Anda di halaman 1dari 12

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR

DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA


(BAHAGIAN SIVIL)
SAMAN PEMULA NO.: WA-24NCvC-374-02/2020

Dalam Perkara Hartanah PM 1206, No. Lot 11495,


Mukim Pancang Bedena Daerah Sabak Bernam,
Selangor

Dan

Dalam Perkara Syed Hassan bin Syed Mon yang


telah meninggal dunia pada 8/04/1992;

Dan

Dalam Perkara Surat Kuasa Wakil bertarikh


20/05/1991 bagi harta pusaka Syed Hassan bin Syed
Mon

Dan

Dalam Perkara Mahkamah Tinggi Shah Alam


Saman Guaman Sivil No. 22NCVC-392-08/2014
dan Mahkamah Rayuan di Putrajaya Sivil No. B-
02(NCVC)(W)-83-01/2016

Dan

Dalam Perkara Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012

Dan

Dalam Perkara Akta-Akta


1. Spesifik Relief 1950
2. Had Masa 1953
3. Surat Kuasa Wakil 1949

ANTARA

SARIFAH RODZIAH BT SYED HASSAN


(No. K/P : 600101-10-7456/5836730) ... PLAINTIF

DAN

SYARIKAT RASRI SDN BHD


(No. Syarikat: 348822-T) ... DEFENDAN
1

AFIDAVIT JAWAPAN DEFENDAN

Saya, CHONG THO CHIN @ CHONG JHO CHIN [K/P No: 460101-08-
5347/1394205], seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan beralamat di No. 53,
Jalan BU 6/9, 47800 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan dengan sesungguhnya berikrar dan
mengatakan seperti berikut:

1. Saya adalah Pengarah dan wakil sah bagi pihak syarikat Plaintif yang telah diberikan
kebenaran dan kuasa oleh syarikat Plaintif sendiri untuk bertindak bagi pihak syarikat
Plaintif.

2. Saya juga adalah peguambela dan peguamcara yang beramal di Malaysia.

3. Segala fakta-fakta yang dikemukakan di sini adalah dalam pengetahuan saya sendiri
dan/atau daripada rekod-rekod and dokumen-dokumen Plaintif sendiri di mana saya
mempunyai akses untuk merujuk dan di mana saya mempercayai adalah benar.

4. Saya mengatakan bahawa Afidavit Jawapan Plaintif ini difailkan bagi membantah Saman
Pemula bertarikh 12/02/2020 (“Saman Pemula”) dan menjawab Afidavit Sokongan
Plaintif oleh Sarifah Rodziah Bt Syed Hassan yang diikrarkan pada 6/09/2017 (“Afidavit
Sokongan Plaintif”) dan saya mengikrarkan kesemua kenyataan saya di sini setelah
dinasihati dan difahamkan oleh peguamcara Defendan dan atas pengetahuan saya sendiri
sebagai peguambela dan peguamcara.

FAKTA-FAKTA YANG CUBA DISEMBUNYIKAN OLEH PLAINTIF

5. Dengan izin Mahkamah yang Mulia ini, terlebih dahulu saya ingin menyatakan bahawa
Saman Pemula Plaintif untuk menggantung, meminda dan/atau mengenepikan hanya ke
atas Penghakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam bertarikh 17/11/2015 tersebut
2

sahaja adalah jelas cacat, defektif, mengaibkan, remeh dan menyusahkan kerana selain
Penghakiman Mahkamah Tinggi tersebut, terdapat tiga (3) lagi Perintah yang bersabit
dengan Penghakiman tersebut. Disenaraikan di sini secara lengkap kesemua
Penghakiman dan Perintah-Perintah yang berkaitan dengan Penghakiman tersebut
sebagaimana berikut:

a) Penghakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam bertarikh 17/11/2015 -


