Anda di halaman 1dari 11

JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

TEKS KHUTBAH

Tajuk :

MENCURAH KERINGAT MERAIH BERKAT

Tarikh Dibaca :

14 Syawal 1444H/
5 Mei 2023M

Disediakan oleh :
Cawangan Khutbah & Latihan
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
Khutbah Jumaat Mencurah Keringat Meraih Berkat

MENCURAH KERINGAT MERAIH BERKAT


5 Mei 2023M/ 14 Syawal 1444H

ُ ‫ نَحْمَد ُه ُ وَنَسْت َعِي ْن ُه ُ وَنَسْتَغْف ِر ُه ُ وَنَت‬،َ‫ب ال ْع َالم َي ِن‬


‫ أَ شْهَد ُ أَ ْن لا ِإلََٰه َ ِإلا‬،ِ ‫ُوب ِإلَيْه‬ ِ َ ‫الحمْد ُ لِلـه ِ ر‬

‫َل وَسَل ِ ْم عَلَى نَب ِي ِنَا‬


ِ ‫ اَلله ُم ص‬،ُ ‫سو ْلُه‬
ُ َ ‫ وَأَ شْهَد ُ أَ ن مُحَمدًا عَبْد ُه ُ وَر‬،ُ ‫ك لَه‬
َ ْ ‫اللـه ُ وَحْد َه ُ ل َا شَر ِي‬

.ِ‫مُحَمدٍ وَعَلَى آلِه ِ وَصَ ح ْبِه ِ وَم َنْ د َعَا بِدَعْوَتِه ِ ِإلَى يَو ْ ِم الد ِيْن‬

‫ي بتِ َ ْقو َى اللـه ِ وَطَاع َتِه ِ لَعَلـك ُ ْم‬ ِ ‫ أ ْو‬،َ ‫ اِتقُو ْا اللـه‬،ِ ‫ فَيَا عِبَاد َ اللـه‬،ُ ‫أَ ما بَعْد‬
ْ ِ ‫صيْك ُ ْم وَن َ ْفس‬

.َ‫تُفْلِحُون‬

‫ﭷﭸﭹﭺﭻ‬
‫ﭽ ﯨ ﯩ ﯪ ﯫ ﯬ ﯭﯮ ﯯ ﯰ ﯱ ﯲ ﯳﯴ ﯵ‬
‫ﯶ ﯷ ﯸ ﯹﯺ ﯻ ﯼ ﯽ ﯾ ﯿﰀ ﰁ ﰂ ﰃ ﰄ ﰅ ﰆ ﭼ‬
Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,
Marilah kita bertakwa kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh
melaksanakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.
Semoga Allah SWT menjadikan kita termasuk dalam golongan hamba-
hamba-Nya yang mendapat kejayaan hidup di dunia dan di akhirat.

Khutbah pada hari ini akan membicarakan tajuk: “Mencurah Keringat


Meraih Berkat”.

1
Khutbah Jumaat Mencurah Keringat Meraih Berkat

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,


Pekerjaan merupakan jalan untuk kita memperoleh rezeki bagi memenuhi
keperluan diri dan nafkah keluarga. Pelbagai jenis pekerjaan telah
disediakan di negara ini berdasarkan pelbagai bidang dan pengkhususan.
Ada yang bekerja untuk memastikan sumber makanan sentiasa mencukupi
seperti para petani, peladang, penternak dan juga nelayan. Ada yang
bekerja untuk memberikan perkhidmatan dan bantuan kepada masyarakat
seperti doktor dan peguam. Ada juga yang bekerja untuk memastikan
keamanan dalam negara sentiasa terpelihara seperti polis dan tentera.
Malah ada juga yang bekerja sebagai nadi penggerak dasar-dasar kerajaan
iaitu anggota perkhidmatan awam dan swasta. Ketahuilah, Islam
mengharuskan kita memilih apa sahaja jenis pekerjaan asalkan ianya
mematuhi syariat dan dapat memenuhi keperluan hidup. Renungkan
maksud firman Allah SWT di dalam surah al-Qasas ayat 77 yang dibacakan
tadi:

“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah


kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau
melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia, dan berbuat
baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik
kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah), dan
janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah
tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.”

