Anda di halaman 1dari 9

Laporan Harian Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)

Hari pertama : 22/3/2010

Hari itu merupakan hari pertama PBS saya. Saya berasa amat takut untuk pergi ke sekolah. Saya telah sampai ke sekolah pada pukul 7.05 pagi. Pada masa hanya pengawal keselamatan sahaja berada di sekolah. Saya memperkenalkan diri saya dan memberitahu tujuan saya dengan pengawal keselamatan. Pak cik itu memberitahu satu perkara yang sedih iaitu guru besar tidak akan hadir ke sekolah untuk seminggu kerana beliau menjalani kursus. Beliau meminta saya untuk tunggu di dalam sekolah dan memperkenalkan diri dengan Guru Penolong Kanan(GPK) 1. Saya telah menunggu untuk kehadiran GPK 1. Beliau telah hadir pada pukul 7.20 pagi.

Saya menghampiri kereta GPK 1 dan memberitahu bahawa saya ingin menjalani PBS sekolah itu. Beliau memberitahu yang pihak sekolah dimaklumkan lebih awal mengenai kehadiran saya melalui satu surat rasmi dari IPG, Kampus Raja Melewar. Beliau meminta saya untuk menandatangani buku kehadiran guru dan menghadiri perhimpunan rasmi yang bermula pada pukul 7.30 pagi. Saya pun telah hadir ke perhimpunan dengan hati yang berdebar-debar. Semasa perhimpunan GPK 1, En.Jayabalan telah memperkenalkan saya kepada semua warga SJK(T) Gemas dan memberitahu tujuan saya ke sekolah itu.

Selepas berakhirnya perhimpunan saya telah berjumpa dengan GPK 1 sekali lagi untuk membincangkan tentang mentor saya. Beliau telah memberikan mentor kepada saya berasaskan major saya. Oleh itu, guru pemulihan Pn. Saratha telah menjadi mentor saya bagi PBS ini. Kami memperkenalkan diri antara satu sama lain.Saya pergi ke kelas pemulihan dan meletakkan beg saya di situ. Saya berasa amat selesa dengan keadaan bilik tersebut yang sangat menarik dan teratur. Saya menemuramah guru pemulihan tersebut dan melukis pelan kelas beliau. Beliau sangat peramah. Beliau juga telah sudi berkongsi semua pengalaman tentang kelas pemulihan khas yang dijalankan di sekolah itu.

Selain itu, pada hari tersebut saya telah meronda sekolah tersebut selama 3 kali. Saya membuat pemerhatian terhadap keceriaan dan kebersihan sekolah. Saya juga menemubual dengan pekerja swasta yang membersihkan kawasan sekolah mengenai kekerapan mereka mencuci tandas dan menyapu kawasan sekolah. Saya

juga menemubual dengan pengawal keselamatan mengenai keluar masuk kereta ke sekolah itu.

Pada hari tersebut juga pemeriksaan gigi bagi para murid dijalankan. Saya juga telah memerhatikan aktiviti tersebut dan mengambil gambar. Waktu sekolah bagi hari itu pun telah menghampiri penghujungnya. Pada pukul saya pergi ke pejabat dan Tanya tentang maklumat tentang sekolah dengan GPK 1. Beliau mengatakan yang beliau akan bagi semua maklumat pada hari yang berikutnya. Pada pukul 1.30 petang sekolah berakhir. Saya pulang ke rumah dengan satu hari pengalaman yang berbeza.

Hari ketiga : 24/3/2010

Hari itu merupakan hari ketiga saya. Pada hari itu saya telah sampai ke sekolah pada pukul 7.20 pagi kerana sekolah akan mula pada pukul 7.45 pagi.Semua pelajar mengucapkan selamat pagi kepada saya. Saya pergi ke pejabat dan menandatangan kehadiran. Hari itu merupakan hari Rabu. Oleh itu, aktiviti ko-kurikulum diadakan di sekolah.