Penghakiman muktamad selepas bicara penuh dengan kehadiran semua saksi
termasuk Plaintif sendiri di mana Yang Arif Hakim Tuan Gunalan A/L Muniandy
telah memberikan Perintah Perlaksanaan Spesifik terhadap Plaintif untuk
Perjanjian Jual Beli bertarikh 19/08/2002 dengan kos sebanyak RM10,000.00;

#Nota: Plaintif diwakili oleh Tetuan Firdaus Shanti Bhupin (sebagai Defendan)

Rujuk: SYARIKAT RASRI SDN BHD lwn. SARIFAH RODZIAH SYED


HASSAN [2016] 1 LNS 159

b) Perintah Mahkamah Rayuan Putrajaya bertarikh 27/06/2016 - Panel Hakim


sebulat suara menolak rayuan oleh Plaintif (Perayu) sekaligus mengesahkan
Penghakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam bertarikh 17/11/2015 dengan kos
sebanyak RM10,000.00;

#Nota: Plaintif diwakili oleh Tetuan Azwar & Partners (sebagai Perayu/Defendan) &
tiada lagi rayuan difailkan oleh Plaintif selepas itu)

c) Perintah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam bertarikh 19/09/2017 - Perintah


untuk melanjutkan kaveat persendirian ke atas Hartanah tersebut sehingga
pindahmilik Hartanah tersebut dikuatkuasakan kepada Plaintif ataupun selama
3

enam (6) tahun bermula daripada tarikh Perintah Mahkamah & Notis Berkenaan
Dengan Cadangan Hendak Memotong Caveat (Borang 19C di bawah Seksyen 326
Kanun Tanah Negara 1965) bertarikh 19 Jun 2017 yang didaftarkan oleh Plaintif
terbatal, tidak sah dan diketepikan kerana bercanggah dengan Penghakiman
Mahkamah Tinggi Shah Alam bertarikh 17/11/2015 dan Perintah Mahkamah
Rayuan Putrajaya bertarikh 27/06/2016 yang mengekalkan dan mengesahkan
Penghakiman oleh Mahkamah Tinggi tersebut dengan kos sebanyak RM8,000.00;

#Nota: Plaintif diwakili oleh Tetuan Sathiya Devi & Co (sebagai Defendan)

d) Perintah Mahkamah Tinggi Shah Alam bertarikh 25/10/2018 (Yang Arif


Hakim telah memberikan inter alia, perintah deklarasi bahawa Plaintif (Defendan
Pertama) telah gagal, enggan dan/atau cuai untuk mematuhi Penghakiman
Mahkamah Tinggi Shah Alam bertarikh 17/11/2015 tersebut dan
memerintahkan inter alia bahawa Pendaftar/Pentadbir Tanah, Pejabat Daerah dan
Tanah Sabak Bernam (Defendan Kedua) diperintahkan untuk memberikan
kebenaran kepada pindahmilik, melaksanakan, memindahmilik dan
menyempurnakan pendaftaran pindahmilik kesemua (1/1) bahagian Hartanah
tersebut iaitu Pajakan Mukim 1206, Lot 11495, Mukim Pancang Bedena Daerah
Sabak Bernam, Selangor daripada Plaintif (Sarifah Rodziah) kepada Defendan
(Syarikat Rasri).

#Nota: Plaintif gagal hadir walaupun telah diserahkan dengan Saman Pemula
(sebagai Defendan Pertama).

Sesalinan kesemua Penghakiman dan Perintah-Perintah tersebut adalah dilampirkan


dan ditandakan secara kolektif sebagai Ekshibit “CTC-1(a) hingga (d)”;

6. Sekarang ini Plaintif cuba memohon untuk menggantungkan, meminda,


mengenepikan dan/atau mengubahsuai Penghakiman Muktamad Mahkamah
4

Tinggi Shah Alam tersebut sahaja (tapi langsung tidak dilampirkan di dalam
Saman Pemula dan Afidavit Sokongan Plaintif), bagaimana pula dengan Perintah
oleh mahkamah yang lebih tinggi iaitu Mahkamah Rayuan, dan dua (2) Perintah
oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam tersebut? Bukankah ini satu kepelikan?

