Anda di halaman 1dari 9

ABSTRAK Perkembangan teknologi maklumat di dalam bidang pendidikan semakin berpengaruh dan mendapat perhatian pihak Kementerian Pendidikan

untuk digunakan dalam bidang peengurusan pendidikan dan sebagai alat bantuan pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer merupakan salah satu contoh penggunaan teknologi maklumat dalam pembelajaran yang dikatakan mampu mewujudkan suasana pembelajaran aktif. Namun begitu, penggunaannya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah tidak begitu meluas. Justeru itu, satu kajian telah dijalankan untuk meninjau sejauh manakah keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ( PPBK) dalam meningkatkan kemahiran penulisan karangan Bahasa Melayu untuk murid tahun 4. Di samping itu kajian ini juga adalah untuk mengenalpasti ciri-ciri pengajaran dan pembelajaran yang dapat menarik perhatian pelajar. Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah di Daerah Selama. Seramai 50 orang pelajar terlibat sebagai responden. 30 orang sebagai pelajar sebagai kumpulan eksperimen dan 20 pelajar sebagai kumpulan kawalan. Rekabentuk kajian adalah adalah reka bentuk kajian eksperimen berkumpulan kawalan ujian pos sahaja. Data dikutip daripada responden dengan menggunakan ujian pra, ujian pos, boring soal selidik serta analisis menggunakan statistic deskriptif, kolerasi pearson dan ujian t. semua data yang dikutip adalah untuk menunjukkan faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi pelajar dalam penulisan karangan Bahasa Melayu.

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan. Ledakan teknologi maklumat dan komunikasi telah membawa perubahan Kepada kehidupan manusia masa kini termasuk sektor pendidikan di Malaysia. Jika dahulu proses pengajaran dan pembelajaran berkonsepkan chalk and talk tetapi kini komputer dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih interaktif dan menarik. Semakin hari, perkembangan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan semakin berpengaruh dan mendapat perhatian pihak Kementerian Pelajaran untuk digunakan dalam pengurusan pendidikan dan sebagai alat Bantu pengajaran dan pembelajaran. Menurut Heinich, Molanda dan Russell( 1993) banyak perisian computer yang boleh digunakan dalam setiap aspek pendidikan. Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer ( PPBK ) merupakan contoh penggunaan teknologi maklumat dalam pembelajaran. Kaedah ini membolehkan pelajar belajar dengan menggunakan bahan Bantu mengajar dengan lebih interaktif. Dengan ini mereka berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan terhadap konsep dan prinsip sesuatu pengajaran yang disampaikan. Selain itu, melalui Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer juga membolehkan pelajar meningkatkan kreativiti dan motivasi serta mampu mewujudkan suasana pembelajaran aktif ( Shaipol Bahary Sulaiman, 2004). Pengajaran berbantukan computer ini mempunyai beberapa jenis. Menurut Ismail (2002), Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer merupakan kaedah yang digunakan untuk membolehkan pelajar memahami konsep, prinsip atau prosedur yang lebih berkesan. Pelajar berperanan membuat latihan

(1)

yang disediakan, menerima maklum balas daripada jawapan yang diberikan serta memilih aras mengikut kemampuan. Latih tubi sesuai digunakan sebagai ulangkaji selepas mempelajari sesuatu konsep latihan bagi pelajar yang lemah.

Ketandusan unsur kreatif dan inovasi dalam pengajaran penulisan karangan Bahasa Melayu menyebabkan pelajar akan menjadi bosan dan tidak berminat dalam matapelajaran ini terutama semasa mencari idea mengarang dan menulis karangan Bahasa Melayu. Pada hal kemahiran aspek ini amat penting dan komprehensif serta banyak mendidik pelajar ke arah yang lebih rasional, berfikir, bertanggungjawab, matang, tahu mengaplikasi nilai-nilai murni dalam kehidupan dan penggunaan bahasa yang sesuai dalam komunikasi seharian.

