Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI JAIM

Berdasarkan lawatan saya ke Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM),saya akan membuat
refleksi tentang program ke JAIM. Program lawatan ke JAIM ini merupakan anjuran dari
pelajar Diploma Kaunseling Semester 5 Fakulti Sains Sosial.Ia bertujuan untuk
melengkapkan tugasan subjek kami iaitu subjek Perkahwinan dan Keluarga yang dilaraskan
oleh pensyarah kami iaitu encik muhamad syamiezy bin sidek.Program ini disertai oleh 30
orang pelajar dan seorang pensyarah.Lawatan yang akan dijalankan adalah di Bahagian
Undang-undang Keluarga Islam, Jabatan Agama Islam Melaka.Program lawatan ini
memberikan pendedahan awal mengenai alam perkahwinan kepada para pelajar Diploma
Kaunseling Semester supaya dapat memahami tentang kelebihan dan keutamaan alam
perkahwinan dan kekeluargaan.Program lawatan ini bertarikh pada 6 Julai 2023 (Khamis)
dan masa lawatan adalah dari 7.00 Pagi hingga 2.00 petang.Manfaat yang kami dapat dari
program ini ialah kami dapat mengetahui tentang masalah-masalah yang terjadi dalam
hubungan perkahwinan.Antara masalah yang dirujuk kepada Jabatan Majlis Agama Islam
Melaka ialah kes cemburu seorang isteri kepada suami,Suami culas terhadap nafkah
isteri,Hadirnya orang ketiga dalam hubungan suami isteri,Ibu bapa suami isteri masuk
campur dalam hal rumah tangga dan suami isteri hilang rasa kasih sayang antara satu sama
lain.Dari situkita boleh tahu bahawa terdapat banyak masalah rumah tangga yg dihadapi oleh
rakyat Melaka kerana ramai pasangan dari daerah negeri Melaka yang hadir ke Jabatan
Agama Islam Melaka untuk mendapatkan pandangan dan membuat sesi kaunseling.
Seterusnya,kelebihan dari projek ini,saya dapati bahawa ilmu tentang subjek perkahwinan
dan keluarga saya semakin bertambah kerana banyak info dan pembelajaran yang saya dapat
dari program lawatan ke Jabatan Agama Islam Melaka ini.Kelemahan yang saya dapati dari
program ini adalah waktu program dijalankan terlalu singkat dan terdapat beberapa info lagi
yang saya tidak dapat.Contohnya,saya tidak dapat mengetahui bagaimana sesi kaunseling
dijalankan disana dan saya tidak dapat untuk menerokai kawasan Jabatan Agama Islam
Melaka dengan lebih menyeluruh.
Sebelum sampai ke penghujung refleksi saya,ingin mencadangkan penambahbaikan projek
iaitu,masa lawatan program perlu lebih lama supaya mendapat input yang lebih mendalam
kerana saya percaya bahawa ramai diantara rakan-rakan saya yang tidak dapat bertanya
soalan mereka dengan tepat dan jika boleh,saya ingin bertanyakan soalan yang lebih privasi
dan perlu berjumpa dengan pegawai Jabatan Agama Islam Melaka secara persendirian kerana
saya percaya bahawa rakan-rakan saya juga mempunyai soalan yang sama seperti saya.
Secara keseluruhan,saya ingin membuat kesimpulan tentang program lawatan ke Jabatan
Agama Islam Melaka sangat menyeronokkan kerana info-info yang saya dapat amat berguna
untuk saya dimasa hadapan sekiranya saya sudah berumah tangga.Akhir sekali,saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Jabatan Agama Islam Melaka,Encik mohd
syamiezy bin sidek,rakan-rakan kelas kerana menjayakan program lawatan ke Jabatan Agama
Islam Melaka Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam dengan baik sekali.Sekian,Terima
kasih

Anda mungkin juga menyukai