BANTAHAN AWAL DEFENDAN

7. Dengan segala hormatnya, saya setelah dinasihati oleh peguamcara Plaintif dengan ini
menyatakan bantahan awal terhadap Saman Pemula tersebut di mana saya menegaskan
bahawa Saman Pemula tersebut adalah jelas cacat, defektif, langsung tidak bernilai (“of
no value”) dan seharusnya ditolak oleh Mahkamah yang Mulia ini atas alasan-alasan
berikut:

A. Saman Pemula Plaintif Adalah CACAT & DEFEKTIF Kerana Gagal


Mendedahkan Dengan Lengkap Peruntukan Undang-Undang Dalam
“Intitulement” & Dalam Saman Pemula

7.1. Plaintif telah GAGAL dan/atau SENGAJA untuk tidak menyatakan secara spesifik
dalam huraian (“intitulement”) Saman Pemula mana-mana peruntukan undang-undang
yang manakah Mahkamah sedang diusulkan dan ini jelas bercanggah dengan Aturan 7
Kaedah 2(1A) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 memperuntukkan seperti berikut:-

(1A) Tiap-tiap Saman Pemula hendaklah menyatakan dalam huraiannya


mana-mana peruntukan Kaedah-Kaedah ini dan mana-mana peruntukan apa-
apa undang-undang bertulis di bawah yang manakah Mahkamah sedang
usulkan.

(1A) Every originating summons shall state in its intitulement any provision of


these Rules and any provision of any written law under which the Court is
being moved.
5

7.2. Sekalipun Plaintif telah menyatakan beberapa nama akta dan undang-undang iaitu
Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, Spesifik Relief 1950, Had Masa 1953 dan Surat
Kuasa Wakil 1949, akan tetapi Plaintif langsung tidak menyatakan dan gagal untuk
menghuraikan dalam huraiannya (“intitulement”) bahawa permohonan Plaintif ini
adalah bergantung kepada mana-mana kaedah khususnya dalam Kaedah-Kaedah
Mahkamah 2012 atau mana-mana seksyen yang dirujuk dalam ketiga-tiga akta tersebut
bagi Mahkamah membuat keputusannya.

7.3. Lebih teruk lagi, Afidavit Sokongan Plaintif juga gagal menyatakan atas aturan mana
dalam Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan seksyen-seksyen yang dirujuk bagi
maksud permohonan Plaintif tersebut.

B. Mana “Penghakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam bertarikh 17/11/2015” yang


mahu dipinda / diketepikan? Mana pula “Perintah Mahkamah Rayuan Putrajaya
bertarikh 27/06/2016” yang mengekalkan dan mengesahkan Penghakiman
Mahkamah Tinggi tersebut?

7.4. Saya juga menyatakan bahawa kesilapan dan kecacatan yang paling teruk Plaintif
lakukan dalam Saman Pemula ini ialah Plaintif GAGAL melampirkan di dalam semua
dokumen kausa iaitu Saman Pemula mahupun Afidavit Sokongan Plaintif (tiada
langsung diekshibitkan) sesalinan Penghakiman bertarikh 17/11/2015 yang mahu
dipinda / diketepikan tersebut (“Penghakiman”)? Jika tiada “perkara pokok”
(“subject matter”) iaitu Penghakiman tersebut, bagaimanakah Mahkamah
hendak merujuk, menilai dan membuat keputusan samada Penghakiman tersebut
benar-benar sah atau perlu digantung, dipinda atau diketepikan? Bukankah ini
satu kecacatan yang amat teruk?

