maksud mikroorganisma secara lisan dengan betul.


2. Menyenaraikan 5 jenis mikroorganisma dan 2 contoh mikroorganisma secara betul

Aktiviti Permulaan :

1. Guru menunjukkan suasana persekitaran yang bersih


2. Murid memberikan respon aktiviti yang dijalankan
3. Guru menyatakan tajuk, objektif dan kriteria kejayaan yang perlu dicapai pada hari ini

Aktiviti Utama :

1. Guru meminta murid merujuk buku teks sebagai panduan


2. Murid membincangkan maksud mikroorganisma (Idea Rush)\
3. Wakil murid membentangkan hasil perbincangan .
4. Aktiviti diteruskan dengan membincangkan jenis - jenis mikroorganisma
5. Guru membincangkan bersama murid jenis mikroorganisma dan bentuk
mikroorganisma
6. Wakil murid membentangkan jenis mikroorganisma ( Share Your View )
7.  Murid menyiapkan tugasan bertulis

Penutup :

1. Wakil murid menyatakan 2 isi utama pembelajaran pada hari ini


2. Guru membuat rumusan aktiviti .

SAINS TAHUN 6

Memerihalkan kesan tindakan mikroorganisma dalam kehidupan harian.


Di akhir pdpc murid dapat :

1. Menjelaskan dengan contoh kegunaan mikroorganisma .


2. Menyatakan keburukan mikroorganisma

Murid berjaya jika boleh :

1. Menjelaskan dengan contoh sekurang-kurangnya empat kegunaan mikroorganisma .


2. Menyatakan sekurang-kurangnya lima keburukan mikroorganisma

Aktiviti Permulaan :

1. Murid memerhatikan buah pisang yang sudah rosak berkulat dan roti putih.
2. Murid memberi sebab mengapa buah pisang itu rosak berkulat dan roti putih
mengembang dan boleh makan. Murid menyedari bahawa semua ini adalah
disebabkan oleh mikroorganisma.
3. Guru menyatakan tajuk, objektif dan kriteria kejayaan yang perlu dicapai pada hari
ini

Aktiviti Utama :

Aktiviti 1
1. Murid baca buku teks m/s 44 hingga 46.
2. Secara berpasangan murid diminta menyenaraikan kegunaan mikroorganisma
dalam bentuk peta minda.
3. Tukar dengan rakan hadapan. Murid tanda.
4. Secara rawak guru panggil wakil murid untuk ntakan hasil dapatan.
5. Perbincangan guru murid,

Aktiviti 2

1. Guru pamer beberapa keping kad gambar kesan tindakan mikroorganisma dalam
kehidupan harian. Contoh: Covid-19
2. Murid diminta untuk menyatakan apakah jenis mikroroganisma yang menyebabkan
kesan buruk tersebut
3. Dalam kumpulan murid diminta menyatakan empat keburukan mikroorganisma dan
menyatakan jenis mikroorganisma bagi setiap kesan buruk tersebut.
4. Kumpulan terpilih akan membentangkan hasil dapatan.
5. Perbincangan guru murid,
Aktiviti Penutup:
1. Murid membuat kesimpulan berdasarkan perbincangan yang dijalankan.
Sains Tahun 5

Murid menjalankan aktiviti permainan ayam dan helang. Murid berfikir


mengapa ibuayam perlu bertindak sedemikian.

Di akhir pdpc murid dapat:


1. Menyatakan sekurang-kurangnya 5 cara haiwan melindungi telurnya dan 5 cara
haiwan melindungi anaknya dengan betul .

Murid akan berjaya jika boleh:

1. Menerangkan dengan contoh 5 cara haiwan yang melindungi telurnya daripada musuh
2. Menerangkan dengan contoh 5 cara haiwan melindungi anaknya daripada musuh

Aktiviti Permulaan:

1. Murid menjalankan aktiviti permainan ayam dan helang.


2. Murid berfikir mengapa ibuayam perlu bertindak sedemikian.
3. Guru nyatakan tajuk, objektif dan kriteria kejayaan yang perlu dicapai murid pada
hari ini

Aktiviti Utama:

1. Dengan merujuk buku teks sebagai bahan bantuan , guru mendorong murid
mengenalpasti maklumat berkaitan cara haiwan melindungi telur dan anaknya .
2. Dalam kumpulan murid mencari maklumat contoh haiwan yang sesuai dengan ciri -
ciri yang sedang dibincangkan ( PAK 21 - Idea Rush )
3. Murid membentangkan dapatan mereka di hadapan kelas .

Aktiviti Penutup:

1. Guru membuat rumusan aktiviti pada hari ini .


2. Murid membuat latihan pengayaan bertulis

SIMBIOSIS

Di akhir pdpc murid dapat :

1. Memerihalkan jenis interaksi antara hidupan dengan betul


2. Menjelas dengan sekurang-kurangnya 1 contoh faktor persaingan bagi haiwan
intraspesies dan interspesies dengan betul

Murid akan berjaya jika boleh :

1. Menulis maksud interaksi, hubungan mangsa- pemangsa dan persaingan intraspesies


dan interspesies.
2. Menyenaraikan contoh haiwan bagi setiap faktor persaingan intraspesies dan
interspesies.
3. Membuat pengurusan grafik bagi perbincangan kumpulan.

Aktiviti Permulaan:

1. Guru meminta murid merujuk gambar buku teks m/s 51.


2. Murid memberi respon mereka tentang gambar tersebut (idea rush)
3. Guru nyatakan tajuk , objektif dan kriteria kejayaan yang perlu dicapai pada hari ini .

Aktiviti Utama:

1. Guru menayangkan video pembelajaran


2. Guru membuat penerangan lebih lanjut
3. Seorang murid menerangkan kepada rakan yang lain tentang jenis interaksi antara
haiwan melalui aktiviti Hot Seat : a) mangsa – pemangsa b) persaingan
4. Murid melengkapkan peta pokok tentang faktor persaingan bagi haiwan intraspesies
dan interspesies secara berpasangan ( pass the paper)
5. Pembentangan jawapan(showdown).
6. Perbincangan jawapa
7. Murid membuat latihan (Buku PBD).

Aktiviti Penutup:

1. Guru membimbing murid membuat rumusan pelajaran pada hari ini.

SIMBIOSIS 2

Interaksi antara haiwan


1. Memerihalkan jenis interasi antara hidupan.
2. Menjelaskan melalui contoh jenis interaksi simbiosis antara haiwan.
3. Menjelaskan pemerhatian tentang interaksi antara haiwan melalui lakaran, TMK,
penulisan atau lisan secara kreatif.

Aktiviti 1:

1. Guru pamer beberapa keping gambar.


2. Seorang murid menerangkan kepada rakan yang lain tentang jenis interaksi antara
haiwan melalui aktiviti Hot Seat : simbiosis
3. Murid menyoal rakan mereka.

Aktiviti 2 :

1. Murid berbincang tentang gambar interaksi simbiosis antara haiwan yang diberikan
secara berkumpulan.

(Lampiran 1 (a) (b) (c) (d) (e) )

2. Murid membentang hasil perbincangan.


3. Murid menilai hasil perbentangan rakan mereka.

Pentaksiran:

Murid melengkapkan Lembaran kerja 1 dan Lampiran 1.

Penutup:

Murid membuat rumusan pembelajaran pada hari ini.

Anda mungkin juga menyukai