Anda di halaman 1dari 1

Doa Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan

‫بسم هللا الرحمـن الرحيم‬


‫الحمدهلل الذى له ما فى السماوات وما فى األرض وله الحمد فى األخرة وهو الحكيم الخبير‬.
‫ وعلى ءاله وأصحابه أجمعين‬,‫والصالة والسالمـ على رسولناـ األمين‬.
‫يا هللا يا رحمـن يا رحيم‬
Segala puji hanya untukmu, Selawat dan salam untuk Nabi Muhammad kekasihmu, selaut
kesyukuran atas rahmat dan izin-mu bagi kami menjayakan HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN
PERINGKAT SEKOLAH. Pada pagi yang permai ini.

‫اللهم يا كريم يا عزيز‬


Sesungguhnya kami berhimpun pada pagi ini untuk meraikan kecemerlangan yang telah dicapai
oleh anak-anak kami. Semoga setiap kejayaan yang dikecapi menjadi pendorong dan pencetus
kegemilangan yang lebih bererti demi agama, bangsa dan Negara yang kami cintai.
Berkat kebesaran-Mu, kami mendambakan kekuatan dariMu agar kami bukan sahaja berupaya
mengekalkan kejayaan ini, malah mampu melonjakkan kegemilangan yang dicapai demi
memartabatkan Pendidikan di Negara ini.

‫يا هللا يا فعال لما يريد‬


Kurniakanlah keazaman yang kukuh, kekuatan diri yang teguh, tersemat utuh dalam diri anak
didik kami, penerus juang, pewaris keilmuan ulama dan cendekiawan ulung, agar sentiasa
mencipta kecemerlangan untuk meninggikan syiar agama Islam yang mulia ini. Semoga
kejayaan ini menjadikan mereka hambaMu yang sentiasa bersyukur dengan rahmat dan
limpahan nikmatMu, malah akan mendekatkan diri untuk terus beribadah untukMu
Kurniakanlah kepada kami keikhlasan dalam kerja semoga segala pekerjaan dan usaha kami
mendapat ganjaran yang setimpal disisi Mu. Jauhkanlah kami daripada sifat mazmumah yang
tercela yang boleh menjauhkan kami daripada rahmat-Mu. Sesungguhnya engkau mengetahui
apa yang ada didalam hati kami, apa yang kami zahirkan dan yang kami rahsiakan.

‫ ربنا ءاتنا فى الدنيا‬,‫ وتفرقناـ من بعده وتفرقنا من بعده تفرقا معصوما‬,‫اللهم اجعل جمعنا جمعا مرحوما‬
‫وصلى هللا على سيدنا محمد وعلى ءاله وصحبه أجمعين‬,‫حسنة وفى األخرة حسنة وقناـ عذاب النار‬,
‫والحمد هلل رب العــلمين‬.

Anda mungkin juga menyukai