7.5. Perintah oleh Panel Hakim Mahkamah Rayuan Putrajaya bertarikh 27/06/2016 yang
sebulat suara menolak rayuan Plaintif sekaligus mengekalkan dan mengesahkan
Penghakiman oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam tersebut juga GAGAL diekshibitkan
oleh Plaintif. Jelas Plaintif cuba menyembunyikan keseluruhan fakta material kes ini
6

dan kegagalan Plaintif tersebut untuk mengekshibitkan segala kertas kausa yang relevan
adalah satu kecacatan yang sangat teruk (“grave mistake”), berniat “mala fide”,
mengaibkan, remeh, menyusahkan dan penyalahgunaan proses Mahkamah.

C. Saman Pemula Plaintif Bagi Mengetepikan atau Meminda Penghakiman


Mahkamah Tinggi tersebut Dibuat Hanya Selepas 4 TAHUN 2 BULAN selepas
Penghakiman bertarikh 17/11/2015 dan selepas rayuan akhir dibuat pada
27/06/2016 di Mahkamah Rayuan Putrajaya

7.6. Saya juga menegaskan bahawa sekalipun pihak kami iaitu Defendan masih keliru
sehingga kini di bawah peruntukan apa atau undang-undang yang spesifik permohonan
Plaintif ini diusulkan (tidak dinyatakan di dalam intitulement Saman Pemula), akan
tetapi setelah dinasihati oleh peguamcara Defendan, pihak kami percaya bahawa satu-
satunya kaedah yang relevan adalah sebenarnya di bawah Aturan 42 kaedah 13
Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 sebagaimana berikut:

13. Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam Kaedah-


Kaedah ini, jika peruntukan dibuat dalam Kaedah-Kaedah ini untuk
mengetepikan atau mengubah apa- apa perintah atau penghakiman, suatu
pihak yang berniat untuk mengetepikan atau mengubah perintah atau
penghakiman itu hendaklah membuat suatu permohonan kepada Mahkamah
dan menyampaikannya kepada pihak yang telah mendapat perintah atau
penghakiman itu dalam tiga puluh hari selepas perintah atau penghakiman itu
diterima olehnya.

7.7. Bagaimanapun, Saman Pemula tersebut difailkan oleh Plaintif melebihi 4 tahun 2
bulan selepas Plaintif menerima Penghakiman tersebut dan setelah Mahkamah Rayuan
pada 27/06/2016 telah menolak rayuan oleh Plaintif dan mengesahkan Penghakiman
oleh Mahkamah Tinggi tersebut.

7.8. Jelaslah Plaintif yang telah lama “tidur” selama ini mesti diestop atas prinsip “laches”
kerana sudah melampaui tempoh masa untuk memafilkan permohonan untuk
mengetepikan atau mengubah / meminda Penghakiman tersebut iaitu dalam masa 30
7

hari dari tarikh penerimaan Penghakiman tersebut sebagaimana Aturan 42 kaedah 13


Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 tersebut.

7.9. Peguamcara Defendan akan berhujah untuk bantahan awal seperti di atas semasa
pendengaran permohonan Plaintif ini nanti.

7.10. Merujuk kepada perenggan 11, walaupun Plaintif mengakui kandungan perenggan
tersebut iaitu mana-mana pihak berkepentingan ke atas Hartanah tersebut boleh pada
bila-bila memohon kepada Defendan Kedua untuk pemotongan kaveat persendirian ke
atas Hartanah tersebut tanpa perlu menyatakan alasan. Sebagai jawapan saya
menyatakan seperti berikut:

7.11. Saya sesungguhnya dan berkali-kali menyatakan di dalam Afidavit Sokongan yang
terdahulu bahawa sekalipun Defendan Pertama boleh berbuat demikian (iaitu memohon
untuk pemotongan kaveat) berdasarkan Kanun Tanah Negara, akan tetapi Defendan
Pertama wajib dan mesti patuh serta terikat kepada dua (2) Perintah dan Penghakiman
oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan. Jika tidak, peranan Mahkamah sebagai
pihak yang paling berkuasa dalam negara ini untuk menyelesaikan sebarang pertikaian
antara pihak-pihak yang bertelagah akan boleh sahaja diperlekehkan dan dipermain-
mainkan begitu sahaja.