Aktiviti ko-kurikulum di sekolah itu amat berbeza dan sistematik kerana aktiviti ko-kurikulum di sekolah itu diadakan pada waktu pagi hari Rabu. Masanya ialah 7.45 hingga 9.40 pagi. Semasa bunyi loceng, semua pelajar dan guru berkumpul di tapak perhimpunan dan GPK Ko-kurikulum memberi sedikit ucapan mengenai aktiviti yang diadakan pada hari tersebut.

Selepas itu, saya telah berjumpa dengan Guru data sekolah tersebut iaitu En. Nadarajan. Saya telah memasuki makmal komputer sekolah untuk berjumpa dengan beliau. Saya juga berinteraksi dengan beliau dan tanya beberapa soalan kepada beliau terutamanya tentang tugas guru data di sekolah. Saya juga mengumpul profil dan tugas-tugas beliau di sekolah itu.

Selain itu, saya juga pergi ke semua

kelas iaitu prasekolah, tahun 1, tahun

2,tahun 3, tahun 4, tahun 5 dan tahun 6 untuk mengumpul maklumat tentang perkembangan para pelajar pada umur tertentu. Saya memilih 5 orang pelajar dalam sebuah kelas dan mengukur ketinggian, berat, panjang tangan, lilitan kepala, panjang kaki dan ukuran pinggang . Saya juga membuat tiga ujian daripada Jean Piaget Conversation Task bagi menguji perkembangan kognitif para pelajar. Saya mengambil gambar para pelajar yang saya temui dan menemubual. Saya membuat aktiviti ini bagi mengumpul maklumat tersebut bagi tugasan subjek Perkembangan kanak-kanak.

Tambahan pula, aktiviti yang yang saya jalankan ialah membuat perbincangan GPK Ko-kurikulum. Tajuk perkara yang kami berdua bincangkan ialah aktiviti ko-

kurikulum di sekolah. Beliau memberitahu tentang badan beruniform, permainan dan persatuan yang dijalankan di sekolah tersebut. Saya juga menanyakan adakah semua warga sekolah dan ibubapa menyokong aktiviti ko-kurikulum di sekolah.

Akhir sekali, saya jumpa dengan guru kelas

dan pelajar tahun 6 yang

menghadiri kelas tambahan. Saya pulang ke rumah pada pukul 2.30 petang.

Hari kedua : 23/3/2010 Pada hari itu saya telah sampai ke sekolah pada pukul 7.20 pagi kerana sekolah akan mula pada pukul 7.45 pagi. Semua guru dan kakitangan sekolah telah sampai ke sekolah lebih kurang pada pukul 7.30 pagi. Semua pelajar mengucapkan selamat pagi kepada saya. Saya pergi ke pejabat dan menandatangan kehadiran.

Selepas itu, saya telah berjumpa dengan mentor saya iaitu Pn.Saratha. Saya telah memasuki kelas beliau dan memerhatikan cara beliau mengajar murid pemulihan. Pada pagi itu murid pemulihan tahun 4 telah hadir kelas tersebut bagi matapelajaran bahasa melayu. Saya juga berinteraksi dengan para murid dan tanya beberapa soalan kepada mereka. Saya juga mengumpul profil dan masalah pembelajaran murid-murid pemulihan. Saya mengumpul maklumat -maklumat tersebut untuk tugasan bagi subjek Pemulihan. Saya pun tanya maklumat seperti takwim dan sukatan pelajaran kepada guru pemulihan.

Selain itu, saya juga pergi ke tiga buah kelas iaitu tahun 1, tahun 4 dan tahun 6 untuk memerhatikan cara belajar pada murid dan pengajaran para guru. Saya memerhatikan bahawa adakah guru menggunakan Alat Bantu Pengajaran(ABM). Saya juga menemubual dengan para murid dan pengawas sekolah. Saya menanyakan beberapa soalan yang berkaitan dengan sekolah dan pendidikan mereka. Saya mengambil gambar para pelajar yang saya temui dan menemubual.