Justeru itu, satu anjakan paradigma harus dilakukan untuk menjadikan kemahiran penulisan karangan matapelajaran Bahasa Melayu lebih berkesan, menarik, mencabar dengan penggunaan komputer yang diwujudkan secara latih tubi sesuai digunakan oleh guru untuk memahirkan pelajar dengan soalan dan sebagai pengayaan untuk murid cemerlang atau bimbingan untuk murid lemah ( Shaipol bahary Sulaiman, 2004)

Hakikat kepada kesedaran inilah, maka satu kajian dijalankan untuk meninjau sejauhmana amalan pengajaran dan pembelajaran berbantukan computer yang dilaksanakan disebuah sekolah yang dipilih mempengaruhi prestasi pelajar yang terlibat atau sebaliknya. Kajian ini juga meninjau serta mengenalpasti kaedah pengajaran yang menarik minat pelajar.

(2)

1.2

Pernyataan Masalah Kajian. Peningkatan pengetahuan tentang faktor-faktor yang membantu dalam hal-

hal berkaitan pedagogi dan cara terbaik mengaplikasikan teknologi baru ke dalam pendidikan formal telah berkembang selaras dengan perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi. Menurut Baharudin dan Maziah hura (1995), pelajar masa kini lebih cenderung menggunakan alat dan bahan terkini dalam proses pembelajaran mereka. Perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan computer merupakan satu amalan pedagogi bilik darjah yang paling popular dari segi penggunaannya. Banyak kajian ilmiah telah dilaksanakan dan didapati latihan secara interaktif berasaskan computer lebih berkesan berbanding pengalaman pembelajaran dari sumber lain seperti buku teks ataupun pita video. Program ini juga dapat meningkatkan motivasi pelajar dalam pembelajaran mereka serta berkeupayaan mengekalkan tumpuan pada masa yang lama berbanding pengajaran dan latihan di dalam kelas biasa ( Jamalludi Harun dan zaidun tasir ) Namun begitu, kecanggihan multimedia ini tidak pula ditekankan dalam mata pelajaran yang mempunyai pakej yang komprehensif untuk mendidik pelajar menjadi individu kreatif dan inovatif dalam melahirkan idea yang menarik.

Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran juga dapat merakamkan kesemua jawapan pelajar samaada salah ataupun betul. Perisian computer disediakan untuk memberi maklum balas atau maklumat yang sesuai kepada pelajar ( G.S

(3)

Roa, A.K. Roa, Zoraini Wati & wan Fauzy, 1991). Pelajar tidak menerima maklumat secara pasif sebaliknya berusaha mencari dan mengumpul maklumat mengikut keperluan dan kemampuan mereka. Fisher ( 1994), turut menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan multimedia akan membawa dimensi baru yang dinamakan pembelajaran terbuka .

Berdasarkan fakta-fakta yang diperolehi, kajian yang dijalankan ini adalah untuk meninjau sejauh mana prestasi kemahiran penulisan karangan Bahasa Melayu di kalangan pelajar tahun 4 dipengaruhi oleh amalan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer. Kajian ini juga Bahasa Melayu. bertujuan untuk mengenalpasti cirri-ciri pengajaran yang berjaya menarik minat pelajar terutamanya dalam penulisan karangan

1.3

Persoalan kajian. a. Apakah jenis atau program pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer yang terdapat dalam bidang pendidikan kita. b. Sejauh manakah amalan pengajaran dan pembelajaran berbantukan computer mempengaruhi prestasi dalam penulisan karangan Bahasa Melayu di kalangan pelajar yang dipilih ? c. Apakah cirri-ciri pengajaran yang dapat menarik minat pelajar semasa mempelajari kemahiran penulisan karangan Bahasa Melayu ? d. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara prestasi pelajar terhadap amalan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer. e. Sejauh manakah tahap penerimaan serta minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran yang berbantukan komputer. (4)

1.4 1.4.1

Objektif kajian. Objektif am. Kajian ini adalah untuk menilai sejauh manakah amalan pengajaran dan pembelajaran berbantukan computer mempengaruhi prestasi dalam penulisan karangan Bahasa Melayu tahun 4 di sebuah sekolah yang dipilih.