Tanggal 1 Mei setiap tahun adalah tarikh yang sangat istimewa bagi
mereka yang bekerja bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di seluruh dunia.
Sambutan tersebut sebenarnya adalah satu pengiktirafan kepada setiap
pekerja yang telah berhempas pulas memerah keringat membangunkan
masyarakat dan negara tanpa mengira sektor dan jawatan.

2
Khutbah Jumaat Mencurah Keringat Meraih Berkat

Justeru, tema Hari Pekerja pada tahun ini ialah “Pekerja Pemangkin
Wadah Malaysia Madani”.

Sebagai muslim dan ketua keluarga, kita wajib bekerja untuk memberi
nafkah dan menyediakan keperluan asas kepada keluarga daripada sumber
yang halal bagi meraih keberkatan dan keredaan Allah SWT. Tanpa mengira
apa jua jawatan sama ada dari setinggi-tinggi kedudukan dan pangkat
sehinggalah serendah-rendah jawatan, ianya tetap diberikan ganjaran
pahala oleh Allah SWT. Kerja yang dilakukan akan menjadi ibadah jika kita
melakukannya dengan ikhlas, mematuhi syariat dan tekun menunaikan
amanah yang dipertanggungjawabkan. Di samping itu, kita juga mempunyai
kewajipan kepada agama dengan membayar zakat pendapatan sekiranya
telah memenuhi syarat-syaratnya dan membayar cukai pendapatan sebagai
menunaikan tanggungjawab kepada negara.

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,


Pembangunan sesebuah negara amat bergantung rapat dengan tenaga
pekerjanya yang mahir dan bermutu. Pekerja yang mahir hanya akan dapat
diwujudkan menerusi perancangan strategik yang jitu berasaskan kepada
sistem pendidikan rapi. Kemahiran seseorang pekerja diukur dengan sejauh
mana kemampuan dan kejujurannya dalam melaksanakan kerja dengan
sempurna. Hayatilah firman Allah SWT dalam surah al-Qasas ayat 26 :

‫ﭽ ﮩ ﮪ ﮫ ﮬﮭ ﮮ ﮯ ﮰ ﮱ ﯓ ﯔ ﯕ ﭼ‬
Bermaksud : “Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu
berkata: Wahai ayah, ambillah dia menjadi orang upahan (mengembala
kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja
ialah orang yang kuat lagi amanah.”

3
Khutbah Jumaat Mencurah Keringat Meraih Berkat

Berdasarkan firman Allah SWT tersebut, kita dapat fahami bahawa ciri
yang pertama perlu ada dalam diri seseorang pekerja ialah al-Qawiy iaitu
kekuatan jasmani dan rohani. Kedua-duanya adalah perlu dalam
mendapatkan hasil kerja yang baik dan berkualiti. Kekuatan juga diukur dari
segi kepakaran, kecekapan dan kemampuan dalam menghasilkan kerja
yang bermutu berdasarkan bentuk tugasan dan tanggungjawab yang telah
diberikan kepadanya.

Manakala ciri yang kedua pula ialah al-Amin iaitu amanah.


Pembentukan sifat amanah memerlukan kepada pendidikan rohani yang
menjurus kepada iman dan takwa kepada Allah SWT kerana seseorang
yang memiliki kedua-dua sifat ini tidak akan mengabaikan apa sahaja
tanggungjawab yang diserahkan kepadanya. Dia tidak akan mengkhianati
agensi atau institusi tempat kerjanya, tidak akan menggunakan kesempatan
yang diada-adakan untuk kepentingan diri sendiri, di samping dia tidak akan
menyalahgunakan kuasa yang diberikan kepadanya untuk melakukan
penyelewengan, rasuah dan pecah amanah. Renungkan hadis yang
diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari Rahimahullah daripada Abu Hurairah
Radiallahuanhu, Rasulullah SAW bersabda:

َ ‫ل الله ِ؟ قَا‬
:‫ل‬ َ ‫ ي َا رَسُو‬،‫ْف ِإضَاعَتُهَا‬
َ ‫كي‬
َ :‫ل‬
َ ‫ قَا‬.َ ‫ فَان ْتَظِرِ الساع َة‬،ُ ‫َت الْأَ م َانَة‬
ِ ‫ِإذ َا ضُيِع‬

.َ ‫ فَان ْتَظِرِ الساع َة‬،ِ ‫ِإذ َا أسْ نِد َ ا ْلأ َْمرُ ِإلَى غَيْرِ أَ ه ْلِه‬

Bermaksud : “Apabila sudah hilang amanah maka tunggulah


terjadinya kiamat. Orang itu bertanya: Bagaimana hilangnya amanah itu?
Nabi SAW menjawab: Jika urusan diserahkan bukan kepada ahlinya, maka
tunggulah terjadinya kiamat.”

4
Khutbah Jumaat Mencurah Keringat Meraih Berkat

Justeru, ingatlah bahawa kekuatan jasmani dan rohani, sifat amanah,


berpengetahuan luas dalam pengurusan kerjaya dan berkemahiran tinggi
merupakan aspek yang mesti ada pada setiap pekerja. Pelbagai manfaat
boleh diperoleh bukan sahaja kepada majikan dan organisasi bahkan
terhadap pembangunan negara terutama dalam meningkatkan taraf
ekonomi. Namun sebaliknya, jika seseorang pekerja kurang kemahiran dan
tiada usaha untuk meningkatkan prestasi, maka secara tidak langsung akan
memberi kesan kepada majikan, organisasi dan negara.

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,


Persekitaran tempat kerja yang kondusif dan selamat merupakan satu
keperluan dan menjadi tanggungjawab kepada majikan untuk
menyediakannya kepada setiap pekerja di bawahnya. Pengamalan budaya
kerja yang sihat dan selamat semestinya dapat memberikan perubahan
yang positif bagi mengelakkan kecederaan dan kemalangan di tempat kerja.
Sememangnya usaha-usaha yang dilaksanakan bagi mengurangkan risiko
kemalangan di tempat kerja sentiasa dipertingkatkan sehingga
menampakkan hasil yang positif apabila kadar kes kemalangan di tempat
kerja telah menunjukkan trend penurunan pada setiap tahun.

Sesungguhnya menjaga nyawa adalah salah satu Maqasid al-Syariah


dan kewajipan bagi setiap muslim. Justeru, dalam hal ini aspek keselamatan
dan pengawasan yang tinggi di tempat kerja mesti diutamakan terutama
oleh majikan bagi mengelakkan berlakunya tragedi seperti kebakaran,
kecederaan, kehilangan nyawa dan sebagainya. Ianya bertepatan dengan
tema sambutan Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sedunia tahun
ini iaitu “Persekitaran Kerja Yang Selamat dan Sihat Merupakan Hak
Asasi”. Kepada para pekerja khususnya bagi sektor-sektor yang
mempunyai risiko kemalangan yang tinggi seperti pembinaan,

5
Khutbah Jumaat Mencurah Keringat Meraih Berkat

ambil tahu mengenai hak anda dalam aspek keselamatan dan kesihatan,
amalkan budaya kerja yang selamat dengan mematuhi setiap peraturan dan
wujudkan suasana kerja yang harmoni sesama rakan kerja dan majikan.
Semoga kita dikurniakan keberkatan daripada Allah SWT dalam setiap
pekerjaan yang kita ceburi.

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,


Kesimpulan yang dapat diambil daripada khutbah hari ini ialah:

Pertama: Pekerjaan merupakan jalan untuk kita memperoleh rezeki bagi


memenuhi keperluan diri dan nafkah keluarga.

Kedua: Jadilah pekerja yang mempunyai kekuatan jasmani dan rohani, sifat
amanah, berpengetahuan luas dalam pengurusan kerjaya dan berkemahiran
tinggi.