Tambahan pula, aktiviti yang yang saya jalankan ialah membuat perbincangan GPK HEM. Tajuk perkara yang kami berdua bincangkan ialah masalah dikalangan pelajar terutamanya masalah disiplin. Beliau memberitahu pelbagai masalah yang berkaitan dengan para pelajar antara seperti masalah mencuri, masalah pergaduhan dan masalah buli. Saya juga menanyakan punca masalah disiplin di kalangan murid sekolah rendah.

Akhir sekali, saya jumpa dengan kerani sekolah dan balik ke rumah pada pukul 2.00 petang.

Hari keempat : 25/3/2010

Hari itu merupakan hari keempat saya menjalani PBS. Pada hari itu saya telah sampai ke sekolah pada pukul 7.20 pagi kerana sekolah akan mula pada pukul 7.45 pagi. Semua guru dan kakitangan sekolah telah sampai ke sekolah lebih kurang pada pukul 7.30 pagi. Semua pelajar mengucapkan selamat pagi kepada saya. Saya pergi ke pejabat dan menandatangan kehadiran.

Selepas itu, saya telah berjumpa dengan Cik. Hema yang merupakan guru PJK. Saya telah pergi ke padang dan memerhatikan cara beliau mengajar murid tahun 2 subjek PJK. Saya juga berinteraksi dengan para murid dan tanya beberapa soalan kepada mereka. Saya juga mengumpul profil guru dan pelajar. Saya mengumpul maklumat -maklumat tersebut untuk tugasan bagi subjek Falsafah Pendidikan. Saya pun tanya maklumat seperti permainan yang disukai oleh pelajar dalam PJK dan cara mengawal pelajar di padang kepada guru tersebut.

Selain itu, saya juga pergi ke kelas pra sekolah untuk memerhatikan cara belajar pada murid dan pengajaran guru sekolah. Saya memerhatikan bahawa adakah guru menggunakan Alat Bantu Pengajaran(ABM) dan cara mengawal pelajar. Saya juga menemubual dengan para murid. Saya menanyakan beberapa soalan yang berkaitan dengan sekolah dan pendidikan mereka. Saya mengambil gambar para pelajar yang saya temui dan menemubual.

Tambahan pula, aktiviti yang yang saya jalankan ialah membuat perbincangan dengan pengusaha kantin dan pembantu pra sekolah. Tajuk perkara yang kami bertiga ialah makanan yang di berikan kepada pelajar. Apakah jumlah peruntukkan diberikan bagi seorang pelajar. Mereka memberitahu menu-menu bagi setiap hari dan harga makanan bagi setiap hari.

Akhir sekali, saya jumpa dengan kerani sekolah dan balik ke rumah pada pukul 2.00 petang.

Hari kelima : 26/3/2010

Hari tersebut merupakan hari terakhir saya di SJK(T) Gemas. Seperti biasa, pada hari itu pun saya telah sampai ke sekolah pada pukul 7.20 pagi kerana sekolah akan mula pada pukul 7.45 pagi. Semua guru dan kakitangan sekolah telah sampai ke sekolah lebih kurang pada pukul 7.30 pagi. Semua pelajar mengucapkan selamat pagi kepada saya. Saya pergi ke pejabat dan menandatangan kehadiran.Hari itu merupakan hari Jumaat. Oleh itu, kelas moral dan agama diadakan di sekolah.

Kelas moral dan agama di sekolah itu amat berbeza dan sistematik kerana diadakan pada setiap pagi hari Jumaat. Masanya ialah 7.45 hingga 9.40 pagi. Semasa bunyi loceng, semua pelajar dan guru berkumpul di tapak perhimpunan dan GPK HEM memberi sedikit ucapan mengenai aktiviti yang diadakan pada hari tersebut.