1.4.2

Objektif khusus. Objektif hkusus kajian adalah seperti berikut :-

1. Untuk menganalpasti program atau jenis pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer yang terdapat dalam bidang pendidikan. 2. Untuk mengenalpasti cirri-ciri pengajaran dan pembelajaran yang dapat diterima serta menarik minat murid. 3. Untuk mengetahui sama ada terdapat hubungan yang jelas antara prestasi pelajar dengan amalan pengajaran dan pembelajaran berbantukan computer. 4. Untuk mengetahui sejauh mana tahap penerimaan serta minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer.

1.5

Hipotesis. amalan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer dalam kemahiran penulisan karangan Bahasa Melayu.

1. Tidak terdapat perbezaan tahap prestasi yang signifikan di kalangan pelajar terhadap

2. Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara cirri-ciri pengajaran dan pembelajaran dengan tahap penerimaan pelajar dalam sesuatu mata pelajaran. 3. Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara minat pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer dalam pelajaran Bahasa Melayu (5)

1.5

Kepentingan kajian. Menurut Ismail ( 2002), pengajaran dan pembelajaran berbantukan computer akan

membimbing pelajar melalui satu siri latihan yang direka agar pelajar dapat memahirkan diri dengan kemahiran baru atau mengingat kembali maklumat yang telah disampaikan. Penggunaan pendekatan latih tubi menganggap bahawa pelajar telah pun menerima maklumat tentang konsep, prinsip atau prosedur yang memerlukan latihan. Bagi memperolehi keberkesanan, setiap latihan hendaklah mengandungi maklum balas pembetulan bagi setiap kesalahan yang dibuat oleh pelajar. Situasi pengajaran begini akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan, aktif dan bermutu. Oleh itu, dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran penulisan karangan Bahasa Melayu juga diberi penekanan tentang factor-faktor yang membantu dalam halhal berkaitan pedagogi dan cara terbaik mengaplikasi teknologi baru ini selaras dengan penggunaannya dalam matapelajaran lain. Maka, kajian ini akan menjawab persoalan sejauh mana amalan pengajaran dan pembelajaran berbantukan computer mempengaruhi prestasi dalam penulisan karangan Bahasa Melayu tahun empat. Hasil kajian ini juga dapat meninjau dan mengenalpasti, memberi pengetahuan, idea serta sumbangan berkaitan : a. Jenis-jenis pengajaran dan pembelajaran berbantukan computer dalam pendidikan khususnya untuk mengajar penulisan karangan Bahasa Melayu. Pengetahuan ini penting untuk memudahkan guru-guru memilih kaedah, menyususn strategi serta membuat persediaan berkaitan jenis pengajaran seperti latih tubi, simulasi, permainan, tutorial atau penyelesaian masalah untuk menyampaikan esuatu topic pengajaran.

(6)

b. Ciri-ciri pengajaran dan pembelajaran dan pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar dalam penulisan karangan Bahasa Melayu. Dapatan kajian ini dapat dijadikan panduan kepda guru untuk mewujudkan suasana pengajaran yang berkesan. c. Maklumat kepada ibubapa dan masyarakat tentang pentingnya pedagogi yang efektif kepada anak-anak untuk meningkatkan prestasi mereka. d. Maklumat kepada pihak pentadbir sekolah bahawa penulisan karangan Bahasa Melayu juga perlu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang betul.

1.6

Batasan kajian. Kajian yang dijalankan ini meninjau sejauh mana amalan pengajaran dan

pembelajaran berbantukan komputer mempengaruhi prestasi di kalangan pelajar tahun 4 dijalankan di sebuah sekolah Daerah Selama. Segala maklumat data yang didapati dari kajian ini adalah berdasarkan sumber soal selidik, ujian pra dan ujian pos. Hasil kajian ini tidak menggambarkan secra keseluruhannya tentang prestasi pelajar dari sekolahsekolah lain.

(7)

Anda mungkin juga menyukai