7.12. Dalam erti kata lain Perintah dan Penghakiman tersebut hanyalah “kertas kosong”
sahaja jika Defendan Pertama boleh dibiarkan untuk berbuat sesuka hati tanpa
mengambil kira kepentingan Pembeli seperti Plaintif yang telah memasuki satu
Perjanjian Jual Beli yang sah dan berkuatkuasa sepertimana yang diperakui oleh
Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan tersebut. Jelas Defendan Pertama, pada
peringkat ini mesti diestop.
8

8. Merujuk kepada perenggan 15, Afidavit Jawapan Defendan Kedua tersebut, setelah
dinasihati dan difahamkan oleh peguamcara Plaintif, saya menyatakan seperti berikut:

8.1. Melalui surat peguamcara Plaintif bertarikh 10/07/2017 kepada Defendan Kedua (rujuk
Ekshibit “CTC-9”, Afidavit Sokongan Plaintif), pihak Plaintif memohon agar Defendan
Kedua memasukkan Kaveat Pendaftar ke atas Hartanah tersebut atas alasan-alasan
seperti yang dinyatakan di dalam Afidavit Sokongan yang terdahulu;

8.2. Oleh kerana pada masa yang material, pihak Plaintif tidak mendapat apa-apa jawapan
daripada Defendan Kedua dan lebih-lebih lagi memandangkan masa yang tersangat
singkat iaitu hanya dua (2) bulan dari tarikh terima serahan Borang 19C tersebut iaitu
pada 20/08/2017, maka pihak Plaintif terpaksa memfailkan permohonan ini pada
7/08/2017 bagi memohon antara lainnya untuk perintah melanjutkan kaveat
persendirian tersebut dan bahawa satu “kaveat pendaftar” dimasukkan atas sebab
untuk mengelakkan atau mencegah penipuan atau urusan yang tidak wajar ke
atas Hartanah tersebut ((a) for the prevention of fraud or improper dealing)
khususnya oleh Defendan Pertama yang telah diarahkan oleh Mahkamah Tinggi dan
Mahkamah Rayuan untuk meneruskan proses jual beli Hartanah tersebut. Ini
berdasarkan seksyen 320(1)(a) Kanun Tanah Negara 1965 yang akan dihujahkan oleh
peguamcara Plaintif semasa pendengaran permohonan ini nanti;

8.3. Akhirnya hanya pada 23/08/2017 melalui serahan tangan, pihak Plaintif baru menerima
jawapan daripada Defendan Kedua melalui surat bertarikh 21/08/2017 yang telah
menolak permohonan untuk memasukkan Kaveat Pendaftar tersebut (rujuk Ekshibit
“NAR-4”, Afidavit Jawapan Defendan Kedua).

9. Merujuk kepada perenggan 16, Afidavit Jawapan Defendan Kedua tersebut, yang mana
adalah dinafikan, saya menyatakan bahawa permohonan Plaintif ini adalah betul dan sah
dan menafikan bahawa permohonan ini adalah “defektif berikutan ketidakpatuhan
9

terhadap peruntukan undang-undang” atau “merupakan satu penyalahgunaan


Mahkamah” seperti dakwaan oleh Defendan Kedua tersebut.

9.1. Sebaliknya saya menyatakan bahawa setelah dinasihati dan difahamkan oleh
peguamcara Plaintif, berdasarkan seksyen 417(1) Kanun Tanah Negara 1965 dan kes-
kes duluan (precedent) antaranya kes SEET SOH NGOH v. VENKATESWARA
SDN BHD & ANOR [1975] 1 LNS 159 dan BOONSOM BOONYANIT v.
ADORNA PROPERTIES SDN BHD (1) [1990] 1 CLJ Rep 676, [1990] 2 CLJ 973,
Mahkamah boleh membuat suatu perintah yang mengarahkan Defendan Kedua
melakukan semua perkara yang perlu untuk melaksanakan apa-apa penghakiman atau
perintah yang diberikan atau dibuat dalam apa-apa prosiding yang berhubungan dengan
Hartanah tersebut, dan adalah menjadi kewajipan Defendan Kedua untuk mematuhi
perintah itu dengan serta-merta.

