Anda di halaman 1dari 1

OBJEKTIF KAJIAN Saya dikehendaki menjalankan satu kajian tentang Perayaan tradisi kaum di negara kita.

Kaum yang dipilih oleh saya ialah kaum melayu. Kajian saya ini merangkumi objektifobjektif berikut:

a) Mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih. Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat.

b)Menambah pengetahuan tentang perayaan yang ada di Malaysia serta memupuk perasaan bangga terhadap tanah air Kajian ini dapat menambah pengetahuan saya saya tentang perayaan yang ada di Malaysia. Ia juga dapat memupuk perasaan bangga terhadap tanah air dalam diri saya. Kajian ini juga dapat menyedarkan rakyat Malaysia betapa pentingnya perayyan tradisi kaum di negara kita kerana ianya dapat menyedarkan kita untuk menjaga dan mempertahankan bangsa serta memupuk semangat perkauman dikalangan rakyat Malaysia.

c)Mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku di sebalik perayaan .Dengan membuat kajian ini, saya dapat mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku di sebalik perayaan tradisi kaum. Misalnya seperti kaum melayu, ianya menyedarkan saya bahawa perpaduan kaum serta bersifat adil, jujur dan amanah amat penting pada diri setiap individu.

d)Menanam semangat patriotisme di dalam diri Saya juga dapat menanam semangat patriotisme di dalam diri saya dan juga kalangan generasi muda melalui kajian ini.