Selepas itu, saya telah mengambil gambar sekolah dan semua infrastruktur sekolah. Antaranya ialah tapak perhimpunan, pejabat, tandas, makmal computer, bilik ABM dan sebagainya. Saya juga mengambil gambar semua warga SJK(T) Gemas bagi tujuan mengumpul maklumat untuk tugasan Falsafah Pendidikan.

Semua guru dan pelajar menanyakan soalan yang sama iaitu hari ini hari terakhir ke? Saya berasa amat sedih kerana saya amat seronok dan dapat pelbagai pengalaman baru di sekolah tersebut pada setiap hari. GPK 1 memberi majalah sekolah sebagai satu cendaramata.

Akhir sekali, semua warga SJK(T) Gemas mengucapakan selamat tinggal kepada saya. Saya balik ke rumah pada pukul 12.30 tengahari dengan perasaan yang sedih kerana terpaksa meninggalkan sekolah tersebut.

Refleksi Keseluruhan
Saya Navamani A/P Simadiri dari unit Pemulihan(BT). Saya berada dalam PISMP semester 1. Pada hari pertama apabila saya diberi taklimat mengenai subjeksubjek yang perlu diambil semasa program PISMP pada saat itulah saya tahu bahawa terdapat PBS semasa kami berada dalam semester 1. Pengalaman Berasaskan Sekolah merupakan satu program yang memberi banyak pengalaman dan input yang berguna kepada semua guru pelatih termasuklah diri saya sendiri. Saya berasa sangat bersyukur dan gembira kerana berpeluang mengikuti progam ini seperti semua rakan rakan lain. Saya telah dapat pelbagai jenis manfaat yang tiada had daripada program ini. Segala manfaat yang saya peroleh ini sangat berguna dalam kehidupan seharian saya terutama semasa bergelar seorang guru pada masa akan datang.

Semua guru pelatih PISMP semester 1 telah diarahkan untuk menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah(PBS) yang merupakan aktiviti yang wajib dilakukan. Saya telah menjalani Pengalaman Berasakan Sekolah(PBS) di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Gemas untuk seminggu bermula dari 22 Mac 2010 hingga 26 Mac 2010. Semua pelajar PISMP telah diberikan tugasan yang perlu dilakukan semasa PBS. Menurut tugasan itu kami perlu membuat pemerhatian tehadap penerapan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dari aspek pengurusan dan pentadbiran

sekolah, budaya sekolah, ko-kurikulum, guru- guru, dan disiplin sekolah. Kami diberikan taklimat PBS pada 23 Februari 2010. Taklimat tersebut disampaikan oleh pensyarahpensyarah daripada unit-unit praktikum.

Semasa 5 lima hari saya menjalani PBS saya berasa sangat gembira dan seronok kerana saya dapat mengetahui pelbagai maklumat tentang semua aspek sebuah sekolah. Antara maklumat yang saya perolehi ialah sejarah sekolah, pentadbiran dan pengurusan sekolah, infrastruktur asas sekolah, budaya sekolah dan sebagainya. Saya dapat membuat perbincangan dan pemerhatian terhadap semua aspek yang nyatakan diatas tadi.

Selain itu, saya juga dapat mengenali naluri seorang pelajar dan guru. Ini akan membantu saya dalam profesion ini. Saya juga mendapat maklumat tentang tugastugas yang dihadapi oleh seorang guru dari aspek kurikulum-ko-kurikulum. Saya juga dapat tahu apakah disebutkan dengan Alat Bantu Mengajar(ABM) dan kepentingannya. Saya mendapat banyak dan pelbagai jenis maklumat.

Kesimpulannya, PBS merupakan satu program yang baik kerana ia membantu saya mengenali dengan lebih dekat tentang alam persekolahan yang akan sayahadapi sebagai seorang guru.

Anda mungkin juga menyukai