9.2. Oleh itu, saya menegaskan bahawa tiada apa-apa peruntukan dalam Kanun Tanah
Negara khususnya di dalam seksyen 320 KTN 1965 seperti yang didakwa oleh
Defendan Kedua tersebut yang menghalang atau menyekat kuasa Mahkamah
berdasarkan budi bicara dan bidang kuasanya untuk memerintahkan Defendan Kedua
mendaftarkan kaveat pendaftar ke atas Hartanah tersebut seperti yang telah saya
jelaskan di atas.

9.3. Selanjutnya atas prinsip ekuiti dan keadilan, hanya atas budi bicara mutlak
Mahkamah yang boleh memutuskan secara muktamad oleh apa-apa permohonan oleh
mana-mana pihak yang berkepentingan bagi menjaga hak-hak mereka berdasarkan
perjanjian yang telah ditandatangani sekalipun Defendan Kedua sebagai Pendaftar atau
Pentadbir Tanah menolak untuk mendaftarkan kaveat pendaftar tersebut. Peguam
Plaintif akan berhujah semasa bicara nanti.
10

10. Justeru itu itu perenggan 17(iii) Afidavit Jawapan Defendan Kedua tersebut adalah
dinafikan dan saya mengulangi kesemua kenyataan saya di atas sebagaimana yang
relevan sebagai menjawab dakwaan Defendan Kedua tersebut.

11. Merujuk kepada perenggan 18, Afidavit Jawapan Defendan Kedua tersebut yang saya
nafikan, saya sekali lagi mengulangi kenyataan-kenyataan saya di atas dan di dalam
Afidavit Sokongan yang terdahulu sebagai jawapan.

12. Merujuk kepada perenggan 19 (i), Afidavit Jawapan Defendan Kedua tersebut, saya
sesungguhnya percaya bahawa Defendan Kedua tiada apa-apa bantahan untuk prayer (1)
dan (4) Saman Pemula Plaintif tersebut;

13. Manakala untuk prayer (3) (iaitu permohonan untuk memasukkan Kaveat Pendaftar)
yang dibantah oleh Defendan Kedua tersebut, saya sekali lagi mengulangi kenyataan-
kenyataan saya di atas yang mana adalah relevan dan seperti di dalam Afidavit Sokongan
yang terdahulu sebagai jawapan.

14. Melainkan apa yang telah diakui di sini, Plaintif mencantumkan isu-isu dan menafikan
setiap dan tiap-tiap pernyataan dan penafian dalam Afidavit Jawapan Defendan Kedua
tersebut kecuali di mana Afidavit Jawapan Defendan Kedua tersebut mengandungi
pengakuan dan ditraverse seriatim.

15. Atas alasan tersebut di atas saya bagi pihak Plaintif dengan segala hormatnya memohon
supaya perintah-perintah sepertimana dipohon dapat diberikan oleh Mahkamah yang
Mulia ini.

AFIDAVIT oleh deponen


DIIKRARKAN oleh )
CHONG THO CHIN @ CHONG JHO CHIN)
11

[K/P No: 460101-08-5347/1394205] )


pada )
di Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan )
[Penterjemahan tidak diperlukan]

Di hadapan saya,

Pesuruhjaya Sumpah

AFIDAVIT JAWAPAN PLAINTIFdifailkan oleh T.C. CHONG & RAKAN RAKAN,


Peguamcara bagi pihak Plaintif yang beralamat di No. 23-2, Jalan Maharajalela, 50150 Kuala
Lumpur – Tel : 03-21418268 & Faks : 03-21458268 & e-mail : tccrr99@gmail.com [Ruj
Kami : C/6573/14/JP]

Anda mungkin juga menyukai