Ketiga: Amalkan budaya kerja yang selamat dan sihat, ambil tahu mengenai
hak kita sebagai pekerja dalam aspek keselamatan dan kesihatan serta
wujudkan keharmonian di tempat kerja.

Mengakhiri khutbah, renungkan bersama firman Allah SWT menerusi


surah at-Taubah ayat 105:

‫ﭷﭸﭹﭺﭻ‬
‫ﭽ ﯟ ﯠ ﯡ ﯢ ﯣ ﯤ ﯥﯦ ﯧ ﯨ ﯩ ﯪ ﯫ‬
‫ﯬﯭﯮ ﯯﯰﭼ‬

6
Khutbah Jumaat Mencurah Keringat Meraih Berkat

Bermaksud: “Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu


(akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-
orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan
dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib
dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu
telah kerjakan.”

ِ ‫َات وَالذِكْر‬ َ ِ ‫ن ال ْعَظِي ِْم وَنَف َعَنِي و َِإياك ُ ْم بِمَا فِيْه ِ م‬


ِ ‫ن الآي‬ ِ ‫ب َارَك َ اللـه ُ ل ِ ْي وَلـَك ُ ْم ب ِالْقُر ْآ‬

َ ‫ل قَو ْل ِ ْي هَذ َا وَأَ سْ تَغْف ِر ُ اللـه‬ ُ ْ ‫ أَ قُو‬.ُ ‫ل م ِنِي وَمِنْك ُ ْم تِلاوَتَه ُ ِإنه ُ ه ُو َ السمِي ُع الْع َلِي ْم‬ َ ‫كي ِْم وَتَق َب‬ِ َ ‫الْح‬

‫ات الأَحْ يَاء ِ مِنْه ُ ْم‬ ِ َ ‫ات وَال ْمُؤْم ِنِيْنَ وَال ْمُؤْم ِن‬ ِ َ ‫ال ْعَظِي ْم َ ل ِ ْي وَلـَك ُ ْم وَلِسَا ئِر ِ ال ْمُسْل ِمِيْنَ وَال ْمُسْل ِم‬

.ُ ‫حي ْم‬
ِ ‫وَالأَ مْو َات فَاسْ تَغْف ِر ُْوه ُ ِإنه ُ ه ُو َ ال ْغَفُو ْر ُ الر‬

7
‫‪Khutbah Jumaat‬‬ ‫‪Mencurah Keringat Meraih Berkat‬‬

‫خطبه كدوا‬
‫ب ال ْع َالم َي ِنَ‪ ،‬و َالصلَاة ُ وَالسلَام ُ عَلى َ سَيِدِن َا مُحَمدِ ِن النب ِ ِي ا ْل َأم ِينِ‪ ،‬وَعَلَى آلِه ِ‬
‫الحمْد ُ لِلـه ِ ر َ ِ‬

‫ن ِإلَى يَو ْ ِم الد ِينِ‪.‬‬


‫ن وَم َنْ تَبِعَه ُ ْم ب ِِإحْ سَا ٍ‬
‫صحَابِه ِ الطاهِرِي َ‬
‫وَأَ ْ‬

‫ك لَه ُ‪ ،‬وَأَ شْهَد ُ أن سَيِد َن َا مُحَمدًا عَبْد ُه ُ وَرَسُولُه ُ‪.‬‬


‫أَ شْهَد ُ أَ ْن لا ِإل ٓه َ ِإلا اللـه ُ وَحْد َه ُ لا َ شَر ِي ْ َ‬

‫أَ ما بَعْد ُ‪ ،‬فَيَا عِبَاد َ اللـه ِ‪ ،‬اِتق ُوا اللـه َ حَق تُق َاتِه ِ‪ ،‬وَاع ْلَم ُوا أن اللـه َ أَ مَرَك ُ ْم ب ِأَ ْمر ٍ عَظ ٍِيم‪،‬‬

‫ل الله ُ تَع َالَى‪ :‬ﭲ ﭳ ﭴ ﭵ‬


‫أَ مَرَك ُ ْم ب ِالصلَاة ِ وَالتسْل ِِيم عَلَى نَب ِيِه ِ الـْكَر ِي ِم‪ ،‬فَق َا َ‬

‫ﭶ ﭷﭸ ﭹ ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ‬

‫ل سَي ِدِن َا مُحَمدٍ كَمَا صَلي ْتَ عَلَى سَي ِدِن َا ِإ بْر َاهِي ْم َ وَعَلَى‬
‫ل عَلَى سَي ِدِن َا مُحَمدٍ وَعَلَى آ ِ‬
‫ص ِ‬
‫اَلله ُم َ‬

‫ل سَي ِدِن َا مُحَمدٍ كَمَا ب َارَكْ تَ عَلَى سَي ِدِن َا‬


‫ك عَلَى سَي ِدِن َا مُحَمدٍ وَعَلَى آ ِ‬
‫ل سَي ِدِن َا ِإ بْر َاهِي ْم َ و َب َارِ ْ‬
‫آ ِ‬

‫مجِيْدٌ‪.‬‬
‫ك حَمِيْدٌ َ‬
‫ل سَي ِدِنَا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ فِي ال ْع َالم َي ِْنَ ِإن َ‬
‫ِإ ب ْر َاهِي ْم َ وَعَلَى آ ِ‬

‫ن التاب ِع ِينَ وَت َابِع ِي‬


‫ن و َ ع َنْ بَق ِية ِ الصح َابَة ِ أَ جْم َع ِينَ‪ ،‬وَع َ ِ‬ ‫ن الْخل ُُف َاء ِ الرا ِ‬
‫شدِي َ‬ ‫ض الله ُم ع َ ِ‬
‫ار َ‬
‫وَ ْ‬
‫ض ع َنا م َعَه ُ ْم ي َا أَ ك ْر َم َ ا ْل َأك ْرَم ِينَ‪.‬‬
‫ار َ‬
‫ن وَ ْ‬
‫ن ِإلَى يَو ْ ِم الد ِي ْ ِ‬
‫التاب ِع ِينَ وَم َنْ تَبِعَه ُ ْم ب ِِإحْ سَا ٍ‬

‫ات الأَحْ يَاء ِ مِنْه ُ ْم وَالأَ مْو َ ِ‬


‫ات‪.‬‬ ‫ات وَالمُؤْم ِنِينَ وَالمُؤْم ِن َ ِ‬
‫الله ُم ا ْغفِر ْ لِل ْمُسْل ِمِينَ و َالمُسْل ِم َ ِ‬

‫الصحة ِ وَالسلَامَة ِ م َل ِـكَـنَا كـباوه د ُول ِي يڠ مَهَا م ُوليا‬


‫ق وَال ْهِد َايَة ِ و َ ِ‬
‫الله ُم أَ ي ِ ْد بِد َوَا ِم التو ْفِي ْ ِ‬

‫سري ڤدوك بڬيندا يڠ دڤرتوان اڬوڠ ‪ ،‬الس ُلطَان عَب ْد ُ اللـه رِعَايَة ُ الد ِي ْن الـم ُصْ طَفَى‬

‫َاج أَ حْم َد شَاه الـمُسْت َع ِي ْن باللـه‪.‬‬


‫ن المرحوم سُلْطَان ح ِ‬
‫ب ِاللـه شَاه اب ْ ِ‬

‫‪8‬‬
Khutbah Jumaat Mencurah Keringat Meraih Berkat

،‫ك كـباوه د ُول ِي يڠ مَهَا م ُوليا سري ڤدوك بڬيندا راج ڤرمايسوري اڬوڠ‬
َ ِ ‫وَك َذل‬

‫حو ْم الـم ُت َوَك ِلْ عَلَى اللـه‬


ُ ْ ‫ْت الـمَر‬
ِ ‫( عَزِي ْزَةْ أَ مِي ْنَة ْ مَيْمُو ْنَة ْ ِإسْ كَنْدَرِ يَة ْ بِن‬Tunku)‫تُونكو‬

.‫سُلْطَان ِإسْ كَنْد َْر الحَاج‬

،ٍ‫ن وَأَ م َان‬ ٍ ‫ د َار َ ع َ ْد‬،ً‫ سَ خَاء ً رَخ َاء‬،‫الله ُم اجْ ع َلْ بلََد َن َا م َالِيز ِي َا آم ِنا ً م ُ ْطم َئ ًِّنا‬
ٍ ‫ وَأَ ْم‬،ٍ‫ل و َِإيمَان‬
.َ‫وَسَا ئ ِر َ بِلَادِ الْـمُسْل ِمِين‬

،َ‫ن وان ْصُرْ م َنْ نَصَر َ الد ِين‬


ِ ‫ وَد َم ِْر أَ عْد َاءَك َ أَ عْد َاء َ الد ِي‬، َ‫الله ُم أَ عِز ال ِْإسْ لَام َ وَال ْمُسْل ِمِيْن‬

.ِ‫ك ِإلَى يَو ْ ِم الد ِيْن‬


َ َ ‫ل كَل ِمَت‬
ِ ْ ‫ وَأَ ع‬،َ‫ل ال ْمُسْل ِمِيْن‬
َ َ ‫وَاخْذ ُلْ م َنْ خَذ‬

.‫ وَم ِنْ س َِي ِئ ا ْل َأسْ ق َا ِم‬،‫ وَالْجُذ َا ِم‬،ِ‫ وَالْجنُ ُون‬،ِ‫ن البَرَص‬
َ ِ‫ك م‬
َ ِ ‫الله ُم ِإنا ن َع ُوذ ُ ب‬

Ya Allah, Jadikanlah kami dan keturunan kami hamba-hamba-Mu yang


istiqamah mendirikan solat secara berjemaah di masjid dan surau serta
membayar zakat dan wakaf tunai melalui Pusat Pungutan Zakat Majlis
Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP). Permudahkanlah MAIWP
dalam mengagihkan zakat kepada asnaf dan menguruskan harta wakaf
dengan sebaiknya demi manfaat umat Islam di Wilayah Persekutuan.

Ya Allah, satukanlah kami atas agama-Mu dan hindarkan kami daripada


perselisihan yang berpanjangan. Jadikanlah kami orang yang jujur dan
berintegriti dalam melaksanakan amanah yang telah diberikan kepada kami.
Peliharalah kami daripada melakukan kejahatan, kemaksiatan, perbuatan
rasuah, pecah amanah dan penyelewengan yang membawa kerosakan
kepada agama, bangsa dan negara.

Ya Allah, kurniakanlah kepada kami kesejahteraan, keamanan, keselamatan


serta perlindungan daripada fitnah, musibah, bala bencana dan wabak
penyakit berbahaya.
.ِ‫َاب النار‬
َ ‫حسَن َة ً وَق ِنَا عَذ‬
َ ِ ‫خرَة‬
ِ ‫حسَن َة ً وَفِي الْآ‬
َ ‫ر َبنَا آتنَِا فِي الدن ْيَا‬
9
‫‪Khutbah Jumaat‬‬ ‫‪Mencurah Keringat Meraih Berkat‬‬

‫عِبَاد َ اللـه ِ‪،‬‬

‫ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ ﮂﮃﮄ ﮅ ﮆ‬
‫ﮇﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ‬
‫فَا ْذك ُر ُوا اللـه َ ال ْعَظِي ْم َ ي َ ْذكُر ْكُمْ‪ ،‬وَاشْ ك ُر ُوه ُ عَلَى ن ِعَمِه ِ يَزِدْكُمْ‪ ،‬وَاسْ أَ لُوه ُ م ِنْ ف َضْ لِه ِ يُعْطِك ُ ْم‬
‫وَل َذِك ْر ُ اللـه ِ أَ كْ ب َر ُ‪ ،‬وَاللـه ُ يَعْلَم ُ م َا تَصْ ن َع ُونَ‪.‬‬

‫‪10‬‬

Anda mungkin juga menyukai